Mak Pergi Tak Kembali
Assalamualaikum..
Sebulan dah mak pergi menghadap penciptaNya.
Ya Allah, rindu kat mak hanya Allah yang tahu. Hanya doa yang mampu ku titipkan buat mak.
Selepas bapak pergi meninggalkan kami July 2014, mak mula kemurungan. Mungkin mak sunyi. Anak cucu peneman mungkin tak sama dengan bertemankan bapak di sisi.
Masa pun berlalu sehingga tahun kedua, tahun 2016. Mak semakin susut tahap kesihatannya. Mak mula jadi pelupa.
Mak mula tak tau waktu siang atau malam.
Mak tak tau keberadaan dirinya sendiri.
Mak mula runsing, bingung. Mak asik mintak hantar balik rumah dia. Walaupun waktu tu mak ada kat rumah dia sendiri.
"Mak nak balik mana mak..?"
"Mak nak balik rumah atas bukit"
Rupanya rumah atas bukit tu lah rumah mak sekarang.
Isnin 18hb Julai 2016
- Mak hari keenam mak kat hospital. Mak masih boleh makan. Masih boleh cakap "Alhamdulillah..
sedap..." bila aku suap spagetti makcik aku bawa. Mak asik mintak cium dan nak mencium aku.
Berulangkali kami cium mencium. Ye, mmg agak janggal rasanya. Rasa pelik pun ada.
Selasa 19hb Julai 2016
- Suap mak lauk hospital. Mak kurang berselera dan mak banyak berdiam. Kurang tindakbalas.
Rabu 20hb Julai 2016
- Suap mak makanan blended dan air blended hospital. Dah takde tindakbalas. Makanan seperti ditolak keluar. Mak banyak berdiam.. hanya nafas turun naik..
Rupanya2nya.. hari tu lah 20hb Julai 2016 hari terakhir suap mak. Lap2 badan mak.
Petang tu, mak pergi tinggalkan kami.
Tak sanggup rasanya nak menaip lagi.
Al-Fatihah buat mak Hajah Siti Maksumah Binti Haji Hanafi