KAWAN²

Friday, August 19, 2016

 Mak Pergi Tak Kembali


Assalamualaikum..

Sebulan dah mak pergi menghadap penciptaNya.

Ya Allah, rindu kat mak hanya Allah yang tahu. Hanya doa yang mampu ku titipkan buat mak.

Selepas bapak pergi meninggalkan kami July 2014, mak mula kemurungan. Mungkin mak sunyi. Anak cucu peneman mungkin tak sama dengan bertemankan bapak di sisi.

Masa pun berlalu sehingga tahun kedua, tahun 2016.  Mak semakin susut tahap kesihatannya. Mak mula jadi pelupa.

Mak mula tak tau waktu siang atau malam.

Mak tak tau keberadaan dirinya sendiri.

Mak mula runsing, bingung. Mak asik mintak hantar balik rumah dia. Walaupun waktu tu mak ada kat rumah dia sendiri.

"Mak nak balik mana mak..?"

"Mak nak balik rumah atas bukit"

Rupanya rumah atas bukit tu lah rumah mak sekarang.

Isnin 18hb Julai 2016
- Mak hari keenam mak kat hospital. Mak masih boleh makan. Masih boleh cakap "Alhamdulillah..
  sedap..."  bila aku suap spagetti makcik aku bawa. Mak asik mintak cium dan nak mencium aku. 
  Berulangkali kami cium mencium. Ye, mmg agak janggal rasanya. Rasa pelik pun ada.

Selasa 19hb Julai 2016
- Suap mak lauk hospital. Mak kurang berselera dan mak banyak berdiam. Kurang tindakbalas.

Rabu 20hb Julai 2016
- Suap mak makanan blended dan air blended hospital. Dah takde tindakbalas. Makanan seperti ditolak keluar. Mak banyak berdiam.. hanya nafas turun naik..

Rupanya2nya.. hari tu lah 20hb Julai 2016 hari terakhir suap mak. Lap2 badan mak.

Petang tu, mak pergi tinggalkan kami.

Tak sanggup rasanya nak menaip lagi.

Al-Fatihah buat mak Hajah Siti Maksumah Binti Haji Hanafi




Wednesday, December 2, 2015

im back!

Assalamualaikum,

Lebih setahun aku tak memblog.

Lepas kawin, terus senyap. Baru² ni nak memblog kembali, tapi blog ni bila aku try buka, dia akan redirect aku kat http://neocounter.neoworx-blog-tools.net

Which is aku tak aku apa² pasal tu.

Harini aku try google² kenapa dah how to solve problem ni.

Dan hasilnya.. Ni lah. Aku berjaya memblog balik.

Yeay!

Tak sabar nak update pasal si Pari² aku Nur Medina Safwa.

Ok bai.

Monday, July 21, 2014

Semoga ayah tenang di sana..


Tanggal 15 Ramadhan, ayah aku dijemput Illahi.

Allahu Akbar..

Sebak pulak rasa time menaip entry ni.

Mulanya, ayah aku memang dah tak berapa sihat. Sebab penyakit gout yang menyerang secara on off. Dan, faktor usia pun tak aku nafikan.

Bermula dari tergelincir kat bilik air dan jatuh semasa bagi ayam makan, kesihatan ayah aku semakin merosot. Mulut beliau agak herot. Tutur kata pun dah tak jelas. Lidah seakan-akan mengecut. Selepas seminggu, kami sepakat untuk membawa ayah ke hospital.

Doktor sahkan ayah diserang strok. Takde benda yang dibenarkan masuk melalui mulut. Ya Allah.. Dugaan apakah yang Kau berikan kepada kami. Sayu sangat bila ayah minta air. Nampak kehausan sangat. Tak dibagi macamana.. Dibagi pulak macamana..

Dan, ianya berlarutan sehingga 2 minggu bila mana hospital benarkan ayah aku balik rumah, setelah tunjuk ajar cara penjagaan semasa kat rumah. Memang agak rumit, tapi.. Ada depan mata lebih selesa. 

Hari Sabtu, 12Julai, tiub seakan tersumbat. Tak boleh terima air atau susu. Puas tengok, takde pun yang tersumbat. Hari ahad pagi, abang bawak ayah ke hospital untuk periksa dan tukar tiub. Alhamdulillah, dah tukar dan ok. Tapi, kes tiub yang seakan-akan tersumbat tu rupanya petanda yang badan dah tak terima apa2. Petanda yang ajal dah nak sampai. Petang tu, lepas adik aku bagi susu.. Ayah termuntah. Sangkanya perkara biasa.

Rupanya, tak lama lepas tu adik perasan yang ayah dah takde. Ayah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.30 petang, 13hb Julai 2014. Allahu Akbar.. 

Aku dan suami takde kat rumah masa tu. Keluar cari sayur dan lauk untuk berbuka puasa. Rupanya aku tak dapat berada di sisi ayah di saat terakhir beliau. Padahal, setiap hari kami ada bersama beliau.

