KAWAN²

Tuesday, June 30, 2009

Aku harap, ko akan berubah..


Ingatkan dah berubah. Rupanya sekejap je sedar tu menyinggah dalam diri ko.

Ko tak hengat ke dulu ko hampir² langgar traffic light kat simpang empat pekan? Time tu ko potong Q dan ko tak berjaya melepasi lampu hijau lalu ko hampir terbabas bila panik nampak lampu merah menyala?

Semalam pulak, ko berlumba dengan satu lelaki bawak avanza kat hiway. Ko tu memang pantang ada orang cucuk bontot keta ko. Ko mula la rasa panas hati. Mula la tekan minyak tahap maximum. Aku dengar, ko menang. Betul ke?

Ko kena sedar, ko tu cuma bawak kenari. Apa la sangat tahap kelajuan kenari sangat.. Tu ko kena sedar tu.. Jangan ingat ko bawak ferrari. Kalau ferrari takpe, sukati ko nak bawak laju mana. Sebab takde orang berani cucuk bontot ferrari, kecuali lamborghini.

Kalau la ko tengah dok pecut, dok tengah sedap berlumba.. lepas tu terbabas langgar divider, ke, langgar orang ke.. sapa yang susah? Ko jugak kan..

Ko tak ingat, aritu ada eksiden waja dengan myvi? Habis myvi tu remuk terbalik kat tengah jalan? Pastu ramai polis kat sana? Ingat tak???

Aku ingat, ko dah tak buat benda² tu semua.. Rupanya.. aku silap..

Aku harap..

ko buang sikap tak elok yang membahayakan diri tu. Bawak kereta dengan perlahan, slow and steady.

NASIHAT DAN TUNJUK AJAR DI ATAS DITUJUKAN UNTUK..


DIRI AKU SENDIRI..

Monday, June 29, 2009

Selamat tinggal .. aku harus meninggalkanmu untuk sementara..


Tajuk tak boleh blah. Sapa yang harus aku tinggalkan?

A.Y.A.M. iaitu AYAM.

Sejak dua menjak ni, ada je jerawat tumbuh. Kat pipi kiri aku ni. Mencik tau!

Kan aku ada cakap aritu kan.. Aku nak gi buat facial. Sebenarnya 2 minggu lepas aku dah buat dah facial tu. Ni, kira facial susulan la ni. Bila sampai sana, orang tu advice aku suruh buat rawatan resdung.

Yelah, lately memang aku rasa hidung aku ni gatal amat. Nasib baik idung aku kecik je, kalau cam idung zizan mat Bolos tu.. Memang cam badut la merahnya aku dok gonyoh² je.

Aku pun setuju buat rawatan tu. Cett.. Cam nak mati lemas je aku hidu asap tu. Uhuk.. uhuk.. Bayangkanla, 4 batang dia guna tuk rawatan tu. Seb baik aku tak lemas.

Hasilnya.. Perrrgghhh.. Macam nuget ayam je muka aku. Punya la banyak bendasing tu tinggal kat muka aku. Tah berapa family tah dah bermastautin kat muka aku. Baru aku tau.. Itulah penyebab jerawat asik tumbuh je.

Lepas buat rawatan resdung, aku buat pulak facial treatment. So, arini muka aku amatlah tak santek.

Dorang nasihatkan aku untuk kurangkan makan ayam. Pengambilan ayam secara tak sedar diri tu adalah salah satu penyebabnya. Aku ni dahlah setiap hari asik makan ayam je.

Mulai dari hari ni, aku akan kurangkan makan ayam, lebihkan minum air suam. Langsung tak ambik ayam kot. (mgkn..) Aku akan makan ikan pulak.

Eii.. Ikan ke? Terpaksalah..

Err.. ada apa² petua atau tips tak? Silalah kongsi bersama ye..


ps - Sori eh, takde gambar sebagai bukti aku buat rawatan + facial. Sebab aku hanya berkemban time tuh.. Kang.. jem pulak traffic blog aku ni. Wahahaaa.. Gelak lucah.

Friday, June 26, 2009

Nak senyum ke tak ni?

Sampai je opis, trus online internet banking. Yiehaa! Gaji dah masuk. Lalalala.. Kejap je lalalaaa ni.. Pastu.. Huhuuu..

