KAWAN²

Friday, January 30, 2009

GaBRa..

apa perasan korang kalau kereta yang korang parking tiba² takde? hehhee... panik kan? gabra tak? ada rasa nak terkencing or terberak? ataupun loya² dan mual? kita ikuti kisah selanjutnya..

*kisah 1*
parking ferrari kat quality hotel jalan raja laut. time tu ada cimb bank kes kat tingkat 11. parking keta kat tingkat 8. park betul² sebelah lif. kiranya kalau kuar lif, pandang kiri trus boleh nampak ferrari aku. dekat lagi mudah. abis keje lebih kurang pukul 2 petang. masuk lif.. kuar lif.. pandang kiri, kosong.. ye, sekosong pala otak aku sebab blank. panik + gabra sebab ferrari dah takde. badan rasa menggigil.. perut memulas². mata dah kelabu. urut² dada..

jawapan : aku park tingkat 8, tapi naik lif turun kat tingkat 7.


*kisah 2*

gi rumah sorang kawan. park ferrari kat petak no. 3 line no. 3 di bawah pohon yang berdaun agak rimbun agar ferrari tak kena panas terik matahari. takmo ferrari kena sunburn. lalalaaa.. juga terletak agak berdekatan dengan tong sampah besar. tak kira, janji ferrari tak kena panas. pas lepak², balik ler. takkan nak berkampung kat sana pulak. jalan menuju ke keta, sekali lagi sawan di atas menyerang aku.

jawapan : aku park kat petak no. 3 line 3, tapi tengok kat petak 2 line 3.

kesimpulannya.. lain kali, pikul ferrari tu.. bawak sekali ke mana². sekian..


teka kacang..

alkisah aku kehilangan banyak darah time demam chiku aritu. skrg ni aku dlm proses mengembalikan balik darah² yang aku derma tanpa rela kat klinik ngan hospital aritu. itu belum lagi pembuangan semulajadi bulanan yang jatuh pada tarikh yang sama aku diserang demam.

disamping aku makan benda² yang boleh menambah darah konon²nya, aku ada gak telan multi-vitamin. dah lama makan benda ni sbnrnya. stop kejap aritu. bukan apa, tekak aku tak terima dah benda berunsur ubat sejak demam aritu. dah naik muak dah tekak aku nak telan pil² ni semua. arini baru nak setat balik.


motif sebenar aku adalah nak suruh korang teka jumlah vitamin dalam botol ni. sesapa yang berjaya meneka dengan betul, ada ganjaran yang akan aku kasik.

ps - ganjaran bukan ganja.


Thursday, January 29, 2009

my kindie..

ingat nak gi damansara jap. nak gi beli henbeg. henbeg lagi? ye, aku mmg sukakan henbeg. kasut pun aku suka juga. isnin semalam baru beli sepasang. dalam keta ada sepasang lagi. masih dalam kotak, tak guna pun. bawah katil ada gak sepasang. baru guna sekali. mesti mau sorok.. sebab mak aku akan on radio dia kalau dia dpt aku aku asik membeli kasut je. sshhh.. rahsia tau.

tau² je kakak aku sms. nak transitkan anak² dia kat aku. asben dia nak beli kayu kat pekan. pastu anta skali budak² tu kat aku. lgpun kakak aku tak brapa sihat. kesimpulannya.. aku kena kensel program aku kat atas tuh. aku kena buka taman asuhan kanak-kanak hari ni.

antara aktiviti² mereka..


beli satu bekas besar aiskrim perisa mat kool. boleh share ramai². kon lupa nak sertakan kat sini.

umpan budak² main games sambil makan aiskrim. takmo dorang main kat luar rumah sebenarnya. nanti kotor lagipun cuaca agak panas. ingat, jangan sampai setitis pun aiskrim jatuh atas sofa tuh..

sesi makan tengahari. disuap oleh oleh ucu dorang iaitu adik aku. bab² penyediaan dan penyuapan, diserahkan kepada beliau kerana beliau amat arif.

petang sikit.. ganti baju.. baru boleh buat aktiviti luar. kasik dorang gi memancing kat seberang jalan depan umah. girl tu tergelincir masuk dlm parit tak lama lepas tu.

dorang kebas perangkap tikus bapak aku untuk menangkap ikan. alih², inilah hasilnya.. 2 ekor anak kura-kura. bayangkanlah.. betapa bijaknya idea budak² ni.

dan.. hari dah petang. suruh dorang mandi. pakai baju tido. tak boleh keluar lagi dah. duduk diam² dalam rumah. kang aku rotan..

ps - aku dah ada mood..

mood anak mode

arini aku takde mood.
takde mood nak memblog, bercakap, buat keje etc...

karang kalau aku dah ada mood,
aku akan memblog.

bukan sebab pms,
pms aku datang minggu depan.

ps - mood makan tetap ada.

Wednesday, January 28, 2009

janggut pun boleh goyang..

aku tak brapa nak suka minum kopi. maksud aku kopi yang dibancuh di rumah. tak kira lah rumah aku ke rumah sapa. kalau kedai kopi yang sedang diboikot masyarakat sedunia tu.. mmg aku suka. tapi skrg dah tak pegi dah. kang ada yang kena baling ngan kasut tumit tinggi kang.. lgpun ekonomi dah tak brapa nak baik sgt. so, takyah bazir nak minum kopi yg harga berbelas untuk secawan.

lebih baik aku beli donut yang ada topping kaler². dapat la 6 biji. boleh kasik anak2 buah aku makan ramai². lagi dorang happy. lebih afdal. tak pun leh isi minyak ferrari aku. boleh pakai ulang alik opis 3 hari. yang ni pun afdal gak. afdal kuasa dua.

mak long and pak long aku datang. dorang ni tinggal kat kampung sebelah. tapi kan aku nak bgtau kat sini. aku boleh mati woo kalau duduk kat rumah dorang. siaran tv2 pun tak terang. banyak semut kat skrin tv. apatah lagi tv3 dan seterusnya. lagikan chanel penaja kawin mawi, jauh sekali. adoi.. aku akan jadi anak kurang soleh kalau mak aku ajak ziarah dorang. aku akan cari alasan paling kukuh nak elakkan diri dari pegi umah dorang. tak baik kan aku nih? bab² camni aku mmg akan transform jadi tak baik. tapi..kalau suh ziarah orang lain yang lebih dari 1 marhalah, aku sanggup je. lalalaaa.. itu lain citer.

seingat aku, kalau dorang datang, mak aku akan hidangkan kopi panas. adoi la.. aku tak reti nak buat air kopi. sebab tak brapa nak biasa bancuh kopi. aku biasa bancuh teh lipton uncang yang pat segi takpun uncang bulat rasa hebat. takpun nescafe atau milo tiga dalam satu bungkus. dan..aku bancuh sampai kecah2 kabinet dapur. mintak mahap eh mak..