Alhamdulillah, semua urusan pengkebumian dipermudahkan. Jam 7.00 malam semua dah selesai.

Semalam, genap seminggu ayah pergi. Semalam juga, batu nisan dah selamat dipasang di pusara ayah.

Apa pun, ayah sempat tengok aku berumahtangga. Alhamdulillah. Ayah pergi dengan tenang.

Semoga ayah tenang di sana. 

Al-Fatihah.

*mengelap air mata*







Wednesday, June 25, 2014

Masih Mood Kahwin :Bersanding & Bertandang

Assalamualaikum,

Hahaha.. Sejak lepas kahwin ni ketawa manjang. Alhamdulillah. Orang kata, kita akan dapat hujan dulu baru pelangi. Amin.. Ye. Memang happy pun sejak ada teman ni. 

Sampaikan tuang shower gel sapu kat kepala, tuang syampoo sapu kat badan pun ada. Sampai macam tu. Kahkahkah! Kejadah betul la.

Rutin pun dah tak sama macam dulu. Kalau time bujang, bangun pagi siap2 then pegi keje. Now, kena siapkan sarapan untuk suami. Balik keje, kena masak, sediakan makanan panas untuk beliau. Ala, bukan susah pun kan. Lagi pun, ini la masa untuk topup pahala.  

Ha, mari tengok sikit gambar2 kat bawah ni.

Baju kaler hijau pilihan kami. Eh, pilihan aku. Suami ok je. Janji kena dengan kulit dia.  Tu pengapit last minit dapat. Sebab anak sedara aku tiba2 tunangnya tak dapat datang. Nasib baik ada kawan suami. Cekik leher beliau hari sabtu tu, paksa untuk jadi pengapit hari ahad. Hehee.. Yang cantik tu, gf dia. Kain prada lace aku beli kat facebook. Dijahit oleh bekas pelajar adik aku, best student fashion design. Gituh. 

Ini antara kawan2 sekolah yang hadir. Anak dorang pun dah besar2. Aku baru hegeh2 nak kahwin. Thank you sebab datang memeriahkan majlis aku ni.

Baju pengantin untuk majlis bertandang, aku sewa je. Berkenan pulak dengan baju ni dan warnanya. Saiz pulak, sedang elok je muat2 dengan badan aku. Takyah nak alter lagi. Baju suami je kena kecikkan sikit.

Pengantin disambut dengan anak2 sedara bersama moto kecik. Comel je rasanya tengok budak2 ni bawak moto.

Ini rombongan dari keluarga aku. Tak semua masuk dalam gambar. Adik beradik, pakcik dan makcik semua turut serta. Lepas majlis, dorang semua pakat menuju gi lumut dan pangkor. Aku je tinggal kat sini. 

Ini anak sedara aku. Budak gila bergambar. Terima kasih dik sudi jadi pengapit. Ni pun last minit jugak. Semoga cepat dapat jodoh ye dik. Ambik berkat mak sedara ko ni.

Okey, nanti bila gambar dah siap dari photog, aku buat entry lagik ye. Kikikii.. Masih dalam mood kahwin lagi ni. Entah bila mood ni nak pegi tinggalkan aku. *tutup muka*

Lepas majlis kat rumah aku, kami berdua hanimun ke Krabi. Tapi, entry untuk hanimun xde ye.

Okey, Tata.



Tuesday, June 10, 2014

Alhamdulillah.


Alhamdulillah.

Itu yang mampu aku ucapkan. Selepas pelbagai drama.

Drama?

Aku kan kuat drama. Kahkahkah! Takde la. Biasala kan. Buat persiapan kahwin ni kan macam2 hal. Jarang sekali la aku dengar buat persiapan kahwin ni senang menang. Smooth and silky. Even orang kaya2 pun mesti ada masalah dia sendiri. Lagi lah aku yang tak kaya ni.

Tapi takpe. Orang cakap, kita akan lalui hujan lebat ribut petir, sebelum timbul pelangi.

Ye. Pelangi dah datang. Syukur. Now happy sangat dengan new chapter dalam life aku. Mak dah bersuami uols..

Meh kita layan sikit gambar sekitar majlis nikah.

Pelamin. Aku suka simple n kaler yang soft sebab nak kontra dengan warna baju bersanding aku. Kaler hijau.


 Inilah Sayang yang selalu aku sebut2 tu. *tutup muka* yang sabar dengan perangai angin kus2 aku ni. Yang tahan dengan kerenah aku ni.

 Penyerahan mas kahwin. RM300.00. Boleh aku buat beli love charm karang.

 Agak menggigil bila sarungkan gelang batal air sembahyang. Ni aku tahan ketawa. Kihkih.. Tengok cucu aku si Sasha dok skodeng.

 Suka sangat kat gambar ni. Tak tau kenapa. Macam penuh makna.

