KAWAN²

Tuesday, March 31, 2009

Hilang sudah macho mu..


Aku suka perati pasangan lelaki dengan perempuan bershopping. Ada yang lelaki pilih barang untuk pasangan, macam tu juga sebaliknya. Ada yang lelaki cuma ikut belakang, dan angguk je pilihan pasangan. Ada jenis lelaki pulak, cuma tunggu pasangan kat parking keta.

Macam-macam la jenis lelaki ni.

Satu lagi, aku suka tengok lelaki menjinjit barang2 yang dibeli dek pasangan. Rasa macam sweet je. Bila tengok dorang bawak plastik beg, kiri kanan tangan. Pastu ikut jalan seiringan.

Wow.. alangkah sweetnya aku tengok. Ahahaa.. sebab aku suka lelaki tolong jinjit barang2 hasil sopingan aku. Aku cuma perlu jalan berlenggang sambil kepit henbeg. Lalalaaa..

Aku tak suka tengok bila lelaki tolong bawak henbeg. Arrghhh! Rasa macam pelik je. Mana ada lelaki bawak henbeg gua cakap lu? Eii.. gelik la.. Macam mana hensem, macam mana macho pun rupa lelaki itu.. sekali dia bawak henbeg.. hilang hensem macho tu semua.

apa pandangan korang?

ps - kalau ada sesapa yang terasa tu.. aku peduli hape? ada aku mention nama sesapa kat sini?? takde kan..

Minum Barli Limau boleh jadi kurus ke?


Ada sorang auntie ni. Dia ni owner restoran kat area tempat aku keje. Boleh dikatakan setiap hari sarapan and lunch aku kat kedai dia.

Dan setiap kali aku bayar, dia akan tanya apa rahsia kekurusan aku. Apa dia hengat aku suka ke dengan badan aku yang kurus ni. Aku nak gak berisi la weh.. Tapi aku terpaksa pretend yang aku amat berbangga dengan bentuk badan aku yg more to love! ni. Buat² bangga. (yeke?)

Sampai satu hari tu dia, kata aku ni kedekut petua. Pastu dia ingat aku tidur letak batu bata atas perut biar nampak flat je perut aku ni. Apa kes? Adalah lebih baik akuletak sorang laki atas tu. hahaha.. Larriikkk!

Setiap hari dia akan tanya perkara yang sama. Apa rahsia.. apa rahsia.. Naik muak gak aku dibuatnya. Aku dah bgtau dia, rahsia aku.. apa yang aku makan setiap hari kat kedai dia, itu lah rahsia aku. Dia masih tak percaya.

Dan.. aku pun dapat idea. Aku create satu petua aku sendiri. Aku suruh dia minum barli limau setiap hari. Aku tak mention pun kena minum waktu pagi ke petang ke. Aku perati dia.. setiap pagi and tengahari pasti akan ada segelas barli limau dekat kaunter bayaran.

Hahahaa..! dia percaya. Dia ikut je petua ciptaan aku tuh.

Setelah lebih kurang 6 bulan..

Selepas restoran dia dah handover kat orang lain.. Aku terjumpa dengan dia waktu shopping. Dia yang tegur aku. Aku ni bab tegur menegur.. memang fail.

Korang nak tau tak?

Dia dah kurus tau! Dia kata selepas dia amalkan petua aku tu.. Dia makin kurus dan slim. Eh.. betul ke ni? (Aku rasa usus dia dah semakin nipis dek kikisan pati limau ada lah..)

Dan.. aku pun tersenyum (dalam hati ketawa..)

ps - aku tak pernah pun minum barli limau.


Monday, March 30, 2009

Dia cantik sikit


Pernah tak korang jumpa orang lain tapi muka macam korang?

Musykil..

Tadi aku lalu kat tepi standard chartered bank. Time tu jalan jam amat. Kenderaan pun berjalan dengan teramat slow.

Aku menoleh ke kiri tatkala terperasan sorang pompuan berdiri di tepi bangunan tu.