tiba² bapak aku jengah dapur. "mana goyang janggutnya?" soalan rumit dari bapakku yang agak mengkonpiuskan aku. aku berfikir sejenak (sambul garu² dagu). otak mula jalankan tugas. informasi diproses sampai ke otak. ye.. aku dapat tangkap maksud goyang janggut tu. bijak tak aku? (nak muntah eh.. silakan lah..)

goyang janggut = makanan yang perlu disertakan dengan air yang dihidangkan. tak kira lah apa jenis pun. kerepek ubi makcik kiah boleh jugak. takde sapa nak marah pun..

ps - aku goyang inul je.


check-in..

malas sebenarnya nak berprasaan macam ni. sebab skrg ni tgh cuba nak lebih cool. tapi tak boleh juga. pigidah.. cool konon.

bukan marahkan sesapa pun. minggu ni cuti dah la 4 hari. aku hengat takde buat apa², boleh la check-in. hahaa.. bukan check-in hotel eh.. apa korang ingat? mula la nak berprasangka buruk kat aku tuh. mula la nak tuduh aku yang bukan². haaa.. tak baik tau. buruk sangka kat aku. baik korang bersangka baik kat aku.

istilah check-in tu bermaksud surf internet la. apadaa.. ni ha, streamyx line kat umah aku lately mcm tembelek je. nak menunggu word verifying username and password keluar kat skrin bukan main lama lagi. aku ingat kalau goreng tempe pun dah siap. bayangkanlah.. sedap gak tempe goreng ngan rempah cicah sos eh. emm.. makan saja aku nih.

bos lak tiba² kol aku. time tu dah dekat pukul 11 malam. time aku tengah makan kat warung makcik romnah. tengah layan nasi goreng cendawan. dia suruh aku antar mail kat kawan dia. adoyaii.. takkan aku nak kata tak boleh. aku cakap okey je.

ni antara perbualan dia ngan aku.
"hello, nonie.. saya ada sent u satu sms dekat itu u punya henfon. itu sama email u kasi hantar sama itu address saya sudah sms sama u. itu orang kata dia tiada dapat itu email yang u sudah kasi hantar sama dia. nanti u kasik sms sama saya kalau u sudah anta itu email ye.

balik umah aku trus cuba online. lahanat gak.. sabar je aku. bila line dah okey boleh masuk internet, aku trus sign in account cepat². trus cari sent history. trus taip email address yang dia kasik tadi. bila word your message has been sent to palaotakko@yahoo.com. dah keluar kat skrin, aku rasa amat lega. ye.. amat lega. apa yang penting, tugas aku dah selesai. janji keje yang bos aku amanahkan, dah aku buat dengan jayanya.

dan.. harini aku nak kol TM. nak buat komplen. mana buleh jadi. aku bayar line tu tiap bulan. tapi perkhidmatan tak bagus. nak kena dorang ni. banyak dah entry aku tertunggak.

ps - email address kat atas tu cuma rekaan aku semata². jangan lak korang gatal anta apa² mail kat address tu pulak.


Friday, January 23, 2009

sukati korang je..

dulu aku penah keje kat eon glenmarie. time tu rambut aku ikal panjang mengurai. tapi tak la sama ngan pontianak harum sundal malam. rambut ku akan ku ikat rapi tiap kali gi keje. almaklumlah.. kat sana lawan sapa vogue, sapa gojes. tak kira la ko kurus ke, tak brapa kurus ke.. janji pompuan. ada gak jantan yang nak cantik gak kat sana. heheee.. 69. semua orang nak nampak cantik menarik tertarik kau memang de bomb kimia phosporus. hehee.. betul ke spelling aku? lantak la.. janji ada bunyi.

satu hari tu aku gi makan kat kantin. tak ingat la pulak menu apa aku makan aritu. tapi aku masih ingat lagi kaler kebaya yg aku pakai. ye, kebaya labuh kaler itam putih. ada la satu mamat tu datang menghampiri aku lalu bertanya. "kak, nak tanya sikit boleh.." ayat pembuka bualan. "ye, ada apa?" jawab aku ala² sopan. pakai baju kebaya, kena kontrol sopan la weh.. "akak ni ani mayuni penyanyi tu ke?"

rasa nak tergelak pun ada time ni. masih kontrol lagi nih. aku trus jawab kat dia. "takkan la saya nak kerja kat sini. apa barang?? dah elok² jadi penyanyi.. takyah susah² nak keje opis. bukan gaji besar sgt pun keje kat sini kan..?" lepas aku cakap camtu.. dia lagi boleh cakap camni. "alaa.. mana la tau kan.. nak buat surprise kat staff sini." suprise pala hotak kau!

bf aku yang edisi 4 tahun lepas pulak cakap aku iras penyanyi ella. tu mmg aku tak nafikan. bukan perasan ye. tapi mmg ada sikit. korang tgk tahi lalat dia ngan tahi lalat aku. sama kedudukan kan? itu je irasnya aku ngan si ella and the boys tuh sebenarnya. heheheee..

dan.. dalam dunia ni ada 7 orang berwajah serupa. ada sesapa korang penah tgh muka dia iras² aku, impom aku cepat² tau.. aku nak jalan² seiring dan sejalan ngan dia. lalalaaa..

korang pulak camne? ada iras sesapa ke?

Thursday, January 22, 2009

petua nak gojes..

lama dah rasanya aku tak kongsi ngan korang apa makanan aku untuk lunch. sebelum tu.. kat sini aku nak bagi sikit petua. bukan petua lah. tapi sedikit rahsia yang aku korek balik dari memori kad lama aku. memori kad kepala otak aku ni la.

kalau korang makan sayur + lauk + ulam. haruslah semua benda² tu dikunyah sekali agar mesra di dalam mulut. dan apabila sampai kat perut, vitamin² yang ada kat makanan² tu akan diolah bersama² untuk hasil yang lebih bagus. maksudnya kat sini, lebih baik la. senang citer.

ada orang, makan nasi. pastu kunyah sayur. pastu makan lauk. pastu makan ulam. itu mmg elok, tapi lebih elok kalau dikunyah sekali. ada tu pulak, lauk makan last sekali. dah abis nasik semua, baru nak makan lauk. sekali kucing datang, curi lauk trus bawak lari. ha, baru padan muka..

petua ni aku dapat dari bf tak jadi aku 4 tahun lepas. hahaa.. masih ku amalkan sampai sekarang. benda yang baik, haruslah diguna pakai. walaupun orang yg turunkan petua tu tak brapa boleh nak dipakai.

dahlah.. aku nak tunjuk kat korang menu lunch aku arini. lalalaaa..