Uit. Dah bergelar isteri orang tau. Beg tu, spoil betul la terngaga je camtu. Cih.

Ha, ni la sikit gambar yang dapat aku kongsikan. Walaupun lambat sampai kat masjid. Siap imam tu call aku bila nak sampai. Malu pun ada. Hahahaa! psst.. imam tu kawan aku sekolah tau. Mampu?

Hari tu kebetulan ada satu lagi pasangan bernikah. Kira agak ramai la. So, makin nervous la laki aku. Sian dia. Dua kali lafaz la jugak. Kihkih.. Dengan alasan, microfon tak berfungsi. Drama sangat kan..

Takpelah, semuanya dah selamat.

Alhamdulillah. Semakin bahagia rasanya. 

Okey, InshaAllah nanti aku buat entry bersanding pulak ye.

Tata.

 

Wednesday, May 7, 2014

Kad Jemputan


Assalamualaikum.

Okey, dengan hati yang gumbira dan berbunga2.. Saya dengan ini menjemput kawan2 yang membaca blog saya ni untuk hadir kat majlis perkahwinan saya.


Ha kau, kaler gold aku cakap kau. Feeling2 rich la konon2nya kan..  

Jemput datang ye. Kalau nak aku send kad atau emailkan kad, send aku alamat korang ye.

Email kat sini ------> cikpinky@yahoo.com



Wednesday, April 23, 2014

Tema Kahwin


Okey, kalau korang tengok kat sidebar blog ni.. Tinggal Satu Bulan, Satu Minggu dan Dua Hari aku nak kahwin. Kalau dulu selak kalendar, 4 kali selak. Sekarang, Eh, sekali selak je. Dah nak jadi bini orang dah aku ni. La haii..

Itu tandanya, tarikh makin dekat. Pejam celik, pejam celik. Isnin... Pastu dah Jumaat lagi. Korang perasan tak? Hari2 makin cepat berlalu? Ke, aku sorang je yang perasan?

So far, persiapan kahwin aku so good. Alhamdulillah. Baju nikah dah siap.Cuma belum siap jahit manik. Sampai naik demam2 aku menjahit. Mampu? Dia punya sakit kepala.. Tangkap ke mata tau. Macam kena serang migrain. Tulah, orang jarang pegang jarum benang, sekali menjahit.. Terus demam terkejut.

Baju bersanding dah siap. Tapi belum sampai ke tangan aku. Nak kena patch lace kat lengan, nak jait manik sikit. Menjahit ni di bawah pantauan adik aku. Sebab dia ni mmg arif bab2 jahit menjahit ni. Kalau nak ikutkan aku, memang manjang la tak sesuai manik dengan labuci kat baju tu. Kahkahkah! aku pandai bab tekan2 keypad hp je.. Okey, tipu. 

Disebabkan sekarang masih kurang sihat sebab asik menjahit manik, aku alihkan pandangan aku kat bunga telur. Bunga telur tu aku beli siap. Nak pintal2 buat bunga sendiri.. MEMANG TIDAK. Sebab tangan aku terlampau la tak kreatif.

Bunga telur tu aku tukar sikit rupa dia. Kain net untuk isi telur tu aku ganti dengan cengkerang (iye kot namanya). Sebab nak nampak grand sikit. Biar murah, tapi nampak grand gituh. 

Belanja sikit gambar. Yang bulat silver tu la aku panggil cengkerang.

Kalau orang tanya tema kaler kawin aku.. Aku jawab. Hantam saja.

Bagi aku, apa aku tengok cantik, aku pilih. Kalau nak ada specific kaler tema, agak susah nak sesuaikan dengan satu sama lain. So, apa aku rasa cantik. Itu yang aku pilih. Senang je kan? Bunga kaler gold, tak semestinya baju kaler gold ye. Jangan silap teka. Nanti kena denda. Kalau korang nak datang pakai kaler gold, silakan. Aku tak marah. Tapi..

Jangan pakai kaler ijau. 

Nanti sapa pengantin? 

aku ke engkau?. 
Okey, baju bersanding aku KALER HIJAU.  




Thursday, February 13, 2014

Preparation


Okey. Sejak dua menjak ni memang malas nak baking. Kadang2 ada jugak. Tapi baking untuk si tunam. Bukan apa, mood baking dah ke laut.

Sebab now mood gatal nak kahwin dah. Kahkahkah!

Bila usia dah meningkat ni, aku perasan. Agak cerewet dalam membuat pilihan. Kan aku dah cerita kat entry sebelum ni. Semua barang aku tgk pun aku tak berkenan. Setelah banyak kedai aku keluar masuk, aku dah berjaya membeli barang untuk doorgift dan bunga telur. Bunga telur tu aku pegi sendiri. Tak menyabar punya pasal. Wassap je gambar kat tunam. Dia mcm biasa, "ikut syg la." 

Lebih baik takyah tunjuk kan?

