KAWAN²

Friday, March 25, 2011

abah tak mampu belikan kakak ferrari..


Terkejut bila kereta letak kat parking lot, ada orang dok belek pusing keliling.

Ada satu family tu terdiri dari ayah, mak dan anak perempuan aku spot mereka tengah mengelilingi kereta aku.

Dari depan sampai ke bonet belakang. Si ayah siap depa²kan tangan. Si anak pun angguk² saje.

Mungkin si bapak berkata,

"Abah tak boleh belikan kakak ferrari, jadi, abah belikan kenari. Ala, lagipun ferrari tu macam kereta kena hempap pokok je.. kemek semacam"

(ni firasat aku je..)

Dan mereka cepat² blah bila aku tekan alarm kereta. tetet..tetet..


- Ferrari saya -

Monday, March 21, 2011

Sekadar berkongsi..


Bila berkongsi kisah kehidupan dengan seorang teman ni.. Memang berat telinga mendengar. Apa lagi berat bahu dia yang memikul.

Sedih bila dengar cerita yang mak mertua dia sanggup nak pecah belahkan rumahtangga dia. Mak mentua tuduh dia ni bomohkan anak dia.

(padahal mak mentua dia yang kuat MAK ESAH)

Paling aku tak sanggup dengar, mak mentua dia tuduh anak yang dia ni lahirkan, bukan cucu dia.

"baik jadi macam ko.. single, senang.. "

Nak tutup mulut orang bukannya senang nok..

Hmmm..

Friday, March 18, 2011

Tak puas hati..

Kat opis aku kan. Ada la budak baru (ceh.. budak pulak).

Mak budak okey? Umur beliau ni lebih dari aku. Rupa beliau pun.. nampak secara obvious sekali yang beliau adalah lebih tua dari aku.

Tapi kenapa dia panggil aku KAKAK?

Tak puas hati ni..


Saturday, February 19, 2011

New Used Car


Dulu kan, jarang orang beli kereta baru. Tak tau sebab apa. Mungkin sebab dulu harga kereta mahal. Eh.. yeke? Tak tau.

Dulu kan, ada satu jualan kereta kan Subang Jaya. Kami adik beradik pun pegi la tengok. Sebab time tu memang kakak aku nak carik kereta. Tapi kan, kenapa dia tak beli kereta baru ye? Sampai sekarang aku terpikir.

Tengok punya tengok dalam cuaca yang panas terik. Almaklumlah, tengok kereta terpakai.. Yelah, nak sedap dalam aircond sambil tengok kereta.. Maksudnya, dalam showroom la kan. Kalau dalam showroom, dah tentu² kereta baru. Ye tak?

Berkenan la dengan satu kereta ni. Proton saga kaler putih. Berkenan sangat dia. Aku pun OKEY saje. Time tu, aku tak tau apa². Janji boleh naik kereta baru. Ye, kereta baru tapi terpakai.

Aku rasa la kan, time tu takde sangat check apa yang patut kat kereta tu. (sampai sekarang aku tak tau kenapa). Beli je.. Tah pape tah kan?

Bila semuanya selesai.. Hari nak ambik kereta pun tiba. Hish.. semangat nih nak bawak balik kereta baru. Time tu kan, kat family aku.. Abang aku je ada kereta. Kereta mazda 232 kaler silver. Masing² nak ikut pegi ambik kereta baru. Macam sadin dah. Yelah, nanti time bawak balik kereta kan dah boleh dibahagi dua. Separuh masuk keta abang aku, separuh lagi naik kereta baru. Cewah.. Kereta baru.

Aku, of coz la nak naik kereta baru. Abang aku yang nak drive balik kereta baru tu. Kakak aku bawak kereta abang aku. Berdebar² nih. Nak naik kereta baru. Bunyi macam jakun kan? Aku duduk seat belakang. Kakak aku duduk sebelah abang aku. Setat kereta. Tarik seat belt.

Eh? Seat belt TAKDE?

Macam mana ni? Nanti kalau kena tahan polis camne? kata abang aku. Kalau aku.. takde hal.. ada seat belt pun bukan aku pakai. Eh.

Nasib baik kakak aku belum gerak balik. Cepat² kitorang ambik henbeg dia.