honey chicken.

salad masak sos tiram.

air sirap ais.

hahhaaa.. sedap tak menu aku arini. menu kat atas tu haruslah dimakan dengan nasi putih. kalau nak ratah je pun boleh. sukati. takde sapa nak larang. janji bayar.

chikukelangnya..

opis aku takde air. bukan tak bayar bil PUAS.. tapi ada masalah paip pecah kat bandar klang. pihak berwajib kata masalah akan selesai dalam masa satu hari.
dan, menurut dorang..bekalan air akan cuba dibekalkan dengan segera. tu nak utang air dari mana pulak tu? sedut dari sungai klang yang bersih lagi jernih tu.? oh tidak.. bLueekk!! kang aku kena penyakit chikukelangnya pulak..

aku tak sanggup dah... banyak dah klinik hisap darah aku aritu. lebam kat siku ni pun tak surut lagi. belum lagi lebam kat idung aku nih. sampaikan.. siap ada orang kata aku cucuk vitamin C kat muka aku ni ha.. hahaa.. dari aku cucuk vitamin, baik aku cucuk lain. lalalaaa.. aku dah banyak hilang darah. tu tak kira lagi pengeluaran bulanan. aarrrgghhh.. jangan amik darah aku lagi.

dan.. tindakan aku selanjutnya...
1. kurangkan makan
2. kurangkan minum
(untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke kancah pertandasan)

dan.. aku akan bawak sebotol air untuk kegunaan persendirian aku. ye.. for private use only. memang agak selfish ye bunyinya.. kadang² kena gunakan juga sikap tuh. lalalalaaa.. (cik beLLe.. aku suka guna word lalalaa ko tuh..buleh kan?)

Wednesday, January 21, 2009

penderaan di pusat asuhan..geram nih!!..

ni bukan peristiwa aku alami. kisah ni terjadi kepada seorang kawan aku. seorang ibu kepada 3 anak² comel yang sedang membesar.

zaman sekarang ni, dalam keadaan ekonomi yang tak berapa nak bagus.. isteri bekerja untuk membantu suami dalam memenuhi keperluan rumah dan keperluan anak² yang semakin tinggi kosnya. semua benda dah naik harga. hujan je yang turun. eh, harga minyak pun dah turun jugak eh.. lupa nak ckp pulak. bukan lupa.. saja buat² taknak ckp, sebab mgkn harga minyak akan naik lagi.

mcm ni kisahnya.. si ibu ni hantar la anak dia kat satu pusat asuhan kanak² kat westport sementara dia pergi kerja cari rezeki. satu petang tu, bila dia nak jemput anak dia kat pusat tu.. alangkah terkejutnya.. terkejut nak mampus. terkejut dan marah yang membuak².

nak tau kenapa? si ibu ni dapati anak perempuan dia yang berumur 5 tahun tu sedang menunggu si ibu sambil bersandar di pagar dgn mulutnya ditutup dengan selotep kaler coklat. ala.. selotep yang bese orang guna untuk seal kotak tuh.. dorang ingat budak² ni serupa kotak ke? sukati mak bapak dorang nak seal mulut anak orang. jahanam betul!! marah ni!

bila si ibu tanya, kenapa mulut bertutup? si anak jawab.. pengasuh buat camtu sebab taknak budak² buat bising. kalau taknak dengar suara budak² buat bising.. jaga rumah mayat. takpun jaga kubur. kat sana senyap je. takde bunyi bising. apada.. dan.. bila si ibu tanya kenapa tak buka selotep tu, si anak jawab dia takut kena marah ngan pengasuh. meroyan ke hapa orang tuh! pala hotak dorang la.. !@##$$%% & (aku tengah mencarut ni.. jom join mencarut ngan aku..)

dan.. si ibu telah membuat laporan kepada pihak berwajib ke atas peristiwa tersebut. di harap perkara ni tak terjadi kepada ibu² lain kat luar sana.

aku ni walaupun takde anak.. tapi aku tau camne perasaan seorang ibu. ye.. aku paham apa perasaannya bila orang sakiti anak kita.

kesimpulannya.. aku nak ikat orang tu kat pokok.. pastu letak nyamuk yang ada virus chikungunya kasik gigit² orang tuh.. sekian..

terlajak ferrari boleh diundur.. terlajak tidur.. apa eh?

(sambil menguap dua kali..)

lapar pulak perut ni. tak selera makan konon. "sejak i sembuh dari demam aritu, i tak berapa nak selera makan la.." kata² aku pada kakak aku petang semalam. ye.. nak aku bagitau kat sini.. itu adalah kata² dusta dari aku. sebab aku ajak dia makan kat maimon corner kat pekan umah aku. aku makan nasi goreng paprik. (visual tak disertakan, sebab tak berapa nak sedap).

balik umah, bahu rasa sengal². sebab aku duduk kat meja lain kat opis. pc aku rosak. tempat tu tak serasi kot kat aku. banyak la ko nonie.. tak serasi konon. pas solat maghrib, buka baju.. aku baring jap. kiranya aku baring tanpa baju. hehee.. tak seksi pun sebab aku kurus je. so, korang takyah la nak excited sgt time baca ni. huhuu.. dan.. aku pun tertidur.

aku terjaga bila terdengar lagu dari drama ku milikmu. ingat nak tengok citer tu. tapi, mata rasa berat sangat. sambung tidur lagi. terjaga lagi.. jam pukul 9.30 mlm. sambung tidur balik. brapa kali nak sambung la.. pastu aku terjaga lagi pukul 10.10 mlm. ish.. tak boleh jadi ni. kena gagahi diri untuk bangun.

capai towel kaler ijau. masuk bilik air. mandi. mandi ler. takkan makan kot. pakai pijama kaler biru gelap ada bunga kain ala² satin. ni mak aku beli time dia gi umrah tahun lepas. baju ni elok dinamakan baju panas. sebab kain dia memang panas. boleh kasik pinjam kat kahuna sebab kat tmpt dia blajar skrg tengah ada salji. abang aku penah tanya.. "sapa belikan kau baju hujan ada bunga² kat depan tu?" pastu.. ingat nak tgk tv cerita intan kat prima pukul 11.00 nanti. tapi.. katil tu asik panggil² je suruh aku baring.

dan.. aku pun baring. tarik selimut. tidur balik. tidur lagi?? sampai la ke pagi aku tidur. tambah tolak kali bahagi, lebih kurang 10 jam aku tidur malam tadi. mimpi.. jangan cakap la. macam² mimpi aku lalui malam tadi. malas la pulak nak cerita pasal mimpi tuh. lagipun aku tak brapa nak ingat sangat apa mimpi aku malam tadi. hahahaa..

kesimpulannya.. aku masih lagi mengantuk.. sekian..


