Waktu aku turun ke ladang sayuran nun di depan rumah aku, aku mesti mahu berteman. Tak kira la sapa ada kat kawasan sekitar ladang tu. Akan aku panggil untuk jadi assistant. Biasanya.. manusia yang berumur separuh dari umur aku dan ke bawah. Apa korang hengat aku ni rajin sangat ke nak buat menda alah tu sensorang?
Kebiasaannya mangsa aku adalah anak abang aku. Nadia nama dia. Tapi aku panggil dia baby. Tak tau kenapa.. aku suka word baby tu. Dia selalu akan duduk kat rumah aku. Aku tau je.. nanti bior aku bawak dia gi kedai.. pilih apa² jajan yang dia nak. Kalau dengan ibu dia.. mmg ada yang kena tarik telinga la jawabnya. Aku paham tu..
Aku suka suruh dia buang daun² yang menguning. Siram pokok atau apa² la yang aku anggap dia mampu buat.
Sambil² tu aku akan tanya pasal sekolah dia. Takpun aku suruh dia hafal sifir. Terbelit² lidah dia mengira sifir. Soalan mengeja benda pun akan aku terjahkan kat dia. Dia perlu bersedia yang aku akan transform kan diri aku menjadi cikgu pada bila² masa waktu tu.
Sambil buat keje lagi.. aku soal dia..
aku:Baby, sebut isnin sampai ahad dalam bahasa inggeris..
baby:monday, tuesday, wednesday, thursday, friday, saturday, sunday..
aku:okey.. bagus..
aku: Satu minggu ada berapa hari?
baby:(tanpa berfikir dan terus menjawab..) ada 2 bulan.
Sambil tangan menyekeh pala dia aku berkata...
"Mati la aku camni nak tunggu 8 bulan baru dapat gaji."