KAWAN²

Friday, October 31, 2008

makan apa, makan di mana?

ha.. aku ni kalau menjelang waktu nak lunch mmg ada satu masalah yg akan melanda. tak tau nak makan apa. tula masalah aku setiap hari kalau waktu bekerja. cam arini time aku tgh buat keje sambil baca blog kawan aku, tiba2 aku dpt idea nak makan mi sup. bkn ape, rasa malas la pulak nak telan nasi arini. habis baca satu tajuk, idea dtg lagi. hmm.. bihun tomyam pulak. pas tu siap tanya pendapat pulak kat kawan sorang ni. dia kata okey gak idea aku tuh. hmm.. yes! yes! nak makan bihun tomyam. sure merah kang muka aku ni menahan pedas. aku ni mmg x tahan pedas.

tepat jam 12 06 minit 35 saat, aku pun g la lunch. sambil jalan menuju ke kedai makan tu, mcm bese la aku kalau x komplen benda or apa2 ajelah yg aku nampak. itu tak betul la, ini x kena lah. driver keta tu sengal la. apa lah. biasalah, nature of me. bila sampai destinasi, tiba2 selera aku berubah lagi. tau x aku makan apa? ni ha, sila lihat visual di bawah.

tarraa.. ini la dia lunch aku arini. mmg lari dari idea2 asal. nasi putih, kangkung goreng belacan, kacang panjang goreng, kentang goreng msk dgn udang kering dan ayam tah apa tah resipi tu. mcm rasa manis2 pun ada. masam2 pun ada. ahaa.. tapi bukan sweet & sour tau..

kalau makan kat kedai ni, sure dia kasik sup free. nyum.. nyum.. sup tulang ayam bersama dgn kentang dan lobak. lebih kurang mcm sup abc la. hish, selera betul aku mkn arini. sebab ada sup. ya! aku mmg suka sesangat ngan sup.

pasal visual selesai makan, aku x dapat siarkan kat sini. ish, kang korang tak0t or x percaya dgn visual tu nanti.. cukuplah aku nyatakan, pinggan yg berisi penuh dgn lauk n sayur2an telah licin aku belasah hanya tinggal pinggan kaler oren and mangkuk kaler biru je. tu la pasal aku x brani nak siarkan visual tu kat sini. kesimpulannya.. makan dgn sihat, sihat sepanjang hayat. sekian.

Wednesday, October 29, 2008

pot luck party

ada sorang member ni dia buat la bukak rumah sabtu lepas dengan tema pot luck party. kekeke.. aku pun pe lagi la. kalau bab2 masak memasak ni aku mmg semangat waja. yelah, nak masak n bwk gi umah kawan kan, sure la semangat. dari ari jumaat lagik aku duk pikir2, pe la aku nak bwk sabtu nanti.

pikir punya pikir, dpt la idea. ayam goreng tandoori payat. itulah isi kandungan pot yg aku ku kendung ke rumah member ni. punya la semangat aku memerap ayam sejak mlm sabtu tu untuk hasil terbaik. pastu aku hengat x best la pulak bwk ayam je. aku dgr ada sorang kawan ni dia nak bawak sayur lodeh. disebabkan aku x sgt nak makan santan, aku pun masak la pulak sayur campur utk diri aku sendiri. huhu.. pastu ada la pulak serawa durian satu periuk yg mak aku masak pagi tu. sblm tghr, aku gi umah abg aku jap yg letaknya nun kat blkg umah aku tuh. tup2 tgk rambutan tu dah masak. (sila rujuk cerita aku sblm ni).. aku pun petik la sikit rambutan tu tuk bwk gi umah member ni.

last2 pot yg aku kendong tu berisi ayam goreng tandoori payat, sayur campur, serawa durian, roti gardenia dan buah rambutan. kekkeee.. mcm party kat umah aku sendiri la pulokk.. party tu diselang selikan oleh borak2 kosong. makan borak, borak makan, makan borak sampai la lepas maghrib baru selesai. aku pun setat kereta balik umah dlm keadaan kekenyangan. yelah, aku hengat 3 round gak kitorang mkn tadi.

nak tau tak?? sbnrnya aku lupa nak keluarkan buah rambutan tu dari bonet ferrari aku tuh. hehehee.. sorilah tuan rumah, aku x sengaja. so, aku kasik la rambutan tu kan nurse yg dtg merawat kakak aku yg baru bersalin tu ari ahat esoknya.. kesimpulannya.. jgn jadi pelupa. sekian.

