KAWAN²

Sunday, November 7, 2010

weekend is over.. and this is my story.

Esok kene keje. Kalau tak keje, mana nak dapat duit kan?

Macam biasa, hari sabtu adalah hari yang biasa aku tunggu. Esok, baru hari Isnin. Ada lagi 5 hari nak tunggu ke Sabtu.

Pangg! sedas.. Nak sabtu saje..

Minggu ni, nasib baik ada cuti hari Jumaat. So, cuti 3 hari. Wiihuu.. !

Si buah2 hati sakit jantung pun ikut aku balik rumah. Nak cuti kat kampung. Maka, hujung minggu ni bakal meriah. Kami akan berkampung kat rumah pondok di kebun.

Makin best bila kebun belakang rumah bakal dijadikan ladang pisang berangan. Lebih kurang 800 batang pokok pisang bakal menghuni tanah kat ladang ni.

Hari Jumaat.


Berat weh setandan pisang ni. Aku bersama anak buah dan abang ipar.

Ni hasil pisang dari tanaman sebelum ni. Tapi tak berapa menjadi. Ini adalah dari spesis pisang awak. Bukan awak punya pisang okey? Heeee.heee..

Kalau korang perhatikan betul2, belakang tu pokok pisang dah mula ditanam. Tak lama lagi, tak nampak lagi tanah lapang mcm ni. Bakal dipenuhi pokok2 pisang.

Eh, kata indon yang keje menanam pokok pisang kat sini.. hantu pocong sangat suka kat pokok pisang. betul ke?

Jeng.. jeng.. jengg..


Malam sabtu. Sempat pegi jusco. Konon nak cari kasut. Sebab hari ahad nak gi kenduri kawin. Baju pun dah siap. Tunggu kasut je belum ada lagik. Tapi, kedai kasut dah tutup. Sebab, aku sampai agak lewat. Jadiknya, belila tshirt.

Hari Sabtu.


Ke ladang lagi. Tengok pekerja indon bersihkan kebun sambil menanam pokok. Macam biasa, bersama2 si buah2 hati sakit jantung.

Dan, secara otomatik.. suara aku jadi macam tarzan. Mereka suka sangat bersidai kat pagar dawai tu. Tajam2 ko.. Kalau calar, sapa nak jawab?

Dorang sibuk nak tengok ayam belanda jiran sebelah tu. Macam farmville katanya..

Errrmmm.. jap nak batuk. Tekak sakit. Sebab minggu ni asik jadik tarzan.

Eh, apasal aku bergaya camtu? Pengaruh tengok America's Next Top Model la ni.. Tetiba.. Bajet model lak..

Hari Ahad


Pegi kenduri kawin sorang kenalan kat FB. Hujan renyai2 sepanjang majlis. Tapi, makanan adalah sangat lazat. Sanggup aku tahan makan kat kenduri kawin sebelum ni. Sebab nak makan kat sini.


Sila rujuk kepada pinggan di bawah tangan aku. Licin kan? Lepas tu makan pencuci mulut. Sagu biji kaler pink+ ijau dimakan bersama susu cair. Hmm.. sedaaaaappp! Aku kalau manis, sedap saje.


Ini adalah gambar buah2 hati sakit jantung aku pagi tadi. Sangat best layan mereka ni. Walaupun kadang2 buat aku sakit jantung, sakit tekak.. tapi tak penah buat sakit hati. Itu yang penting. Sayang sangat2 kat korang.

Psstt.. gambar ni aku letak kat wallpaper hp aku. Sebab sangat cute.

Itulah cerita hujung minggu aku. Takyah pegi mana2..Kat rumah pun okey. Lebih relax.


Wednesday, October 20, 2010

Itu Dulu..

"Alah.. Buat apa nak ambik supplement. Makan je makanan yang berzat. Nescaya badan sihat."

Ye, itu kata² aku dulu. Zaman muda².. a a aaaaaa.. tak bermaksud sekarang dah tua.