Untuk ape? Abang aku selempangkan henbeg tu. Nasib baik henbeg tu kaler hitam. Kalau kaler pink camne? Eh. Pink pulak.

Feeling² pakai seat belt gitu. Boleh?

Macam² lagi la masalah kereta tu. Kerap sangat rosak. Dengan ekzos tercabut la. Enjin berasap la.. Kiranya maintenance lebih tinggi dari ansuran bulanan.

Itulah kan..

Bagi aku, kita ni (aku la tu) bukannya selalu berduit sangat. Kenalah beli kereta baru. Sebab kereta baru ni InsyaAllah. 4-5 tahun takde masalah. Janji pandai menten.

Bukan apa, dulu kereta pertama aku tu.. aku beli second hand. Banyak sangat guna duit. Baru guna dah kena tukar itu ini. Sakit kepala. Lepas tu, aku tukar kereta baru. Baru la masalah takde.

Eh, diam tak diam kan.. dah 6 tahun dah usia ferrari aku tu.

Sayam dia..

Tuesday, February 1, 2011

Angkat kaki, setat Ferrari..


Dah lama sebenarnya aku nak buat entry ni. Puas aku pikir² samada patutkah aku ceritakan hal ni kat blog. Yelah, takut buka aib orang lain.

Benda ni terjadi kat aku sendiri. Aku alami dan aku lalui.

Nak dijadikan cerita, abang aku ada terima call dari seseorang yang mengatakan abang sulong aku ada kat hospital. Sakit tenat. Kaki nak kena potong. Sebab kencing manis. Takde waris nak tandatangan surat potong kaki tu. Nak minta tolong cari waris.

Abang aku ni pun, suruhla aku tengok kat hospital since kedudukan hospital dengan tempat keje aku ni agak berdekatan. Tapi, bila diingat², takkan la kami tak tau yang abang kami masuk hospital.
Musykil 1.

Lepas tu pulak dia kata isteri orang ni.. perempuan indon yang dah lari tinggalkan orang ni. Tempat tinggal pulak, kat bukit naga. Sedangkan abang aku isteri dia orang sini and tinggal kat ampang.
Musykil 2.

Menurut beliau lagi, pekerjaan orang ni adalah dukun santet (santet - saja aku tokok tambah). Ye, seorang dukun dan mempunyai sebuah kereta wira. Abang aku lak, takde kereta wira.
Musykil 3.

Setalah diselidik², rupa²nya beliau adalah jiran sekampung yang mempunyai nama dan bin yang sama dengan abang sulong aku.
Ye, aku lega.

Amanah orang mesti kena sampaikan. Abang aku suruh aku pergi rumah keluarga si Dukun. Sampaikan pesanan yang Dukun ni terlantar kat hospital, sakit tenat dan mencari waris. Hmm.. ikut saja arahan abang aku kasik. Nampakkan aku kurang amanah? Abang aku suruh, baru aku pegi. Kalau tak, sori. Ye, memang agak keji.

Satu hal lagi, bila aku pegi rumah family si Dukun ni.. Dorang maki aku macam aku ni buat salah. Dorang dengar je aku sebut yang si Dukun ni kat hospital cari pewaris, terus dorang naik HANGIN satu badan. Aku terpinga². Apa salah aku..

Rupa² si Dukun ni sepanjang hidup dia.. amatlah tidak bertanggungjawab. Suka pukul isteri dan anak². Langsung tak bagi nafkah sara hidup dorang. Apatah lagi, dia dah gilakan minah indon. Terus pergi tanpa kabar berita. Terkontang kanting anak bini ditinggalkan. Si isteri susah payah besarkan anak².

Ha, sekarang.. baru tau nak cari waris. Pegilah rumah bini muda dia sana. Mintak tolong dorang. Apehal pulak nak cari kat sini. Nak kena potong kaki ke, apa ke.. Lantak dia. Siap macam bersilat
makcik tu sambil bercerita. Aku masih terpinga². Dengarkan saje.. Layan..

Aku tak tau macam mana nak mintak diri. Dorang ni dok asik bercerita bagai. Macam² maki hamun dihamburkan untuk si Dukun ni. Aku pun dah tak senang duduk. Eh, bediri.