Okey, majlis aku nanti memang takde warna tema khusus aku tetapkan. Walaupun aku ni cikpinky, tapi percayalah.. Satu pun barang kahwin aku takde kaler pink. Macam tak percaya bukan? Asal aku rasa cantik, aku beli. 

Tapi rasanya, mata ni lebih tertarik kepada kaler keemasan. Yes, gold tu nampak 'rich' gituh.. Bunga telur pun kaler gold and doorgift pun seakan2 gold jugak.

Baju pengantin mula2 ingat nak beli kain and tempah. Tapi bila ingatkan lebih save kalau sewa, makanya.. Aku sewa je lah. Pakej sewa baju dengan mekap sekali dan juga sewa pelamin. Memang berpatutan harganya. Disebabkan aku ni simple orangnya, so aku ambik design simple. 

Warna baju mungkin purple. Mungkin ye. Belum tau lagi. Bak kata tunam, "awak ni dah gilapen". Gilapen tu rambang mata kot. Kot lah.

Okeylah, nak siap2 nak balik pastu g detim. 

Lain kali, cerita lagi.

Tata.










Monday, January 20, 2014

2013 & 2014


Assalamualaikum.

Diam tak diam dah nak penghujung bulan Januari. Kejap je rasanya masa berlalu.

Tahun 2013 diakhiri dengan peristiwa kurang menyenangkan. Aku percaya, Allah takkan ambil apa yang kita sayang, tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Insha Allah. Ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku.

Harap² tahun 2014 membawa lebih kebahagiaan. Insha Allah.

Oh ya. Aku dah mula buat persiapan kahwin. Sedikit sebanyak mengubat kelukaan di hati. Walaupun emosi masih kurang stabil. Alhamdulillah, tunang aku dikurniakan lebih kesabaran berbanding aku. Sabar dengan emosi aku yang kejap ok kejap tak okey. Eh, aku tak gila tau. Mesti korang ingat aku gila.

Peace yo!

Cuti hari Jumaat lepas aku habiskan dengan survey bunga telur, cadar pengantin, set bilik tidur, doorgift. Eh, seronok rupanya tengok² barang kahwin ni kan? Lagi² untuk diri sendiri. Ecewah.

Tapi, satu pun aku tak berkenan. Dari doorgift ke bunga telur. Entahlah, makin tua ni, makin cerewet kot membuat pilihan. Kalau tunang aku senang je jawapan dia. "ikut sayang la. saya okey je". Ha, senang kan? Aku yang susah.

Okeylah, aku nak google apa yang patut. Lainkali, cerita lagi.

Tata.

 


Tuesday, December 24, 2013

Letih


Seriusly, dua tiga minggu kebelakangan ni memang letih. Letih badan, letih minda. Biar letih badan, jangan letih fikiran. Pasal fikiran, takyah aku ceritakan kat sini. Kang meroyan balik aku karang..

Letih badan ni adalah persiapan untuk adik aku kawin pada 15hb Disember 2013 yang lepas. Korang tau la kan, sebulan sebelum tu dan macam2 preparation kena buat. Dan tiap minggu tu lah asik keluar cari barang. Macam nak raya la kan.. Selagi belum raya, selagi tu lah ada je barang nak dibeli.

Itu belum aktiviti mengemas rumah. Dalam dan luar rumah. Ntah apa yang nak dikemas pun aku tak tau. Sama je pun rupa. Cuma..

Cuma..

Pokok bunga kertas rimbun depan rumah telah berjaya di 'clear' kan oleh menantu2 mak aku. Bunga Tangisan nama ku beri. Elok2 mak aku balik dari pasar, tengok pokok bunga dah takde, terus berjujuran air mata. Semua pakat buat tak tau. Kang dilayan, lagi dia sedih.

Mari kita layan gambar2. Bunyik mcm banyak je kan. Padahalll. Empat je pun..

Malam Berinai.
 

 Ni adik beradik, kakak ipar and anak buah pengantin. Pakat pakai sedondon. Hasil ihsan pengantin.

 Ko ni dik, bawak2 slow sikit berjalan tu. Kasut ko tu dah la pat inci. 

 Comel kan adik ipar aku? Menjeling gituh.

Tapi kan.. Tapi lagi..

Seriusly, aku jadi semangat nak buat majlis kawin aku. Sebelum ni rasa blank je. Tak tau nak beli baju camne, goodie bag camne dan majlis yang camne. Tapi sejak2 abis majlis adik aku ni, aku dah mula buat perancangan. Yelah, hari dah makin dekat kan.

Kakak2 aku dah mula nasihat apa nak buat. Apa nak di beli. Buat majlis yang macamana nanti.. Aku sebagai adik, dengar dan ikut je nasihat mereka. 

Ecewahhh.. Feeling dah nak naik pelamin.

Tapi.. 

