KAWAN²

Tuesday, March 31, 2009

Hilang sudah macho mu..


Aku suka perati pasangan lelaki dengan perempuan bershopping. Ada yang lelaki pilih barang untuk pasangan, macam tu juga sebaliknya. Ada yang lelaki cuma ikut belakang, dan angguk je pilihan pasangan. Ada jenis lelaki pulak, cuma tunggu pasangan kat parking keta.

Macam-macam la jenis lelaki ni.

Satu lagi, aku suka tengok lelaki menjinjit barang2 yang dibeli dek pasangan. Rasa macam sweet je. Bila tengok dorang bawak plastik beg, kiri kanan tangan. Pastu ikut jalan seiringan.

Wow.. alangkah sweetnya aku tengok. Ahahaa.. sebab aku suka lelaki tolong jinjit barang2 hasil sopingan aku. Aku cuma perlu jalan berlenggang sambil kepit henbeg. Lalalaaa..

Aku tak suka tengok bila lelaki tolong bawak henbeg. Arrghhh! Rasa macam pelik je. Mana ada lelaki bawak henbeg gua cakap lu? Eii.. gelik la.. Macam mana hensem, macam mana macho pun rupa lelaki itu.. sekali dia bawak henbeg.. hilang hensem macho tu semua.

apa pandangan korang?

ps - kalau ada sesapa yang terasa tu.. aku peduli hape? ada aku mention nama sesapa kat sini?? takde kan..

Minum Barli Limau boleh jadi kurus ke?


Ada sorang auntie ni. Dia ni owner restoran kat area tempat aku keje. Boleh dikatakan setiap hari sarapan and lunch aku kat kedai dia.

Dan setiap kali aku bayar, dia akan tanya apa rahsia kekurusan aku. Apa dia hengat aku suka ke dengan badan aku yang kurus ni. Aku nak gak berisi la weh.. Tapi aku terpaksa pretend yang aku amat berbangga dengan bentuk badan aku yg more to love! ni. Buat² bangga. (yeke?)

Sampai satu hari tu dia, kata aku ni kedekut petua. Pastu dia ingat aku tidur letak batu bata atas perut biar nampak flat je perut aku ni. Apa kes? Adalah lebih baik akuletak sorang laki atas tu. hahaha.. Larriikkk!

Setiap hari dia akan tanya perkara yang sama. Apa rahsia.. apa rahsia.. Naik muak gak aku dibuatnya. Aku dah bgtau dia, rahsia aku.. apa yang aku makan setiap hari kat kedai dia, itu lah rahsia aku. Dia masih tak percaya.

Dan.. aku pun dapat idea. Aku create satu petua aku sendiri. Aku suruh dia minum barli limau setiap hari. Aku tak mention pun kena minum waktu pagi ke petang ke. Aku perati dia.. setiap pagi and tengahari pasti akan ada segelas barli limau dekat kaunter bayaran.

Hahahaa..! dia percaya. Dia ikut je petua ciptaan aku tuh.

Setelah lebih kurang 6 bulan..

Selepas restoran dia dah handover kat orang lain.. Aku terjumpa dengan dia waktu shopping. Dia yang tegur aku. Aku ni bab tegur menegur.. memang fail.

Korang nak tau tak?

Dia dah kurus tau! Dia kata selepas dia amalkan petua aku tu.. Dia makin kurus dan slim. Eh.. betul ke ni? (Aku rasa usus dia dah semakin nipis dek kikisan pati limau ada lah..)

Dan.. aku pun tersenyum (dalam hati ketawa..)

ps - aku tak pernah pun minum barli limau.


Monday, March 30, 2009

Dia cantik sikit


Pernah tak korang jumpa orang lain tapi muka macam korang?

Musykil..

Tadi aku lalu kat tepi standard chartered bank. Time tu jalan jam amat. Kenderaan pun berjalan dengan teramat slow.

Aku menoleh ke kiri tatkala terperasan sorang pompuan berdiri di tepi bangunan tu.

Ehh..!!! apa aku buat kat sana? Sedangkan aku tengah memandu keta.

Muka dia sebijik macam aku. Cara dan gaya.. memang sama. Aku pandang dia sampai hilang dari pandangan aku.

Bezanya dia dengan aku...

Dia cantik sikit.

Dan..

Aku cantik banyak.


Sunday, March 29, 2009

Ada sesapa boleh buat camni?


Aku terpana sejenak tatkala melihat kepada kekreatifan pelukis ini.


Aku tak berniat nak melucah di sini. Eh.. apasal aku cakap camni? Ada niat la tu kan?

Apa pun.. ada sesapa yang boleh melukis seteror dia tak?



Saturday, March 28, 2009

Aku nak tunjuk apa yang aku sopingkan

Eh.. mana la huruf ni. Agak teraba-raba sikit sekarang ni. Tengah bergelap. Sokong earth hour kononnya.

Aritukan aku gi jcard day. Ari kamis aku pegi. Tapi rasa cam tak puas hati. So, sambung balik soping ari jumaat. Heaven..!

Plastik-plastik beg hasil sopingan aku.


Inilah dia isi kandungan beg plastik yang aku janjikan nak tunjuk aritu.

6 helai tshirt, 4 helai kemeja. sepasang kasut tapi takde kat photo.

Baju dalam, eh.. mana pulak ni.. Ohh.. aku tgh pakai. So, takleh tunjuk kat sini.

Lagipun dah ada yang boleh agak kaler dengan saiz kan..


Friday, March 27, 2009

Lalalaaa.. bertukar jadi Blah laaa..

Mood happy..

Aku suka baca blog orang lain. Bila aku suka, aku komen. Dan, bila tak komen bukan sebab tak suka.. tapi tak tau nak letak komen apa. Tapi aku tetap baca. pun okey kan?

Aku suka bila orang komen entry aku. Tak kira la apa komen dorang. Ada yang lari dari tajuk entry.. tak kurang juga yang menepati tajuk entry tu. Tapi takpelah.. sukati dorang nak komen apa.

Keja aku.. baca.. komen balik.. dan.. perasaan happy akan terbit dari hati aku. Ada tu kadang² memang buat aku ketawa. Ada yang berlumba² nak jadi orang pertama post komen. Hahaha.. memang best dorang tu semua.