Sebelum ni aku konon² makan vitamin. Itu pun kalau ingat nak beli. Ye, beli untuk stok sebulan, lepas sebulan.. tak beli. Macam lupa.

Lepas sebulan setengah..

"Eh.. yelah! Vitamin aku dah abis."

Baru tersedar.

Nak tau kenapa? sebab benda tu aku rasakan takde membantu apa2 pun dalam diri aku. (mgkn ada.. tapi je aku tak perasan)

Aku ni jenis yang bedal je semua benda. Tak kira masa dan tempat. (selain tandas ye puan²). Asal perut lapar je.. isi tangki. Tak kira pukul 2.00 pagi ke hape. Masuk dapur, makan nasi dengan separuh minda sedar. Hebat bukan? Ada brannnn?

Lama kelamaan.. aku sedar. Itu tabiat yg tak elok. Orang kata, makan lewat malam boleh naikkan kilogram. Tapi, tak naik².. pun. Naik angin, itu memang selalu.

Aku mesti ubah cara pemakanan aku. Kalau dulu, tiap pagi mesti ada TEH TARIK. Dah macam ketagih pulak. Kalau takde.. pagi tu kurang makna.

Sekarang, tidak lagi. Lepas aku amik benda ni.


Herbalife F1 - stoberi flavour.

Ni aku jadikan sarapan pagi aku menggantikan makanan yang sebelum² ni.

Aku mix dengan soya, oat dan lepas tu goncang² maka terciptalah SHAKE. Minum time drive gi keje. InsyaAllah, kenyang.

Benda ni aku rasa sesuai dengan aku. Kalau dulu time period aku sengsara berlawan dengan senggugut, tapi sekarang dah agak kurang. Alhamdulillah. Lancar. Nak kata tak sakit langsung tu.. tipulah. Ada sikit, tapi tak seteruk dulu. Kalau dulu, tengok kucing lalu tepi aku pun aku rasa nak terajang sampai terbang.

Bila terasa benda ni serasi, maka aku akan terus amalkan mengambil benda ni secara berterusan.

Satu lagi, aku dah tak suka minum minuman manis sangat. Badan dah rasa tak terima. Neskape tu semua.. aku minum ala takat 2 3 hirup je. Pastu, dah taknak.

Kadang², tanpa kita sedar.. kita lebih utamakan benda lain selain kesihatan diri sendiri. Tak payah cakap orang lain.. Aku cakap pasal diri aku sendiri.

Kesihatan diri kita, adalah apa yang kita makan.

Betul bukan?



Thursday, September 23, 2010

Pantang Larang - Nak ikut, ikut. Takmo, sudehhh..

"Bang, saya nak apam balik yang itam ye.."

Mak aku kata, kalau suka makan makanan itam/garing.. nanti dapat laki berkulit tak brapa nak cerah.

Heh.. betul ke? Takpelah, kulit tak brapa nak cerah pun takpe.. Janji hati cerah. Tak gitu Temah?

Macam² la pantang larang mak aku kasik. Dari mak nenek beliau dulu kala katanya.

Boleh ke kita adaptasi pantang larang dulu di zaman teknologi sekarang ni?

Antaranya :

Menyapu kena bersih
Akibat : dapat laki tak hensem/tak semenggah.

Ala, tak hensem takpe. Janji tak malu dibawak jalan .. (senyum)

Makan bertukar tempat duduk
Akibat : Nanti asik bertukar laki.

Mungkin tidak. Melainkan laki meninggal dunia.

Buat keje tak terus siapkan
Akibat : Nanti kalau nak beranak, baby tu mcm main cak² dulu.. baru keluar

Ada ke camtu?

Masak sambil nyanyi
Akibat : Nanti dapat laki tua

Abis tu kalau pompan kawin laki muda, maksudnya laki tu nyanyi time memasak ke?

Banyak lagi la pantang larang beliau. Aku pun tak boleh nak ingat sangat.

Apa pun pantang larang tu semua.. tak semua aku pecaya n tak semua aku tidakkan..

Sunday, September 19, 2010

Raya? Biasa je..