Aku dan tunang adalah berdarah GEMURUH. Tak tau camne nak duduk kat pelamin nanti. Mau dua2 gigil.

Hahahaa..

Tata.





Monday, November 11, 2013

Konvokesyen

Ha, semalam aku pegi konvo adik aku. Beliau berjaya menamatkan pembelajaran dengan Masters in Art and Design. Lebih bagus lagi, dapat Anugerah Sarjana Cemerlang. Alhamdulillah. 

Nasib baik ko dapat anugerah cemerlang. Kalau tak, memang aku nak ungkit yang ko selalu cengkelat turn memasak. 

Awal pagi dah bangun. Mak aku sibuk kejut suruh bersiap. Adik aku tuan punya badan tak pulak dia kejut. Entah2 mak aku yang nerves. Hahahaa! Sebenarnya kan, aku malas sangat nak pegi. Mengenangkan nak duduk dalam dewan tu berjam2.. Haih.. lemah rasa. 

Tapi, memandangkan hanya aku dgn mak yang available semalam.. aku gagahi jugak demi adik aku ni. Ayah aku, tak berapa sihat nak ikut sama. Yelah, orang dah tua kan. Belum nak ke tandas lagi. Dengan orang ramai lagi. Kesian nanti ayah aku letih. Yang lain2, ada hal masing2 yang tak dapat nak dielakkan. Mana yang ada je la ye dik..

Ni, parking keta je terus ambik gambar. Biasalah kan.. kata blogger.. mestilah apa2 dulu nak snap gambar. (blogger la sangat.. puii..) Ni, simen basah ye. sebab tu aku angkat kain. Bukan saje2 post nak angkat kain.
 
Kalau takde booth bunga, memang bukan konvo namanya. Aku malas nak survey2 harga. Tiba2 ada budak pompan approach aku masuk booth dia. Aku pilih lebih kurang, then bayor. Beli yg RM35 je. Alah, bukan boleh buat makan pun bunga tu kan.. (dasar kede..). tapi takpe, ingatan tu penting ye adik2..

Perasan tak, gambar aku yang ni nampak mcm tinggi sikit kal nak dibandingkan dengan gambar mula2 tu. Ko tau sebab apa, sebab aku jinjit. Takmo kalah dengan orang sebelah yg pakai heels pat inci tu. Nasib baik tak tumbang hoii.. Tu muka tahan jinjit tu. Tu yang macam muka semput tu. Uncle photographer ni pun satu hal. Paksa kami bediri kat rumput basah tu. Abis kasut coach ai tau..

Ni baru betul gaya photographer. Nak tau tak, balapan tu lembap tau. Sebelum tu hujan sebabnya. Main baring je uncle ni. Biar la dia. Janji dia puashati. Waktu ni, memang dah panas terik. Nak pitam pun ada rasanya. Bayangkan, dari dalam hall aku nak beku dah.. pastu keluar kat panas terik. Memang pakej nak dapat migraine. Welcome migraine. Mari balik hantuk kepala kat dinding.

Sebelum hantuk kepala kat dinding, mari isi perut dulu. Aku pilih meehun sup je. Air teh bunga. (tiada dalam gambar). Dia punya meehun aku ckp kau, sebungkus kot dia letak. Penuh semangkuk. Migraine2 pun, abis semangkuk aku telan. Laju2 makan, mak..mari kita pulang.

Balik rumah.. mandi.. salin baju.. makan ubat.. nangis. Menahan sakit kepala. Nangis sampai tertidur. Kesian kan?

Bangun tidur terus baik.. Sebab Sayang datang. Heheheee.. Drama mau kuat bai.. baru jalan. hahaha.. Boleh pulak bangun masak bagai. Eh, doktor pun kalah. (okey, tutup muka) 

Tata.


 


Friday, November 8, 2013

Welcome to the Family


Ha kau, tajuk tak menahan.

Sapa bayangkan tajuk tu memaksudkan seorang bayi? Atau sebiji kereta baru? Sila angkat tangan. 

Kedua-dua di atas tu ada la kebarangkaliannya. Insha Allah. Ada rezeki, ada la.

Tapi kat sini, aku maksudkan adalah.. Seekor kucing.

Hahaa.. Ini lah dia. Anak kucing itam legam. Setelah puas berfikir, aku namakan dia Kaka. Sebab ada lagi dua ekor kucing lain. Satu Kakak, satu lagi Keket. So, sikecik ni nama dia Kaka. Biar semua stat dari K. Bukan Dato' K yang bagi okey?

Kucing ni Sayang yang bagi. Malam2 datang rumah antar kucing ni kat aku. Dia simpan dalam beg, tepuk2 bagi kucing ni tidur kat sepanjang perjalanan. Ha, nasib baik tak terberak ke terkencing ke dalam kereta dia. Dia ni memang gila sangat kat kucing. Agaknya dia lebih gilakan kucing dari aku. Takpe, lepas kawin "Strictly No Cat". Muahaahahaha!