Thursday, October 23, 2008

YoGa

kalau dulu aku mampu berbasikal dan berjoging naik turun bukit kat area rumah aku, sekarang ni rasa mcm dah x larat. cepat semput rasanya. paham2 je lah kenapa kan.. pas aku tinggalkan aktiviti riadah tu, aku tukar angin lak kepada yoga. sbnrnya dah lama aku nak daftar masuk kelas, tapi biasalah ada2 je benda yg menghalang niat tu. suku tahun awal 2007 aku pun setat la aktiviti baru aku ni. kira2 dah setahun lebih juga aku berjaya pertahankan aktiviti yoga ni. mula2 mmg susah sikit yelah nak mengawal pernafasan pada masa yg sama nak kawal pergerakan.

"way of living with health and peace of mind"
apa kelebihan yoga? mmg susah nak digambar atau diceritakan. sapa yg amalkan je yg tau kelebihannya. kat sini aku nak bgtau sikit la pengalaman atau perubahan lepas amalkan yoga ni. kalau dulu aku ni cepat naik marah, skrg ni bukan nak kata marah tu dah hilang tapi dah kurang. satu lagi emosi dapat kita kawal. sedih, gembira, duka tu semua kita dapat kawal. badan pun rasa lebih sihat n hati lebih senang.

ada org kata yoga ni lebih kepada fahaman hindu. itu terpulang kepada pendapat masing2. bagi aku, yoga ni adalah sebahagian dari aktiviti senaman untuk kesihatan.

kesimpulannya.. marilah kita sama2 menjaga kesihatan diri dan juga keluarga.

Tuesday, October 21, 2008

Migrain

Dari smlm kepala aku dok berat sgt. Mcm ada sebijik keta caldina kaler itam duk atas pala aku nih.. Adoi.. migrain aku dtg lagi. Dah lama x kena serang ni. Tau2 smlm menyerang lak. Serang hendap lak tu. Lain kali, bagitau la awal2.. Boleh la aku sediakan air sirap selasih. Sampai la ke petang kepala aku ni masih sakit. Tengkuk lak rasa mcm urat2 tengkuk ni tgh bergaduh sampai berguling2 kat tanah. Hmm.. adoi! sakit betul. Nak je aku hantuk pala ni kat bantal empuk. (bukan dinding ek..) Kang silap2 pecah kaca pecah kepala pulak.

Sampai la ke pagi kepala aku masih sakit gak. Tapi kan, tiba2 je sakit ni macam nak sembuh bila saat aku tarik henbrek keta aku ni, setelah menoleh ke kiri. Korang tau kenapa? Taraaa.. Aku ternampak objek kuning kat seberang jalan tmpt aku park keta aku ni.. Ish, cumil sunggoh. Keta Sapa la ni ye?? Aku pun mula lah.. Pasang angan2 mat jenin aku ni..

Kesimpulannya, belilah kereta ikut kemampuan masing2. Sekian..

Monday, October 20, 2008

Tangkai Jering

Kalau ari Isnin, bermulalah kisah pasal hujung minggu yang lepas. Kalau minggu aritu kisah memetik buah limau lain pulak cerita aku kali ni. Hehee.. Ni kisah memetik jering pulak. Jering ni mmg setengah org tak suka. Kalau nak awet muda, makan la jering. (Eh,betul ke?) Betul la kot. Pasal jering ni kan sejenis ulam. Kalau sesapa x tau jering ni camne, silalah lihat visual di bawah ni ye. Sila2..