Belanjawan Julai 2009.

Mak

Ayah

Facial

Bil astro

Bil stimix

Bayar Keta

Service Keta

Beli kain raya

Kad Penggalak Utang

Shopping (Panggg! tak boleh!)

Beli sabun muka (errr.. datin, nanti i bank in ye..)

Beli hadiah besday tuk anak sedara (dah tertunggak 2 bulan)


Eh, pesal senarai makin lama makin panjang ni? Adoilaa.. Bila la aku nak jadi jutawan ni? Nak minum power root la. Anda boleh jadi jutawan. Ceh, minum sampai mati pun belum tentu menang.

* itu belanja yg nampak, belum lagi belanja yg belum nampak.. aduss.. *

Korang pulak? dapat gaji batpe? (ceh.. sibuk je aku ni..)




Thursday, June 25, 2009

Sudah la.. Cukup la tu..

Aku dapat berita. Berita ada sale kat centro klang. Sale lagi..

Semalam aku lalu depan bangunan tu, sah.. Memang ada sale. Eii.. Dah 3 hari berlangsung sale tu. Aku belum lagi tinggalkan jejak. Tak boleh jadi camni.

Rasa mcam nak jejak je. Mana tau dapat baju ke, kasut ke.. Beg ke.. Beg lagik!?

* ayat di atas adalah ayat tak belum sedar diri *


* ayat di bawah adalah ayat dah nak sedar diri *


Raya dah dekat. Eh.. Puasa dah dekat. Lepas tu nak raya. Kena la simpan duit untuk belanja persiapan raya. Takkan raya nak sarung henbeg kat badan kot..

Eeeiii.. sila doakan aku agar sedar diri.

Wednesday, June 24, 2009

Pe'el² yang membahayakan kesihatan..


Tinnn...

Aku terus tersedar lalu mengangkat kepala bila terdengar bunyi hon itu. Waktu tu kepala aku berada di bawah seat keta.

Rupanya barisan depan kereta aku telah kosong dan mereka telah meninggalkan aku jauh di hadapan. Patutlah manusia belakang aku tu hon macam esok nak mati dah..

Ehheeee.. sori la eh. Sebenarnya aku tengah sibuk cari sebelah kasut kat bawah seat. Pagi tadi aku macam lambat. Masuk keta pakai sipar jepun. Pastu kat traffic light sibuk nak tukar kasut. Kasut lak tak berjaya ditemui untuk sebelah kanan.

Aku ni dahla tak leh drive tanpa kasut. Rasa janggal je drive kaki ayam. Rasa cam tak leh nak agak bila nak tekan minyak and brake. Eii.. mak tak boleh la nok! Eceh.. transform pulak. Huupppp! tarik balik.

Aku ni suka simpan semua kasut kat bawah seat. Senang. Bilamasa rasa nak tukar, trus korek² je bawah tu. Tapi tulah masalahnya. Suka tukar kasut time tengah drive.

Satu lagi peel aku yang tak brapa nak bagus, butangkan kemeja lengan sambil memandu. Dahlah kebanyakan baju kemeja aku ada 4 butang kat lengan. Kekadang tu hencot pun ada. Ehehee.. cam orang sewel pun ada.

Penah tu aku bawak keta dalam jem sambil tangan sebelah tu tengah sapu losen kat kaki. Nasib baik tak cium bontot keta depan. Abis bebel kawan kat sebelah tu. Bahye katanya..

Bahye ke?

Sunday, June 21, 2009

Siku aku buruk tak bermaksud aku buruk siku..

Hari cuti biasanya aku akan ZZZZ. Ye, tidur macam besok dah tak boleh tidur lagi. Tapi minggu ni aku rasa nak eksesais. Badan rasa dah tak FIT lagi. Tak FIT maksudnya tak seksi. Hahaa.. sukati aku je bagi maksud.

Jalan manakah harus aku pilih. Ke kiri atau ke kanan?

To the left.. To the left..

Aku sebenarnya tak jogging, cuma berjalan dengan laju. Sama je kan. Janji seluruh anggota bergerak.


Aktiviti baru dimulakan dengan berjalan kaki. Kasik panas sikit badan ni.


Berbasikal pulak. Kasik otot kaki bergerak dengan laju sikit. Eceh, tetiba je muka senget. Asal nampak kamera je, muka trus otomatik menyenget. Papetah..