Mood tak happy..

Tapi ada la spesis tu yang setiap komen yang dia post tu, gaya dan cara dia macam la dia tu kenal sangat dengan aku. Macam kenal aku luar dan dalam. Tu yang aku musykil tu.

Memula dia komen sebagai anony, aku tak kisah. Sesapa pun boleh jadi anony. Even diri aku sendiri pun boleh jadi gak.Bila aku sound nak tukar setting comment blog aku.. cepat² la dia create satu blog kosong. Blog yang tak update langsung..

Bagi aku la kan.. kalau setakat nak create satu page kosong yang tak ber update.. lebih baik tidur je . Takyah kacau orang..

Sudah²lah.. kalau tak suka takyah buat camni. Duk dendiam je lah..

ps - bukan aku emo, tapi lama² perasaan ketidakpuashatian aku makin terasa.

PMS aku dah nak sampai..




Semalam dan Aku..

Soping sikit je.
Sebab gaji belum kunjung tiba.



Nanti aku tunjuk isi kandungan plastik tu.

Err.. baju dalam nak kena tunjuk jugak ke?

Thursday, March 26, 2009

Leha datin celup..


Baru ku tahu harini spa Q episod last. Apa la agaknya jadi ngan si leha datin celup tu. Kawin kah si qistina tu dengan anak ikan kap tu.

Paling tak boleh tahan, si Marlia over acting tu pregnant. Kikikii.. cam lucu pulak org tua pregnant.

Nampaknya petang ni aku tak dapat tengok episod last ni.

Sebab arini aku nak bersoping!

Err.. nanti tolong hapdatekan aku eh..


ps - kalau korang gi jusco bkt raja, agak² terserempak ngan aku.. tegur tau..

Wednesday, March 25, 2009

apa punya nama daaa..


Antara nama yang aku temui sewaktu aku menjalankan tugas aku kat opis.

Nama anak ngan bapak sama.
Simanchalam a/l Simanchalam
Sin Bin a/l Sinbin

Nama pelik..
Embok Chunok Bin Sisek
Serbit Bin Lukin


Dan banyak lagi nama lucu² yang aku jumpa. Malas nak korek fail.


Nama penuh aku, hmm... tak secomel aku.


Makin lama.. makin tensen..


Adoila.. makin lama aku tonton.. makin tensen aku dibuatnya.

Aku tonton satu drama bersiri indon setiap malam pukul 11 chanel prima. Tajuk dia Intan.

Cerita drama indon ni mmg penuh dengan konflik. Mula dengan cinta terlarang. Bila cinta dah direstui, kebakaran .. pastu hilang ingatan. Jumpa cinta lain. Bila dah cinta orang lain, yang hilang ingatan tu pulak dah pulih.

Pastu kawin. Bila kawin.. tak boleh mengandung la pulak. Tepaksa cari pompuan lain untuk dapatkan zuriat. Bila dah boleh mengandung, ada problem kat kandungan. Dah kena gugurkan pulak.

Bila tak jadi gugurkan.. dan bila dah bersalin.. anak tu pulak cacat. Pegi culik anak orang lain, ganti dengan baby yang cacat tu. Baby cacat tu pulak dibuang, dikutip pulak dengan si lelaki yang dulu sukakan dia.

Adoi.. bila la citer tu nak abis. Aku dan adik aku dah naik tensen tonton drama ni. Bukan apa.. rasa macam dah nak happy ending.. tapi tak ending² pun. Tambah lagi konflik² lain.

Ish pening..pening..

Eleh, pening pun tonton gak tiap malam. Dah sampai 200 lebih episod dah..Apa la aku..

Err.. ada sesapa tonton sinetron Jelita?

Doktor kata makan ubat ni boleh cepat sembuh.


Batuk aku cam belum ada tanda nak sembuh. So, aku pun beli aiskrim² ni dan makan biar cepat sembuh.



ehheee.. kita mulakan dari kiri.

1. perasa kacang hijau - rasa dia macam bubur kacang hijau tanpa santan.
2. perasa kelapa - rasa dia macam santan dibekukan.
3. perasa stoberi - rasa dia macam dutch lady stoberi milk
4. perasa cendol - rasa dia macam cendol kurang santan
5. perasa coklat - rasa dia macam coklat m&m.

uhukk.. uhuk.. uhukk.. uhukk..

dahlah.. aku nak minum ubat batuk breacol.

Tuesday, March 24, 2009

Pantun Hiba..


Hari ini hatiku rasa hiba..
Ku tanya hati mengapa dan kenapa..
Kerana JCard Day bakal menjelma..
Tapi gaji tak kunjung tiba..

Tak kira.. ada gaji ke takde gaji.. Soping tetap soping.!

Mari kita serang Jusco Bukit Raja bersama!

Hujan rintik².. jatuh atas jalan..


Saat aku sedang meng iron baju pagi tadi.. tiba² hujan turun dengan lebatnya..

Dalam hati pun berkata.. alangkah indahnya kalau aku dapat tarik selimut.. kembali beradu dan bermimpikan..

Bershopping dan shopping.. masuk kedai itu. masuk kedai ini. beli henbeg.. beli kasut.. beli sandal.. beli baju.. beli seluar.. beli itu.. beli ini. ah.. alangkah indahnya. Apatah lagi bershopping bersama si dia, lalu ku tak perlu mengeluarkan sesen haram pun dari dompetku.. Alangkah bahagianya..

Dan.. tiba² aku tersedar dari mimpi bila bau hangit menusuk hidung. Ceh.. kain pelapik seterika dah panas.

Pangg!! dah.. jangan nak berangan lebih! Gosok baju.. pegi keje..!

Nak pegi keje la nih.. Adoilaa..


Monday, March 23, 2009

Cepat la weeii.. ingat korang je nak mencekik?


Tengahari tadi aku makan nasi campur kat satu kedai ni.

Ada sorang mamat ni.. terhegeh² nak pilih sayur n lauk. Belek.. belek.. dan belek..Aku punya la sabar menanti kat blakang dia. Seb baik aku tak sontot je bontot dia tu. Biar padan muka! dahla pilih lauk ngalahkan pompuan. Tah apa yang dipilihnya.. aku pun tak tau. Sabar je haku..