Tuesday, January 20, 2009

dua puluh dua bulan..

aku dilahirkan sebagai hari khamis dua puluh satu haribulan sembilan. tahun, aku tak ingat. kena tgk ic aku. ic mak aku simpan. hahahaa.. aku tipu.

mak aku kata, dulu time baby, aku tak berapa nak aktif sangat. aku anak yang baik. tak nakal. tak banyak hal. ni kata² mak aku tau.. bukan rekaan sendiri. mak aku slalu bawak aku gi mengaji. letak je kat lantai, aku baring. sampai habis ngaji camtu je le posisi aku.

aku ingat lagi, atuk yang ajar mengaji tu. nama dia wak basar. (dah arwah dah..) dia panggil aku budak cantik. hehee.. cantik ke? aku mmg cantik. hahaa.. dulu kecik² aku cantik ler kot.. dah besar panjang ni, lagi la cantik, gojes gituh. heheheee.. masuk bakul.. meh tolong angkat kan..

dulu aku tak merangkak, malah meniarap pun tidak. bertatih.. jauh sekali. kiranya macam kanak² yang tak diberi minum milo. dulu, dah ada ke ke milo?

sampai la umur aku 22 bulan. aku still tahap yang sama. didudukkan.. aku duduk. dibaringkan.. aku baring. itu je yang aku mampu lakukan. mak aku ingat, anak dia yang ni cacat dan lumpuh.

pada suatu hari, tapi aku tak tau hari apa eh.. aku kena ejek. "heeee elleeh.. nonie.. dah besar tak boleh jalan.." dan berulang kali ejekan yang sama dilontarkan kat aku.

dengan tiba² aku berdiri. berjalan.. tanpa henti. berjalan dan berjalan.. dan jalan lagi.. jalan-jalan dan jalan.. sampai keluar peluh betina. mereka semua tergamam. sebab dengan tiba² aku bangun, dan berjalan. sebab aku mmg tak bertatih apa² pun. cuma tau duduk dan baring. tu je.

dan.. sampai sekarang aku berjalan.. dan aku suka berjalan² cari pasal. hua..hua..hua..

kesimpulannya.. jangan cari pasal ngan aku.. sekian.



Monday, January 19, 2009

siapa korang hah?..

assalamualaikum.. satu suara lelaki tak berapa nak dewasa memecah keheningan pagi kat rumah aku. wa'alaikum.. salam dijawab oleh adik aku. ye, nak cari siapa? tanya adikku. ini rumah nonie ke? ye, betul. jawab adikku.

kak, kawan you datang.. aku pun bergegas keluar. (sambil berkerut dah berfikir.. sapa dorang ni. pagi2 dah cari aku..) ye, cari saya ke? soal aku kat tetamu dua orang di pintu rumah aku. ni kak nonie kan? kenal saya tak? saya amin, kita jumpa kat sunway 4 tahun lepas. (aku pun cuba back to 4 tahun lepas..) time tu aku kapel ngan mamat eurasian tuh. takde aku nak kuar ngan bebudak camni. ish.. musykil. sumpah.. aku mmg tak kenal dorang ni.

lebih kurang 5 minit gak la dorang ni berdiri kat luar pintu tanpa dijemput masuk. sebab kitorang tak kenal budak 2 orang ni. pastu diorang ckp diorang cari gina, anak buah aku. pulak.. sapa la yang dorang ni cari. siap cakap lagi, ala.. gina keje kat bank islam kan? ish.. lagi lah mengarut. gina pun tak mengaku yang dia kenal dorang ni. pastu dorang kata, dorang kenal adik aku, mina.pulak.. ala.. kitorang ni kawan saiful.. takkan mina tak kenal. saiful mana pulak ni.. adik aku pun mula berkerut dahi dia.

pastu abang ipar aku pun jemput dorang masuk. dia yang layan bebudak ni. aku cepat2 cabut masuk dapur. sebab aku, adik aku and gina mmg tak kenal budak 2 orang ni. tu yang aku musykil sampai sekarang. mmg kitorang tak pernah kenal dorang nih.

dan.. pada pendapat kitorang.. dorang ni dah salah rumah. tapi.. camne dorang tau nama2 kitorang? (sambil garu2 dagu.. dan musykil..)

dan.. kat sini aku nak nyatakan lebih detail lagi..
1. dorang datang di pagi hari raya pertama kira² pkl 9.30 pagi (dorang ni takde family ke?)
2. dorang datang naik motor vespa (aku ni dah tak berapa nak muda lagi.. mana mungkin aku berkawan ngan budak² vespa..)

persoalannya.. siapakah mereka ini?



Friday, January 16, 2009

golek.. golek lagi..

bisu adalah nama seekor kucing. tinggal kat umah aku tapi bukan peliharaan aku. ye, ingin aku ulangi.. bukan peliharaan aku. bisu datang dengan sendirinya. tanpa diundang. tak malu, trus tinggal kat umah aku. takpe.. biar je. berbakti pada binatang, ada bahagian untuk kita kelak.

lepas bisu melahirkan 3 ekor anak, mula timbul masalah kat umah. ye, masalah najis merata. trus anak² itu dan induknya aku hantar ke umah auntie ku.

what a miracle! bisu berjaya menjejaki umah aku kembali. tinggalkan anak² yang dahagakan susu ibu. dah nama pun binatang. binatang juga. dan bisu.. kembali hidup solo tanpa anak² di sisi. senang kata, single and available. hahaa..

sekarang bisu dah simpan banyak jantan. ada saja jantan tunggu depan umah. yang kelabu, oren, itam, putih dan byk lagi kucing yg of coz jantinanya adalah jantan sedang menunggu peluang untuk merebut peluang. peluang apa.. sendiri mau hengat. takyah aku nak ckp kat sini. kalau tak tau juga.. pegi lantak korang. buat² tak paham konon.

bisu semakin galak. asik golek² je depan pintu umah. nak menggoda jantan² tu la tuh. satu hari tah berapa jantan dia layan. ish.. menyampah pun ada aku tengok dia. tapi.. aku biarkan je. takde mengganggu gugat hidup aku pun.

itulah dia bisu, semakin gatal sejak abis pantang ni. eh... kucing ada berpantang ke? pantang jumpa adalah.. macam aku gak.

macam aku gak? hahahaaa! rahsia..

ps: aku bukan kucing



Thursday, January 15, 2009

kotak pala hotak ko..

bos aku kata, keta aku macam keta mayat. ye.. keta mayat.. bukan honda mayat ye tuan² dan puan² sekalian. tapi kan.. aku lebih rela bawak keta mayat dari bawak honda mayat. abang aku kata, bohjan je yg guna keta tuh. ahaaahahaa.. sori ek.. abang aku kata.. bukan aku.