Okey, yang cute pasal kucing ni kan.. Dia kalau nak kecing or berak.. Letak je kat penyodok sampah. Kat situ la dia akan buang. Senang sikit keje aku. Angkat n cuci.

Eh, kalau dia berak aku cuci tau bontot dia. Sebab Kaka ni tidur dengan aku tiap malam. Tapi tulah, kadang2 pukul 3 pagi dia bangun nak berak. Dah macam ada anak kecik pulak aku ni.

Takpe, practice dari sekarang. Hahahaa.. *tutup muka*

Tata.


Wednesday, November 6, 2013

Haloo..

Halloo..

Lama sungguh tak post entry kat blog ni. Bukan dah bersawang dah. Kutu pun dah lekat kot nih.

Rasanya macam takde idea dah nak post apa cerita kat sini. Beku dah otak ni.

Okey, harini cuba2 untuk edit blog ni. Konon.. Cuma tambah satu Widget tepi tu. Daisypath kooo.. Feeling2 nak tau dah berapa lama ada tonang. Nak kira pakai kalendar, malas pulak. 

Dasar pemalas kan.. Bukan apa, nanti dah kira dari satu hari ke satu hari, pastu lupa. Eh, dah berapa tadi ni ye? Kalau guna Daisypath ni kan, ko letak je tarikh bila. Ha kau.. terus dia calculate dengan tepatnya.

Dah lama tak godek2 blog ni, tak tau dah macamana nak tukar background. Terkial2 macam mula2 memblog dulu.

Tu je la buat masa ni. Nanti ada idea, aku post entry.

Tata uols.

Monday, August 26, 2013

Kini Baru Ku Tahu.


Okey, just nak share cerita diri.

Aku suka lelaki yang tak banyak cakap. Cakap bila perlu je. Sombong dan eksen, itu memang aku suka. Baru nampak macho beb. Lelaki banyak cakap ni bagi aku, merimaskan. 

Aku tak suka, okey? Tak suka. Tak minat.

Okey, itu DULU.

Bila aku kenal dengan Sayang. Persepsi aku perlahan-lahan berubah.

Ye, Sayang memang suka bercakap. Ada je benda nak dia cakap, nak dia lawakkan. Nak di merepekkan. Mula-mula memang tak boleh nak terima situasi dan keadaan bersama dengan orang yang bersikap sebegini. Semua macam tak kena. Takleh nak terima. Jauh dari kebiasaannya. 

Tapi lama-lama dengan dia, aku boleh terima situasi baru ni. Bila Sayang diam, aku jadi boring. Kalau dulu, aku siap suruh dia tutup mulut. Kurangkan bercakap. Sebab aku rimas.

Tapi sekarang, bila dia diam, aku suruh dia bercakap. "Cakap la apa-apa je Sayang.. jangan diam je.. Boring la."

See?

Lama kelamaan, aku sedar.. Aku suka kat orang yang suka bercakap, suka melawak. Selama ni aku tak sedar, orang macam ni la yang sebenarnya aku suka.

Yang banyak bercakap tu lah yang buat aku bahagia.





Wednesday, August 14, 2013

Raya 2013


Selamat Hari Raya kawan²..

Masih belum terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya. Baru raya ke 7 pun kan..

Dah tua² ni mood nak raya memang dah tak serupa macam dulu zaman muda². Semangat kemain. Baju, jangan cakap lah. Manjang nak beli awal. Dengan beli kain ela, belum lagi malam raya hegeh² nak cari baju siap. Tak cukup lagi katanya. Selagi tak raya orang kata. Ada saje nak dibelinya.

Raya tahun ni, paling takde mood. Persiapan pun ala kadar je. Baju pun takde. Bukan takde, tapi tak dapat nak disiapkan. Tapi takpe, aku okey je. Pakai je baju tunang aritu. Cuma tudung je beli lain.

Tah kenapa.. Takleh nak jawab. Rasanya bukan aku je, tapi rata² ramai yang mood nak raya tu kurang ada. Lambat nak sampai mood tu.

Kuih raya? Beli je jajan² kat Phong May. Sapa yang tinggal kat Klang tu, tau la kedai apa tuh. Cuma 2 hari sebelum raya, adik aku dapat kesedaran. Beliau gigih membuat 3 jenis biskut. Aku sikit pun tak tolong. 

Macam biasa, hari raya pertama. Adik beradik  berkumpul kat rumah aku. Bermaaf-maafan. Makan².. Lepas tu konvoi beraya rumah sanak saudara. Sapa yang takde kat rumah tu, minta maaf. Takde siaran ulangan ye. Nasib. 

Lepas tu, balik rumah. Tido.

Hari raya kedua dan seterusnya, duduk rumah. Tunggu sanak saudara datang beraya. Topup kuih raya dalam balang, sapu lantai, lap meja, cuci cawan. Itulah keje rutin hari² time cuti raya. 