Sorang minah ni pulak.. dah amik 4 ketul honey chicken. Ditenung² je ketulan ayam tu. Tak puas hati.. tukar peha pulak. Aku tunggu lagi.. Ditenungnya lagi.. Tukar dada pulak. Amik dada.. Tenung lagi. Tukar kepak pulak. Nak je aku sepak.

Ceh.. menci tau spesis² camni.

ps - aku amik 2 ketul ayam, sayur sawi cina, puding telur and sup ayam je.

Sunday, March 22, 2009

ALaHmaK.. Hancuss..


Aku kenal seorang mamat ni.

Muka.. tip top.
Ketinggian.. Fuh.. tip top.
Keta.. mmg tip top.
Ayat.. blink..blink.. mmg manis macam manisan.

Aku penah suruh dia teman aku gi wedding pada satu hari ahad. Yelah, wedding kan pekataan yang pendek, simple dan pasti semua orang paham maksudnya. Takkan la aku nak tanya dia boleh tak teman aku pegi majlis perkahwinan. Kan ke membazir ludah je.

Dia dengan blurnya bertanya kat aku balik.. Aku nak wedding apa kat keta aku. Hah! aku pun terkonpius jugak time tu. Aku cakap, pegi wedding. Dia tanya lagi. Yelah.. apa yang u nak wedding kat keta u, katanya.

Geram.. aku tanya dia lagi.. dia tau tak apa maksud wedding tu.. Wedding tu majlis perkahwinan lah!! Aku dah naik tensen dah. Dan.. rupanya dia memang haprak tak reti cakap/paham bahasa omputeh.

Adoilaa.. kesian sungguh dia kan..?

Ku sangkakan kau datang dalam pakej lengkap.. tapi.. apakan daya.. kau tak paham cakap omputih sepatah haram pun!

ps - nobody perfect maa..


Friday, March 20, 2009

amat perit ku rasakan..


Harini bangun tidur.. tekak aku terasa amat perit.

Dan..

Sekarang bertambah lagi keperitannya.. Nak telan air liur pun rasa sakit.

Suara pun dah semakin parah. Serak² basah..

Kengkawan..

Sila kasik aku petua nak sembuhkan keperitan yang daku alami nih..


Jumaat Yang Lucah..


Cepat je korang klik bila baca tajuk ada word lucah kan? hhahaaa.. takpe, sila² baca.

Tadi aku singgah beli nasi lemak kat pekan. Walaupun mak aku dah bungkuskan karipap.. aku rasa karipap tak cukup untuk perut aku.

Ada sorang kakak tu, dia tengah pilih kuih. Orang tak tanya apa pun. Dia sendiri kstau yang dia tak sempat buat sarapan pagi ni. Buat keje dengan suami sampai lewat sampai malam dkatanya. Pagi dah terlewat bangun. Tu yang dia beli je sarapan.

Naik meluat pulak aku. Aku yang dengar pun naik segan. Dia dengan selamba je bgtau apa dia buat mlm tadi tanpa rasa segan silu. Takyah kasitau la.. Sendiri mau hengat. Pagi Jumaat..

Satu lagi paling aku tak boleh tahan.. Dia hanya memakai tshirt, berseluar pendek dan..

RAMBUT DIA MASIH BERBUNGKUS DENGAN TUALA..

Adoyaii..

Thursday, March 19, 2009

Amoii.. wang tarak cukup lah..


Tadi aku pegi satu kedai. Bos aku suruh beli barang. Almaklumlah.. seksitari. Barang bos haruslah seksitari dia yang pegi beli. Satu barang harga dia rm90. Aku pun buka laci and amik duit yang aku rasakan berjumlah rm270.

Setat keta dan menuju ke kedai tu. Order 3 barang tu. Dan.. aku dengan konfidennya membayar jumlah tersebut.

Amoii.. tarak cukup la ini wang. Kata Ah So kedai tu. Dia cakap dengan nada yang agak kuat. Dan.. pelanggan lain pun memandang ke arah kami. Aku pun terpinga². Aku tengok, memang duit tu tak cukup. Aku pun kaver malu dengan mengatakan bos aku bagi duit kurang.

Rupa² aku tadi cuma ambil not rm50 3 keping dengan not rm10 2 keping yang berjumlah rm170. Dan.. aku pun cakap ngan Ah So tu aku amik 2 dulu. Amooi.. Lagi kurang sepuluh. La.. kurang rm10 pulok. Aku tengok wallet, nasib baik ada rm10. Fuh.. selamat.

Dah kena balik opis.. amik duit, pegi balik kedai tu. Beli satu lagi barang tuh.

Pangg! sekali pipi aku biar pink lagik. Apsal la tadi tak tgk betul² jumlah $$ tu.. Kan dah malu..

Apsal dalam wallet cuma ada rm10 je? Petang kang cucuk la. Lalalaaa..


sesungguhnya.. aku cintakan kehijauan..

Dulu aku ada cerita pasal aku tanam sayuran sebagai salah satu terapi untuk aku. Ada yang tak pecaya yang aku ni suka bercucuk tanam.

Arini aku nak tunjuk kat korang sayuran yg aku tanam.

Setiap pagi sebelum pegi keje.. aku akan lawati pokok² ni, sembur racun serangga, siram dgn baja.


Kacang Buncis


Kangkung baru tumbuh..


Cili Besar (ni abang ipar aku kasik)


Timun jepun (belum berbuah lagi..)

ps - belakang umah aku akan ada ladang cili merah.



Wednesday, March 18, 2009

Untukmu daLink..


Hadirmu penawar duka ku.
Senda guraumu menghiburkan hatiku.
Rajukmu menceriakan hariku.

Dalam Duka ku..
Dalam Tawaku..
Kau sentiasa bersama ku..

Dan..

Walaupun kau bukan kekasihku..

DaLink.. kaulah pujaan hatiku.

Tuesday, March 17, 2009

Entry tanpa tajuk..


Aku perlu berhenti berharap..

