KAWAN²

Thursday, June 9, 2011

BB dalam Mimpi..

Bos aku kan, tiap kali beli hanphone baru.. sure dia cari aku. First, nak nunjuk yang dia ada hp baru. Second, (sbnrnya ni yang paling utama) nak mintak tunjuk ajar. Apa korang ingat, kalau bos tu bijak ke? Korang silap.

Bos aku semalam beli BB. Ko hade? Hade.. aku tau korang ada..

Aku je yang takde.

Walaupun aku tak berapa nak reti function² dlm BB, tapi aku tanak kelihatan 'stupid' depan bos aku. Puas aku tekan² function dalam tu. Akhirnya.. aku tau sikit² bilamana aku boleh kasi tunjuk ajar kat bos aku.

Ha, camni bos.. Bla.. bla.. bla.. Lepas bos aku buat sendiri dan puas hati. Aku cakap camni;

"Bos, beli satu untuk saya boleh? Curve pun okey, murah sikit."

"Yelah, nanti beli satu kasi u." katanya.

Iyelah tu.

Sekali ko.. malam tadi aku mimpi gi cari BB ngan bos aku. Puas masuk keluar kedai hp. Sebijik curve pun tak dapat. Last², pegi satu kedai kat atas bukit. Siap panjat bukit lagi. Dapat la sebijik Curve. Tapi bentuk dia camni.



Taula kulit kepala aku ada ketombe..



Saturday, June 4, 2011

bila mode JAKI is ON

Kan jiran depan rumah aku ada buat kenduri kawin. Kan laman depan rumah aku luas. Kan nanti kalau aku kawin nak letak kemah banyak2. Kan? Entah.

Jadiknya, tetamu parking keta kat laman rumah aku. Dalam limablas bijik kereta la boleh dimuatkan. Sebenarnya boleh letak sampai 25 bijik kalau nak. Itupun kalau kalau taknak balik la.

Aku duduk kat beranda samping perhati dorang ni keluar masuk parking. Dalam pada perhati dorang ni.. otak aku mula berfikir berputar2..

Idea 1 (mood masih OK)
Apa kata kalau aku turun bawah, aku tolong dorang ni park kereta. Ha, masuk lagi.. Masuk.. Lagi..lagi..yang sana tu, berhenti dulu. Ha, potong habis, potong habis. Okey, ha yang sana tu..Masuk kiri sini. Okey.. Yang sana tu, masuk kanan. Okey.

Idea 2 (mood dah kureng)
Aku turun bawah. Setiap kereta yang masuk parking, aku tanya dulu. Ni ha, berapa lama agak2 nak parking? Okey.. RM2 untuk sepuluh minit pertama. RM3 untuk sepuluh minit seterusnya dan seterusnya.

Aku rasa la kan, dorang ni semua tak makan. Parking kereta, pegi rumah kenduri.. minum air sejuk, salam dan blah. Nak jimat parking punya pasal.

Idea 3 (mood mmg tak OK)
Merujuk kepada Idea 1 kat atas. Lepas penuh parking tu semua. Aku kuarkan keta aku kat roof parking. Aku park kat jalan masuk utama rumah aku. Pastu aku hilangkan diri bawak kunci kereta, siap dengan kunci spare sekali. Aku pegi nyorok kat kebun. Biar padan dorang semua tak boleh balik. Tunggu la korang sampai aku muncul kembali.

Idea 4 (mood - _____________ sila isi tempat kosong)
Rujuk kepada Idea 1 jugak. Lepas parking semua full, aku pegi kat tempat rumah kenduri tu. Time ni aku pakai baju tidur kelawar. Aku lipat sampai lutut. Aku rampas mikrofon karaoke. Pastu aku cakap camni..

Kenapa korang semua parking kat laman rumah aku haaaa??? Sapa yang suruh haaaaa?? Berambus semua sekarangg!!! Hiisssh..!! Hissshh..! (jerit2 sambil tarik2 rambut)

Eh, apasal ada orang block keta aku ni. Camne aku nak kuar nanti. Oklah, aku nak suruh alihkan keta dia.. Ish..


Thursday, June 2, 2011

Bangla zaman sekarang..


Bangla zaman dulu kan, tak sama dengan zaman sekarang. Kalau dulu, diorang ni amatlah sedar yang dorang ni pendatang yang menumpang mencari rezeki kat negara kita. Kalau berjalan tu, tak pandang kanan kiri. Terus je. Sebab takut. Kan ramai bangla yang mati kena langgar. Ha, sebab tu lah.

Cerita kakak aku:
Bangla kat Econsave tempat dia, berlagak ngalahkan tokey. Kalau kita nak beli barang, jangan harap nak dapat pilih sendiri. Kalau beli bilis, kena hauk sekali trus masuk plastik. Takleh amik sikit². Yelah, kang kalau tak pilih, serupa macam beli kepala ikan bilis.

