KAWAN²

Wednesday, August 26, 2009

Sesekali skema tak salah kan?

Aku rasa, puasa tahun lain amat berbeza dari tahun² yang lepas.

Sebabnya..

Aku pegi tarawih.

Aku tak penah pergi tau sebelum ni. Tak tau la kenapa. Nak kata bizi, tak juga. Lepas buka puasa, melepek.. mengantuk.. ZZZZ.

Mungkin angkara makan dengan berlebihan. Sebab tu aku jadi malas nak bawak badan pegi surau.

Mungkin juga sebab imam kat surau budak tahfiz yang akan baca surah² yang panjang.

Banyak la aku punya mungkin.

Malas Malas Malas Malas Malas. <--------- SEBAB UTAMA.


Tahun ni, aku setat pegi tarawih malam ketiga.

Malam pertama aku tak pergi sebab aku balik naik bas. So, kejakunan melanda.. badan rasa amat letih naik bas.

Malam kedua, lepas buka puasa.. aku rasa letih mengantuk. Sebab siang tu dari pagi aku pegi pasar. Lepas tu pegi shah alam beli kain (ni nanti aku post entry lain). Lepas tu pegi Tesco beli barang dapur.

Banyak kan aktiviti aku? Sebab tu aku letih.

Berbeza dengan tahun ni, aku terpanggil sangat untuk pegi tarawikh. Tak tau kenapa.

Kebetulan juga, tahun ni, kami dapat tender untuk bekalkan moreh untuk masjid kat tempat aku untuk selama 30 hari. Alhamdulillah, rezeki di bulan puasa.

Boleh la aku buat solat tarawikh yang selama ni tak jarang aku lakukan. Penah, tapi tak ingat tahun bila. (keji tak?)

Insyaallah, aku akan pegi setiap malam. Kecuali, kalau aku period. Ehehee..

Begitulah aktiviti aku untuk bulan puasa ni. Walaupun letih.. Tapi bukan letih buang duit. Ehehee..

Rasa seronok.

Tender dapat, ibadah pun dapat.

Sekian..




Tuesday, August 25, 2009

Macam ni la jadiknya..


Dah posa hari ke 4.

Posa hari pertama dan kedua, cerita dia aku belum buat lagi. Leceh la.. nak transfer gambar. (huk.. entry bergambar.. aku suke..)

Bangun sahur pagi ni pukul 4.30. Kira dah lewat la untuk mak aku. Aku okey je.. Janji bangun sahur. Janji makan nasik. Wajib tau makan nasik. Kalau tak.. ada yg drive balik petang karang.. menuju ke laluan salah.

Bangun agak lewat. Terus capai kemeje belang². Gosok dan capai seluar kaler peach ala² pink.

Ahaaa.. baru aku ingat.

Ada cerita pasal seluar ni. Aku lupa yang zip dia dah rosak. Butang pulak dah tanggal.

Apa aku buat?

Terus gosok. Apa aku kesah? Pakai je lah..

Lagipun kemeja aku panjang.

Lagipun aku drive gi keje.

Lagipun aku parking kat depan pintu opis aku.

Lagipun..

lagipun..

Arrgghhh..

Sampai ofis, aku amik paper klip.. kelipkan je kat tempat butang yang dah tanggal tu.

Kes SELESAI.


Ssshh.. rahsia tau.



Friday, August 21, 2009

Susun atur itu penting..


Aku ni bukan banyak duit. Ada la sikit. Untuk belanja harian, minyak, makan, jajan dan etc. Bunyik macam banyak je kan? Cett.. padahal.. selalu koyak.

Korang banyak duit tak? Hahaaa.. soklan goblok.

Tak payah jawab.

Aku ni kalau simpan duit dalam purse, haruslah susun ikut nilai. Memula dengan note satu ringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit, lima puluh ringgit dan seratus ringgit.

Itu adalah sususan dalam tempoh jangkamasa 1-10 haribulan setiap bulan.

Manakala haribulan seterusnya sehingga hujung bulan pulak, sususan akan jadi singgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit.

Mana pegi lima puluh ringgit dan seratus ringgit?