Dan.. hidup mesti diteruskan.. walau pun agak pahit.

pinkiss sedang berduka.

Sekian..


Tak Payah Nak Menunjuk...


Ada segelintir manusia kononnya bercakap lembut tapi sebaliknya penuh makna yang tersirat yang menyakitkan hati pihak lain.

Bila kawan tanya akan kecantikan kulit yang dimiliki.. Dan bila tak nak kongsi rahsia kecantikan tu.. terus terang sahaja. Jangan la menjawab secara agak menyakitkan hati orang.

Emm.. air wuduk je... Inilah jawapan yang keluar dari mulut dia. Umpama hanya dia sorang je yang solat. Orang lain pun solat gak. Kita tak perlu nak tunjuk diri kita ni baik budi pekerti. Orang boleh menilai sendiri.

Dari sudut pandangan aku.. Tak perlu la menjawab sebegitu rupa. Jelaskan ajelah.. Tak pakai apa² produk pun. Atau untuk lebih manis lagi.. kulit yg cantik.. adalah dari pemakan yang sihat dan betul.

Atau.. bagitau je apa produk yang digunakan. Tak salah kan berkongsi kecantikan dengan rakan? Kan ke seronok kalau tengok kawan² lain pun cantik.

Sebagai manusia biasa.. cubalah untuk menjaga hati perasaan orang lain.

Rahsia kulit aku?? aku guna produk ni.. --> KLIK


Mimpi laaagiiik..


Aku mimpi keta aku hilang.

Apakah maksud di sebalik mimpi ku itu?


Adakah ini petanda bahawa aku perlu bertukar kepada tajuk keta lain..

Panggg! banyak la aku punya tukar tajuk.


Monday, March 16, 2009

Sapa yang kena?


I'm sorry..

Aku memang amat suka kenakan orang. Tapi untuk mereka yang lambat pick up je lah. Kalau kenakan orang bijak pandai cam aku.. alamatnya.. terkena la balik..

Aku kenakan sorang minah ni. Dia memang selalu blur aka lembab.

Dialog :

aku : eh, ko penah minum power root tak?
dia : penah
aku : ko penah menang apa² tak?
dia : tak penah.. tapi aku dengar ada orang menang moto, melancong.. macam² lagi..
aku : eh, aritu kan.. sorang kawan aku kan.. dia beli air power root.. pastu dia buka pembuka tin tu.. ko tau dia tulis apa kat sana?
dia : ha, apa dia..
aku : kat pembuka tin tu.. bukannya pegi melancong.. tapi dia tulis pegi mampuss tau..
dia : eh.. ye ke? dia tak saman ke kompeni tu?
aku : takde.. ko pegi la saman.. bagi pihak dia..
dia : eh.. boleh ke antar wakil?

aku.. malas dah nak cakap lagi.. memang otak lembab.. blur..


Nak beli beg tak?


Alkisah aku 'termembeli' 2 buah henbeg. Satu lagi aku nak jual.

Baru lagi. tak pernah pakai.
Authentic from Guess.



Harga murah akan aku kasik.

mail aku -->pinkiss2109@gmail.com


Apa cerita ?



PC AKU BUAT HAL..

dah seminggu aku tak update keje dalam system.

arini aku dapat CPU baru.. yiehaa.. lalalaaa..

Takde entry buat sementara waktu ni.. segala cerita maki hamun, carut, lucah.. harus di hold kan dulu untuk sementara waktu..

ps - gatal dah tangan ni nak menaip entry.. garu dulu lah..

(lepas dapat cpu, aku trus download messenger..)



Saturday, March 14, 2009

Apakah ini??


Kalau korang bijak,

Yeay yen you art hard mail dart come.

Sila jelaskan apakah perkataan di atas tuh.

Friday, March 13, 2009

apa kau hengat aku ni pokaimak ke?


Pinjam jap word pokaimak ko eh zeela lalala..

Bawak duit banyaaaakkk.. Nak belanja adik and anak buah aku suar jeans baru. Aku pegi satu kedai berlabel merah. Almaklumla.. baru dapat bonus. Wallet mestilah takleh tutup. Penuh sangat dengan $$. (sila jangan rompak aku..)

Ada sorang mamat berkulit putih kat kedai ni. Tokey ke kuli pun aku tak pasti. Langsung tak tau nak sapa kitorang. Tak nak tanyapun apa kitorang nak cari. Seluar jean pun dibelek². Adik aku nak pattern camni, anak buah aku nak pattern camtu. Aku.. lagilah susah sebab aku ni slim.

Dia biarkan je kitorang. Tengok sebelah mata je. Mentang² la aku cuma pakai baju buruk je..

Bila kitorang nak minta saiz, ada je alasan dia. Tak sesuai la. Takde kaler la. Memang amat menjengkelkan. Dan.. Aku dah geram. Aku cakap kat dia..

"Eh.. macam ni ke cara u layan i? u ingat i ni takde duit ke nak beli..?" aku dah geram. aku tak puashati. dan aku keluarkan cash yang telah aku ikat² dengan getah lalu tunjuk kat dia.

Aku trus keluar dari kedai tu.. pegi kedai lain. Dan.. alangkah terharunya aku dengan sambutan pekerja kedai tu. Dengan senyuman dia menyambut aku. Dia boleh kata lagi..

"tengok² je dulu kak.. tak beli pun takpe.. nanti lain kali bila akak rasa nak beli, akak boleh datang lagi.."

Dan.. aku pun beli jeans dari kedai ni.


Tergolek Dok!


Dulu aku ada pakwe. Hahaaa.. dulu² la. Sekarang scandal je.

Dia ni bawak vulcan. Aku memang minat habis la dengan motor chopper handle tinggi cam beruk tu. Ekzos dia lak bunyi letup². Memang jadi kegilaan aku tu. Terasa diri macam erra fazira kejap. Pangg! perasan..

Satu hari, aku teringin sunggoh nak bawak motor. Aku pun pujuk² dia.. Dia tak kasik. Bahaya katanya. Lgpun aku xde lesen B full. Lesen haprak pun takde time tu. Aku cuma biasa bawak honda 70 milik bapak ku je.

