KAWAN²

Monday, July 6, 2009

sesekali tu okey gak.. tapi kalau selalu sangat.. boring kot.

Depan rumah aku ni ada jiran baru buka kedai kopi. Kedai kopi di bawah pokok mangga. Tak lah sehebat kopi putih pekan lama. Ala² boleh blah gitu.

Dah beberapa hari ni aku dok slow kereta aku bila lalu depan kedai tu. Nak tau la gak apa yang dorang jual kat warung tu. Apa² boleh, yang penting.. ada teh tarik. I likee..

Tapi.. teh tarik takde. Sebab dorang belum belajar tarik. Hmm.. milo panas pun boleh lah. Bior panas badan aku. Malam karang.. tido buka baju. Hukkk..

Harini aku gi la testing kat kedai ni. (Ni baru balik la ni..)

Aku dtg ngan adik aku ngan 2 lagi anak buah aku. Semua pompan yang cun melecun la kira²nya. Aku ckp cun sebab nak suruh korang cakap.. hmm.. hampeh.. Dulik la. Lepas tu jiran aku datang join. Pastu sorang lagi join. Pastu sorang lagi join. Cewah.. Cam ada magnet pulak rasanya.

Kami ni.. (aku terutama sekali) amatlah jarang join dengan penduduk kat tempat aku ni. Bukan apa.. Pagi aku keluar.. petang aku balik. Weekend, selain dari ukur jalan, aku duduk rumah.. Untuk campur gaul dengan dorang.. amatlah jarang sekali.

So, dengan kesempatan ni.. dapatlah aku duduk borak² dgn dorang. Eceh.. kelakar rupanya dorang ni semua. Tak pasal² aku jadi pontianak jibam² mengilai bawah pokok mangga. Lucu weh cerita² dorang. Ke.. aku yang excited sangat? Pedulik lah.

Ada sorang tu, dia kata bila time mak dia pegi meminang calon isteri dia nanti.. tersesat gi rumah aku pun takpe katanya. Kikii.. mcam tu sekali idea dia.

Eii.. macam² lagi cerita dorang yang buat aku mengilai tak sudah. Tu yang buat aku melekat ponggong kat situ sampai lewat malam nak dengar cerita karut lawak dorang.

Ish.. sebenarnya kan.. sampai sekarang ni aku tak pecaya yang aku boleh duduk borak dengan dorang tu semua kat situ.

Musykil la..



Friday, July 3, 2009

Aku yang cerewet..

Jap, kasik aku tarik nafas dalam². Fuhhh.. curi masa kejap.

Last aku post entry, 1/7/2009. Harini dah 3/7/2009. Maksudnya semalam aku takde post entry. Ala, sehari je. Nak kecoh pulak.

Aku ni amatlah banyak keje sekarang ni. Rasa mcm tak cukup masa pulak. Tapi, takkan la aku nak tido kat opis.. Eii.. tak best. Aku nak katil aku gak. Bestt.. Walaupun aku tak pakai tilam ziana zain, at least tilam aku empuk.

Aku nak citer pasal interview. Kalau ada orang tu pegi interview untuk keje baru dia.. Aku pulak interview orang nak keje kat opis aku ni.

Macam² la jenis manusia yang datang interview. Ada yang nampak kelass.. Ada tu pulak .. Hm.. sebaliknya. Takpe.. apa ada pada kelass. Janji boleh buat keje. Nak kelas, pegi sana keje kat jadi cikgu. Boleh masuk kelas tiap hari.

Aku mmg cukup menyampah dgn org yg datang interview pakai jeans. Mmg la amat GOBLOK. Apa kau hengat? Ni kedai mamak ke? Dorang ni macam tak tau etika pakaian la kadang² aku rasa.

Satu lagi, cuma bawak diri je. Sijil satu haram tak bawak. Ada tu pulak ha hambik ko, tebal macam album gambar. Letih aku nak tengok satu² (buat syarat je..) Kang tak tengok karang, cam aku malas pulak.

Hari ni aku ada interview sorang ni. Aku macam biasa aku suruh dia menaip sikit karangan la. Isi kandungan aku kasik. Taip je ikut contoh. Aku nak tengok berapa kelajuan menaip dia tu. Halamak.. Dia menaip guna sebelah tangan je. Teror betul. Aku yang bijak pandai ni pun guna 2 belah tangan. Ceh, trus aku suruh dia print separuh jalan.