Seat basikal ni telah diejas ketinggiannya kepada tahap maksimum. Biar kaki lurus je time berbasikal. Kalau nak seat rendah, sila naik basikal kanak2 beroda tiga ye.


Elok lalu jalan bertar, kami masuk kawasan berbukit bukau. Seumur hidup aku, baru sekali aku lalu jalan ni. Baru tau kewujudan jalan ni. Padahal, dekat je dgn rumah.

Apsal tak kayuh basikal? Nak mampus?? tu naik bukit tau. Semput karang aku. Sebenarnya aku tak reti nak tukar gear basikal tu. Aku reti masuk gear D dgn R je.


Menuruni bukit penuh rumput hijau. Basikal still aku sorong. Sebab depan tu ada kawasan tengah korek tanah nak buat kolam ikan. Kang kalau aku kayuh pastu terbabas, trus masuk dalam kolam kering.


Singgah kejap kat ladang menternak arnab. Tengok muka aku, dah agak pucat. Waktu ni perut dah mula rasa sakit sangat. Tetiba je rasa teramat sakit. Mungkin sebab aku sedang diserang tentera jepun, tu yang aku tetiba rasa badan tak sedap.

Ladang ni memang letaknya jauh dari jalan utama. Kena lalui jalan bertar, lepas tu turun bukit jalan yang agak sempit, lepas tu jalan merah tak bertar. Baru jumpa entrance ladang ni.

Kenapa letak jauh ke dalam? Dah tanah bapak dia kat situ. Nak buat macam mana?

Lepas tgk arnab, aku dah mula rasa nak pitam. Pandangan dah kekuningan. Dah tak larat jalan dah. Rasa nak baring je kat kebun tu. Jalan sikit, berhenti. Jalan sikit, berhenti.

Lepas tu, dorang pakai carry aku naik basikal. Kesian dorang. Terpaksa sorong basikal menaiki bukit2 tu dengan aku duduk kat seat basikal. Time tu rasa sedih. Sebab rasa menyusahkan sesangat.

Waktu turun bukit tu, kaki yang aku letak kat besi basikal.. Tetiba tergelincir dari tempatnya. Aku pun jatuh. Aku je yang jatuh tau tak? Mungkin aku kurang FOKUS. Punya la sakit. Tapi kan, dalam kelam kabut tu, aku sempat pikir nak elakkan muka dari tersembam atas batu. Jadi, tangan kiri aku menampung sepenuh berat badan ni. Selamat dah muka aku dari mencium batu.


Inilah gaya aku jatuh. Tengok, ada gaya tak? Jatuh pun siap nak bergaya ke? Time ni Rescue 911 lom sampai lagi. Hahaha.. pala otak aku Rescue 911. Rescue Jatuh Bangun Sendiri ada ler. Time ni muka tengah tahan nangis.


Ini lah hasil kemalangan yang aku alami tu. Siku kiri aku telah mendapat luka berdarah. So, sekarang siku aku dah buruk. Errrkkk.. Bukan buruk siku ehh..

Balik rumah, buka kasut.. Aku terus baring depan kipas. Kakak aku urut2 dengan minyak panass. Lepas tu, kena bebel sikit dengan mak aku. Lepas tu, aku terus pengsan sampai pukul 9 malam.

Adoila.. panjang betul entry aku kali ni. Rasa macam tengok album bergambar pulak.

Friday, June 19, 2009

Edisi penutup kisah DURIAN..



Aku tak pasti samada ini kisah penutup atau bukan. Barangkali ini kisah penutup PART 1.

Yang ni pulak aku nak cerita pasal jemputan makan durian. Ahaa.. bukan nak jemput korang. Sila jangan perasan in advance ye.

Bila durian sudah gugur, aku pun mula pasang niat nak jemput kengkawan datang beramai makan durian. Aku selalu berharap agar dapat tengok kawan² makan durian di bawah pokok. Pastu durian jatuh trus kutip dan makan. Aku selalu bayangkan situasi itu. Tapi kan, kalau durian jatuh hempap pala.. lantak.. apa aku kesah? Sila jangan maki aku ye.

