KAWAN²

Friday, January 18, 2013

Delete Laju²

Bbm berbunyi.

Bila aku tengok, ada satu add request masuk. Terusla aku accept. Malas nak berteka teki sapa. Barangkali kenalan terdekat bertukar kepada blackberry.

Okey, memang tak ramai fren dlm bbm aku. Sebab ramai yang dah tukar hp lebih canggih. Ipong la, samsuang la. Aku je yang ketinggalan. Aku masih setia dengan nokia cokia. Eh, dengan blackberry model lama ni. Tah² model ni pun dah obsolete. Sounds bad huh?

Back to the story.
Orang yang add bbm tadi adalah bekas kawan sekolah aku. Aku pikir sapa la yg bagi dia bb pin aku ni. Dah saspek dah ni. Ni mesti si polan yang bgtau ni. (Dah berdosa di situ) Menuduh secara tersirat.

Rupanya kan.. Bb pin tu ada tertera kat FB contact details kooooo.. Bilamasa tah la benda ni boleh ada kat situ. Aku pun tak tau. Kejadah sangat tauuu!

Ha, takyah nak cek FB now. Aku dah delete laju². Korang yang pakai bb tu, sila la cek balik fb korang tu. Kot² ada bbpin kat situ. Baik korang delete cepat².

Kalau aku, aku tak suka orang yang aku tak kenal ada bbpin aku. Bukan tak sudi, tapi aku kan bajet artis.

Kahkahkahhh!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 4, 2013

Skool

Minggu ni status FB memang la pasal hari persekolahan. Yang anak2 masuk tadika, masuk darjah satu. Masuk tingkatan. Semua ada. Aku je takde anak.

Tapi, aku tetapp la ada cerita pasal sekolah. Ye, anak2 sedara aku ada yang baru masuk tadika. Ada jugak yang masuk darjah satu.

Okey, nak cerita pasal yang tadika dulu. Farish and Arianna. Sekolah di tadika yang sama. Farish ni over peramah. Tapi tak suka kongsi barang. Maybe dah biasa main sendiri kat rumah. Semalam, lepas balik tadika. Dalam kereta, kakak check seluar dia. Kot2 dia ada kencing kat seluar ke.

Sekali.. Kakak aku perasan, seluar dalam takdeee.. Rupanya dia pegi tandas, lupa nak pakai balik. Kakak aku pun tengok dalam tandas, seluar dalam ada kat situ.

Boleh dia lupa sarung balik seluar dalam dia. Adoii Farish.. Nasib baik ko budak kecik. Kalau budak besar? Eh.. Ke situ pula aku. Satu lagi, dia nangis. Nak tau sebab apa?

Sebab...

"Nanti balik rumah, takde pawan"

Pawan = Kawan.

Irfan, masuk darjah 1. Hari pertama dan hari kedua, kakak ipar aku datang sekolah time rehat. Sebabnya, nak tolong dia beli makanan. Dia cakap, harga air limaposen, tapi duit dia singgit. Boleh ke beli? Hahaaa.. Dia tak tau ada belen nanti.

Today, sekolah petang dia beli nasi lemak. Dia suruh ibu dia rasa dulu nasik lemak tu basi ke tak. Dia ingat, nasik lemak cuma ada waktu pagi je kottt.. Ye, Irfan memang cerewet bab makan. Macam Umi dia.

Umi = Cikpinky.

Okeylah, nak tido.

(Menguap)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.