"Apa pilih²?" katanya..

Anyway, aku dah pesan kat kakak aku.. Kalau lain kali dia bising, sumbat je ikan bilis tu kat mulot dia.

Cerita kawan aku (mampos aku kalau dia tau aku buka cerita dia kat sini:
Kawan aku ni isi minyak keta dia 30 ringgit. Yelah, bajet nak guna 2-3 hari je kan. Batpe nak isi banyak². Jimat sikit duit. Yang lebih boleh buat beli rojak buah. Eh. Bolehla si bangla senget ni kata. "kakak, apa pasal pakai kereta besar, tapi isi banyak sikit?" Kalau aku la jadi kawan aku ni, aku kuarkan hose minyak tu dari tangki keta aku.. Aku sumbat dalam mulut dia. Baru dia tau penuh ke tak minyak 30 ringgit kat tangki perut dia.

Yang ni, cerita aku:
Kisah yang agak sama dengan kisah di atas. Kisah kat stesen minyak jugak. (Naaammpaakk sangat yang bangla ni mmg konker keje kat stesen minyak) . Aku kan, aku pun isi juga minyak keta 30 ringgit. Tapi tak jadi hal. Sebab kereta aku kecik. Kereta kecik, tangki pun kecik. No hal la kan.

Aku rasa bangla kat stesen minyak ni lagi hawauuuu.. Mula² dia okey. Kalau aku dah lama tak datang, dia tanya kenapa aku dah lama tak isi minyak kat situ. Aku pun jawab la. Aku biasa isi minyak time pagi pegi keje. Dia pun okey. Makin lama makin jahanam si bangla ni. Dia tanya aku, kenapa makin lama makin kurus. Tak makan ke? Hati susah ke?

Kali pertama dia tanya, aku senyum je..

Kali kedua dia tanya, aku jawab dengan mata.. Mata yang mengecil sambil memandang tepat kat muka dia. Padan muka! Cakap lebih punya bangla. Aku bakoorr kang stesen minyak tu.

Malas dah nak isi minyak kat sana.


Monday, May 30, 2011

Kenduri Cukur Jambul Cucu Aku - Nur Aisya Safiyya

Peringatan : Gambar2 di bawah mungkin agak kurang berkualiti disebabkan ianya di snap dengan menggunakan henfon nokia cokia aku.



Tak lama lepas khemah ni dipasang kat laman rumah, mak aku dapat kol. Cik Sumah ooii, nak buat kenduri kawin senyap2 je ye.. Tak jemput pun. Sapa yang kawin? cikpinky ke?

Bukan.. (ni aku yang jawab)

Agak2nya la kan, kalau buat garden wedding nanti ok tak? Eh..

Khemah ni untuk kenduri cukur jambul cucu aku Nur Aisya Safiyya aka Sasha. See, dengan bangganya aku mengaku aku adalah seorang nenek. Nenek ok? Bukan Makcik. Ok, now u can call me Nanny Pinky.. Eksaited betul aku nak buat kenduri ni. Tiap hari dok cari2 dress baby kat internet. Tapi, semua saiz besar. Last2 mama sasha beli je kat Sacc Mall.


Ni situasi malam Sabtu. Eh, bukan. Malam jumaat. Sesi membungkus jajan. Mesti nak ada jajan. Kiranya macam door gift la. Tapi bukan kasik time dorang datang, kang dah dapat gift, terus balik. Sapa nak baca doa? Setiap tetamu yang datang, dapat satu.

Eh, mana aku? Aku tengah tengok cerita Mantera Anjasmoro.


Jajan2an..

Mak aku kan, Asal kenduri je, nak pegi pasar besar. Taknak dia beli ayam, sayur kat pasar dekat dgn rumah. Padahal, dia nak jalan2. Pastu, aku kena ikut dia. Senang katanya nanti nak beli apa2 nak tanya pendapat. Eh, sapa mak sebenarnya. Aku ke dia?


Ni dia jemaah rewang dah sampai. Aku belum balik dari pasar, dorang dah sampai. Good.. good.. lain kali, buat lagi. I like. Ha, nampak nangka bogel tu. Tu nanti nak dimasak kari dengan tulang ayam. Bukan tulang aku.


The Pelamin.
Simple tapi look sweet. Yelah, aku.. Kalau pink je kata sweet. Pink je kata sweet. Babi je aku tak kata sweet. Itu aku kata.. Twittuih!


Bersama mak pengantin kecik n anak sedara aku. Cuba teka, yang mana satu aku? Takyah teka. Takde hadiah pun.


Ni mama n papa pengantin. Pengantin tengah baring dalam buaian.