Penah dulu aku jemput kawan ofis aku dtg makan durian. Sendiri mau maklum la ye.. durian tu mana boleh dipetik. Aku pun kutip.. kumpul.. kutip.. kumpul sehinggalah satu bakul. penuh Ni punya semangat nak ajak kengkawan datang ni.

Sampai masanya.. satu batang hidung pun tak muncul. Abis durian bebanyak tu nak buat apa? Buat aku mandi? Sangkak betul. Mak aku pun agak kecewa, aku apa lagi lah?

Aku tak kecewa. Batpe nak kecewa. MARAH tu memang pasti ada.

Pastu musim durian tahun lepas pulak. Aku buat open house. Macam² aku masak. Menu spesel, puluh cicah serawa durian. Ni PURE punya serawa. Tanpa sebarang campuran. Aku jemput kawan² datang. Kawan opis aku tak jemput. Aku dah blacklistkan. Tu pun tak ramai yang datang memunculkan diri.

Sejak dari itu, musim durian bakal melanda rumah aku tahun ni.. aku belum rasa nak ajak sesapa datang pun. Kalau rasa² nak datang tu.. Bagitau je. Ada takde buah durian.. lain cerita. Tapi kalau ada rezeki.. Insyaallah durian tu akan gugur menyambut korang.

Sekian, kisah durian aku.




Thursday, June 18, 2009

Minyak kapak cap angin..

Di atas faktor masa yang agak suntuk, panas yang terik itu belum kira tenaga dah peluh yang bakal aku keluarkan untuk makan tengahari.. aku memilih satu restoran berdekatan dengan opis aku. Ia terletak kira² tah berapa langkah tah.. karang aku kira la eh..


"mee goreng takmo pedas dengan barli panas.."

Aku pun order makan untuk lunch. Menu simple. Bagi aku ia amat simple.. Light² gitu.

aku ingat diorang pun dah tau aku ni tak makan pedas dan kurang amik ais. Aku memang tak kuat pedas sebab kuat aku ke lain. Lalallaa.. sila jangan salah sangka. Panggg! in advance telah hinggap di pipi anda.

Sedang aku menunggu makanan siap, tokey kedai tu datang dekat aku lalu bertanya..

"kak, tadi order mee goreng nak minyak banyak ke minyak sikit..?"

Aku terus tersentap.. kepala otak mula berputar.. Jawapan balas apakah yang harus aku berikan kepada tokey goblog itu..

"ada ke orang order mee goreng minyak lebih ..? Aku bercakap sambil mata aku terus memandang tepat kat muka dia.

Disebabkan terlalu sentap (mgkn.. dan pasti..) dia tersenyum dan berambus.

Tak lama selepas tu.. mee goreng dihidangkan dan.. ianya amatlah sedap..

ps - restoran ni penah aku senaraihitamkan satu ketika dulu.





Wednesday, June 17, 2009

Lalalaaaa.. durian lagik..


Minggu ni adalah minggu durian.

Korang jangan lak muntah darah ek dengan edisi² cerita durian aku.

Sementara panaskan enjin ferrari aku, aku melilau² tengok pokok durian yang sedang asyik masyuk berbunga (cewah.. statement takleh tahan..) keliling rumah aku.

"Adat berblogging perlulah disertakan dengan bukti bergambar"

Aku ingat lagi kata² bikin telinga bernanah dari sorang kawan skool+blogger.


Dahan berputik serendah ini. Lihat saja kakiku itu. Bukti ni..bukti..


Masih pokok yang sama. Putik sama paras ketinggian aku.


Ahaa.. tetiba je ada sebijik buah durian dah jadi. Nampak tak? Sebelah tu kan ada banyak putik². Tak nampak? Memang mata dah rabun.. Sila jumpa pakar mata yang berdekatan.

Ha, kalau ada yang kata aku ni orang bandar.. memang dia silap. Aku orang kampung yang tinggal di kampung.

ps - ada lagi siri durian akan menyusul..




Tuesday, June 16, 2009

Episod² Durian..


Aku rasa minggu aku nak buat kisah pasal durian je. Saja nak bakar sesapa yang suka durian.. Aku? apa aku kesah.. aku tak suka durian. Takdela aku terbakar.. Lalalaaa..

Bila musim durian bermula. Akan tumbuh putik² dan seterusnya diikuti dengan bunga. Maka akan rasa seperti di luar Malaysia. Ye.. seperti musim bunga gitu.