Tu kat jusco bukit raja.

Ada sorang kawan aku dulu, nama dia inaconda. (saja aku gelarkan camtu) sebab dia suka sangat makan ayam. Kan ke ular tu suka NGAP ayam?

Dia ni suka letak duit sepah² dalam henbeg. Takde wallet pun. Tiap kali nak bayar sesuatu, dia akan korek² duit dari henbeg dia. Duit pulak dah konyok².. kedut²..

Nampak huru hara bukan?

Sama juga dengan sususan chanel radio dalam keta aku. Aku akan susun ikut frekuensi. Dari frekuensi yang rendah dan seterusnya. Bukan ikut favourite.

Tak tau la kenapa. Memang aku suka buat sususan.

Ye, suka sangat.

Sidai baju, lipat kain.. semua aku akan susun ikut saiz yang kecik dan seterusnya yang besar.

Satu je aku malas susun..

Susun baju dalam almari. Ada gak malasnya kan? Ecehh..

Korang pulak?




Wednesday, August 19, 2009

Eh.. Eh.. Akulah tu..


Dah lama rasanya ada blog. Tapi takde pulak cerita pasal diri aku..

Meh.. aku nak bagitau pasal @ku Pinkiss = aku lah tu.

Kaler
Walaupun aku cakap aku ni pinkiss, walaupun aku rasa aku nak cat keta aku kaler pink.. tapi aku tetap suka kaler lain selain pink.

Untuk tshirt, aku lebih cenderung untuk pilih kaler putih. Pink tu ada gak, tapi kebanyakan kaler putih. Bukan apa, nama suci dah bersih. Ahaha..

Sila jangan panggil aku Cik Putih okeh??.

Makanan
Aku ni teramat la suka makan sayur. Bagi je aku sayur apa pun.. aku akan makan dengan penuh kegembiraan.

Setiap sabtu pagi, aku mesti pergi tesco. Sebab banyak sayur baru dia letak waktu pepagi. Yeyeee.. aku suka. Satu troli aku akan dipenuhi sayuran. Adoila.. syoknya. Lambat nak tunggu sabtu.

Aku ni suka makan. Tak kira waktu, janji perut lapar je.. aku akan makan. Walaupun waktu tu jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Tengah tido pun aku boleh bangun makan nasi kalau perut terasa lapar. Tak boleh tido wooo.. tak nyenyak.

Dorang kata, usus aku panjang sampai lantai.

Mencik la.

Kereta
Aku ni suka la sangat dengan kereta. Kereta aku sekarang ni, Kenari kaler merah. Comel lmacam aku gak.

Impian aku nak beli Toyota Caldina (i lap u lah!). Insyaallah, ada rezeki nanti, aku nak beli sebijik kaler itam.

*Tongkat dagu pandang siling*

Soping
Aku suka window soping. Sukaaaaaa sangat. Eh, ada ke istilah window shopping? Takde rasanya kan? Menipu.. window konon.. Biasanya kalau niat nak window, pasti ada sesuatu yang aku beli gak. Aku mudah terpedaya dengan diri sendiri sebenarnya.

Sebab nafsu, poket binasa.

Tambahan
*Aku suka kanak². Tapi pastikan kanak² tu cumil. Tak cumil, aku tak suka. Mintak mahap.

*Orang kata aku sombong, belagak, bossy. Ye, aku ngaku. Kalau jumpa sesapa kat luar, aku takkan tegur. So, sila la tegur aku dulu ye.

*Aku ni garang. Terutama dengan budak², aku amatlah strict. Aku umpama cikgu disiplin untuk anak² buah aku.

*Kalau boleh, semua benda aku nak beli secara drive thru.

Eh.. dahlah.. kang panjang sangat la pulak entry ni. Cukup.. tak boleh beritau semua.


Daaa..





Friday, August 14, 2009

Selekeh.. serabut.. siapakah gerangannya??


Klinik merupakan tempat paling aku tak suka lawati. Eh, ada ke orang lawat klinik? Adaaaa.. sesapa yang malas kerja, berniat nak monteng.. maka dia suka melawat klinik. Tak gitu?