Lepas bagi alasan aku baru balik kerja, aku pun mintak diri. Cepat² aku angkat kaki, setat ferrari. Letih dengar orang dok memaki. Baik aku balik, makan roti.. tengok tv.

Itulah kan, buat jahat kat anak bini.. Allah dah balas sendiri kat dunia.

2 hari lepas tu, kakak ipar si Dukun ni call aku kat rumah. Dia mintak maaf kalau² dia ada terkasar kata.

Aku maafkan saje.

Dengar² cerita, lepas tu anak lelaki dia pegi hospital. Tandatangan surat kebenaran memotong kaki si Dukun tu.


Monday, January 3, 2011

Nasihat..

Faizal Yusof baru meninggal dunia..

Apa kaitannya?

Semakin ramai orang meninggal sebab serangan jantung..

Marilah kita sama² jaga pemakanan kita sehari²..

Jangan malas² bersenam ye?

Monday, December 27, 2010

mula la nak imbas balik..


Sorang anak buah aku dah masuk uitm. Pagi tadi seawal 7 pagi dah bertolak ke Perak. Rasa macam nak ikut antar je.. Tapi kereta abang aku dah takde tempat nak duduk walaupun kereta dia itu adalah ixora. Sila bayangkan.. betapa banyaknya barang yang dibawa.. Bantal guling pun siap dibawaknya sekali. Tah.. nak nangis guling² kot nanti time abang aku gerak balik tinggalkan dia.

Eleh, dulu aku pun sama gak.. Semua barang aku angkut. Tapi, aku tak nangis okey?

Eh.. alah.. mula la ni nak imbas kembali zaman dulu kala.

Dulu time aku gi poli, naik mercedes uollss.. Ha, time tu pakcik aku je yg ada kereta. Mercedes LAMA yang panjang tu.. Kalau langgar pokok, gerenti tak kemek. Aku rasa, jenis tu pun dah pupus. Takde lagi dah.. Eh.. macam 20-30 tahun lepas je bunyiknya kan?

Oh, saya sudah dewasa rupanya.






Friday, December 17, 2010

Banyak la kau punya karut..

Aritu kan kebun belakang rumah aku tu abang ipar aku cuba buat projek tanaman pokok pisang. Dia upah la 2 orang pekerja indon untuk bersihkan dan tanam pokok pisang.

Nak harapkan penduduk tempatan.. memang la takde sorang pun sanggup. Lebih baik dorang duduk kat simpang jalan, buat bancian anak dara lalu lalang. Tak pun ukur jalanraya. Itu lebih berbaloi barangkali.

Biar aku bagi tau nama 2 orang ni. Sorang Agus, sorang lagi Yanto. Agus rajin, Yanto malas. Asik nak tido saje. Cukup time.. makan. Kakak aku yang sediakan makan tuk dorang. Makan tengahari dan minum petang. Dorang tinggal kat kebun tu. Ada 2 bijik rumah. kecik B Satu untuk family aku melepak di hujung minggu, satu lagi untuk dorang.

Biasanya bila ujung minggu, kitorang ada la borak² dengan Agus dan Yanto ni. Cerita la pasal kampung dorang. Cerita biasa pengalaman dorang. Aku tak berapa minat.

Bila time cerita pasal hantu.. Ye, aku amat berminat. Otomatik, telinga aku makin melebar. Nabil, jangan risau. Telinga ko masih di tangga teratas. Dorang cerita, kat indon, sana sini ada hantu. Bersepah².. Haih.. Sana hantu.. sini hantu..

Kat sini pun, RAMAI gak hantu.. Tak percaya.. pegi kat Jalan Goh Hock Huat, sure korang jumpa banyak hantu sana. Hantu tetek pun ada.

(ha.. google la tu..)

Tau tak, si Yanto ni penah goreng mak aku. Mak aku ni adalah penah minta dia tolong bungkuskan cempedak depan rumah. Dia kata, lepas asar tak boleh panjat pokok. Ada jembalang duduk atas pokok tu katanya. Pandai kan dia goreng mak aku? Mak aku pun malas la nak layan. Iyekan sajee..

Ciss.. dasar..

Kau la jembalangnya tu..

Eh.. entah² betul cakap Yanto tu..

Mak..... nanti panggil orang tebang pokok cempedak depan rumah ye..