Memang best.. tapi bila bunga tu gugur.. penuh dah satu laman.. sekeliling rumah (sekeliling??) Maka akan berpeluh la ketiak aku menyapu bunga² itu. Dan anak² buah aku akan menyarungkan bunga²an tu umpama cincin di sepuluh² jari dorang tu.

Itu musim bunga.. Bila bunga itu dah gugur, maka ia bertukar menjadi buah durian yang kecil. Kecil.. besar sikit.. besar sikit lagi.. Bila buah tu tak jadi, ia akan gugur. Kanak² akan kutip buah tu dan dorang main jual² durian pulak. Dilonggok².. selonggok seringgit katanya. Nak beli, kena bayar dengan daun durian. Hahaha.. all is about DURIAN.

Bila buah dah besarr.. 3/4 masak.. Kami harap dahan tak patah. Sebab pernah dulu lebih 20 biji durian gugur sebab dahan tak dapat menampung kapasiti berat durian itu.

Bila durian dah gugur.. inilah saat yang aku tak SUKEEEE..

Aku mencik bau²an durian. Keliling aku semua ada durian. Setiap sudut ada je buah durian. Tak suke.. tak suke..

Satu lagi.. ni tak suka.. tapi aku rela. Aku kena antar durian kat kedai. Ni bapak aku yang suruh. Sebab tu aku rela. Maka.. kereta aku akan dipenuhi oleh durian. Dah berbau durian. Aku akan bawak kereta dengan memecut kelajuan yang semaksima mungkin. Bior cepat sampai.. Cepat la buah tu keluar dari kereta aku.

Lepas tu.. aku akan buka semua pintu kereta.. Kasik bau²an itu berambus. Eii.. rasa cam nak beli satu lori kecik je khas untuk antar durian. Aku takmo keta aku jadi mangsa.

Satu perkara yang aku suka bila musim durian, iaitu rumah aku akan sentiasa dikunjungi. Aku cuma tengok je mereka makan. Dan.. aku tengok sambil tutup hidung.

Bayangkanlah ye..

ps - lepas ni ada lagi cerita pasal durian.. tunggu tau..

Monday, June 15, 2009

bila bunga sedang berputik..

Buat pertama kali cuti hujung minggu, aku tak zzzz. Eii.. cam tak pecaya pulak. Biasanya hari minggu la aku akan bantai zzzz separuh mati.

Bukan apa, minggu lepas aktiviti aku agak pack. Dimulai dengan sabtu pagi aku sediakan makanan untuk parti harijadi anak kakak aku yang perTama. So, sedari malam sabtu lagi aku dah bizi cari barang untuk dimasak.

Petang sabtu lepas parti tu, aku gi buat facial. Sebab buka aku dah ditumbuhi macam ruam. Mungkin sebab cuaca yang agak panas lately ni. Nak ku kutil.. kang jadi jerawat pulak. Eh, takmolah..

Semalam pulak.. aku memasak. Masak yang simple je. Pastu gi rumah abang aku kat belakang rumah. Lepak, makan, tgk tv sampai petang.

Eiiisshh.. pesal la mata ni tak mengantuk.. Rasa nak eksesais kayuh basikal. Malas la pulak. So, aku amik keputusan untuk menyapu laman rumah aku yang seluas-luasnya tuh.. Bayangkan la ye.. depan rumah aku tu ada pokok cempedak dan pokok durian (sila bayangkan..)

Kan ke tu eksesais jugak kan? Daripada aku buat taik mata.. Buat badan lesu, baik aku menyapu laman. Dapat gak keluarkan peluh. Pastu rasa lapang je mata memandang.

Eh, nak tau tak? Time aku dok menyapu tu, aku tersapu putik durian.

Ini bermakna.. durian mula berbunga.. musim durian akan tiba.

NOTA : aku tak makan durian. eeiii.. tak suker..


soalan : berapakah jumlah pokok durian aku yang sedang mula berbunga?




Friday, June 12, 2009

Tak reti nak letak tajuk apa..