Minum petang kat bandar baru klang. Aku berjaya memujuk dia untuk serahkan motor.Yieeehaaa! aku berjaya pujuk dia. Aku pun setat.. masuk gear. Yahoo! akhirnya aku berjaya bawak motor dia. Jalan melalui simpang depan jusco. Berhenti kat lampu merah. Depan tu ada bas park may. Lampu hijau. Aku pun masuk gear. Motor bergerak.. membuat U turn..

Tiba².. aku tak leh kawal handle beruk motor tu. Dan.. aku pun tergolek. Aku kontrol je.. Buat tak tau.. Takde luka pun. Sakit sikit je. Tapi malu mengatasi segalanya. Satu bas park may tu pakat ketawakan aku. Sial..

Sejak dari hari tu, aku hanya membonceng je. Sumpah.. dia tak kasik lagi aku bawak motor tu. Buat malu je katanya..

Sekarang.. aku dah tak minat motor chopper lagi. Bagi aku la kan.. chopper tu untuk orang malas je. Nama pun easy rider kan..

Aku dah bertukar minat kat kereta pulak. Selalu aku berangan kalau aku pandu subaru ke, lancer ke, evo ke, skyline ke.. apa² kereta yang laju bagai.. OH! alangkah indahnya..

Dah.. dah.. berangan je tak abis²..



Thursday, March 12, 2009

Sebab Mulut Rambut Binasa..


Satu hari ni.. adalah sorang opismate aku kata yang loyer firm ni nak kurier surat kat opis aku. Aku pun teramatlah tekejut. Setahu aku.. firm ni kedekut taik idung masin bedengung.. Nak lekat stem 30 sen pun nak berkira.. lagikan kurier. Ish.. Cam tak pecaya la.. Cam pelik benar bunyinya. Aku pun mengeluarkan statement berikut..

"Ha??? dorang nak antar by kurier?? Eh.. i berani potong rambut i la kalau dorang betul² anta dengan kurier.."

Fuh.. statement penuh yakin lagi berpuaka. Keesokan harinya.. Surat pun diterima melalui kurier. Dan.. janji harus ditepati. aku harus memotong rambut aku..

ps ~ Lain kali, pikir dulu sebelum bercakap... Pangg!! padan muka aku..

Pelita terbang dan bebola api serta seorang wanita..

Korang penah nampak hantu tak?

Dulu time aku kecik.. eh.. apasal aku asik imbas time kecik je lately nih..? Takpelah.. zaman kecik, aku tak reti melucah lagi.. tak reti mempuaka lagi..

Aku ingat lagi, time tu time malam.. aku tengah berak kat bawah pokok durian. Ptui.. kemproh la aku nih. Aku nampak pelita terbang. Aku tengok je.. aku ingat lampu raya. Aku kejar lampu tu. Makin lama makin tinggi lampu tu terbang melayang.. lalu hilang.

Satu lagi.. aku pernah nampak bebola api terbang. Aku bagitau kat mak aku, aku nampak mercun besar bulat warna hijau merah terbang dan mendarat kat umah jiran aku. Rupanya itu adalah keris pusaka simpanan jiran aku.

Bila aku masuk kolej, aku jadi penunggu public phone kat asrama. Ikut giliran. Satu malam tu.. aku dapat turn pukul 2 pagi. Time tgh tunggu turn, aku nampak seorang wanita berbaju putih berambut panjang sedang berdiri di bawah pohon ketapang. Dan.. sejak hari tu.. aku dah tak jadi penunggu lagi. Mgkn tu satu peringatan kat aku.. jangan bercinta time study. Padan muka aku!

Tapi.. sekarang aku dah tak pernah nampak hantu lagi. Takmo la diketemukan dengan hantu. Hantu pun takmo tgk aku kot..

Dahlah.. makin meremang pulak bulu roma aku ni. Nak tido lah.


Wednesday, March 11, 2009

Misi a.k.a. Suster..


Dulu time sekolah rendah..

Tiap kali terpandang van kaler putih tulisan kaler merah.

- Kementerian Kesihatan Malaysia -

Aku akan mula rasa menggigil.. rasa nak kencing.. rasa nak berak.. dan macam² rasa. Apatah lagi bila tengok Misi (nurse). Tah dulu orang panggil nas lah, misi lah.. Arrhh.. Janji dia pakai baju putih, pala ada topi putih berpin. Dan.. Bila Misi masuk kelas aku.. Perasaan tu makan berkali ganda menyerang aku.

Ye, aku amat takut akan dokter dan misi. Aku takut telan ubat. Dulu penah misi suruh aku telan ubat cacing. Aku takleh telan. Kemam je ubat tu dlm mulut. Last².. Terbeluekkk.. Misi marah aku. Cilake punya Misi..

Mgkn sebab tu dlm perut aku ni ada banyak cacing. Hahaha.. Gelik...

Time darjah 6 pulak, cucuk BCG.. Misi suh aku telah ubat .. tah panadol kot. Aku punya lah takut. Menggigil.. At last, aku muntahkan ubat tu kat longkang. Misi marah aku. Cilake punya Misi..

Bila aku dewasa.. Bila aku diserang PMS.. aku cuba untuk telan ubat. Aku malas nak tahan sakit PMS. Tak kira lah besar mana ubat tu.. Aku akan cuba untuk buka tekak aku sebesar yang mungkin. Burok benor bunyinya eh..

Sekarang aku dah tak takut telan ubat tau..

Ps ~ sapa tak takut Misi time kecik² dulu? Angkat Tangan!



Aku sebagai seorang minah Kilang..


Lepas SPMv, aku tak tau nak buat apa. So, untuk cari duit berpoya².. aku apply satu jawatan kat kilang kat bukit raja. Ye, sebagai operator pengeluaran. Cam tak glamer je kan. Ala.. blasah je la. Janji dapat duit secara halal. Err.. gaji pertama aku dapat adalah 243.90. Fuh.. cukup banyak time tu.. Dapat cash.. duduk kat tangga. Pikir.. Aku dah ada duit sendiri. Beli tshirt BUM. Hahaha.. time tu BUM cukup famous skali. Bangga siot!

