KAWAN²

Wednesday, April 13, 2011

Baru nak ngular sikit..


Kan despatch aku eksiden. So, dia dapat MC sebulan. Dia eksiden bawak kereta Camry abang dia. Sampai total lost. Sebab tu aku tak penah bagi kereta aku walau sekali pun kat dia. Aku mmg satu sen pun tak percaya dia bawak kereta aku. Biar dia kata aku kedekut. Aku tak kesah.

So, aku cuba la tolong pegi bayar bil ke hape2 la yang aku boleh tolong pegi bayar. (tu pun lepas bos aku suruh). Eh, memang pun aku nak gi bayar.

Sekali bos aku suruh gi bayar kredit kad dia kat citibank. Yess!

Citibank ni letaknya kat klang centro. Setahu aku, skrg ni tgh ada sale kat centro ni. Ye.. aku ada tgk bunting2 kat tepi jalan. Cuma belum sempat nak pegi. Bukan belum sempat, tapi takde duit nak pegi. Tulah, aircond kereta aku buat hal.

Kat sini, aku park keta kat tepi jalan je. Tak senang aku nak masuk parking. Kang dah parking, susah nak carik balik. Trus gi citibank, deposit cek. Eh, kaki ni takmo belok kanan (jalan keluar). Asik nak belok kiri. Masuk kedai FJ Benjamin.

Wahh.. best.. Belek2 baju.. handbag.. kasut..

Sedar2. Kunci kereta takde kat tangan. Keluar balik, pegi citibank. Takde.

Panik!

Masuk balik FJ. Suruh salesgirl tu tolong aku cari kunci kat sebalik baju2 yang aku belek tadi. Takde gak. Dia siap kata mungkin aku dah cicirkan kunci tu kat jalan. Suruh aku cepat2 lari tgk kat jalan yang aku lalu tadi. Pastu aku rasa, aku tak amik pun kunci tu dari kereta.

Lagi jahanam kan perasaan aku ni? Dushumm! Cepat2 aku keluar sambil2 tengok kat jalan kot2 kunci tu cicir. Tengok kereta, pintu lock. Adooiii! Dahlah kunci spare kat rumah. Sapa nak tolong amik antarkan pulak?

Pegi balik kat FJ. Ponggah kat tempat baju2.. bag2..

Belek.. belek.. dan belek..

Ye, jumpa kat bawah beg yang aku belek tadi. Fuh!

Trus blah. Takde belek2 dah. Balikkkkk!!

Pastu aku ingat, inilah padahnya. Time keje, aku curi2 window soping. Padan muka aku..

Tadi balik keje. Pegi situ balik. Bukan apa, kalau aku tak kembali ke kedai ni, nanti panik aku siang tadi tu taknak hilang dan mgkn akan jadi tripple panik.

Dahlah, nak tido. Esok nak pakai baju baru.


Wednesday, April 6, 2011

Ini bukan entry EMO ye adik²..


Biasanya la kan, kalau benda baik haruslah dikongsi bersama. Benda tak baik kongsi jugak, tapi secara rahsia.

Kan aku ada minum herbalife kan. Alah, aritu aku ada post entry pasal herbalife. Aku ni minum bukan untuk kurus. Kalau aku kata aku minum untuk kurus, ini bermaksud.. aku nak badan aku berbaki tulang saje.

Maksud : aku dah cukup kurus.

Ramai orang beranggapan, herbalife tu untuk kurus. (Anggapan ni boleh diterima pakai)

Benda ni banyak kegunaan. Samada ko nak kurus atau sebaliknya. Cuma cara pengambilan yang membezakan.

Aku ambik benda ni lebih untuk tujuan kesihatan.

Lupakan pasal kegunaan di atas.

Paling aku tak suka la kan.. Bila orang kata..

"Eii.. takutlah nak minum benda² camni. Takut dapat penyakit."

Yang ko dok minum air manis dalam tin selalu tu bukan mengundang penyakit ke?

Apela..

Sekali aku jawab.

"Ko jangan jadi kolot boleh tak?"

Hambik ko sekali..

Malas aku layan orang camni.

Monday, April 4, 2011

Ko ingat ni pasar besar kelang ke..

Tadi pegi court.

Jumpa satu minah cha ya nun alif.

Pakai singlet nipis nampak bra kaler biru dengan seluar pendek jeans bawah bontots.

Ko ingat ni pasar besar klang ke amoi??

Friday, April 1, 2011

Menyampah dengan orang jenis camni.. tampar nak??


Kat opis aku ni kan.. ada sorang budak. Dia ni keje sebagai despatch. Selalu suka tunjuk pandai.

Menyampah bukan?

Penah bos aku tanya, webcam tu apa? Yang bos aku ni mmg buta segala. Buta IT, buta Gadget tetapi celik MONEY..

Dia jawab,

'webcam tu sejenis software'

boleh?

Dulu kitorang pegi PWTC. Ada keje kat sana. Cerita la pasal laptop. Ada sorang tanya kat member aku.

Eh, berapa harga u all beli laptop ni ye.. Member aku pun jawab..

'kitorang beli secara bulk, so dapat harga murah sikit'

Si budak despatch ni (sila baca sebagai MANGKUK) sibuk gak menyampuk.

'bulk punya brand tak bagus lah..'

boleh?

Satu lagi paling aku tak boleh tahan (tengah tahan gelak ni..)..

Dia cakap Nanyang Siang Pau adalah..


.
.
.
.
.
.
.
.

KOMPENI JUAL KUIH PAU..

Panggg sekali MAU?


Cucunda..

Taraaaaa....

Ini adalah baby kepada anak sedara aku, Gina.
Lahir pada hari Sabtu 26.03.2011.



Nama dia Nur Aisya Safiyya. Aku panggil Shasha..

Ye, Shasha memanggil saya.. Nenek Pinky..

Nenek?