Ha, inilah yang dia buah jering. Ni belum diasingkan dari tangkainya. Orang kata jering bersama tangkainya @ tangkai jering.

Ni pulak jering yang telah diasingkan dari tangkainya. Dah cun sikit. Dah taruk lip lining and celak sikit. Ha, Camne, cantik tak?

Ha, dah tau camne rupa jering, mesti nak tau sapa yang kait @ petik buah ni kan? Ha, ni dia penyertaan yang aku terima untuk pertandingan memetik jering. Penyertaan oleh : Dari bawah Alissa Jasmine, Nashriq Hakim, Nadia Aqilah & Luqman Hakim. Inilah dia peserta2 untuk pertandingan memetik jering.

Malangnya, penyertaan peserta kanak2 telah dibatalkan disebabkan peserta2 masih berada di bawah umur dan dikhuatiri akan berlaku perkara yg tidak diingin seperti jatuh pokok, tekencing di dalam seluar atau menangis sebab tak dapat turun dari pokok yang tingginya melebihi bumbung rumah aku. Dan peserta yang terpilih untuk memanjat dan memetik buah jering adalah en. abdul razak iaitu ayah kepada nashriq hakim & luqman hakim. Bukan apa, dia ni pro dalam acara panjat memanjat ni. Tu dia, siap berposing atas pokok dengan gaya seorang pemenang.. Cheese.. Kesimpulannya, cucilah tandas bersih2 kalau makan jering secara berlebihan. Dikhuatiri akan menusuk ke kalbu hidung org lain. Sekian..

Friday, October 17, 2008

Mimpi..

Korang mesti tau kan, nak masak kuah laksa penang kena guna ikan. (tau tak ni???). Siap termimpi2 la pulak. Aku ni apa yg aku ckp or aku rancang mesti terbawa2 dlm mimpi. Tu yg x best tu. Mcm tak surprise pulak. Poyo betul kan. Nak dijadikan cerita, sbnrnya esok aku nak masak laksa. So, mlm tadi aku mimpi kuah laksa aku telah bertukar menjadi kuah kacang. Kuah kacang untuk makan dgn nasi himpit tuh.. Pastu dlm tu siap ada batang2 sawi cina lak tuh. Pastu aku tuduh adik aku sabotaj aku. Tukarkan kuah laksa ngan kuah kacang. Siap marah2 lagi tuh. Bila aku bangun tido, dahi peluh2.. mgkn sebab letih marah adik aku dlm mimpi tadi tuh. Ohh.. tidak!! Aku x sanggup. Camne boleh bertukar ni?? and camne boleh mimpi ni semua??

Jawapannya..
Mungkin aku terlalu teruja nak ajak kwn2 dtg umah makan masakan kegemaran aku nih. Sebab tu sampai termasuk dlm mimpi mlm tadi. Kepada kengkawan tuh, jgn risau. Kuah laksa tidak akan bertukar menjadi kuah kacang.
Sekian, kesimpulannya.. aku x suka laksa johor coz aku x suka santan.

Wednesday, October 15, 2008

Busan..

Hmm.. hari yang membusankan. Kena buat profile kompeni. Dari smlm aku dok depan pc ni tak bangun2. Eh, bukan buat tapi mengedit. Kunun2nya mcm editor gak la aku nih. Potong tampal gambar. Naik merah dah mata putih aku nih. Bos aku ni mmg. Suka kasik keje last minute. Dah tu bg aku masa 2 hari lak tu. Mana aku nak cari gambar2 yg sewaktu dengannya lagik.. Mana aku nak update blog aku lagik (kekekee).. Ish, complicated sunggoh. Menci pun ada. Eh, tak baik tau cakap menci2 ni. Nanti muka berkerut. Bila berkerut, muka cepat tua pulokk. Takmo ar muka tua ni. Tak chantek.