Kadang2 tu, rasa jeles jugak tengok kawan2 post gambar raya. Siap ada part 1 dan part2 seterusnya..

Aku?

Takde pun gambar raya. Ada la jugak. Tapi disnap oleh kamera orang lain dengan secara rela dalam terpaksa.

Eh.. eh..

Nantila aku sambung.. Batteri letop aku dah nak kong nih..

Lagipun.. aku belum mandi. Wahahahaa..

Sambil2 nak mencari TENAGA untuk memblog semula.

Almaklumla.. idea semakin tumpul.. harus diasah semula.


Tuesday, July 20, 2010

Bulan Kopak..

Makin lama usia sesuatu barang tu.. pasti makin banyak ragam.

Macam ferrari aku. Hahaha.. pala otak aku ferrari. Kenari la .. Tapi kaler merah okey.. merah.. sebab tu aku feeling² kenari aku adalah ferrari.

Bulan ni saje.. Mula² temperature naik mendadak. Time tu adik aku kat jalan TAR. Tengah² jalan.. enjin berasap. Cuak gak aku.. Kalau nak kata aku tak bubuh coolant, tak jugak. Sebelum pegi PD aritu, aku dah topup. Kiranya semua dalam kondisi yang memuaskan.

Rupa²nya.. Radiator fan (mgkn) dah rosak. Alah kipas kat enjin tu dah tak gerak. Dahlah aritu aku kena keja kat luar. Terpaksa tukar keta lain. Nasib baik anak buah aku kebetulan tak guna keta. Nasib..

Pastu.. tayar belakang botak pulek.. Adess.. tukar tayar pulak. Beli je second hand. Ye, aku tak mampu beli baru. Nantilah ye.. Tunggu dapat payment. Payment hape? Bukan aku bisnes pun.

"Bos, boleh tukarkan tayar kereta saya tak?"

"Boleh, tolak gaji.."

Mampos.

Semalam pulak, alarm kereta aku tak berfungsi. Penat aku tekan² button ijau nak buka pintu.. Tak boleh pun. Dah lekuk dah ibu jari aku menekan. Lampu menyala.. tapi tak buka pun. Hampeh tul. Tekan button merah boleh.. kalau nak cepat pekak.. mari tekan untuk aku. Pastu dengar la bunyi jerit² sampai gegendang ko pecah.

Nasib baikla ada orang tolong aku. Buka secara manual. Pastu tekan button merah. Biarlah.. janji aku boleh balik. Minyak dahlah tinggal sikit. Nak berenti isi minyak pun tak berani. Nanti dah berenti, tak lock kereta.. elok² lepas ko bayar kat kaunter.. Tengok².. tinggal pam je. Kereta dah lesap. Skrg ni.. macam² hal.

Terus pergi kedai aksesori. Aku panggil tokey ni GAGAP. sebab beliau adalah GAGAP okey?

"Aaa Aamoi.. aaa apa maa saaa laahh?"

"Saa aa yaa.. puuuu puu nyaa aaa aallarrm aaa ada maaa saa lah laaa tooo keyy.."

Haaa.. tipu je. Hawau la kalau aku ajukkan beliau gagap kan?

Ha, terpaksa tukar baru. Alah.. bukan keta aku baru beli sebulan dua. Dah pat tahun lima tahun dah..

Haihh.. banyak expenses tuk kereta bulan ni.

Mungkin.. nak kena tukar kunci terus kot..

Pannggggg! nak tukar tayar pun tak mampu.. Berangan je aku..






Friday, July 16, 2010

Boleh sakit jantung aku camni- Part 2

Cewah.. Ada part 2..

Akhirnya budak irfan mengaku yang dia memang KENCING dalam bilik aku.

Walaupun sesi soal jawab/soal siasat dijalankan malam tadi. Namun.. beliau masih tak nak mengaku. Beliau hanya geleng kepala.

Dengan berbekalkan secawan Maggi Cup..

Akhirnya irfan membuat pengakuan.

Aku : irfan.. nak maggi tak?

Irfan : nak.. nak..