Bosan bukan?

Errmm.. Baru teringat, rumah jiran sebelah pun belum aku jengah. Malam ni la kot. Kot lah.

Agaknya raya tahun 2014 dah berbeza kot. Ni bukan kot. Insha Allah.. Tahun depan dah beraya dengan Sayang.

Lambatnya tunggu 2014.

Rasa nak lempang tak?


Tuesday, July 30, 2013

Rindu Tak Terucap.

Lepas sahur, susah pulak nak tidur balik. Tulah, sapa suruh sahur makan mee rebus? Okey, baru sekali sahur makan berat² tau. Tiap hari aku makan biskut cicah milo.

Patutla makin longgar seluar baju..

Sebenarnya, aku tengah rindukan kota suci. Rindu sangat². Terbayang² saat pertama aku melihat kaabah depan mata. Subhanallah, satu perasaan yang tak dapat nak diluahkan. Cuma air mata yang mengalir dengan tiba².

Rindu nak berjalan kaki dari hotel ke masjid untuk solat fardhu. Rindu nak dengar suara azan. Rindu nak dengan alunan suara imam masjid. (Sebak).

Rindu nak naik van yang pintu takleh nak tutup rapat utk ke tanai'm utk buat niat umrah. Rindu nak bebel² kat driver van yang suka isi penuhkan van jadi mcm sardin.

Rindu nak buat tawaf, buat sai'e. Indahnya dapat sampaikan doa yang kalian kirimkan haritu.

Rindu nak minum air zamzam yang subhanallah sedapnya rasa. Sedap je lalu kat tekak ni bila ditelan.

Banyak betul perkara yang aku rindui kat sana. Tak boleh nak cerita semua. Sebab semuanya indah. Terlalu banyak rindu nak aku ceritakan kat sini.

Satu benda aku nak bagitau, aku memang tak ingat satu benda pun pasal kerja, sewaktu aku kat sini. Memang totally lupa pasal stress kerja.

Memang betul orang kata, sekali kita pergi.. kita akan rindu untuk ke sana lagi.

Rindunya..

Insha Allah, ada rezeki.. lepas kawin aku nak ke sana lagi. Kali ni dengan mahram aku, Sayang.

Doakan aku ye.

Ish, sebak pulak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 17, 2013

Penyakit mintak kena tampar.

Okey, ni kali kedua aku menaip entry. Sebab yang mula2 tadi.. Aku dah tertekan X kat belah kanan atas tu. Dasar darah gemuruh kan. Gabra tak tentu hala.


Penyakit ni dah lama menyerang aku. Penyakit dok ngadap sale beg. Sentiasa klik. Hari2 pun nak klik. Siap letak as FAVOURITE tu.. Buat keje sikit, klik address ni. Untung2 ada sale. Ngadaaaappp sampai lebam.

Aku memang suka ngadap benda ni. Siap hafal tau harga sale sebelum2 ni. Lepas tu compare dengan harga sale sekarang. Balik rumah, sambung lagi. Ngadap ipad pulak. Walaupun view kat ipad tak memuaskan berbanding dari view kat pc, tetappp aku hadap jugak.

Walaupun kadang2 loading photo kat ipad slow, tetap bersabar. Hadapi jugak. Cuba suruh tunggu video ngaji, buffering sikit dah mengeluh. Dasarr sangat kan aku ni. Tu namanya mintak pelempang.

Kalau dating kebetulan tengah ada sale, aku pun tetap ngadap jugak. Kadang2 sampai Sayang bengang. "Itu je la yang awak tengok. Tak boring2 ke?"

Senang je aku jawab.
"Nak bagi saya boring, awak belikan sebijik. Baru hilang boring."

Huahuahua.

Eh, best tau tengok beg2 ni. Boleh buat happy. Bukan kena bayar pun kannn?

Bukan apa, harga beg2 ni jauh lebih murah kalau banding kat butik. Kat butik tu, takat masuk.. Tengok2. Nak pegang pun tak lalu. Bukan tak lalu sebab apa. Sebab mahal. Uishh.. 

Beza separuh harga tau?



Monday, July 15, 2013

Pengalaman


Okey, orang dah nak ada menantu, aku baru hegeh2 nak bertunang.
Astagfirullahalazim.. Bawak mengucap la kan aku ni. Macam tak bersyukur pulak.

Tapi inilah ketentuanNya. Dipertemukan jodoh di usia sekarang. Tapi Alhamdulillah, dah sampai waktu kata orang. Cuma, kita tak tau je cepat lambat. Turn aku, aku dapat lambat. Hahahaaa..

Aku rasa aku dah cerita sikit pasal Sayang. Takyah kot nak citer banyak.

Ni aku nak cerita pasal hari aku bertunang. Hahahaa.. Nervous kooooo! Tulah, selalu ejek2 Sayang. Sayang aku tu darah gemuruh orangnya. Selalu la aku aku ejek2 dia.