La ni aku masih tunggu bos aku masuk opis. Kata nak dtg pkl 9 tadi. Tapi sampai skrg ni lom muncul2 lagik. Almaklumlah.. nama pun bos. Nak amik gambar staff2 opis ni nak masuk dlm profile tuh. Aku pun apa lagi, kontrol cun sikit arini. Mekap pun dah naik cair dah ni. Dia lom muncul gak lagi. Adoi.. Tensen gak ni. Perut pun dah lapar ni. Kang aku gi makan, dia dtg pulak. Dia ni mmg. Suka bagi janji palsu. Kalau 10 minit tu maksudnya 30 minit. Kalau 30 minit maksudnya 1 jam. Kekekeee.. Kesimpulannya.. tak baik kutuk bos.. sekian..

Monday, October 13, 2008

Ceritaku di Hujung Minggu

Ni aku nak citer pasal hujung mgu lepas. Sbnrnya ari jumaat lepas aku monteng kerja. Ntah kenapa tah, rasa malas tul nak gi opis. Aku pun apa lagi lah. Text bos aku ckp aku x dtg kije aritu coz aku kurang sihat. Pastu dia pun balas msg aku tu "okey take a good care".. Hahahaa.. padahal aku malas nak kije, bukannya x sihat. Kekekee.. sshhh.. jangan kasik tau bos aku tau! Ingat nak sambung tido, tapi aku ni bukan jenis yg suka bgn lambat. So, aku pun kensel niat buruk aku tadi tu diganti dengan niat baik iaitu tolong mak bapak aku kutip durian. Sorri lah, xde gambar nak aku tnjk kat dorang aktiviti aku tuh. Bukan apa, aku ni pakai baju tido agak seksa sikit. So, paham2 je lah kan. Pastu aku tolong bapak aku antar durian kat kedai. Ish, jadi tawkey durian aku ari tuh.

Aku pk apa lah aktiviti aku nak buat arini. Hmm.. bawak mak aku gi raya rumah makcik aku kat p.klang. Rasanya dah 5 thn aku x dtg umah dia tuh. Last aku gi time kenduri khatan anak dia. Fuh, lama betul. Tup2 kat umah dia hidangkan aku laksa. Peberet tuh. Tapi aku makan sikit je coz nak gi umah kakak aku pulak. Dengar2nya dia masak nasi ayam. Kekkeee.. Nafsu makan aku mmg mcm tu. Sampai kat umah kakak aku, aku trus belasah nasi ayam pulak. fuh, sedap gila. Ayam tu dia goreng dgn rempah. Yummy!.. Pastu aku pun balik dgn mengangkut kakak aku dan anak2nya yg 3 org tuh. Ish, aku mula buka 'kindergarten' la nih..


Ni gambar waktu maghrib. Aku x benarkan kanak2 ni bangun dari sofa tuh. Aku buka astro channel 612, aku paksa dorang ni tgk katun. Bukan apa, aku ni rimas kalau budak2 ni dok lari sana, lari sini waktu solat maghrib. Ish, rimas.. Tgk si bujang 2 org tu, muka tensen, tak boleh turun dari sofa tuh. Yang kecik 3 org kat tengah2 tu mmg patuh arahan aku.


"Pastikan petik limau yang bersaiz mcm ni ye.." Mgkn inilah pesanan Irfan, anak tawkey limau kasturi (abang aku) . Kitorang panggil dia E'en coz dia tak tau sebut spongebob squarepant dgn tepat dia sebut "ponchbob e'en". Kekee.. Pokok limau ni letaknya kat belakang rumah abg aku.


Saat memetik hasil telah bermula. Mak aku, kakak aku dan anak2 dara kecik 3 orang tu dah mula memetik limau. Yang anak2 kecik tu main bukan reti sgt, main blasah je. Tak kira kecik ke, besar ke semua diaorang petik. Janji, limau katanya. Yang budak bujang 2 orang tu pulak, macam pak polisi jaga sempadan. Mgkn takut ladang tu diceroboh dek lanun kot.. tapi lupa bawak senjata la pulokk. Aku, selaku photographer je. Tak boleh nak enterprem.