Time nak print pulak, dia tanya aku.. "mana printer?" Aku jawab trus.. "klik icon printer atas tu". Eii.. Tensi betul la dengan mereka ni semua.

Ada tu pulak.. caaaakkkaaaappp banyak.. pengalaman kurang. Ni pun aku malas nak layan. Macam aku yang diinterviewnya pulak. Nyampah pun ada.

Eiii.. aku ni cerewet ke?

Kat sini, kalau aku interview.. aku suka.. bos aku pun ikut suka.

Bukan dia yang pilih,

tapi.. AKU.

Dah.. nak sambung buat keje.

Wednesday, July 1, 2009

Selamat Hari Lahir


Arini ulang tahun kelahiran ayah aku yang ke:


- 74 TAHUN -


Semoga ayah aku sentiasa sihat dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah.

Gambar ayah aku? Takde..

Tuesday, June 30, 2009

Aku harap, ko akan berubah..


Ingatkan dah berubah. Rupanya sekejap je sedar tu menyinggah dalam diri ko.

Ko tak hengat ke dulu ko hampir² langgar traffic light kat simpang empat pekan? Time tu ko potong Q dan ko tak berjaya melepasi lampu hijau lalu ko hampir terbabas bila panik nampak lampu merah menyala?

Semalam pulak, ko berlumba dengan satu lelaki bawak avanza kat hiway. Ko tu memang pantang ada orang cucuk bontot keta ko. Ko mula la rasa panas hati. Mula la tekan minyak tahap maximum. Aku dengar, ko menang. Betul ke?

Ko kena sedar, ko tu cuma bawak kenari. Apa la sangat tahap kelajuan kenari sangat.. Tu ko kena sedar tu.. Jangan ingat ko bawak ferrari. Kalau ferrari takpe, sukati ko nak bawak laju mana. Sebab takde orang berani cucuk bontot ferrari, kecuali lamborghini.

Kalau la ko tengah dok pecut, dok tengah sedap berlumba.. lepas tu terbabas langgar divider, ke, langgar orang ke.. sapa yang susah? Ko jugak kan..

Ko tak ingat, aritu ada eksiden waja dengan myvi? Habis myvi tu remuk terbalik kat tengah jalan? Pastu ramai polis kat sana? Ingat tak???

Aku ingat, ko dah tak buat benda² tu semua.. Rupanya.. aku silap..

Aku harap..

ko buang sikap tak elok yang membahayakan diri tu. Bawak kereta dengan perlahan, slow and steady.

NASIHAT DAN TUNJUK AJAR DI ATAS DITUJUKAN UNTUK..


DIRI AKU SENDIRI..

Monday, June 29, 2009

Selamat tinggal .. aku harus meninggalkanmu untuk sementara..


Tajuk tak boleh blah. Sapa yang harus aku tinggalkan?

A.Y.A.M. iaitu AYAM.

Sejak dua menjak ni, ada je jerawat tumbuh. Kat pipi kiri aku ni. Mencik tau!

Kan aku ada cakap aritu kan.. Aku nak gi buat facial. Sebenarnya 2 minggu lepas aku dah buat dah facial tu. Ni, kira facial susulan la ni. Bila sampai sana, orang tu advice aku suruh buat rawatan resdung.

Yelah, lately memang aku rasa hidung aku ni gatal amat. Nasib baik idung aku kecik je, kalau cam idung zizan mat Bolos tu.. Memang cam badut la merahnya aku dok gonyoh² je.

Aku pun setuju buat rawatan tu. Cett.. Cam nak mati lemas je aku hidu asap tu. Uhuk.. uhuk.. Bayangkanla, 4 batang dia guna tuk rawatan tu. Seb baik aku tak lemas.

Hasilnya.. Perrrgghhh.. Macam nuget ayam je muka aku. Punya la banyak bendasing tu tinggal kat muka aku. Tah berapa family tah dah bermastautin kat muka aku. Baru aku tau.. Itulah penyebab jerawat asik tumbuh je.

Lepas buat rawatan resdung, aku buat pulak facial treatment. So, arini muka aku amatlah tak santek.

Dorang nasihatkan aku untuk kurangkan makan ayam. Pengambilan ayam secara tak sedar diri tu adalah salah satu penyebabnya. Aku ni dahlah setiap hari asik makan ayam je.