Rutin harian aku seawal 6.00 pagi. Bas kilang datang pukul 6.45. Amik kat depan umah. Cewah.. pakai uniform biru. Macam suster gituh. Keje jaga mesin. Aku kena pastikan produk kat mesin tu jatuh dan masuk kat tempat yang sepatutnya. Bila tray dah penuh, kena masuk dlm plastik.. ikat. Antar kat QC. Aarrhh.. kisah mesin, tak best.

Ni kisah aku punya supervisor. Nama dia Teng Babi. Babi tu aku saja je tambah sendiri. Sebab perangai dia mmg cam babi! Suka buli aku. Dia panggil aku budak keras. Sebab aku suka melawan. Suruh buat OT, aku cabut. Sebab bagi aku, keje cuma dari 8-5 petang je. No extra time. Malas..

Satu hari tu, aku dah geram sangat.. Aku tunjal kepala dia dengan jari telunjuk aku. Hahahaa.. padan muka dia. Ada ke patut dia kata aku bodoh. Aku apa lagi.. naik hangin la. Sukati dia je buat aku camtu. Puas hati aku..

Pastu tak lama, aku resign. Aku dapat tawaran sambung belajar. Aku belajar seksitari. Dan..Aku tinggalkan kilang tu dengan penuh terhormat. Hahahaa.. pala otak aku terhormat.



Monday, March 9, 2009

Bila rasa basah melanda..


Satu hari, aku janji dengan kawan2.. zila, hairin and rina untuk main lompat getah kat depan rumah sorang nenek ni. Depan umah dia ada pokok manggis dan di sebelahnya ada sebuah tandas. Ye, tandas.

Dan.. permainan lompat getah pun berlangsung. Lompat.. lompat.. lompat.. getah. Tak hengat nak balik rumah.. tak hengat nak makan. Semua pun tak hengat. Lompat punya lompat, sure pundi kencing tu terganggu. Dan.. rasa nak kencing pun melanda diri. Apa lagi.. Trus larik masuk bilik air di tepi pokok mangga tu.. Takyah minta izin. Guna je.. SSSssss... Leganya..

Tiba-tiba aku sedar bila diri terasa dah basah. Rupa-rupanya aku bermimpi..

ps ~ kisah berlaku kira-kira 19 tahun yang lalu..

Friday, March 6, 2009

Indescribable..


Mood aku arini.. INDESCRIBABLE..

File banyak tak settle lagi, tak tau nak buat yang mana satu. Semua dateline dah dekat. Bukan aku saja lambat², tapi dokumen yang terima lambat. Adoii..

Nak buat profile untuk 2 bos. Pulak tu, satu hari.. satu macam dia suruh buat kat profile tu. Asik nak tukar² je. Bayangkan kalau dua bos. Adusss..

Collection kurang. Kena struggle untuk buat collection yang lebih tinggi minggu depan. Kena jadi Ah Long la camni..Adoiila..

Dan.. banyak lagi keje yang aku malas nak senaraikan kat sini..

Mengadu kat sorang kawan ni.. dia biasa dengan ayat berbaur LUCC dia..

"Sabar ye.. urut² tetek tu.."



Dah.. dah.. aku nak sambung buat keje..



Alaaa.. Singgit Je..

Ehehee... sekali dalam seumur hidup aku.. Semalam aku masuk contest. Eh, contest ke.. Pedulik la. Janji aku tau apa aku buat.

Sebenarnya dah lama aku nak join benda ni. Fly FM Cash Call. Hahaaa.. Aku mmg suka sangat dengar stesen radio Fly FM. Setiap pagi dan petang, sure aku akan dengar radio ni. Ni bukan promo.. Aku tak berapa minat nak dengar stesen radio lain. Tah, makin lama makin hampeh pulak aku rasa satu stesen radio ni. Makin mual aku dengar suara DJ dia. Mgkn sbb aku tak suka jantan spesis nonok. Yuurrrkkk! (muntah ijau)

Senang je nak masuk contest ni. Nak join, anta je sms kat dorang. Lepas tu bila dengar signal "Cash Call' tu, sms je lah cepat². Bukan susah pun. Ala, takat satu sms 50 sen tu apa la sangat. Baru luak RM1 je. Jangan la kedekut sangat.

Pastu kalau terpilih, dia akan kol henpon aku. Tapi tak tau la bila. Hahahaa.. itupun kalau aku ni bertuah. Cuma, kalau henpon aku bunyi, aku kena jawab je camni.. Fly FM - malaysia's hottest music. Senang je kan? So, aku dah setat pektikkan camtu bila jawab henpon. Tak kira la sapa yang kol. Aku Pedulik haper? Wahahahaaa..

Harap² dapat la aku cash RM500. Leh aku beli henbeg baru. Lalalaaa..

ps - tapi kan, RM1 tu aku leh antar 100 sms kat Pujaan Hati aku tu. Pangg! kedekut!!



Thursday, March 5, 2009

Bayar Utang Lagik..(Part 1)

Ni nak jawab tag dari Ijan. Tag ni agak mudah, tak perlu pikir banyak. Tuang je isi kandungan henbeg. So aku buat dulu. Mana yang aku tak bayar lagi.. tunggu sikit masa lagi la ek.


Ni adalah henbeg yan slalu aku guna. Aku suka yang tali pendek je. Sebab takyah sangkut kat ketiak. Sangkut je kat siku lipat belah kanan. Ha, leh perasan gaya ala² datin gitu. Pangg! Datin pakai beg mahal la weii!


Isi dalam perut henbeg aku.

1. henpon 2 bijik. Yang biru tu hp opis, yang silver tu untuk peribadi.

2. Wallet isi duit, ic dan lesen dan +++.

3. Coin pouch. Buat berat henbeg je. perlu dihapuskan.

4. Losen untuk kaki.

5. Kad access dan kunci opis.

6. Thumbdrive

7. Hansaplast (bukan hamsap tau!)

6. Pen merah pen itam. U marah, i hentam.

Malas nak tag orang lain. Sebab dalam proses nak memansuhkan industri tag mengetag ni.


Imbasan Tahun 1990..


Semalam lepas salam cium mak aku sebelum gi keje, aku terpandang video clip ni dimainkan kat Malaysia Hari Ini.