Nur Aisya Safiyya - Pengantin Kecik.


Barisan orang kuat yang menjayakan majlis ni. Terdiri dari tukang pegi pasar, tukang masak, tukang buat air dan segala macam tukang. Tukang karut, tukang kentut semua ada. Aku la tu.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Tetamu nampaknya gembira dan berselera dengan hidangan yang disediakan.

Menu :
Mee jawa, sup tulang kambing, nasi putih, sayur nangka masak kari, ayam masak merah, kuih muih, buah tembikai dan pisang dan air sarsi+teh panas+air grape.

Soalan: Cari perbezaan kedua-dua gambar cikpinky.

Sunday, May 22, 2011

Bapak di mana?

Alhamdulillah.. hujan dah turun 2 hari berturut2..

Aku ni cepat sebak bila nampak orang tua kat tepi jalan atau mana2 especially bila orang tua ni sendiri tanpa ditemani sesapa.

Mula la aku nak sPekulasi..
"ish, mana la anak2 pakcik ni.. tak kesian ke tengok bapak dia naik motor kat pekan sorang2.. kan ke bahaya.. apa la dorang ni.."
Tu kisah sPekulasi aku..

Ni kisah benar aku..

Tajuk : Bapak Di Mana?

Petang semalam, aku balik rumah. Tanya mak aku, mana bapak aku. Sebab tadi kat porch, motor ducati (sila baca honda 70) dia takde. Mak aku kata dia tak tau mana bapak aku pegi. Sebab bapak aku keluar time mak aku tidur. Pandai bapak aku ni menyelinap keluar.

Bukan aku tak bagi (mmg tak bagi pun) bapak aku keluar bawak motor. Sebab dia ni dah tak kuat sangat. Badan dia dah lemah. Nak jalan pun dah tak sekuat dulu.

Aku ingat lagi, bapak aku pernah cerita dulu. Dia pergi pekan nak bayar bill segala. (See, dia curi2 pegi tapi terkantoi cerita kat kitorang). Ada seorang ni tanya dia. Mana anak2? Pasti dia pikir anak2 pakcik ni takde tanggungjawab biarkan bapaknya naik motor sorang2 pegi bayar bill. Aku cakap camni sebab aku pun akan pikir benda yang sama kalau aku kat tempat orang tu.

Tapi, hakikatnya.. Curi2 keluar tanpa sapa2 pun sedar. Takkan nak ikat kaki dia pulak kan? Kang.. ada yang hangus kena panah petir karang.. (aku la tu..ish.. mintak dijauhkan)



Ha, lebat camni aku kuar cari bapak aku. Dari rumah maklong .. dorang kata bapak aku takde datang pun. Aku saspek dia gi kedai gunting rambut. Jadiknya, kat simpang depan ni.. aku kena belok kiri. Elok2 aku berhenti kat simpang, aku nampak motor bapak aku parking dalam hujan lebat.

Sekali aku nampak bapak aku tengah duduk borak2 dalam kedai. Rupanya dia beli makanan ayam. Tapi hujan turun, so dia tunggu.

Sekali aku ajak balik, dia kata..

"Tadi bapak bawak basikal"..

"Pak, motorsikal.. bukan basikal"..


Muka n baju dah basah.

Lepas pujuk punya pujuk, baru dia setuju balik naik kereta. Kalau tak, berkeras nak naik motor dalam hujan. Ha, tengok gambar bapak aku kat belakang tu. Risau sangat nak tinggalkan motor dia.

Lepas kunci handle motor segala.. Baru setuju nak masuk kereta. Kalau tak, asik risaukan basikal dia je. Eh, motor.

Yang aku perasan, baju dia ada banyak sisa rambut. Ye, macam baru lepas potong rambut.

Maksudnya, lepas pegi gunting rambut.. Bapak aku pegi beli makanan ayam. Fuh, satu perjalanan yang jauh. Mengelilingi kampung.

Haish.. bapak .. bapak..

Tuesday, May 10, 2011

Cerita pendek..

Dapat mesej dari kakak aku. Beliau seorang ibu yang dipanggil mummy oleh anak²nya.

"semalam Ajib beli bunga dengan keychain. Balik sekolah singgah sembahyang kat masjid. Bunga dicuri orang time dia sembahyang. Ajib balik, mintak ampun kat aku sebab hadiah hari ibu dah hilang. Aku cakap tak apalah..."

Ish.. rasa sedih pun ada nih..

Wednesday, May 4, 2011

Aku rasa korang pun penah alami apa aku alami..


Jualan GP Kasut Rorine. Harga serendah RM5.97.

Bunting tak boleh blah. Walaupun tak brapa nak minat.. kalau dah tengok bunting kat tiang lampu hari² pegi balik kerja.. Juling jugak mata.