Mulai dari hari ni, aku akan kurangkan makan ayam, lebihkan minum air suam. Langsung tak ambik ayam kot. (mgkn..) Aku akan makan ikan pulak.

Eii.. Ikan ke? Terpaksalah..

Err.. ada apa² petua atau tips tak? Silalah kongsi bersama ye..


ps - Sori eh, takde gambar sebagai bukti aku buat rawatan + facial. Sebab aku hanya berkemban time tuh.. Kang.. jem pulak traffic blog aku ni. Wahahaaa.. Gelak lucah.

Friday, June 26, 2009

Nak senyum ke tak ni?

Sampai je opis, trus online internet banking. Yiehaa! Gaji dah masuk. Lalalala.. Kejap je lalalaaa ni.. Pastu.. Huhuuu..

Belanjawan Julai 2009.

Mak

Ayah

Facial

Bil astro

Bil stimix

Bayar Keta

Service Keta

Beli kain raya

Kad Penggalak Utang

Shopping (Panggg! tak boleh!)

Beli sabun muka (errr.. datin, nanti i bank in ye..)

Beli hadiah besday tuk anak sedara (dah tertunggak 2 bulan)


Eh, pesal senarai makin lama makin panjang ni? Adoilaa.. Bila la aku nak jadi jutawan ni? Nak minum power root la. Anda boleh jadi jutawan. Ceh, minum sampai mati pun belum tentu menang.

* itu belanja yg nampak, belum lagi belanja yg belum nampak.. aduss.. *

Korang pulak? dapat gaji batpe? (ceh.. sibuk je aku ni..)




Thursday, June 25, 2009

Sudah la.. Cukup la tu..

Aku dapat berita. Berita ada sale kat centro klang. Sale lagi..

Semalam aku lalu depan bangunan tu, sah.. Memang ada sale. Eii.. Dah 3 hari berlangsung sale tu. Aku belum lagi tinggalkan jejak. Tak boleh jadi camni.

Rasa mcam nak jejak je. Mana tau dapat baju ke, kasut ke.. Beg ke.. Beg lagik!?

* ayat di atas adalah ayat tak belum sedar diri *


* ayat di bawah adalah ayat dah nak sedar diri *


Raya dah dekat. Eh.. Puasa dah dekat. Lepas tu nak raya. Kena la simpan duit untuk belanja persiapan raya. Takkan raya nak sarung henbeg kat badan kot..

Eeeiii.. sila doakan aku agar sedar diri.

Wednesday, June 24, 2009

Pe'el² yang membahayakan kesihatan..


Tinnn...

Aku terus tersedar lalu mengangkat kepala bila terdengar bunyi hon itu. Waktu tu kepala aku berada di bawah seat keta.

Rupanya barisan depan kereta aku telah kosong dan mereka telah meninggalkan aku jauh di hadapan. Patutlah manusia belakang aku tu hon macam esok nak mati dah..

Ehheeee.. sori la eh. Sebenarnya aku tengah sibuk cari sebelah kasut kat bawah seat. Pagi tadi aku macam lambat. Masuk keta pakai sipar jepun. Pastu kat traffic light sibuk nak tukar kasut. Kasut lak tak berjaya ditemui untuk sebelah kanan.

Aku ni dahla tak leh drive tanpa kasut. Rasa janggal je drive kaki ayam. Rasa cam tak leh nak agak bila nak tekan minyak and brake. Eii.. mak tak boleh la nok! Eceh.. transform pulak. Huupppp! tarik balik.

Aku ni suka simpan semua kasut kat bawah seat. Senang. Bilamasa rasa nak tukar, trus korek² je bawah tu. Tapi tulah masalahnya. Suka tukar kasut time tengah drive.

Satu lagi peel aku yang tak brapa nak bagus, butangkan kemeja lengan sambil memandu. Dahlah kebanyakan baju kemeja aku ada 4 butang kat lengan. Kekadang tu hencot pun ada. Ehehee.. cam orang sewel pun ada.

Penah tu aku bawak keta dalam jem sambil tangan sebelah tu tengah sapu losen kat kaki. Nasib baik tak cium bontot keta depan. Abis bebel kawan kat sebelah tu. Bahye katanya..

Bahye ke?