Dah abis pesta menuai limau, anak2 dara ni pulak dok sibuk nak menuai lak buah rambutan yang belum masak tu. Ish, pening kepala aku nak terangkan kat budak2 ni. Bukan apa, dorang sbrnya dah nampak aku makan rambutan. Sebab tu lah dorang sibuk nak makan juga. Dorang kata "tadi umi boleh makan..". Ish, kantoi rupa2nya. Kalau korang nak tau, Umi tu panggilan anak2 buah aku untuk aku. Dorang panggil kakak2 aku dgn panggilan mama, mummy and aku, umi. Sungguh indah menghabiskan hari2 hujung minggu bersama keluarga.

Thursday, October 9, 2008

Penunggu

Ha, mesti korang nak tau apa sbnrnya citer penunggu aku nih. Sebenarnya sepanjang pagi tadi setat pukul 3 pagi aku jadi penunggu bilik termenung aka tandas. Sejak dari petang semalam aku rasa perut aku dok meragam, memulas-mulas, berputar-putar mcm roda impian. Tengah dok syok2 dibuai mimpi yang tak berapa indah sangat, tiba2 perut aku meragam. Korang nak tau apa mimpi aku tu tak? kekeee.. aku mimpi kena kejar dengan seseorang yang amat aku kenali. Fuh! nasib baik aku terjaga sebab perut aku meragam. Kalau tak, musti dia berjaya tangkap aku. Huhuu..


Sambung pasal perut meragam tadi tuh, adoila.. Azab betul rasanya. Dah macam penunggu setia tandas pulak. Asik kuar masuk tandas je aku mlm tadi. Kalau kuar masuk kedai baju or kedai kasut takpe gak. Ni kuar masuk tandas.. Soalan demi soalan bermain di fikiran aku..? Mcmn aku boleh jadi penunggu tandas ni? Mgknkah nasi lemak waktu sarapan. Mungkinkah nasi ayam waktu lunch. Atau mgknkah nasi goreng yg kakak aku masakkan waktu aku singgah rumah dia petang semalam?? Ohh!! Tidak.. aku rasa aku minum air campuran hasil kerja abg ipar aku yang kreatip tu.. Oren twister+mirinda oren+mirinda stoberi tuh.. Ish, inilah akibatnya bila makan minum tak hengat dunia. Aku ni bab makan mmg gila sikit. Badan je kurus. Tapi.. makan mengalahkan orang gemuk. Kakak aku kata aku ada bela hantu raya dlm perut aku. Cousin aku pulak kata, tangki perut aku panjang. Ish, macam2 la dorang tu kan..

Kesimpulannya.. minum la air suam banyak2.

Wednesday, October 8, 2008

Durian oh! Durian


Siapa suka makan durian? Sila angkat tangan..
Nak dijadikan cerita, rumah aku memang banyak durian. Tahun ni je dah masuk kali kedua musim durian kat rumah aku. Kira2 baru dua bulan lepas musim durian tamat. Tak clear kat pokok tu, dah berbunga lagi (bukan bunga2 cinta tau..). Aku ni bukan apa, tak suke ngan bau dia tuh. Bisa pusing kepala aku nanti. Aku ni bukan pencinta durian. Tapi kadang2 bila jiwa kacau aku akan makan durian tu tanpa perasaan. Kira2nya macam lepas tensen gak la.

Ish, dah lari dari cerita yang sebenarnya pulak aku nih. Sebenarnya, kat main entrance rumah aku tu ada sebuah pokok durian. Kalau korang datang rumah aku, korang akan disambut oleh pokok durian tu. Ish, Banyak betul pokok tu berbuah kali ni. Family aku panggil durian tu "Durian Jalan" sebab kedudukan pokok tu kat jalan naik kat rumah aku. Aku ni, bila musim durian, rasa takut je nak lalu bawah pokok durian tu. Takut kena timpa durian. Orang2 tua dulu kata, kalau kena timpa durian, boleh jadi kaya. Tapi aku tak percaya. Mana ada orang kena timpa durian boleh jadi kaya? Kaya kudis kat kepala ada lah. Ish, musykil betul..

