Hari cuti biasanya aku akan ZZZZ. Ye, tidur macam besok dah tak boleh tidur lagi. Tapi minggu ni aku rasa nak eksesais. Badan rasa dah tak FIT lagi. Tak FIT maksudnya tak seksi. Hahaa.. sukati aku je bagi maksud.
Jalan manakah harus aku pilih. Ke kiri atau ke kanan?
To the left.. To the left..
Aku sebenarnya tak jogging, cuma berjalan dengan laju. Sama je kan. Janji seluruh anggota bergerak.
Aktiviti baru dimulakan dengan berjalan kaki. Kasik panas sikit badan ni.
Berbasikal pulak. Kasik otot kaki bergerak dengan laju sikit. Eceh, tetiba je muka senget. Asal nampak kamera je, muka trus otomatik menyenget. Papetah..
Seat basikal ni telah diejas ketinggiannya kepada tahap maksimum. Biar kaki lurus je time berbasikal. Kalau nak seat rendah, sila naik basikal kanak2 beroda tiga ye.

Elok lalu jalan bertar, kami masuk kawasan berbukit bukau. Seumur hidup aku, baru sekali aku lalu jalan ni. Baru tau kewujudan jalan ni. Padahal, dekat je dgn rumah.
Apsal tak kayuh basikal? Nak mampus?? tu naik bukit tau. Semput karang aku. Sebenarnya aku tak reti nak tukar gear basikal tu. Aku reti masuk gear D dgn R je.

Menuruni bukit penuh rumput hijau. Basikal still aku sorong. Sebab depan tu ada kawasan tengah korek tanah nak buat kolam ikan. Kang kalau aku kayuh pastu terbabas, trus masuk dalam kolam kering.

Singgah kejap kat ladang menternak arnab. Tengok muka aku, dah agak pucat. Waktu ni perut dah mula rasa sakit sangat. Tetiba je rasa teramat sakit. Mungkin sebab aku sedang diserang tentera jepun, tu yang aku tetiba rasa badan tak sedap.
Ladang ni memang letaknya jauh dari jalan utama. Kena lalui jalan bertar, lepas tu turun bukit jalan yang agak sempit, lepas tu jalan merah tak bertar. Baru jumpa entrance ladang ni.
Kenapa letak jauh ke dalam? Dah tanah bapak dia kat situ. Nak buat macam mana?
Lepas tgk arnab, aku dah mula rasa nak pitam. Pandangan dah kekuningan. Dah tak larat jalan dah. Rasa nak baring je kat kebun tu. Jalan sikit, berhenti. Jalan sikit, berhenti.
Lepas tu, dorang pakai carry aku naik basikal. Kesian dorang. Terpaksa sorong basikal menaiki bukit2 tu dengan aku duduk kat seat basikal. Time tu rasa sedih. Sebab rasa menyusahkan sesangat.
Waktu turun bukit tu, kaki yang aku letak kat besi basikal.. Tetiba tergelincir dari tempatnya. Aku pun jatuh. Aku je yang jatuh tau tak? Mungkin aku kurang FOKUS. Punya la sakit. Tapi kan, dalam kelam kabut tu, aku sempat pikir nak elakkan muka dari tersembam atas batu. Jadi, tangan kiri aku menampung sepenuh berat badan ni. Selamat dah muka aku dari mencium batu.

Inilah gaya aku jatuh. Tengok, ada gaya tak? Jatuh pun siap nak bergaya ke? Time ni Rescue 911 lom sampai lagi. Hahaha.. pala otak aku Rescue 911. Rescue Jatuh Bangun Sendiri ada ler. Time ni muka tengah tahan nangis.

Ini lah hasil kemalangan yang aku alami tu. Siku kiri aku telah mendapat luka berdarah. So, sekarang siku aku dah buruk. Errrkkk.. Bukan buruk siku ehh..
Balik rumah, buka kasut.. Aku terus baring depan kipas. Kakak aku urut2 dengan minyak panass. Lepas tu, kena bebel sikit dengan mak aku. Lepas tu, aku terus pengsan sampai pukul 9 malam.
Adoila.. panjang betul entry aku kali ni. Rasa macam tengok album bergambar pulak.