"Nanti nikah jangan ulang banyak2 kali tau Sayang.. jangan buat malu saya.."

Sekali kauuu.. Mak dia nak sarung cincin..

MENGGIGILLLLL aku..

Kejung kebas rasa tangan ni. Hambik aku sana.. suka sangat ejek2 orang kan.. Sekali, rupanya diri sendiri pun darah gemuruh. Double darah gemuruh ko..

Itu belum time nak keluar layan tetamu dari family Sayang. Rasanya sepuluh kali aku patah balik. Dah sampai pintu, masuk lagi. Sampai la dekat sepuluh kali. 

Ntah apa kejadah aku ni.. Gemuruh ya amat. Sampai diorang dah siap makan. Dah siap cuci tangan dah. Baru aku terhegeh2 nak keluar bersalam. Itu pun macam nak tergolek bontot je time nak duduk sama dengan family Sayang.

Ha, satu lagi kan.. Bila belek2 gambar tunang, baru aku perasan.. Time sarung cincin tu, aku duduk tu mcm orang jepun. Banyak la aku punya jepun kan. Lupa dah nak bersimpuh.

Adoiiiila.. spoil betul aku ni..

Tulah sebabnya, aku tak post gambar aku sarung cincin. 

Huahuahuaa! Malu kat korang. Malu kat diri sendiri.

Okey, gambar Sayang memang aku tak post kat sini or kat fb. Sila cari kat Instagram aku. Itu pun muka sipi2. Aku kan bajet artis. Korang tak tau ke?

Pangg!







Tuesday, July 9, 2013

Syukur Alhamdulillah.

Okey, just nak share kegembiraan aku.

Hari Ahad lepas, ada rombongan merisik dah sekaligus meminang aku. Alhamdulillah, dah sampai ke fasa seterusnya hubungan cinta aku dengan dia.

Insha Allah, kami akan bersatu pertengahan tahun depan.

Doakan kami ye. Terima kasih.

Tuesday, April 30, 2013

Nak mengaruk sikit boleh kan?



Okey, aku memang tak suka nak mengaruk atau memaki. Tapi tak puashati di sini.

Marilah dengar cerita aku. 

Ini kisah, bila jiran kita TERAMATLAH bizi body. Ha, capslock ko.. Mengalahkan paparazzi. Busy body is okey for me. Cewah kauu.. nak speaking konon. Tapi.. Ada tapi ye kat sini.

Kalau busy body ko tu sampai menjatuhkan air muka family aku tu apa cerita? 

Alkisahnya, ada la seorang jiran aku ni. Dia ni aku kira seorang yang agak warak. Rajin ke surau, rajin melaungkan azan kat surau. Lepas tu, dikurniakan kebolehan untuk mengubati penyakit. So, kami respek dengan dia. 

Okey, minggu sudah adik aku bertunang. Kami menjemput dia atas menghormati dia sebagai jiran. Jemput untuk dia baca doa selamat kat majlis tunang tu.

TAPI.. 

Dia ni dah salahguna jemputan kami itu. Dia sibuk nak jadi pengantara atau jurucakap bagi keluarga aku. Padahal kami dah serahkan tugas tu kat abang ipar sorang tu. Lepas baca doa, dia terus mengaruk tak tentu hala.

Terus dia buka mulut, sambil menepuk peha abang ipar aku biar abg ipar aku diam jangan berkata apa².

"Tunang ni bukan passport untuk datang suka2 ke sinii, bawak keluar anak dara orang sesuka hati. Saya duduk depan rumah ni, saya tau apa yang berlaku di sekitar kawasan sini. Jangan ingat saya tak nampak apa yang berlaku ye.."

Ha, terkejut tak bila jiran buka mulut macam ni. JIRAN tau JIRAN.

Memang ada benarnya kata² dia ni. Tapi bagi aku, ko siapa nak buka mulut macam ni kat majlis orang? Ko abang aku ke? Ko bapak aku ke? Ini kira dah menjatuhkan air muka family belah lelaki, family aku juga. Macam la kitorang ni tak tau hukum, takde adap.

(Ish.. menyirap pulak darah aku time menaip ni).

Lepas tu dia sibuk pulak nak belek² gelang emas tu. Dua kali dia belek ko. Apa ingat itu zhulian ke hape? Siap tanya dua kali tu adik aku setuju tak nak dipinang.. Tak ke haprak namanya tu.. Kalau dah siap pasang 2 biji khemah depan rumah, takkan la tak terima pinangan kan?
 
Aku tak paham apa yang dia tak puashatinya tu. 

Adakah beliau kecewa? Cermin la dulu muka. Awak tu dah tua. 

Nanti aku tunang, sumpah aku taknak jemput dia.

ps: sekarang dah feeling² artis. sebab ada je paparazzi menyibuk nak ambik tau hal kita. awwww!