KAWAN²

Sunday, September 19, 2010

Raya? Biasa je..

Kadang2 tu, rasa jeles jugak tengok kawan2 post gambar raya. Siap ada part 1 dan part2 seterusnya..

Aku?

Takde pun gambar raya. Ada la jugak. Tapi disnap oleh kamera orang lain dengan secara rela dalam terpaksa.

Eh.. eh..

Nantila aku sambung.. Batteri letop aku dah nak kong nih..

Lagipun.. aku belum mandi. Wahahahaa..

Sambil2 nak mencari TENAGA untuk memblog semula.

Almaklumla.. idea semakin tumpul.. harus diasah semula.


Tuesday, July 20, 2010

Bulan Kopak..

Makin lama usia sesuatu barang tu.. pasti makin banyak ragam.

Macam ferrari aku. Hahaha.. pala otak aku ferrari. Kenari la .. Tapi kaler merah okey.. merah.. sebab tu aku feeling² kenari aku adalah ferrari.

Bulan ni saje.. Mula² temperature naik mendadak. Time tu adik aku kat jalan TAR. Tengah² jalan.. enjin berasap. Cuak gak aku.. Kalau nak kata aku tak bubuh coolant, tak jugak. Sebelum pegi PD aritu, aku dah topup. Kiranya semua dalam kondisi yang memuaskan.

Rupa²nya.. Radiator fan (mgkn) dah rosak. Alah kipas kat enjin tu dah tak gerak. Dahlah aritu aku kena keja kat luar. Terpaksa tukar keta lain. Nasib baik anak buah aku kebetulan tak guna keta. Nasib..

Pastu.. tayar belakang botak pulek.. Adess.. tukar tayar pulak. Beli je second hand. Ye, aku tak mampu beli baru. Nantilah ye.. Tunggu dapat payment. Payment hape? Bukan aku bisnes pun.

"Bos, boleh tukarkan tayar kereta saya tak?"

"Boleh, tolak gaji.."

Mampos.

Semalam pulak, alarm kereta aku tak berfungsi. Penat aku tekan² button ijau nak buka pintu.. Tak boleh pun. Dah lekuk dah ibu jari aku menekan. Lampu menyala.. tapi tak buka pun. Hampeh tul. Tekan button merah boleh.. kalau nak cepat pekak.. mari tekan untuk aku. Pastu dengar la bunyi jerit² sampai gegendang ko pecah.

Nasib baikla ada orang tolong aku. Buka secara manual. Pastu tekan button merah. Biarlah.. janji aku boleh balik. Minyak dahlah tinggal sikit. Nak berenti isi minyak pun tak berani. Nanti dah berenti, tak lock kereta.. elok² lepas ko bayar kat kaunter.. Tengok².. tinggal pam je. Kereta dah lesap. Skrg ni.. macam² hal.

Terus pergi kedai aksesori. Aku panggil tokey ni GAGAP. sebab beliau adalah GAGAP okey?

"Aaa Aamoi.. aaa apa maa saaa laahh?"

"Saa aa yaa.. puuuu puu nyaa aaa aallarrm aaa ada maaa saa lah laaa tooo keyy.."

Haaa.. tipu je. Hawau la kalau aku ajukkan beliau gagap kan?

Ha, terpaksa tukar baru. Alah.. bukan keta aku baru beli sebulan dua. Dah pat tahun lima tahun dah..

Haihh.. banyak expenses tuk kereta bulan ni.

Mungkin.. nak kena tukar kunci terus kot..

Pannggggg! nak tukar tayar pun tak mampu.. Berangan je aku..






Friday, July 16, 2010

Boleh sakit jantung aku camni- Part 2

Cewah.. Ada part 2..

Akhirnya budak irfan mengaku yang dia memang KENCING dalam bilik aku.

Walaupun sesi soal jawab/soal siasat dijalankan malam tadi. Namun.. beliau masih tak nak mengaku. Beliau hanya geleng kepala.

Dengan berbekalkan secawan Maggi Cup..

Akhirnya irfan membuat pengakuan.

Aku : irfan.. nak maggi tak?

Irfan : nak.. nak..

Aku : Betul ke irfan kencing dalam bilik umi?

...diam dalam lebih kurang 10 saat..

'IRFAN.. IRFAN.. kencing dalam bilik umi..

Aku : Macamana irfan kencing?

Irfan : Macam ni (sambil menunjukkan cara² beliau kencing)

Aku : Tak senonoh!.. Kenapa irfan dah kencing pastu pegi bilik air cakap nak kencing?

Irfan : Irfan nak cebok (cuci)..

Time ni adik aku menyampuk..

"irfan, bgtau umi.. irfan berlakon je.. irfan propa"

Irfan : umi.. irfan propa berlakon je.


Maggi pun bertukar tangan..