Aku pegi rumah abang aku. Dah lama rasanya tak jumpa dia. Tau² je dia dah beli merc convertible kaler itam. Aku pun apa lagi.. ejas² la duduk dalam tu. Tekan button sana.. bumbung terbuka. Tekan button lagi.. seat ke depan ke belakang. Perrgghh.. memang jauh berbeza dari ferrari aku. Hmm.. dah rezeki dia macam tu. Aku tumpang gembira.

Pegi office kawan aku pulak. Tengok dia tengah bizi kemas fail² kat kabinet. Borak² kejap.. Tanya dia kot² ada keje kosong kat tempat dia. Nak usha la jugak. Kot² ada rezeki kat tempat lain. Nak gak la rasa suasana kerja yang lain. Nak keje yang rilek sikit. Takyah kocoh² siapkan kes.

Balik tu, singgah satu kedai henbeg. Fuh.. Penuh dengan henbeg pelbagai pattern n design. Naik pening dah aku nak pilih yang mana satu. Semua macam design baru. Adoiyaii.. apasal la aku terjerumus masuk kat kedai ni. Kedai henbeg lak tu. Salah satu kedai yang bikin kaki aku melekat di lantai. Takmo keluar selagi tak beli. Cehh..

Tiba² kaki aku terasa amat panas. Panas yg teramat sangat.

Dan..


Aku terjaga dari tidur. Ye.. Krim panas yang aku sapu kat perut malam tadi dah tertumpah atas katil lalu kena di kaki aku.

Cett.. cerita di atas hanyalah mimpi aku.

Aku tak berapa nak suka mimpi. Buat letih je..


Thursday, June 11, 2009

Adoiii.. sakit mata aku..



Aku sendiri tak paham. Dalam waktu aku pegi lunch tadi.. apsal kebanyakan kereta yang aku jumpa tu semua dashboard keta dorang ada bulu.

Bulu tu pulak ada kaler itam putih, itam kelabu, itam coklat, itam merah.. eeii.. tolonglah.

Satu keta tu pulak bukan dashboard je, malah satu kereta berbulu. Dinding ke bumbung sekali berbulu². Adoila.. tak rimas ke mata tu weeeiii??

Dulu keta aku pun ada letak bulu gak. Kira² 3 tahun lepas. Time tu memang tengah musim bulu-buluan gitu. Tapi kan.. bulu keta aku diimport khas dari jepun tau. (Cewah.. statement tak boleh tahan..) Kazen aku tolong beli time dia gi keje kat sana.

Tak lama pun aku pakai.. sebab bila time panas, kaler tu pantul balik kat cermin depan. Trus tangkap kat anak mata aku. Fuuhh.. berpinar² mata time. Rasa nak langgar divider pun ada.

Untuk elakkan umur aku pendek, lagipun aku belum kawin kan.. aku kasik la bulu tu kat kawan aku. Biar dia guna. Nak langgar pokok ke.. divider ke.. apa aku kesah?

Kenapa masih lagi ada orang gunakan bulu tu sampai sekarang? Sedangkan musim buluan itu famous 3 tahun lepas?

Adakah mereka ini ketinggalan zaman?

Eh.. ada satu lagi citer. Ada la sorang mamat ni kat kampung aku. Dia ni baru beli kenari. Keta dia pun baru gak guna bulu kat dashboard tu. Siap jeling² kat aku nak nunjuk yg keta dia ada bulu ngan ngan guna butterfly (istilah untuk spoiler kenari).. Eii mamat.. mana de orang guna butterfly lagi la.. Ko takyah berlagak ngan aku. Ko tu ketinggalan zaman dah.

Ptui.. sekian.



Wednesday, June 10, 2009

antara sayur dan boifren.

Hmm.. dah lama rasanya tak buat entry pasal masak dan makan.

Ni menu aku malam tadi.

Macam biasa.. aku ni kan vegi LOVER. Tak boleh makan kalau takde sayur. Sayur adalah favourite aku. Kenapa? Aku sendiri pun tak tau. Dah memang aku suka. Nak buat camne..

Kalau la diberi pilihan antara boifren dengan sayur?? Mana agak² yang aku pilih?

Of course la aku pilih boifren. Pilih sayur bukan boleh dapat hasil pun. Gile ke hape?

Dah.. dah.. sudah.. mari tengok hasil masakan aku.


Sayur campur. i love it!!


Siakap masak sambal.

Hmm.. arini nak masak apa pulak eh?