"lebih baik letak keta you tu kat hospital klang. bagi hospital guna, bawak mayat. pagi u hantar, petang u ambik. malu je bawak kereta kotak macam tu.."

apa pendapat korang pasal kenyataan di atas? adakah ia satu penghinaan atau mungkinkah satu cabaran?

aku tak anggap apa² pun pasal ayat kat atas tuh. aku senang je.. aku jawab camni..

"ha, malu ke saya bawak keta tuh..? belikanla keta lain kalau brani. "

esoknya.. aku n bos aku pegi naza. aku trus dakap caldina kaler itam. fuh.. aku suka banget. bonet tuh luas lebar dia leh buat tidur dua orang sambil golek².. ye, golek lagi.. tapi bos aku tak berapa nak minat caldina. tak nampak ekslusif, tak nampak kaya katanya. dia suh aku amik wish. salesmen kulit itam tu pe lagi.. trus amik mesin kira bodo dia tuh.. amik kertas conteng. cewaahh.. mcm kompem je nak beli. dah tentu² dia ingat kompem.. sebab aku dtg naik murano. wakakaaa..

kira punya kira.. setelah ditolak duit ban.. bulanan rm900++. aku boleh bayar.. ye, aku mampu bayar. tapi.. jadi penunggu bus stop la tiap hari. pastu makan biskut masin cicah sky juice. pastu pakai kasut 2 inci sampai jadi kasut flat. pastu pakai baju merah sampai tukar kaler jadi pink. oh.. tidak!!

aku tak brapa nak minat wish. aku tak suka nampak kaya. aku suka nampak bergaya.. hahaha.. bergaya pala otak ko nonie..

kesimpulannya.. ferrari aku lagi bergaya.. sekian.


Tuesday, January 13, 2009

perah.. jgn x perah..

sebenarnya tahun ni ada 2 tag aku dapat. tag pertama dari amal. tapi aku rasa aku nak buat TAG no. 2 ni dulu yang datangnya dari cik la.diva.la.belle.

mari kita mulakan
6 FAKTA HIDUP AKU
noni nickname aku. kat blog org panggil aku pinkiss.
suka sangat berangan.
susah nak serius. tapi bila serius.. orang naik menyampah.
jarang tersenyum. tapi.. tak kenal maka tak cinta.
tak suka orang yang tak tau belas kasihan.
mak bapak aku keturunan jawa. so, aku jawa tok.. tok..

HALA TUJU HIDUP AKU
1.berusaha untuk buangkan sikap negatif dan pemarah.
2.aku berusaha untuk berfikiran lebih positif dan matang.
3.akan ada cafe sendiri
4.aku cuba untuk lebih menghargai keluarga dan persahabatan.
(insyaAllah)

5 PERKARA YANG KAMU TIDAK TAHU TENTANG AKU (dan bakal tahu disini)
1.time aku darjah 1, aku lupa nak bayar kuih kat kantin skool. takut punya pasal.. aku buang duit tu kat pokok bunga depan kelas.
2.dulu aku lebih cenderung mengorat lelaki cina.
3.boleh dikatakan tak makan santan atau kelapa. (tak tau kenapa)
4.kalau tido mesti keliling ada bantal
4.suka belek2 rambut sendiri

dan macam biasa,
nonipinkiss nak TAG mereka-mereka yg belum kena TAG lagi tuh,
dengan ucapan 'perahlah otak, jangan asik nak perah kain baju je..
dan..yang aku rasa nak aku kenakan ialah..

: aqish- lama u tak kena tag
: ijan- sebagai assignment permulaan memblog
: cikpedot-kasik entry u panjang sikit
: elle-boleh ilangkan boring u
: ciknad - apa eh.. apa-apa aje lah.

tarikh tutup : lepas tengok anak bulan dan diperkenankan oleh penyimpan mohor besar.



bila aku menangis..

tangan, kakiku miang yang teramat sangat. miang tahap gaban dah. macam dicucuk2. ya Allah.. kurniakan aku kesabaran.

dan seluruh tangan dan kaki aku ditumbuhi bintik2 merah. termasuklah muka aku nih. dah macam badut sarkas kepala dongga hidung nih. ada orang tu ckp idung aku makin besar. ala.. besar pun, tetap cumil gak. huhuu..

kulit muka dah tebal. so, takyah nak malu2 lagi.

dan..ketam sekor yang ilang tu telah berjaya aku temui. kat bawah mesin jahit mak aku.. dan dah meninggal dunia kira2 dalam masa 48 jam yang lepas. so, korang sendiri bayangkan la bau jenazah ketam. bLuekkk...

ps - tadi aku nangis sensorang sebab tangan and kaki aku miang yang teramat sangat..


Monday, January 12, 2009

udang bakar butter..

harini masuk keje. dah lama rasanya tak gi keje. buat keje. memblog kat opis. ym kat opis. keje ke tuh namanya? hahaaa.. ada la sikit buat keje.
sebelum pegi keje, gi klinik dulu. nak amik darah buat kali ke empat. dah takde urat yang boleh dicucuk untuk disedut darah. huhuu.. sakitnya dia cucuk kat belakang telapak tangan. tapi tak jumpa gak urat yang boleh mengalirkan darah. dah lebam gak. sana sini lebam.
cucuk pulak siku lipat belah kiri. lebam la pulak. ni sabtu lepas dah cucuk kat spital. cucuk lak siku lipat belah kanan. tu pun lepas ditekan2 baru nampak bayang urat timbul sikit. cucuk kat situ. sedut sikit darah. antar makmal. dpt result. adusss.. makin rendah. hengatkan dah 200++. tapi makin rendah. ari rabu kena check darah lagi. buhsan..
drive gi opis. clearkan keje2 kat meja. buat keje sikit, bagi laporan kesihatan aku kat kengkawan. hahaha.. bukan kat bos pun. pastu bos masuk. dia duk lama gak kat bilik dia. tangan pun terasa miang2.. sana sini rasa miang. satu badan miang2. sedapnya garu2 tangan ni. rupanya bos aku perasan aku tengah syok menggaru.
"hei.. pegi balik lah.. apasal mau datang keje? nanti jangkit kat orang lain.." terjahan dari dia setelah aku mengangkat wajahku lalu merenung dia. kenapa tau tak? muka aku ni dah merah sangat. dahi, idung, pipi semuanya merah. macam udang kena panggang. aku pun hape lagi.. balik lah.. best woo.. time keje suruh balik umah. bukan selalu pun dapat camni. huhuu..
dan.. aku pun balik umah.. salin baju, makan nasi.. tgk tv. memblog.. heaven gua cakap lu..

ketam yang notty..