Wednesday, July 14, 2010

Boleh sakit jantung aku camni..


Semalam time aku nak mandi. Irfan bgtau aku yang dia nak kencing. Aku pun suruh la dia tala kat lobang jamban.

"Umi, irfan dah siap".

"Kejap je.." dalam hati aku berkata. Takpelah. Janji dia tak piss dalam seluar sudah. Sambil tu aku ajar dia pakai seluar. "Yang ada tag ni.. mesti belah belakang. Baru betul." Dia angguk je.

Lepas mandi. Aku masuk bilik. Tersangatlah terkejut bila tengok ada air kekuningan. Banyak pulak tu. Macam secawan air tumpah. Cawan kecik je lah.

"Irfannnnnnnn!!!!!!!..

"Kencing dalam bilik umi ye?"

Beliau geleng kepala menafikan.

Abis tu sapa lagi yang kencing kalau bukan beliau?

Time aku tengok tv lepas tu.. dia cuma berdiri melekat kat dinding. Tak gerak. Cuma jari dalam mulut. Buat muka cuak.. memandang kat muka aku.

Tak bersalah ke kalau camtu gayanya?

Pandai betul beliau menimbulkan satu keadaan yang mana boleh buat aku akan berfikir yang dia tak kencing dalam bilik aku.. tapi kencing dalam bilik air.

Rupa²nya lepas dia kencing dalam bilik.. dia pegi bilik air. Pura² nak kencing..

Bijak.. bijak..


Ni dia budak Irfan idung kembang.

Lepas ni.. pasti dia tak datang rumah aku untuk tempoh 2-3 hari.

Haihh..

Lepas aku habis cuci lap segala sisa kumuhan budak Irfan.. Aku pun buka almari nak pakai baju. Elok² jebuka pintu almari je.. Hambik.. Terhumban keluar semua lipatan baju dan jatuh ke lantai.

Semua.. tau tak? Semua..

Agak²nye la kan.. Aku naik angin tak time tu?

Jawapan : TAK.




Thursday, July 8, 2010

Godek2..

Masih panas..

Baru je aku cek2 list request fren kat fb aku. Sebenarnya.. Lama dah budak ni request. Baru malam ni aku terasa nak accept.

Cepat2 aku accept. Cepat2 aku godek2 isi kandungan fb beliau. Tak banyak status yg beliau post. Mungkin dek kerana kebizian beliau memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Dan juga membantu bisnes keluarga usai tugas mendidik setengah hari.

Beliau ni.. Rumah dekat dgn aku je. Tak berapa nak kenal pun. Cuma berbalas senyuman kalau terserempak kat kedai nasi lemak. Itu pun kalau aku rasa nak senyum. Kadang2 buat tak nampak je.

Hmm.. mmg bunyinya agak sombong bukan?

Itulah aku. Aku. Tau? Bukan kamu.

Bila aku tengok gambar2 beliau.. Agak luar biasa. Tak macam photo album orang lain.

Kalau orang lain.. Macam biasa.. gambar family.. kawan2..

Berbeza dengan album beliau. Banyak dimuatkan dengan gambar2 hadiah dari beliau untuk kekasih dan dari kekasih untuk beliau. Itu takpe.. Boleh terima.

Tapi, perlukah nak letak resit pembelian barang tersebut?

Tak baik meriak tau..

Haih..

**Pssstt.. mahal siot..



Friday, June 25, 2010

Tak Ada Logika.

Tipu la kalau aku bagitau yang aku tiap bulan bayar credit card on time.

Nampak la sangat PROPA kan?

Ye.. Memang aku biasa bayar agak lambat sikit. Tapi aku tetap akan bayar. Cuma timing tu tak selalunya tepat.

Lari tetap Lari.

Aku rasa la kan.. amatla kurang jumlahnya mereka yang bayar tepat pada tarikhnya. Ngaku je la kan.. Lalalalaaa..

Ni ha. Aku baru transfer fund pagi tadi.

Sebelum tu .. memang la banker dah kol aku. Tapi aku tak jawab. Malas la.. Sebab mmg aku nak bayar pun. Cuma Website bank tu takleh nak load pagi tadi. See, aku ada effort gak nak buat payment kan?

Lepas sepuluh minit aku transfer.. Dapat la kol. Dengan bangganya aku jawab la kan.

Begini:

Bank : Selamat pagi puan (bongek la.. aku belum puan lagi)

Aku : Ha, ye. Selamat pagi.

Bank : Saya dari tuuutt bank ye.. Ini mengenai credit card payment puan.

Aku : Okey..

(Time ni aku rasa dia sambil² check system)

Bank : Ye puan.. kami dah terima payment puan pagi tadi ye. Terima kasih untuk payment tersebut.

