KAWAN²

Tuesday, July 20, 2010

Bulan Kopak..

Makin lama usia sesuatu barang tu.. pasti makin banyak ragam.

Macam ferrari aku. Hahaha.. pala otak aku ferrari. Kenari la .. Tapi kaler merah okey.. merah.. sebab tu aku feeling² kenari aku adalah ferrari.

Bulan ni saje.. Mula² temperature naik mendadak. Time tu adik aku kat jalan TAR. Tengah² jalan.. enjin berasap. Cuak gak aku.. Kalau nak kata aku tak bubuh coolant, tak jugak. Sebelum pegi PD aritu, aku dah topup. Kiranya semua dalam kondisi yang memuaskan.

Rupa²nya.. Radiator fan (mgkn) dah rosak. Alah kipas kat enjin tu dah tak gerak. Dahlah aritu aku kena keja kat luar. Terpaksa tukar keta lain. Nasib baik anak buah aku kebetulan tak guna keta. Nasib..

Pastu.. tayar belakang botak pulek.. Adess.. tukar tayar pulak. Beli je second hand. Ye, aku tak mampu beli baru. Nantilah ye.. Tunggu dapat payment. Payment hape? Bukan aku bisnes pun.

"Bos, boleh tukarkan tayar kereta saya tak?"

"Boleh, tolak gaji.."

Mampos.

Semalam pulak, alarm kereta aku tak berfungsi. Penat aku tekan² button ijau nak buka pintu.. Tak boleh pun. Dah lekuk dah ibu jari aku menekan. Lampu menyala.. tapi tak buka pun. Hampeh tul. Tekan button merah boleh.. kalau nak cepat pekak.. mari tekan untuk aku. Pastu dengar la bunyi jerit² sampai gegendang ko pecah.

Nasib baikla ada orang tolong aku. Buka secara manual. Pastu tekan button merah. Biarlah.. janji aku boleh balik. Minyak dahlah tinggal sikit. Nak berenti isi minyak pun tak berani. Nanti dah berenti, tak lock kereta.. elok² lepas ko bayar kat kaunter.. Tengok².. tinggal pam je. Kereta dah lesap. Skrg ni.. macam² hal.

Terus pergi kedai aksesori. Aku panggil tokey ni GAGAP. sebab beliau adalah GAGAP okey?

"Aaa Aamoi.. aaa apa maa saaa laahh?"

"Saa aa yaa.. puuuu puu nyaa aaa aallarrm aaa ada maaa saa lah laaa tooo keyy.."

Haaa.. tipu je. Hawau la kalau aku ajukkan beliau gagap kan?

Ha, terpaksa tukar baru. Alah.. bukan keta aku baru beli sebulan dua. Dah pat tahun lima tahun dah..

Haihh.. banyak expenses tuk kereta bulan ni.

Mungkin.. nak kena tukar kunci terus kot..

Pannggggg! nak tukar tayar pun tak mampu.. Berangan je aku..






Friday, July 16, 2010

Boleh sakit jantung aku camni- Part 2

Cewah.. Ada part 2..

Akhirnya budak irfan mengaku yang dia memang KENCING dalam bilik aku.

Walaupun sesi soal jawab/soal siasat dijalankan malam tadi. Namun.. beliau masih tak nak mengaku. Beliau hanya geleng kepala.

Dengan berbekalkan secawan Maggi Cup..

Akhirnya irfan membuat pengakuan.

Aku : irfan.. nak maggi tak?

Irfan : nak.. nak..

Aku : Betul ke irfan kencing dalam bilik umi?

...diam dalam lebih kurang 10 saat..

'IRFAN.. IRFAN.. kencing dalam bilik umi..

Aku : Macamana irfan kencing?

Irfan : Macam ni (sambil menunjukkan cara² beliau kencing)

Aku : Tak senonoh!.. Kenapa irfan dah kencing pastu pegi bilik air cakap nak kencing?

Irfan : Irfan nak cebok (cuci)..

Time ni adik aku menyampuk..

"irfan, bgtau umi.. irfan berlakon je.. irfan propa"

Irfan : umi.. irfan propa berlakon je.


Maggi pun bertukar tangan..

Wednesday, July 14, 2010

Boleh sakit jantung aku camni..


Semalam time aku nak mandi. Irfan bgtau aku yang dia nak kencing. Aku pun suruh la dia tala kat lobang jamban.

"Umi, irfan dah siap".

"Kejap je.." dalam hati aku berkata. Takpelah. Janji dia tak piss dalam seluar sudah. Sambil tu aku ajar dia pakai seluar. "Yang ada tag ni.. mesti belah belakang. Baru betul." Dia angguk je.

Lepas mandi. Aku masuk bilik. Tersangatlah terkejut bila tengok ada air kekuningan. Banyak pulak tu. Macam secawan air tumpah. Cawan kecik je lah.

"Irfannnnnnnn!!!!!!!..

"Kencing dalam bilik umi ye?"

Beliau geleng kepala menafikan.

Abis tu sapa lagi yang kencing kalau bukan beliau?

Time aku tengok tv lepas tu.. dia cuma berdiri melekat kat dinding. Tak gerak. Cuma jari dalam mulut. Buat muka cuak.. memandang kat muka aku.

Tak bersalah ke kalau camtu gayanya?

Pandai betul beliau menimbulkan satu keadaan yang mana boleh buat aku akan berfikir yang dia tak kencing dalam bilik aku.. tapi kencing dalam bilik air.

Rupa²nya lepas dia kencing dalam bilik.. dia pegi bilik air. Pura² nak kencing..

Bijak.. bijak..


Ni dia budak Irfan idung kembang.

Lepas ni.. pasti dia tak datang rumah aku untuk tempoh 2-3 hari.

Haihh..

Lepas aku habis cuci lap segala sisa kumuhan budak Irfan.. Aku pun buka almari nak pakai baju. Elok² jebuka pintu almari je.. Hambik.. Terhumban keluar semua lipatan baju dan jatuh ke lantai.

Semua.. tau tak? Semua..

Agak²nye la kan.. Aku naik angin tak time tu?

Jawapan : TAK.




Thursday, July 8, 2010

Godek2..

Masih panas..

Baru je aku cek2 list request fren kat fb aku. Sebenarnya.. Lama dah budak ni request. Baru malam ni aku terasa nak accept.

Cepat2 aku accept. Cepat2 aku godek2 isi kandungan fb beliau. Tak banyak status yg beliau post. Mungkin dek kerana kebizian beliau memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Dan juga membantu bisnes keluarga usai tugas mendidik setengah hari.

Beliau ni.. Rumah dekat dgn aku je. Tak berapa nak kenal pun. Cuma berbalas senyuman kalau terserempak kat kedai nasi lemak. Itu pun kalau aku rasa nak senyum. Kadang2 buat tak nampak je.

Hmm.. mmg bunyinya agak sombong bukan?

Itulah aku. Aku. Tau? Bukan kamu.

Bila aku tengok gambar2 beliau.. Agak luar biasa. Tak macam photo album orang lain.

Kalau orang lain.. Macam biasa.. gambar family.. kawan2..

Berbeza dengan album beliau. Banyak dimuatkan dengan gambar2 hadiah dari beliau untuk kekasih dan dari kekasih untuk beliau. Itu takpe.. Boleh terima.

Tapi, perlukah nak letak resit pembelian barang tersebut?

Tak baik meriak tau..

Haih..

**Pssstt.. mahal siot..