Lalu aku pun duduk sambil layan lagu ni kejap. Rock kapak kejap..



Korang nilaikan la sendiri yek. Aku cuma perasan seluar yang kaler silver tu. Hahhaa.. Bayangkan la kalau zaman sekarang ni masih ada lelaki pakai suar camni. Hampeh.. Kurang umat kat Malaysia ni. Laariikkk!!



100% Free of Carut..


(Menaip entry sambil tersenyum..)

Orang kata, kalau hidup takde masalah.. tu tak normal namanya. Hidup ni kadangkala terlalu indah.. kadangkala terlalu tak indah. Tapi bila tengah indah tu, adalah diingatkan agar tak lupa diri. Ingat la sikit benda yang tak indah yg akan mgkn atau bakal terjadi. Itu semua diluar jangkaan kita.

Bila yang indah tu dah berlalu.. dan yang tak indah itu datang. Amatlah perit rasanya. Mata macam dah tak boleh nak buka besar. Mata rasa sayu, kuyu macam ikan puyu. Dan, cuba la untuk kembalikan kehidupan seperti sediakala walau amat susah rasanya.

Cubalah buat sesuatu yang menggembirakan hati. HARUS DIINGATKAN.. Jangan sesekali memudaratkan diri. Bertindaklah secara rasional. Jangan ikutkan rasa hati. Bisa mati weii!

Antara perkara yang aku lakukan bila situasi ini kat diri aku.

1. Doa. Cuba amalkan dan hafal doa² untuk ketenteraman jiwa. Doa dijauhkan dari sifat marah.

2. Yoga. Dulu aku praktiskan yoga. Dalam 2 tahun juga la. Memang amat baik dan berkesan. Itu aku sendiri akui dan sendiri dapat rasa. Tapi sejak yoga diharamkan. Aku kena benti dari praktis tu semua walaupun aku rasa tak ada sikit pun unsur² ke arah terpesong. Dan, aku kena akur.

3. Blogging. Salah satu perkara yang aku lakukan. Menaip apa jua yang terlintas di fikiran aku. untuk dikongsi dengan pembaca. Dan, rasa puashati bila ada orang baca dan komen. Juga salah satu sumber untuk menenangkan jiwa.

4. Beli dan bela ikan. Semua ikan aku ikan kap yang berwarna oren dan atau keemasan. Aku boleh bediri depan akurium, tengok ikan berenang², tengok ikan berkejar²an selama yang boleh. Rasa teramatlah tenang.

5. Tanam sayuran. Setiap kali sebelum dan balik keja, aku akan tengok pokok² sayuran tu. Tengok kehijauan. Rasa tenang je hati, tenteram jiwa. Terbaru, aku tanam pokok timun and kangkung. Dan pokok² tu dah mula tumbuh. Rasa gembira tau.

Ni semua adalah TERAPI² yang aku lakukan untuk diri aku. Ke arah membina jiwa dan hati yang lebih tenteram.

ps ~ Carutan tu untuk selingan je sebenarnya. apa korang ingat? aku ni suka sangat ke memaki carut orang? Itu penyakit bulanan je lah.

APA PUN.. PUAKA TETAP PUAKA...


Wednesday, March 4, 2009

Kau Umpama Keldai bawak BMW..

Diulangi kali ke 18.. aku dah kensel cuti.

Cukup menyampah dengan manusia bodo macam keldai. Manusia bodo suka ikut bontot ambulan. Orang lain susah payah ejas keta ke tepi, nak bagi laluan.. ko bersedap² tekan minyak.. menonong je ikut bontot ambulan.

Dan, mungkin dia telinga dia dah pekak tahap badak tak dengar peringatan suara dari ambulan "tolong jangan ikut belakang ambulan.."yang disebut secara berulang².

Bawak² sedar diri la. Orang lain pun nak cepat gak. Boleh pun bersabar. Boleh je beratur ikut barisan. Boleh je sabar je mengharung jammed dalam waktu super duper peak.

Dan.. Padan muka dia bila dua keta tu pakat block keta dia. Lalu dia tersekat di belakang 2 biji keta. Takleh gerak ke kanan.. ke kiri.. duduk diam terus kat situ. Hmm.. Puas hati aku tengok insiden tu tadi.

Walaupun ko bawak bmw, tapi pala otak ko bodo serupa baghal betina.

Bangsa Nonok kah kamu??


Bila aku umumkan yang aku dah kensel cuti mencarut aku.. Terjadilah kisah yang mendorong aku agar mencarut dan mencarut.. dan mencarut...

Malam tadi aku lalu kat seksyen 8 shah alam. Tiba² sorang budak pompan melintas jalan macam lahanat. Tiba² je lintas dari kanan trus masuk ke kiri. Perlahan lak tu. Bodoh lahanat punya budak. Nak lintas tu elok² la sikit. Dahla aku ni suka memandu dengan secara tak brapa nak perlahan.

Lintas la sikit².. kanan.. kanan.. kiri.. dan kiri.. baru betul dan selamat. Nasib baik aku sempat membrek dan kat belakang takde kenderaan lain. PHooNNNNNNNNNNN!!! halwa telinga untuk dia. Memang cam lahanat..jahanam..tembelek..!!

Kalau dia sorang okey lagi. Ni ha, dia carry sorang jantan. Tah apa ke halnya jantan tu duduk belakang. Dah tebiat kot. Tak pun bangsa nonok.. takut nak bawak motor. Takpun sengaja nak peluk budak pompuan tu dari belakang. Ish, tak tau la aku nak cakap haper. Macam pelik je aku tengok pompuan bawak jantan naik motor.

Sampai traffic light, aku apa lagi.. Turunkan tingkap dan jeling macam nak jatuh bijik mata aku. Aku sound sekali kat dia.. "dik, dah boring ke hidup?" budak tu buat tak dengar je. Mungkin dia bengang + tekejut dgn apa yg dia lalui tadi.

Kalau aku rempuh budak tu malam tadi.. alamatnya.. takde la entry ni arini.. gile..


Tuesday, March 3, 2009

Cash Lahanat Machine @ CLM.