Aku : Okey.. (dalam hati dah bagi 10 bungkus maki)

Tak tau la kan kalau ada sesapa yang kerja kat bank bahagian card tu. Aku nak la tanya sikit. Ada tak korang call customer cakap terima kasih untuk payment yang dorang buat.

MACAM TAKDE JE KAN?

Eh.. kalau ada.. sila bagitau aku la ye.

Sebab aku rasa la kan..

MEMANG TAK MASUK DEK AKAL LA. TAK ADA LOGIKA LANGSUNG.




Wednesday, June 9, 2010

Ni yang dinamakan gila tahap kedaung..


Betul la orang selalu kata. Sebelum buat apa² tindakan.. sila usul periksa dulu. Jangan ikut sukahati mak bapak ko nak maki sesuka hati ye.. (sori la kalau dorang dah takde..)

Bukan aku tau pun.

Orang cakap.. Alah mak lain².. Sebab tu perangai manusia ni ada macam²..

Itu aku ingat selalu.

Kemarin.. ada satu panggilan henfon aku terima.

Err.. sebelum tu.. nak aku bgtau kat sini.. Aku ni ada la terlibat dengan aktiviti jual beli rumah. (kang kalau aku tak bgtau awal².. ada yang pening baca citer ni kan..)

Kalau ada rumah nak dijual.. Kitorang akan buat iklan berupa poster dan ditampal kat mana². Kat pokok.. kat traffic lite and etc..

So, sesapa yang berminat.. dorang akan kol tanya alamat rumah and detail pasal rumah tu. Dan kitorang akan sms alamat rumah tu. Kalau berminat.. kol balik.. kalau tak.. lantak ko.

Ada la sorang minah ni.. Aku rasa dia ni indon la. Rasa je..

Dia kol henfon.

Minah senget : hello! ni siti kan? (pala otak dia..)

Aku : bukan.. nak tanya rumah yang mana ni?

Minah senget : hei perempuan! lu mau kacau saya punya suami kan? perempuan gatal la lu! Saya ada tengok lu punya sms dalam suami saya punya henfon! Itu apa! ha! mau kacau suami saya kan!

Aku : heh.. sapa ni? (masih lembut lagi).. sambil tu aku terangkan sapa aku..

Dia masih tak percaya lagi. Dia kata suami dia tu driver lori. Tak mampu nak beli rumah.

Paling tak boleh tahan, alamat rumah yg aku sms kat laki dia tu.. dia ingat tempat aku nak jumpa suami dia.

Bodoh kan?

Dia kata lagi.. Nanti kalau laki dia balik.. dia nak bunuh laki dia sebab curang dengan dia..

Lantak la..

Ko nak bunuh.. bunuh je la.. Laki ko.. Ada aku kesah?

Bukan laki aku pun kan?

Sampai ke saat ni aku masih terasa lucu.

Ada jugak manusia perangai macam ni.



Friday, June 4, 2010

Feeling nak raya..

Kalau tahun lepas², time bulan puasa.. time tu la hegeh² cari kain.. hegeh² cari tailor.. Ada sorang kakak tu dekat ngan rumah aku.. Tiap tahun aku buat ngan dia.. Kira ok² la jahitan dia. Tahun lepas, aku pegi rumah dia nak antar kain tempah baju.

Tetiba, aku terlihat..

kain rentang..
"TEMPAHAN UNTUK HARI RAYA TELAH DITUTUP"

Arrghh! tak kesah. Paksa gak tailor tu jahit baju aku. Dia kata boleh, tapi hari raya ketiga.

Abis, hari raya pertama aku nak pakai tshirt ngan kain batik je ke?

Pastu sibuk cari baju ready made. Mula lah, lengan pendek, kain ketat, kain tergenggeng. Haihh.. semuanya tak kena.

Itu tahun lepas punya hal..

Tahun ni.. entah kenapa, bulan lepas, aku dah siap beli baju raya.

Asal hujung minggu je pegi Jakel. Asal hujung minggu je, pegi Jakel. Asal Jakel je hujung minggu. Eh.. sudah².. Bukan apa.. suka pegi sana. Anak² tokey Jakel semua lelaki. Hensem² uolss..!

Heh.. betul.. tak pecaya, cuba pegi sana.

Lagipun harga kat sana agak okey. Kain pun cantik².. Sampai nak pening pala aku melihat² kain² tu semua.. Ades.. Rasa nak pegi lagi nih..

Baju² aku yang aku dah siap beli ni dah antar kat tailor. Seb baik diterima (itupun setelah aku membuat sikit propaganda serta ugutan).

ehehee.. Tailor tu kakak ipar aku. Duk belakang rumah aku je. (ha, jangan ngada² nak antar tempahan gak ye..) Aku bagi pihak dia nak bagitau,

TEMPAHAN TELAH DITUTUP.


Eh, bukan main semangat nak raya aku ni kan?

Err.. puasa ganti pun tak buat lagi.