Semalam time aku balik rumah di kala remang2 senja, ku lihat ada dahan besar mengganggu laluan aku. Aku pikir ish, jgn la dahan durian ni patah. Harap2 dahan pokok cempedak. Tetapi..Adoila.. rupanya mmg dahan durian. Oh tidak!! Lebih kurang 20 biji durian yang dah 3/4 masak dah jatuh ke bumi. Adoila.. sayang betul. Baru aku hengat nak ajak kawan2 dtg buat DURIAN DAY minggu ni. Terpaksalah aku call off rancangan aku tuh. Kalau korang tak percaya, tgk gmbr yg aku sempat amik pagi tadi sblm aku berangkat ke opis. Ha.. Ada percaya..? Kesimpulannya.. Jangan makan durian bersama2 dgn buah manggis. Kalau nak rasa duduk ICU, sila cuba.


Tuesday, October 7, 2008

It's Rainy Again

Hujan lagi.. Smlm drive balik umah hujan. Harini hujan lagi. Huhu.. aku kena hujan time balik dari lunch tadi. Dah habis lencun baju aku arini. Ni gara2 nak makan kat gerai kakak indon tu ler. Dah rindu dgn masakan dia. Aku paling suka chee hun ken (eh, betul ke spelling aku nih) dia. Fuh, yummy! goreng ngan kerang, pastu letak taugeh lebih. Adoiyai.. mmg sedap! Kira2nya masakan stail cina la. Aku mmg suka masakan stail cina. Time tgh mkn tup2 hujan turun. Nak gi mydin lagi. Aku punya shower gel dah abis. Adventure betul perjalanan hidup aku harini. Meredah hujan. Ha!! Nasib baik baju yg aku order aritu dah sampai. Kekeekeee.. Boleh tukar baju baru. Hahaha! Magic tak aku ni?? Pikir punya pikir, tak jadi pulak nak tukar baju. Coz nak pakai baju tu esok. Dah membazir selai baju.. Betul tak? Kesimpulannya, baju baru boleh guna esok.

My Dream Machine

Ni la kereta idaman aku. Toyota Caldina. Tak kira la turbo ke tak turbo. Janji Caldina. Ish, bila la aku nak dapat beli nih.. Aku kumpul duit baru dapat beli front bumper dia. Kot2 mgu depan dapat beli lak dua2 side mirror tu. Korang tolong doa2kan la ek.. Tiap kali aku nampak keta ni kat jalanraya, mau berpusing 360 darjah kepala aku. Tak kiralah apa kaler. Memang cantik sgt kat mata aku. Dulu pernah gak bawak sekali keta ni. Fuh, best betul. Tapi, apakan daya. Pinjam je sekejap. Dapat la merasa. Pastu aku gi buat site visit kat Naza showroom Jalan Kapar. Selepas dicampur tolak kali bahagi, mmg aku belum mampu nak guna.. Moralnya.. guna ikut kemampuan.

Monday Blues

Hari pertama bekerja selepas seminggu cuti.. adoila.. malasnya. Rutin dah kembali macam biasa. Pagi beli sarapan dulu. Nasib baik arini jalan masih lengang. Ish, ni mesti lom ramai yang dah setat keje. Mencii.. Aku gak yg kene gi keje. Masuk office. Buka mail jap. On messenger. Tu je keje aku arini. Bos lak x masuk lagi. Yabedabedu.. Aku pun apa lagi, window soping le kat internet. Sbnrnya kalau korang nak tau, aku ni gila soping kat internet. Lagi2 kat ebay. Ari sabtu lepas, punya la boring kat umah, Aku sanggup usung laptop gi petronas kiosk semata2 nak buka ebay. kikikii.. tanpa disangka, aku dah terbeli satu blouse putih. Hehee.. terbeli kunun.. Tau2 ari dah maghrib. Terpaksalah aku balik umah.