Dulu time aku remaja, aku selalu cepat kena penyakit. Demam, selesema, sakit perut.. Eii.. time tu tak reti jaga kesihatan kot. Tau nak poya² je.

Sekarang aku belum tua, tapi dah dewasa.

Time aku remaja, penyakit tu selalu serang aku waktu malam ke pagi. So, kena pegi klinik 24 jam. Bukan pegi 7 Eleven. Kat tempat aku tu kiranya byk la jugak klinik dengan signbord 24Hours. Tapi, kuhek dorang.. Signboard je pasang. Tapi pukul 10 malam, dah tarik shutter. Apa kes?

Kes malas nak berjaga sampai pagi.

Takpun, nak jimat belanja gaji doktor.

Ada satu klinik kat pekan tempat aku. Time tu aku pegi sebab aku pening, muntah tak henti². Haa.. mula la nak SASPEK aku tu.. Sebab aku keracunan la. Dulu aku semua blasah. Tak kira, janji aku suka. Tak penah pikir segala makanan yang aku telan tu bila bercampur gaul mesra dalam perut boleh mengakibatkan HURU-HARA.

Bayangkanlah.. makanan panas, sejuk semua aku belasah sekaligus. Tak penah ikut urutan.

Jawapan : Pikir la sendiri.

Pegi la jumpa satu doktor kat poliklinik ni. Time tu pukul 2.00 pagi. Mata pun tak berapa nak terang sangat.

Tetiba ada satu lelaki tu berbangsa india, berambut panjang yang disimpulkan di dalam topi.

Apa pandangan korang time tu kalau korang jadi aku?

Adakah dia pesakit mental atau pun penagih dadah?

Lalu dia menegur,

"adik, apa sakit.."

Aku buat bodoh je. Dahlah rasa macam nak pitam, ada orang gila pulak menegur. Karang.. aku jawab dengan selipar karang.

Menunggu untuk nama dipanggil ke masuk bilik rawatan merupakan satu masa yang dirasakan amat jahanam. Walaupun waktu tu takde pesakit. Tak tau apa pembantu tu buat. Tidur sekejapan, mungkin..

Aku rasa makin nak pitam bila masuk bilik rawatan, orang yang aku sangka gila dan penagih itu adalah DOKTOR.

Ye, dia adalah seorang doktor.

Adalah sangat tidak percaya. Seorang doktor boleh berpakaian seperti itu. Selekeh, berambut panjang, berbaju lusuh dan tidak terurus.

Tapi kan, dari cara dia merawat.. Bagi nasihat.. Pandangan..

Dia memang seorang doktor.

Paling tak boleh tahan, dia ajar macamana nak buat capati.. tepung apa dan pasaraya mana boleh dapat tepung tu.

Lepas tu, kitorang selalu pegi klinik tu. Kira dah jadi klinik panel family aku. Kikiii..

Errr.. psssttt.. aku ada satu gelaran untuk doktor tu.

Hahahaa...

Iaitu..

DOKTOR SERAM.

Tak jahat kan aku?



Wednesday, August 12, 2009

Duit yang aku kumpul, boleh beli side mirror je..


Bangun waktu pagi di hari bekerja memang rasa sangat jahanam. Mencik..

Lagi² bila ada kata² jahanam ini, "baring la lagi.. sedap ni duduk dalam selimut"..

Itulah kata² dari Gina, roomate aku aka anak buah aku. Dia tu boleh lah.. keje sendiri. Sukati dia nak bangun pukul berapa.

*Sigh*

Tiba² aku terkenang waktu dulu. Time aku takde kereta lagi. Betapa sukarnya hidupwaktu tu bila hujan turun.

Terpaksa tunggu hujan reda. Baru boleh keluar pegi bus stop. Naik motor. Kalau hujan masih tak reda, aku redah jugak dalam keadaan renyai² tu. Baju yang bercorak kosong akan bertukar la menjadi polka dot.