Aku : Betul ke irfan kencing dalam bilik umi?

...diam dalam lebih kurang 10 saat..

'IRFAN.. IRFAN.. kencing dalam bilik umi..

Aku : Macamana irfan kencing?

Irfan : Macam ni (sambil menunjukkan cara² beliau kencing)

Aku : Tak senonoh!.. Kenapa irfan dah kencing pastu pegi bilik air cakap nak kencing?

Irfan : Irfan nak cebok (cuci)..

Time ni adik aku menyampuk..

"irfan, bgtau umi.. irfan berlakon je.. irfan propa"

Irfan : umi.. irfan propa berlakon je.


Maggi pun bertukar tangan..

Wednesday, July 14, 2010

Boleh sakit jantung aku camni..


Semalam time aku nak mandi. Irfan bgtau aku yang dia nak kencing. Aku pun suruh la dia tala kat lobang jamban.

"Umi, irfan dah siap".

"Kejap je.." dalam hati aku berkata. Takpelah. Janji dia tak piss dalam seluar sudah. Sambil tu aku ajar dia pakai seluar. "Yang ada tag ni.. mesti belah belakang. Baru betul." Dia angguk je.

Lepas mandi. Aku masuk bilik. Tersangatlah terkejut bila tengok ada air kekuningan. Banyak pulak tu. Macam secawan air tumpah. Cawan kecik je lah.

"Irfannnnnnnn!!!!!!!..

"Kencing dalam bilik umi ye?"

Beliau geleng kepala menafikan.

Abis tu sapa lagi yang kencing kalau bukan beliau?

Time aku tengok tv lepas tu.. dia cuma berdiri melekat kat dinding. Tak gerak. Cuma jari dalam mulut. Buat muka cuak.. memandang kat muka aku.

Tak bersalah ke kalau camtu gayanya?

Pandai betul beliau menimbulkan satu keadaan yang mana boleh buat aku akan berfikir yang dia tak kencing dalam bilik aku.. tapi kencing dalam bilik air.

Rupa²nya lepas dia kencing dalam bilik.. dia pegi bilik air. Pura² nak kencing..

Bijak.. bijak..


Ni dia budak Irfan idung kembang.

Lepas ni.. pasti dia tak datang rumah aku untuk tempoh 2-3 hari.

Haihh..

Lepas aku habis cuci lap segala sisa kumuhan budak Irfan.. Aku pun buka almari nak pakai baju. Elok² jebuka pintu almari je.. Hambik.. Terhumban keluar semua lipatan baju dan jatuh ke lantai.

Semua.. tau tak? Semua..

Agak²nye la kan.. Aku naik angin tak time tu?

Jawapan : TAK.




Thursday, July 8, 2010

Godek2..

Masih panas..

Baru je aku cek2 list request fren kat fb aku. Sebenarnya.. Lama dah budak ni request. Baru malam ni aku terasa nak accept.

Cepat2 aku accept. Cepat2 aku godek2 isi kandungan fb beliau. Tak banyak status yg beliau post. Mungkin dek kerana kebizian beliau memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Dan juga membantu bisnes keluarga usai tugas mendidik setengah hari.

Beliau ni.. Rumah dekat dgn aku je. Tak berapa nak kenal pun. Cuma berbalas senyuman kalau terserempak kat kedai nasi lemak. Itu pun kalau aku rasa nak senyum. Kadang2 buat tak nampak je.

Hmm.. mmg bunyinya agak sombong bukan?

Itulah aku. Aku. Tau? Bukan kamu.

Bila aku tengok gambar2 beliau.. Agak luar biasa. Tak macam photo album orang lain.

Kalau orang lain.. Macam biasa.. gambar family.. kawan2..

Berbeza dengan album beliau. Banyak dimuatkan dengan gambar2 hadiah dari beliau untuk kekasih dan dari kekasih untuk beliau. Itu takpe.. Boleh terima.

Tapi, perlukah nak letak resit pembelian barang tersebut?

Tak baik meriak tau..

Haih..

**Pssstt.. mahal siot..