Niat mulia hari ni, aku nak bayar utang piutang aku. Aku utang kat satu bank ni. Ferrari aku dan kad penggalak hutang, dua² aku guna bank yang sama.

Niat mulia aku bertukar jadi niat mencarut. Ye, aku terpaksa mencarut arini. Mintak mahap la ye. Kan aku tgh cuti mencarut. Aku dah kenselkan cuti tu.

Mesin deposit tunai dia macam lahanat. Tah berapa hand dah agaknya mesin tuh. Pada firasat aku.. (jap.. tengah garu dagu..) dah fifthhand dah mesin tuh. Tah mesin terpakai dari bank mana tah dorang beli secara pukal tu.

Memula aku bayar untuk ferrari aku. Okey.. pastu dia suh aku kutip 60 ringgit. Puas laku ejas² duit tu.. aku lurus²kan, aku lipat²kan.. Aku masukkan balik.. krekk..krek.. zrass..zrass.. dia memproses. Tup² dia suh aku kutip skali lagi. aku masih sabar.. dan ulang tindakan tadi.. krekk..krek.. zrass..zrass.. deposit diterima.

Seterusnya aku bayar kad penggalak hutang pulak.. bunyi yang sama.. krekk..krek.. zrass..zrass.. empat kali aku kutip dan masuk duit dlm mesin lahanat tuh. Tapi.. still sama gak. Aku makin bengang..

Pastu ada sorang mamat bodo tah datang dari daerah mana tah.. sedap je dia sound aku.. dia kata.. "duit awak tu baru sangat tu.. sebab tu mesin tak terima.." dan.. aku pun menjawab.. "ha, mesin buruk elok guna duit buruk je..."

Dan.. aku pun keluar tinggalkan mesin bodo lagi haprak lagi jahanam tanpa bayar kad penggalak hutang tu. Bior padan muka dorang. Bukan aku sengaja taknak bayar.. mesin dorang yang cam lahanat. lopek. tembelek.!



Harap Bukan Spesis BATU..


Susulan dari rasa tak puashati aku semalam.

Aku baru habis buat meeting ngan semua staff. Aku baru luahkan rasa ketidakpuashatian aku terhadap sikap dan perangai orang yang macam plastik. Sikap orang yang takde tanggungjawab dengan diri sendiri dan tugas sendiri. Sikap orang tak tau bersyukur dengan apa yang dorang ada.

Aku bagi contoh orang kat luar sana yang dah kena potong gaji, dah kena berhenti keje dek kerana kegawatan ekonomi. Gaji yang belum tentu dapat tepat pada waktunya. Dan macam² lagi contoh untuk menyedarkan betapa dorang ni jauh masih beruntung dibandingkan dengan orang kat luar sana.

Ye.. sebenarnya niat aku nak basuh dorang.. Tapi aku pikir itu bukanlah satu tindakan profesional. Aku perlu bertindak rasional dan profesional. Aku kena jaga nama aku.. jaga kedudukan aku. Aku taknak bercakap mcm orang takde pelajaran. Macam orang tak sekolah.

Dan.. sekarang aku dah rasa lega. No more tension.. no more bengang.. Harap² dorang sedar, tak banyak pun.. at least sikit pun okey. Jangan langsung tak sedar diri. Memang spesis BATU la tu namanya.


Monday, March 2, 2009

Aku Naik Meluat..


Aku meluat dengan orang suka tunjuk bagus. Padahal bukan bagus sangat pun diri tu.

Bila bos ada.. amboii.. bukan main kelam kabut je dia.. jalan sana, jalan sini, macam banyak benar la keje dia. Tunjuk yang diri tu teramat bizi. Bizi sangat la konon²nya. Dia sorang je la yang buat keje, dia sorang je la yang ada keje. Menyampah!

Aku Diam..

Padahal kalau bos takde.. Keje satu haprak tak jalan. Dialah yang yang suara paling kuat. Kalah speaker microfon. Kalau bercakap, kalah si tukang karut. Dia je paling pandai bercerita. Dia je yang advance. Dia je yang tau semua benda. Padahal satu benda haprak pun dia tak ada. Meluat!

Aku Diam..

Esok ada meeting.. Tau lah dia ..

Aku akan buka mulut .. sampai dia takleh duduk diam.. Biar panas bontot dia.

ps ~ aku tak suka manusia PLASTIK!



Kaunter Banyak Tanya


Aku slalu dapat idea memblog bila:

1. Tengah Drive
2. Dalam Tandas
3. Bangun Tidur
4. Mood (marah, gembira, keciwa)

Emm.. camne ngan korang pulak. aku nak juga tau..


ps ~ apapun keadaanya, yang penting idea sendiri kan? Ingat, jangan kopiket entry orang.. Kalau dah takde idea tu.. duduk diam² je.

Sunday, March 1, 2009

Aku Kena Nombor?

Aritu aku jual empty toner. satu botol = rm20.. so, tujuh botol = rm20x7 = rm140

Aku order mekdi (sila jangan maki aku..) blanje 6 orang opismate aku. Pastu ada belen 60 ringgit aku bagi sama rata sorang dapat 10 ringgit. aku bagitau "ni untuk belanja makan tengahari esok.."

Pastu pulak salah sorang bos kat opis aku baru angkat keta baru. Aku pun sound kat dia.. "apa la sangat setakat kfc kalau dibandingkan dengan harga keta baru ni.." Dan.. $$ pun dihulur.

Aku pegi kfc, beli set untuk 6 jugak termasuk untuk despatch aku yang masih belum balik dari antar posto. Bila dia dah sampai opis..

Aku tanya dia.. "eh, ko dah lunch?" dan dia menjawab "belum lagi kak.." aku cakap lagi.. "kat pantry ada kfc, aku beli arini.." dia berkata lagi.. "semalam u belanja.. arini u belanja.. u kena ekor ke?"

Aku trus jawab camni.. "kalau aku kena ekor, sejak dari semalam bontot aku ni dah kuar ekor.. makan je lah.. banyak tanya pulak.. dah pegi makan sana!"

Dan.. jangan berani fitnah aku. aku kasik lempangan puaka pink aku karangg..!