aku masih dalam lingkungan demam chiku lagi. abang aku antar ketam hijau. orang kata elok untuk penawar demam ni. tenkiu abang, susah2 je cari ketam ni. setau aku, ketam ni agak susah nak ditemui.

ketam ni kaler dia ijau lumut. mmg kaler mcm lumpur. masih bernyawa dan masih aktif. sihat walafiat. tapi jalan still tak betul gak. hahaaa... ketam tak de masuk driving skool. sebab tu, jalan senget je.

pagi2 aku dah dikejutkan oleh mak aku. "nie, ketam dah hilang." suara mak aku buat aku terjaga dari tidur. kira2 pukul 6.30 pagi. adoi.. mana ketam ni pegi. hmm.. patut la mlm tadi aku lupa nak simpul bungkusan plastik tu. malas nak cari, aku sambung tido. pastu mak aku kata dia jumpa sekor kat bawah mesin basuh, sekor lagi kat depan dapur gas kat luar. hahaaa.. mmg notty ketam2 ni. jauh gak ketam tu menyenget berjalan. yang sekor, still kat dlm plastik. yang ni skema sikit. duk diam je. lagi sekor, tak ditemui. mgkn dah berjalan sampai sempadan umah jiran. huhuu.. selamat jalan ketam.

selepas penangkapan dibuat. hanya 3 ekor je berjaya ditumpaskan. 1 ekor lagi dah melepaskan diri entah ke mana. ketam ni mmg notty tau..
ni sup ketam yang berjaya dimasak oleh anak buah aku. elok untuk penawar demam yang disebabkan oleh nyamuk jahanam. wajib tu ada sayuran. sedapp..

sup ni aku makan dengan bubur nasi. sebab bibir aku tumbuh mata ikan, lidah tumbuh biji2 and gusi bengkak. langsung xleh kunyah makanan. seksa woo.. tak best mkn bubur. tak berapa nak kenyang.

apa pun.. aku dah makin sembuh. cuma kaki masih agak sakit and lenguh2.

Friday, January 9, 2009

chiku part 2..

arini pagi2 aku dah bangun. nak kena check darah lagi. amik nombor, kasik borang. trus gi bilik dressing. nak check darah. adoi.. kali ni sakit la pulak rasanya. naik calar lengan aku kat belah siku lipat ni. tak tau kenapa. suster kali ni agak kasar kerja dia.

antar darah kat makmal. pastu jumpa doktor kat bilik no. 3. fuh, dapat doktor lelaki arini. hensem gak. tapi.. aku rasa dia gay kot. sebab aku arini pakai agak cun sikit.. dia tetap tak pandang aku dan tak brapa nak lembut percakapan dia. pastu seluar dia agak ketat. ish.. tak elok tau org jantan pakai suar ketat. tak baik untuk pertumbuhan. hua..hua..hua.. dahlah takmo kasik aku mc. dia kata tak demam, xleh dpt mc. pigidah! aku tak heran ngan mc dia tuh. so, aku ponteng je arini.

mesti korang ingat aku ni katanya demam, tapi boleh memblog lagi. mcm menipu je kan? mcm tak demam je kan.. ya, aku dah sembuh dari demam. cuma sendi2 ni masih sakit lagi. pagi tadi gi klinik aku drive sendiri. tepaksa.. sebab adik aku pun masih tak sihat lagi. punyalah sakit lengan ni nak pulas stereng. sakit woo.. nasib baik ferrari aku tak guna power lengan. ada yang putus lengan kang..

balik dari klinik aku g cari ketam. orang kata suh aku minum sup ketam. elok katanya untuk demam camni. aku pun cari la. sbnrnya ada pasar pagi kat sebelah klinik tu. tapi aku malas nak berjalan kat orang yang teramatlah ramai tuh. aku gi beli kat pasar mini kampung aku. tu pun aku parking betul2 kat pintu masuk pasar tu.

dan aku kompomkan samada ada ketam ke tak. "ada ketam tak?" indon jantan pekerja pasar pun jawab. "ada kak, mau ketam merah ke, ketam ijau ke?". mcm2 la ketam dia sebut. padalah cuma ada 2 jenis je. sengal punya indon. aku tak jawab pun. malas.. takde mood nak jawab. amik ketam merah 4 ekor. amik daun sup sikit, bayar dan brambus dari pasar tuh. bukan apa, sendi2 ni makin sengal dan sakit. tak dapat aku nak bayangkan camne sakitnya..
okeylah.. aku nak makan sup ketam jap. adik aku dah panggil tuh. dah siap untuk dimakan sup ketam tuh. yeeyyee.. besstt..

dan.. aku akan gi hospital pulak esok. kena amik darah lagi. darah lagi... selagi kandungan darah pekat aku dibawah bacaan 200, aku kena check darah lagi. sampai la 200 ke atas. arini bacaan 189. harap2 esok dapat la bacaan 200++. nak kena minum air bebanyak arini.



Thursday, January 8, 2009

aku dan demam chiku..

badan rasa sakit2.. rasa sengal2.. nak kata aku buat keje berat.. tak jugak. aku cuma buat keje sikit2 je kat opis, selainnya aku memblog.. stalk blog orang. dan lain2 keje yang langsung tak berat, tak adventure.

aku gi klinik kat opis aku. doktor check aku. dia kata aku dah kena demam chiku. dah 5% dlm badan aku nih. muka aku pun dah naik merah2. macam udang terbakar. doktor bagi aku mc 2 hari. jangan campur ngan orang katanya. jangan bagi org datang umah aku. spray nyamuk selalu. dan.. bla..bla..bla..

kaki aku mula sakit kat bahagian lutut. pg tadi nak masuk bilik air pun rasa nak pitam depan pintu. pandangan makin kabur. tekak rasa loya. aku tidur balik. bangun tidur, lengan pulak rasa sakit sgt. sendi2 ni mmg sakit gila. jari jemari ni pun rasa sakit sangat. rasa mcm tak larat langsung nak bangun. rasa macam lumpuh je badan ni.huhuu.. sedey sangat rasanya.

pagi td aku gi klinik kerajaan kat pekan. tunggu macam azab je. tapi, sabar je. tak elok nak marah2 nih. korang cuba bayangkan, aku dtg pukul 10.30 pg dan aku keluar pukul 1.15 ptg. bayangkan jelah ye.. sabar noni sabar.. lepas check darah, kasik sikit briefing.. doktor kata kalau darah pekat aku makin memekat, aku kena pegi hospital. waaarrrgghh.. aku takmo duduk hospital.

kawan aku kata, kat bawah katil hospital ada hantu puaka niyang rapik. issh.. saja je nak nakutkan aku. takot woo.. korang bayangkan je lah.. bawah katil korang tidur tu ada hantu. wahahahaa.. takooottt!

dahlah aku nak makan ubat ni. aku tgh giat makan ubat. pastu nak minum air banyak2. pastu nak tidur balik. sebab aku taknak tekanan darah aku makin rendah dan darah aku makin pekat. tak mo tidur kat hospital. takmooo.. taknak..

ps - smlm drive sambil nangis.. sebab semua sendi2 sakit sgt.. boleh bayangkan tak?