Ehh..!!! apa aku buat kat sana? Sedangkan aku tengah memandu keta.

Muka dia sebijik macam aku. Cara dan gaya.. memang sama. Aku pandang dia sampai hilang dari pandangan aku.

Bezanya dia dengan aku...

Dia cantik sikit.

Dan..

Aku cantik banyak.


Sunday, March 29, 2009

Ada sesapa boleh buat camni?


Aku terpana sejenak tatkala melihat kepada kekreatifan pelukis ini.


Aku tak berniat nak melucah di sini. Eh.. apasal aku cakap camni? Ada niat la tu kan?

Apa pun.. ada sesapa yang boleh melukis seteror dia tak?



Saturday, March 28, 2009

Aku nak tunjuk apa yang aku sopingkan

Eh.. mana la huruf ni. Agak teraba-raba sikit sekarang ni. Tengah bergelap. Sokong earth hour kononnya.

Aritukan aku gi jcard day. Ari kamis aku pegi. Tapi rasa cam tak puas hati. So, sambung balik soping ari jumaat. Heaven..!

Plastik-plastik beg hasil sopingan aku.


Inilah dia isi kandungan beg plastik yang aku janjikan nak tunjuk aritu.

6 helai tshirt, 4 helai kemeja. sepasang kasut tapi takde kat photo.

Baju dalam, eh.. mana pulak ni.. Ohh.. aku tgh pakai. So, takleh tunjuk kat sini.

Lagipun dah ada yang boleh agak kaler dengan saiz kan..


Friday, March 27, 2009

Lalalaaa.. bertukar jadi Blah laaa..

Mood happy..

Aku suka baca blog orang lain. Bila aku suka, aku komen. Dan, bila tak komen bukan sebab tak suka.. tapi tak tau nak letak komen apa. Tapi aku tetap baca. pun okey kan?

Aku suka bila orang komen entry aku. Tak kira la apa komen dorang. Ada yang lari dari tajuk entry.. tak kurang juga yang menepati tajuk entry tu. Tapi takpelah.. sukati dorang nak komen apa.

Keja aku.. baca.. komen balik.. dan.. perasaan happy akan terbit dari hati aku. Ada tu kadang² memang buat aku ketawa. Ada yang berlumba² nak jadi orang pertama post komen. Hahaha.. memang best dorang tu semua.

Mood tak happy..

Tapi ada la spesis tu yang setiap komen yang dia post tu, gaya dan cara dia macam la dia tu kenal sangat dengan aku. Macam kenal aku luar dan dalam. Tu yang aku musykil tu.

Memula dia komen sebagai anony, aku tak kisah. Sesapa pun boleh jadi anony. Even diri aku sendiri pun boleh jadi gak.Bila aku sound nak tukar setting comment blog aku.. cepat² la dia create satu blog kosong. Blog yang tak update langsung..

Bagi aku la kan.. kalau setakat nak create satu page kosong yang tak ber update.. lebih baik tidur je . Takyah kacau orang..

Sudah²lah.. kalau tak suka takyah buat camni. Duk dendiam je lah..

ps - bukan aku emo, tapi lama² perasaan ketidakpuashatian aku makin terasa.

PMS aku dah nak sampai..




Semalam dan Aku..

Soping sikit je.
Sebab gaji belum kunjung tiba.



Nanti aku tunjuk isi kandungan plastik tu.

Err.. baju dalam nak kena tunjuk jugak ke?

Thursday, March 26, 2009

Leha datin celup..


Baru ku tahu harini spa Q episod last. Apa la agaknya jadi ngan si leha datin celup tu. Kawin kah si qistina tu dengan anak ikan kap tu.

Paling tak boleh tahan, si Marlia over acting tu pregnant. Kikikii.. cam lucu pulak org tua pregnant.

Nampaknya petang ni aku tak dapat tengok episod last ni.

Sebab arini aku nak bersoping!

Err.. nanti tolong hapdatekan aku eh..


ps - kalau korang gi jusco bkt raja, agak² terserempak ngan aku.. tegur tau..