KAWAN²

Monday, May 31, 2010

Dia sangat cumil..

Tak berapa nak suka pegi majlis kawin. Sebab kena pakai baju kurung.

Eh.. suka jugak la. Sebab apa?

Sebab boleh makan macam2.

Bulan ni macam bulan orang kawin aku rasa. Tiap minggu ada je jemputan. Macam minggu lepas ni, aku pegi 2 kenduri kawin. Mak dia kawan mak aku, anak dia kawan adik aku.

Aku, kawankan mak ngan adik aku je..

Tempat tu.. lecak bagai. Sampai ke lutut aku sinsing kain aku. Abis la nampak bulu2 kaki aku. Dulik ar.. Janji misi untuk mentedarah tercapai.

Makan dia, sedap uolss.. Ayam kicap, sayur campur, daging rendang and paling aku suka.. ACAR BUAH! Yummy!

Acara diteruskan ke satu lagi rumah. Rumah Aida. Kiranya family dia ni rapat la ngan family aku. Walaupun takde hubungan darah.

Bajet amik makan lite2 je. Gile hape aku nak makan nasik lagi.. walaupun aku tau, masih ada lagi ruang usus untuk diisi.

Sepupu aku kata, usus aku panjang ke lantai. Sangat silake kan..

Memang pun..

Amik je soto. Konon.. Tak berapa nak sedap. Too oily oulss..

Time ni.. pengantin baru je lepas bersanding. Malam berinai.

Paling kelakar, pengantin lelaki yang sibuk nak snap gambar. Bukan hape, kameraman sesi malam tu macam pemalas. Macam ala2 tak makan seminggu.

Rasa nak tampar pun ada. Tetiba je nak tampar orang. Macam la kuderat kuat sangat..

CERITA DI ATAS ADALAH PADA HARI SABTU MALAM AHAD.

Sambung lagi cerita hari ahad.

Lokasi : Rumah Aida Lagik..

Letih angkat barang hantaran. Yelah, keta parking jauh. Pakai baju kurung dgn tumit bagai. Mestilah rasa letih tu ada.. Konon..

Terus pegi kemah cari makanan. Wahh.. Sedap sunggoh lauk. Ayam goreng, sayur campur, ulam timun sambal belacan and etc. Alah, menu orang Jawa. Sendiri mau ingat la ye. Malas nak mention. Sapa orang jawa, tau la dia apa menu wajib majlis kawin. Sambal tumis kering bertempe adalah menu WAJIB. Tapi, aku tak suka. Boring dah makan tempe.

Dessert : Bubur kacang. I loikee..!

Sesi bergambar adalah sesi 'a must'.


Ni dia abang kameraman sesi siang. Dia ni sangat kreatif. Aku suka sgt tgk dia.

Hmm.. dia sangat cumil..

Eh.. cumil sgt tau! (mula dah aku nih..) Tapi yang tak bestnya.. Aku dengar dia nak kawin bulan sepuluh ni.

Anyway, aku dah pesan kat Aida. "Kalau dia tak jadi kawin, inform aku cepat2 tau"..

Malamnya pulak..

Sesi sapu minyak kat perut. Ni bahana mentedarah macam2 tak hengat la ni.

Padan muka aku..



Thursday, May 27, 2010

Dengar nasihat mak..


Padan muka aku.

Sebab tak dengar cakap mak aku.

"Jangan berangan nak cabut ubi tu.. nanti sakit perut tu".

Aku tak peduli. Bukan apa. Ubi sebesar peha aku (agak2 besar ke kecik?) dah tersembul keluar dari tanah. Heh..Geram aku nengok!

Berlagak seperti kuat segala tenaga. Ubi harus dicabut dan mesti akan kucabut.

Ye, berjaya dicabut.

Bangun pagi. Perut rasa tak selesa. Nak jumpa mr Tan la.Dah habis langsai semua isi perut. Tapi, rasa masih tak selesa lagi. Masih rasa sakit.

Makin lama, makin sakit. Perut, bontot, peha segala sakit.

SAH! Peranakan turun. Ni bahasa orang berjawatan Tukang Urut. Bahasa orang berjawatan Dokter pulak adalah Ligament Stretch. Ah.. malas jumpa dokter la. Paling kuat pun, dia kasik ubat tahan sakit, ubat angin. Takde modal lain dah. Nyampah!

Lebih baik aku jadi dokter. Tapi pesakit haruslah hensem dan comel. Takde kriteria di sebelah, sila cari klinik lain ye..

Kalu sakit camni, badan mmg tak boleh tegak. Dengan terbongkok2 aku pegi urut kat rumah mak long aku. Keta pulak adik aku guna.

Pinjam keta abang aku. Nasib baik kereta dia tinggi. Kalau kereta dia rendah mcam kereta lumba.. Melompat2 atas jalanraya, Alamatnya.. bukan peranakan turun dah. Terkeluar terus!

"Tu kenapa bongkok tu? Nak lawan aku ke?" Silanat tul la mak long aku ni. Baru 2 tapak aku melangkah naik ke rumah dia. Ada ke patut..

Eh, patut je. (Yelah, nak minta urut kan?). Ni kalau tak sakit, dah aku balas dah.. Tetiba je mulut rasa sopan time tu.

Sebelum proses mengurut.. mak long aku ni sempat bebel2.. antaranya "dah badan kurus kering.. takyah la berangan nak cabut ubi.."

Aku ingat la kan, mesej yang dia cuba nak sampaikan kat aku kalau diolah dalam bahasa omputihnya adalah..

"FRAGILE".

Tetiba terbayang kotak dengan gambar kaca pecah.

Sabar, urut dada yg tak berapa nak besar ni)

Gile sakit dia urut. Sakit.. geli.. pun ada.

Tapi, majoriti.. kalau 40 minit, 35 minit SAKIT OKEY?? SAKIT bukan SEDAP. (tetiba je ckp pasal sedap ni..)

Abaikan..


Tengok, serabai bukan rambutku? Tapi tetap cumil kan...??

Ni muka aku selepas proses menyengkak selesai. 3 kali uolss.. 3 kali tau tak?

Hukk! Sakit gile. Macam nak terputus nyawa pun ada aku rasa. Eh, jangan putus dulu. Aku belum berlaki.

Lepas urut, sempat suruh mak long aku masak megi. Bukan megi je.. cucur udang keropok lekor semua aku bantai. Ehehee.. macam tak sakit je kan?

Alhamdulillah, sakit tu dah sembuh. Postur dah kembali ke asal.

Err.. ubi yang sebesar peha aku tu.. ada lagi tepi rumah tu. Kat tepi tiang je sejak aku cabut aritu. Tak disentuh pun..

HAMPEH..




Friday, May 21, 2010

Memetik duit..

Rasanya dah lama tak;

1. beli kasut
2. beli baju dalam & seluar kecik
3. beli baju keje
4. beli baju jalan2

Eh.. wallet pun dah macam nak koyak je tu.. Tali jam tangan pun cam dah menunjukkan ciri2 nak putus.

Haih.. kalau la duit boleh aku petik kat tepi rumah..