Wednesday, January 7, 2009

cerita ntahapahapantah..

mata ni mengantuk betul la. mcm la malam tadi jadi musang. kalau pun aku jadi musang, aku jadi musang yang tidur siang. malam, pe lagi tidur juga. pastu aku kaler pink. hmm.. musti korang sibuk nak bela aku kan? hua.. hua.. hua.. tapi aku xnak org pompuan bela.. tak best. tak thrill..

tadi ada kawan tu kasik aku listing produk yahudi aka israel setan gondol kepala dongga tuh. banyak tul produk lahanat tu kan. yang selama ni aku dok makan pakai. dan korang pun sama gak kan? alaa.. mengaku je lah. tengok aku ni.. mengaku je.

tapi kan, takkan aku nak buang menda² tu semua? ni dah kira pembaziran namanya. ala.. takat parfume tu.. aku kebas je dari abang aku. bukan aku beli guna duit aku pun. wahahaaa.. ha, yang tu boleh buang je. dah tinggal saki baki je pun. pakai je deodoran. yg ni kena check gak kot² de dlm listing tu gak. nasib baik ketiak aku bersih dari bulu²an. dan bebas dari bau²an.

ye, maggi pun sama gak rupanya. patutlah aritu aku pening, loya..muntah² pas makan maggi. rupanya tu salah satu tanda yang aku kena stop makan maggi. bukan berkhasiat pun. buat kepala otak bebal je. baik aku makan ubi kayu cicah gula melaka.

ni adik aku msg, dia kata dia kena tanda² awal chikungunya. alaa.. aku ni pun dah rasa tak sedap badan gak ni. rasa sengal² je sendi aku. rasa mcam tak berapa nak sihat je. atau.. ye, ni mgkn sebab 'makcik' aku dah sampai. aahh.. aku takmo kena demam chikungunya..

ps - aku tak pasti kenapa entry ni ada pelbagai cerita. ye.. aku nak tidur kejap. lalalaa..


Tuesday, January 6, 2009

ni dia ferrari aku..

setelah mendapat permintaan dari kawan² blogger, dorang nak tgk ferrari aku yang aku dok sibuk gembar gembur selama ni.

dan harini aku dengan rela dan berbesar hati (nak cakap berbesar dada tak boleh, sebab tak brapa nak besar) ya.. memaparkan visual tersebut.



ferrari ni dilahirkan pada 29.11.2004. kira² umur dia 4 tahun 1 bulan lebih sikit. saiz dia sama je sejak dilahirkan. tak membesar dan tak mengecil. kecuali tubuh badan dia agak bercalar dek kena garu dengan sapa tah. kalau ku tau sapa yang garu.. jaga dia! aku akan garuk dia guna jari bulldozer!

p/s: jgn korang nak tanya pulak apa plet number.. kasik aku privasi sikit la weh..

tukar kaler..

aku ni mmg suka la sgt dengan kaler pink. kalau boleh ferrari aku tu pun nak letak kaler pink pastu nak taruk airbrush rama² kat body dia. tapi.. banyak perkara yg perlu aku pikir sebelum buat camtu. antaranya..
1.kang orang leh indicate aku kat mana². susah sikit nak buat setan huhuu.. (setan ke aku?)
2.time bulan posa kang org tau ferrari pink beratur kat mcd drive thru tu aku yg punya
3.org senang nak tau opis aku kat mana, umah aku kat mana. susah tuh..

dan banyak lagi yg org akan dpt tau. takde privacy tuk aku karang.

arini aku terpaksa dengan relanya menukar background blog aku nih. ni permintaan dari seorang kawan lama. matanya dah naik berpinar² katanya setiap kali jenguk blog ni. alasan nak pakai lense kaler kelabu la tuh.. padahal mmg sengaja nak tukar kaler mata.. kaler mata aku? biasa je. dark choco. mata asli.

anyway.. pening gak la aku nih nak tukar dan mengedit blog nih. sejak dari pagi aku tak sentuh pun keje² opis aku. nasib baik bos aku gi oversea seminggu. kira²nya mcm kebetulan la nih.

dan lihatlah hasilnya sekarang. cukup cumil kan? rasa macam tenang je bijik mata nak baca blog ni dalam jangkamasa yg lama. kalau dulu bertahan 1 minit, so aku harap korang dapat lanjutkan lagi masa tu kepada 5 minit. dan.. leh letak komen kat setiap entry² tu. cewwaahh.. promo tuh. rasa miang².. meh aku gosok..


makcik aku da nak datang..

sejak dari tghr pas mentedarah kailan masak sos tiram ngan ayam masak madu, pala aku rasa sakit semacam. tau lah 'makcik' aku nak datang ziarah aku dlm bila² masa dari sekarang. 'makcik' aku ni mmg setiap bulan datang menziarah. yelah, aku ni lom ada' my other half' lagi. kalau dah de, mgkn 'makcik' amik cuti dari ziarah aku. tak paham? pening? konpius? padan muka korang. aku tak suruh pun.

dan aku bila pala rasa tak berapa nak ringan.. dan bila 'makcik' dah on her way ziarah aku..macam² benda yang aku pikir nak aku lakukan. secara tiba²..

AKU NAK..

makan tomyam.
adik aku ckp, kat klang parade ada thailand fest. nak makan tomyam yang dimakan dengan mee laksa. waduh.. sedap banget seh. meleleh dah.. air liur.

balik keje aku pun singgah sana. aku park je ferrari aku kat tepi jalan. wpun ada tanda no parking. tapi cuma tanda X dalam bulatan. takde pu dia kata 'no parking'. so, aku anggap tanda X tu bermaksud takpe, parking je. no hal.

"ya miss. mau makan apa.. laksa, somptam, bla..bla..bla.." tah apa² tah lagi menu thai dia sebut. ye, dia adalah seorang wanita pada luarannya. dan aku amat pasti dalamannya adalah seorang jantan. camne aku pasti ek? aku taulah.. dia tu pegang watak kembar lelaki pompuan seiras. lalalaaa..

dan aku pun tapaw 2 bungkus tomyam bihun dan mi laksa.

kesimpulannya.. bila 'makcik' aku nak amik cuti? sekian..

