KAWAN²

Friday, December 18, 2009

Buku baru?

Aku masih ingat lagi tahun lepas (tahun Islam). Time tu nak masuk tahun baru. Seperti biasa, ayat berulang dari mak aku.

"Tahun baru.. buka buku baru"..

Ye Mak. Nanti aku buka buku baru tapi kaler yang sama.. Heheheee..

Mak aku pesan. Sempena tahun baru esok.. Sebelum pergi keje, kena salam cium tangan mak aku. Aku ingat la kan.. Aku je kot yang tak salam mak ayah sebelum pegi keje. Anak yang mulia bukan aku?

Kalau dulu, bersiap².. Angkat beg. Trus setat kereta. Pegi keje. Tak tengok pun apa mak bapak aku tengah buat. Okey ke diorang and etc..

Pakai baju apa pun mak aku tak perasan. (ni yang best..). Dushummm! Adeh..!

Sebab aku ni suka pakai yang ketat². Walaupun tak berapa nak ada 'sesuatu' itu.. Ada aku kesah? Aku memang suka yang ketat.

Tapi sekarang.. Tiap hari kena salam cium tangan mak bapak aku. Baju apa, seluar ketat ke tak.. Itu semua mak aku akan nampak.. akan tengok.

Itu semua tak jadi masalah sebenarnya.

Apa yang aku nampak sekarang.. sejak dari tahun baru tahun lepas.. Aku akan tengok mak bapak aku setiap pagi. Tengok yang diorang tu dalam kesihatan yang baik.

Memang ada kebaikan di sebalik apa yang mak kita buat..

Salam Maal Hijrah semua..





Wednesday, December 16, 2009

Manusia bukan mudah.. tapi selalu lupa..



Sukar untuk mentafsir hati dan fikiran manusia.

Tafsirlah hati orang yang tau berbudi dan paling penting.. tahu menghormati hak dan perasaan orang lain. Kalau yang sebaliknya.. tak payah kesah.

Ada orang.. dulu hidup dia memang susah. Bukan faktor keturunan (mgkn juga) tapi faktor dunia semasa. Mana ada orang dulu hidup senang lenang? Ada.. tapi tak tau la sapa.

Bila dia dah senang.. dia mula lupa dunia. Lupa asal usul. Lupa diri. Mula menyalahkan keluarga tak beri kesenangan waktu dia masih kecil. Lupakah kamu.. Hidup dulu umpama kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang. Harus ingat itu semua.

Bongkak mula menjengah diri. Riak bersarang di hati.

Lupa diri.. lupa keluarga. Apa yang dia tahu.. cuma menghina. Menghina sesiapa yang terlintas di mata fikiran dia.

Satu yang tak boleh diterima akal waras manusia.. Menghina darah daging sendiri. Malah, menghina orang yang melahirkan dia ke dunia.

Ingatlah.. Allah itu maha mendengar. Maha melihat. Maha adil.

Amin..


Tuesday, December 1, 2009

Ape ni?



017-*****10 : hi buat apa tu

aku : sapa pulak ni?

017-*****10 : khairul, kita jumpa kat sunway semalam.

Psstt.. 'semalam' yang dia sebut tu.. aku tengah soping ngan kakak aku kat Bukit Raja. Bila masa tah aku sampai sunway tu. Eiii.. lalu pun tidak.

aku : hahahaha.. bila masa la saya pegi sunway. Lawak..

017-*****10 : Aik sapa ni?

aku : hahahaaa.. taktik ni dah basi la.

017-*****10 : hurm.. ok la. sori mengganggu.

aku : tak jawab pape pun. malas.

Sangat tak suka bila terima sms macam ni. Cari la taktik baru wehhh.. Dah basi la taktik tu. Dah berkulat dah..