Naik bas, belum tentu dapat seat. Berdiri macam patung pun ada. Itupun kalau boleh berdiri tegak. Kalau bas penuh macam sadin cap cinta, alamat buruk la kedudukan postur badan aku. Tak bengkok sangat, tak tegak sangat.

Dah sampai destinasi, terpaksa pulak jalan kaki menuju ke tempat kerja. Kalau hujan masih tak reda, harung je lah hujan rintik² jatuh atas jalan.

Eiii.. sukarnya rasa time tu. Tuhan je yang tahu.

Alhamdulillah, lepas tu aku dapat pakai kereta. Itu pun mak aku yang belikan. Bukan apa, duit yang aku kumpul time tu baru cukup untuk beli side mirror keta. Keta apa tau tak?

Kereta Bentley.. Hahahaa. pala otak aku Bentley. Hahhaaa..

(eh.. apasal rasa tumbuh tanduk pulak ni?)

Walaupun aku belum mampu nak beli bentley, (pala otak aku sekali lagi..). At least, aku ada ferrari (pangggg! kenari lah!) yang banyak berbakti kat aku dan family aku. Boleh antar mak bapak aku gi kenduri kawin, gi klinik, antar adik aku pegi balik asrama dan banyak lagi la.

Tak lupa juga, pegi cari pasal. Lalalaaa..

Walaupun aku tak pakai civic (datin siti, sila terasa), at least kereta aku ada pemegang minuman kat pintu depan. Hanya dengan menekan sekali butang (itupun setelah ditekan dengan sepenuh tenaga), pemegang minuman akan terbuka.

Kereta korang ada ke?

Ceh, nak sedapkan hati sendiri la tu..

Apa pun, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.





Friday, August 7, 2009

Aku memang mudah diperdaya oleh diri sendiri.

Hari : Rabu
Lokasi : Rumah Aku
Waktu : 9.00 malam

Kakak aku : Yang, esok ko pegi JCard day ke?
Aku : Ha, esok ada JCard day? Tak tau pun aku. Hmm.. Aku tak pegi kot. Takde benda yang aku nak beli pun. Lagipun minggu lepas jumaat aku baru pegi.

***********************

Hari : Khamis
Lokasi : Ofis
Waktu : 10.30 pagi

Despatch : Kak, harini Jusco ada sale. Tak pegi ke? Dah penuh parking tadi kak.
Aku : Eh, dorang tu tak keje ke? Pagi² dan tercongok kat Jusco. Akak tak pegi la. Malas.

Petang hari yang sama.
Waktu : 6.30 petang


Aku : Weh, aku balik dulu la eh. Tolong punch untuk aku.
Jehan : Eh.. ko kelam kabut nak balik cepat nak pegi mana tu?
Aku : JCard day..
Jehan : Ceh.. tak nak pegi konon..

Tak best pun JCard day kali ni. Sebab jatuh time mega sale. Yang ada pun sale beg. Patutla dia letak sampai 80% diskaun, pattern tak cantik rupanya. Langsung tak menarik minat aku.

Kesimpulannya, JCard Day kali ni memang tak enarik dan tak best langsung.



Aku beli ni je.



Cumil tak?


Psstt.. Esok ada padini warehouse sale. Saja nak inform korang. Aku mungkin pegi (kot..).





Thursday, August 6, 2009

Jom kita tengok.. apa aku makan lunch tadi..

Eh.. eh.. dah lama aku tak letak n3 makanan kan?

Arini aku lunch kat umah kakak aku.

Dia masak ni..


Sambal belacan dia mmg pergghh.. skrg ni tangan aku masih bau belacan lagik. Tgh hidu ni..

Ayam masak lemak. I am sorry.. aku tak brape nak amik santan.



Paceri terung. Memang sedappp..



Telur dadar. Okey gak. Boleh tahan.



Last but not least. Paling besh.. Sayur campur kacang, carrot dan mushroom. Seb baik abang ipar aku lom balik makan lunch. Kalau tak.. aku dah kasik makan sampai licin.

Korang tau kan.. aku ni gila sayur²an??

Errppp.. kenyang ni.




haruskah??



Aku ni macam dah nak bersara je dari dunia ni.


errrmm..


eeeiiii...