Monday, June 8, 2009

Cerita pasal PANAS..


Tangan dan kaki aku tersiram air panas pagi tadi.

Aku tak mampu nak buat cerita panjang.


sekian..


ps - arrrgghh.. panas..


Friday, June 5, 2009

Bila dah ada yang baru..

Semua beg kat bawah ni aku nak layarkan..

Brand :
GUESS (all used) - TULEN Bangg..

Harga :
RM120.00 sahaja setiap satu.


Tidak termasuk POS ye.







Nota : Siapa cepat dia dapat. Lalalaaa...

Kalau minat.. sila tinggalkan komen.

HahahaannnnTuuu..

Aku tinggal di kawasan penempatan tanah persendirian seluas lebih kurang 5 ekar. Tanah bapak aku eh.. bukan tanah aku. Aku menompang je.

Rumah aku depan sekali.

Belakang tu rumah abang aku dan belakang sikit lagi ada 2 rumah kecik tempat persinggahan 2 family kakak aku di hujung minggu.

Sebab sekrang cuti skool, so kakak aku bermastautin 2 minggu kat sana rumah kecik tu. Untuk sampai ke rumah kecik itu.. hendaklah melalui satu jalan bertar yang agak sempit lagi menyeramkan ekspeseli waktu malam.

Kebiasaannya aku akan berjalan kaki sendirian ke rumah kecik. Biasanya aku akan bertolak lepas magrib untuk beriadah sambil berborak dengan kakak n abang² ipar aku.

Satu malam.. sedang aku dan adik aku berjalan melalui lorong kecik itu.. kami terdengar seperti seseorang menghidupkan enjin motor lama. Setat.. semput.. setat.. semputt.. diikuti dengan satu cahaya seakan lampu motosikal.

Kami pun merasa agak cuak.. Siapa pulak yang setat motor dalam semak?

Hanttuuuu!!!! Caabbuuutttt!!!

Kami lari lintang pukang sambil terpekik terlolong.. Lari sekuat hati.. Rasa jauh penuh nak sampai pagar rumah dorang tu.

Sampai sana.. terus terduduk.. Mengah²..

Apakah yang kitorang dengar dan nampak itu adalah hantu??

Seperti yang mak aku baru bagitau, memang wujud hantu seakan² orang menghidupkan enjin motosikal. Mak aku penah dengar sebelum ni jugak. Bunyi tu datangnya dari atas pokok durian sebelah rumah aku.

Eii... hantu pun nak naik motorsikal ke?


ps - ingat tak entry aku pasal hantu ni dulu? Lorong ni lah yang aku jumpa hantu bebola api tu.



apasal la ko BODOH sangat huh - Part 2


Eceh.. ada Part 2 pulak. Tak penah citer aku ada Part² ni.

Budak ni bukan tak penah diajar.

Banyak kali dah aku bagi dia tunjuk ajar.. Sebab aku sedar dia perlukan tunjuk ajar. So, aku bagi dia cara macam mana nak bagi kerja tu mudah, cepat..

Dia senang.. aku pun tenang.

Tapi ..

Sehari.. dua hari.. dia mmg ikut apa yang aku ajarkan..

Selepas tu..

Dia kembali ke asal..


Sapa nak jawab?

Thursday, June 4, 2009

apasal la ko BODOH sangat huh..


Aku tak tau apa kejadian sebenar dia ni.

Dia adalah seorang pekerja kat ofis aku. Berjantina lelaki dan berkulit tak brapa nak gelap.

Tugas dia cuma menampal notis kat premis. Sekali sekali dia akan ditugaskan untuk membayar bil² ofis.

Kelulusan akademik dia tak setinggi dia.

Semalam kami suruh dia pergi bayar bil telefon dengan air. Hmm.. harap semuanya okey.

Tiba² kami dapat panggilan dari telekom yang dia dah salah bagi cek. Adoilaa.. Camne lah dia boleh hantar cek Syabas kat Telekom.

Errr.. orang telekom tu pun apsal tak check dulu eh.. Problem gak dorang tu. Tulah.. suruh kerja.. asik anyam ketupat je.

Apa benda yang dia makan eh? Sampai bebal amatttttt. Rumputkah yang dia telan setiap hari (eh.. aku tak over kan?)

Okeylah.. itu kisah semalam.