Monday, January 5, 2009

makan roti cicah minyak petrol..

smlm hari paling boring. ari minggu tapi kat umah cam xde orang. cuma aku, mak aku dah bapak aku je. yg lain.. hmm.. sorang gi kelas memasak, sorang lagi gi cari laptop kat loyat.

aku.. duk umah. masak, makan..dgn tgh kemaruk buat scrapbook kat cropmom. so far, baru siap satu layout. tu pun setelah aku bersengkang mata 2 hari 2 malam baru siap. bukan aku bodo, tapi blm berapa nak terer. ni tgh buat satu lagi layout khas tuk anak buah aku. kang siap yg ni, aku kasik tunjuk kat korang.

rasa nak minum air panas lak. aku suh mak aku goreng pisang abu. ni nama pisang yg mak aku kasik tau. bukan rekaan aku. kalau aku reka, sure aku letak nama pisang dot dot dot. huhuu.. nak buat roti bakar la. adoila.. roti ni dah tumbuh cendawan. bila tah punya keluaran roti mak aku simpan lagi ni.

pegi kedai nek jaemah. tinggal sebuku je roti. setelah ku amati tarikh luputnya.. ya Allah.. 26.12.08. taik badol betul. hampeh!.. gi la pulak satu lagi kedai. ni aku panggil kedai aceh. sebab owner dia org aceh. seb baik ada roti hi5. cari la pulak peanut butter. cari punya cari x jumpa. aku pun tanya kat org aceh tuh. ni antara perbualan kami.

aku :bang, ada peanut butter tak?
aceh:ha? tak dengar la dik..
aku :ada peanut butter tak? aku ingat nak tanya lepa kacang. for sure dia lagi tak paham kang..
aceh:ha, minyak petrol?
aku :(urut² dada..) ada peanut butter tak??? takkan nak saya makan roti cicah minyak petrol kot.. nak saya mati ke?
aceh:peanut butter tu apa?
aku : takpelah.. peanut butter tu sejenis serbuk cucian baju la..
aceh : garu² kepala.

aku pun beli je kaya perasa asli cap hi5. tak brapa nak sedap pun. sabar je lah aceh ni. nasib baik aku tak culik kucing dia yg berbulu berwarna ala² kek pisang. (ada kena mengena ke?)

kesimpulannya.. makan roti kosong je. sedap gak.. sekian.


Friday, January 2, 2009

malam tahun baru..

malam tahun baru aku disambut nun di depan umahku aje. takde sambutan di mana² kelab or luar dari kawasan liputan.

kat depan umahku ada satu padang yang terletak di seberang parit (parit buatan). parit tu takde la besar sangat. kira² dalam 1 1/2 kangkang la. (cuba bayangkan luas lompatan 1 1/2 kangkang.) camtu la luasnya. ada satu tanah lapang dek kerana projek perumahan terbengkalai. so, dengan kesempatan itu orang² kariah umah aku gunakan untuk majlis² berkaitan dengan penduduk kampung.

malam tahun baru dorang ada buat pertandingan memancing. setiap peserta kena bayar rm7 untuk sebatang joran yg dibuat dari pokok kelapa sawit. cheh.. untung benar tuan penganjur majlis tuh. dahlah hadiah tak seberapa. hamper je dorang sediakan. tak best langsung. tapi takpe, janji org kawasan terdekat dalam berkumpul bersama.

aku ni tak berapa nak campur ngan orang sekeliling umah aku. bukan sombong, tapi malas. so,malam tu aku cuba join majlis tuh. aku dtg naik basikal anak buah aku. adoi.. basikal tu kecik, aku lak kaki panjang. mcm pelik je. tiba² aku dengar satu letupan mercun. ish.. setan gondol sapa yg main mercun. oh mak ko meletup! aku pun tekejut dah termelatah. (peringatan: aku tak melatah). "tu sbg menyambut kedatangan ko tu nonie.." satu suara agak sumbang kedengaran. aku cuma tersenyum sambil mencarut dalam hati. apa carutan aku tuh? rahsia, sebab korang akan tepuk dahi sambil geleng² kepala 180 darjah.

tgk orang memancing, lama² rasa boring lak. lagipun byk nyamuk ikut serta. aku takut kena gigit nyamuk. sebab jiran ku dah kena cikungunya. dek kerana takot kena penyakit tuh, aku pun beransur pulang. on streamyx, tapi agak sial sikit perangai streamyx malam tu. jap jap okey, jap jap tak okey. boring la pulak. tepat 12 mlm, dorang bakar mercun. best gak. tapi aku tak dapat sertakan visual. sebab henpon aku tak berapa nak canggih. henpon lopek je. so, korang bayangkan jelah, bunga api yang besar.. bila sampai atas dia meletop². dapat bayangkan tak? tak dapat gak? lantak lah..

selamat malam.. pe lagi aku tido ler. takkan nak berjaga sampai pagi. membazir tu namanya. aku tak suka membazir bab² tido ni.

kesimpulannya.. kena rajin² campur ngan org. sekian..


Thursday, January 1, 2009

new year datang lagi..

dah tukar lagi tahun. baru aritu aku sambut tahun 2008. tau² je dah abis tahun 2008. dah tukar tahun 2009. dah bertambah lagi umur aku. tapi akan ku pastikan aku akan sentiasa kelihatan muda. huk.. rasa loya? sila muntahkan..

cakap pasal resolution atau azam. dari dulu mmg azam aku tak pernah nak tercapai. sebab apa? sebab aku x letak apa² azam pun setiap tahun. bukan takde azam, ada.. tapi, tahlah.. susah nak cerita.

ha, tahun 2009 ni aku ada satu azam. sbnrya ni azam tahun 2008, sebab tahun 2008 azam tu tak brapa nak tercapai. 50% je tercapai. 50% lagi dah terbengkalai. huhuu.. apapun, still ada 50% gak kan?? kan?? dari langsung xde percent. lagi hampeh!

azam aku yg paling paling utama, iaitu kesinambungan azam tahun 2008 yg tak berapa nak tercapai. apa azam aku tuh? macam besh je kan? bukan aku xnak kasitau, tapi aku malu + segan kat korang semua. takpelah, janji aku ada benda yg aku target. kalau azam aku ni berjaya.. aku akan kasitau kat korang. huhuu.. malu ar.. (muka dah merah nih..)

ni antara azam² aku yg lain..
1.slowkan belanja taik kering (belanja tah papetah)
2.nak cari n simpan duit byk²
3.lebih rajin bekerja
4.nak tambah kilogram biar nmpk lebih gojes
5.nak jadi orang yg lebih cool
6.lebih bg perhatian kat ferrari ku.
7.lebih menghargai persahabatan
8.pakai tali pinggang keledar time memandu
9.cuci keta sendiri

ada lagi sebenarnya.. cuma karang panjang sangat. takot tak tercapai dek akal. eh.. takot tak tercapai azam² tu. bikin malu je nanti.

ps* sebenarnya senarai di atas hanyalah anggaran. huhu... sekian.