Itu biasa. Itulah saya.

Malam tadi, nasib anak buah yang tengah cuti semester. Boleh la ajak dia. Dia pun okey saje.

Kasut dia, okey la jugak. Yang tak okey.. Salesgirl dia berbau KETIAK. Pahit Kedaung.. Tak jadi aku nak beli sepasang kasut flat bereben. Kensel. Nafas dah sesak. Tak mampu bertahan.

Terus keluar. Tak jadi nak beli. Tiba² kepala diserang migrain. Penangan ketiak pahit tadi.

Tiba².. Nonie.. Nonie.. Ada suara memanggil.

Oh.. dia. Seorang kawan. Dia ni memang minat meniaga makanan. Dia promo aiskrim. Aku pun layan je. Beli la 2 mangkuk. Dia bagi 1 mangkuk free. Walaupun kepala rasa sakit, yang dah tentu² boleh tumbang kalau diisi dengan aiskrim.. Aku beli gak. Demi kawan.

Cakap pasal kawan, aku tak ingat nama dia. Sampai la aku pegi rumah anak sedara aku.

Aku : Eh, sapa nama kawan si Lan tu yang putih² tu?
AS : Yang bawak keta silver tu kan..
Aku : Iyelah. tapi sapa nama dia.?
AS : Jap.. i ada jemput dia aritu masa i kawen.

(Aku dan AS membelek senarai nama kat hp masing²)

Masih tak jumpa. Eh, tak ingat lagi nama dia.

Trus aku mesej Lan

Mesej aku : Lan, sapa nama kawan kau yang ada cafe kat meru tu?

Lan jawab : Arip la.. sapa lagi.

Padahal nama arip tu antara nama teratas kat senarai nama HP aku. Bolehnya aku tak jumpa.

Bukan tak jumpa.. tapi dah lupa nama.

Tapi, kenapa aku boleh lupa?

Balik kang nak beli kismis minda lah.

Wednesday, April 13, 2011

Baru nak ngular sikit..


Kan despatch aku eksiden. So, dia dapat MC sebulan. Dia eksiden bawak kereta Camry abang dia. Sampai total lost. Sebab tu aku tak penah bagi kereta aku walau sekali pun kat dia. Aku mmg satu sen pun tak percaya dia bawak kereta aku. Biar dia kata aku kedekut. Aku tak kesah.

So, aku cuba la tolong pegi bayar bil ke hape2 la yang aku boleh tolong pegi bayar. (tu pun lepas bos aku suruh). Eh, memang pun aku nak gi bayar.

Sekali bos aku suruh gi bayar kredit kad dia kat citibank. Yess!

Citibank ni letaknya kat klang centro. Setahu aku, skrg ni tgh ada sale kat centro ni. Ye.. aku ada tgk bunting2 kat tepi jalan. Cuma belum sempat nak pegi. Bukan belum sempat, tapi takde duit nak pegi. Tulah, aircond kereta aku buat hal.

Kat sini, aku park keta kat tepi jalan je. Tak senang aku nak masuk parking. Kang dah parking, susah nak carik balik. Trus gi citibank, deposit cek. Eh, kaki ni takmo belok kanan (jalan keluar). Asik nak belok kiri. Masuk kedai FJ Benjamin.

Wahh.. best.. Belek2 baju.. handbag.. kasut..

Sedar2. Kunci kereta takde kat tangan. Keluar balik, pegi citibank. Takde.

Panik!

Masuk balik FJ. Suruh salesgirl tu tolong aku cari kunci kat sebalik baju2 yang aku belek tadi. Takde gak. Dia siap kata mungkin aku dah cicirkan kunci tu kat jalan. Suruh aku cepat2 lari tgk kat jalan yang aku lalu tadi. Pastu aku rasa, aku tak amik pun kunci tu dari kereta.

Lagi jahanam kan perasaan aku ni? Dushumm! Cepat2 aku keluar sambil2 tengok kat jalan kot2 kunci tu cicir. Tengok kereta, pintu lock. Adooiii! Dahlah kunci spare kat rumah. Sapa nak tolong amik antarkan pulak?

Pegi balik kat FJ. Ponggah kat tempat baju2.. bag2..

Belek.. belek.. dan belek..

Ye, jumpa kat bawah beg yang aku belek tadi. Fuh!

Trus blah. Takde belek2 dah. Balikkkkk!!

Pastu aku ingat, inilah padahnya. Time keje, aku curi2 window soping. Padan muka aku..

Tadi balik keje. Pegi situ balik. Bukan apa, kalau aku tak kembali ke kedai ni, nanti panik aku siang tadi tu taknak hilang dan mgkn akan jadi tripple panik.

Dahlah, nak tido. Esok nak pakai baju baru.