Kisah sambungan hari ni..

Sila baca dialog di bawah:

kringg.. kringg.. (phone ofis berbunyi.. tapi bukan kringg.. kringg la eh..)

Aku: Hello.. good afternoon
Dia: Hello.. noni ye.. u kat mana sekarang?
Aku: Bodoh.. ko telefon nombor ofis kan? Apsal tanya aku kat mana? Bangang..
Dia: Oh.. okey²..



Kadang² aku pikir.. apsal dia bodoh sangat?


Jatuh cinta? tak lah..

Dulu aku suka petik buah manggis kebun sebelah rumah aku. Kiranya cam petik tanpa pengetahuan tuan kebun la. Erti kata lain merembat.

Ahli kongsi gelap aku adalah abang aku. Ala.. time tu time kecik² lagi. Time dia belum sonet and aku belum diserang penyakit PMS.

Kitorang tak perlu galah. Perlu kaki je untuk panjat pokok manggis.

Tugas aku adalah.. menjadi pengutip. Manakala abang aku pulak.. apa lagi memanjat pokok la.

Syok wwooo.. Blasah buah manggis orang. Rasa cam pokok sendiri pun ada gak. Siap bawak plastik beg tuh. Hahahaa.. Setan!

Tengah syok petik.. kutip.. Tiba² terdengar seperti bunyi motor tuan kebun.

"weh.. pakcik dam datang" nama tuan kebun tu adalah damsiki (berdarah jawa cam aku..)

Err.. betul ke orang kata, orang berdarah jawa ni cantik²? sila jangan kata aku prasan. Sebab aku bukan perasan, tapi itulah kenyataan.

Ayat merah di atas hanya selingan.

Abang aku yang di atas pokok tu pun kelam kabut untuk turun dari pokok. Disebabkan gabra menguasai minda.. Abang aku tersilap pijak dahan.. Lalu dia pun jatuh ..

Bukan atas tanah.. tapi ...

Bak kata pepatah :
Sudah jatuh menimpa adik.

Jatuh di atas badan aku.. Nasib baik takde patah tulang. Dahla time tu aku kurus melidi. Eleh.. macam la sekarang tak kurus. Kurus juga la.



Ada ke pepatah tu?



Wednesday, June 3, 2009

Aku tak kisah pun..


Seperti mana yang aku sedia maklum.. korang pun sedia maklum.. Yang aku adalah teramat bizi body sejak lapan menjak ni.

Aku ada banyak keje la weeiii.. Aku tak sempat nak bernafas. Bos aku pulak asik mengeram je dalam opis.

WARRRGGHHH!!! AKU KERASSSS....

Tapi ym aku tetap online dengan status BUSY.

Walaupun aku letak status BUSY, aku tak kisah pun kalau korang nak buzz aku. Aku takde hal.

Aku tetap akan jawab pertanyaan korang. Tak kira la.. penting ke.. tak penting ke.. tapi biasanya melalut tak tentu hala. Aku jawab gak..

Bila bizi, maka penyakit tensen akan mengganggu sistem saraf aku.

So, bila dorang dok kaco² kat ym.. maka tensen itu bukan semakin bertambah..

akan TETAPI akan berkurangan..

Sebab bila layan soalan atau cerita mengarut aka tak tentu hala.. itu boleh melonggarkan saraf aku yang sedang tegang.

Maka dengan ini.. kalau korang nampak status ym aku BUSY, sila jangan segan silu untuk MEMBUZZ aku..

sekian,

Aku yg bz manjang,
cikpinky yang berpipi pink.



Tuesday, June 2, 2009

wahahaahahaaa!!! gilaKs


Aku ada banyak kerja..


Tapi aku nak update blog aku gak.

At least la kan..

Aku ada taip sumting gak kat sini.

wahahahaaa...!!


ps - aku still skodeng blog korang gak. huhuu.. bz sgt la tuh..

Monday, June 1, 2009

Aku dah saspek lama dah sebenarnya..

Lihat Visual di bawah..

Dah lama aku saspek yang ini adalah kedai salah seorang rakan blogger.

Kunun²nya pegi keje naik lrt je.

Pakai selipar je..

Tapi rupa²nya..



Adakah ini kedai cik belle diva tu?

Apa pendapat korang?