KAWAN²

Tuesday, July 30, 2013

Rindu Tak Terucap.

Lepas sahur, susah pulak nak tidur balik. Tulah, sapa suruh sahur makan mee rebus? Okey, baru sekali sahur makan berat² tau. Tiap hari aku makan biskut cicah milo.

Patutla makin longgar seluar baju..

Sebenarnya, aku tengah rindukan kota suci. Rindu sangat². Terbayang² saat pertama aku melihat kaabah depan mata. Subhanallah, satu perasaan yang tak dapat nak diluahkan. Cuma air mata yang mengalir dengan tiba².

Rindu nak berjalan kaki dari hotel ke masjid untuk solat fardhu. Rindu nak dengar suara azan. Rindu nak dengan alunan suara imam masjid. (Sebak).

Rindu nak naik van yang pintu takleh nak tutup rapat utk ke tanai'm utk buat niat umrah. Rindu nak bebel² kat driver van yang suka isi penuhkan van jadi mcm sardin.

Rindu nak buat tawaf, buat sai'e. Indahnya dapat sampaikan doa yang kalian kirimkan haritu.

Rindu nak minum air zamzam yang subhanallah sedapnya rasa. Sedap je lalu kat tekak ni bila ditelan.

Banyak betul perkara yang aku rindui kat sana. Tak boleh nak cerita semua. Sebab semuanya indah. Terlalu banyak rindu nak aku ceritakan kat sini.

Satu benda aku nak bagitau, aku memang tak ingat satu benda pun pasal kerja, sewaktu aku kat sini. Memang totally lupa pasal stress kerja.

Memang betul orang kata, sekali kita pergi.. kita akan rindu untuk ke sana lagi.

Rindunya..

Insha Allah, ada rezeki.. lepas kawin aku nak ke sana lagi. Kali ni dengan mahram aku, Sayang.

Doakan aku ye.

Ish, sebak pulak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 17, 2013

Penyakit mintak kena tampar.

Okey, ni kali kedua aku menaip entry. Sebab yang mula2 tadi.. Aku dah tertekan X kat belah kanan atas tu. Dasar darah gemuruh kan. Gabra tak tentu hala.


Penyakit ni dah lama menyerang aku. Penyakit dok ngadap sale beg. Sentiasa klik. Hari2 pun nak klik. Siap letak as FAVOURITE tu.. Buat keje sikit, klik address ni. Untung2 ada sale. Ngadaaaappp sampai lebam.

Aku memang suka ngadap benda ni. Siap hafal tau harga sale sebelum2 ni. Lepas tu compare dengan harga sale sekarang. Balik rumah, sambung lagi. Ngadap ipad pulak. Walaupun view kat ipad tak memuaskan berbanding dari view kat pc, tetappp aku hadap jugak.

Walaupun kadang2 loading photo kat ipad slow, tetap bersabar. Hadapi jugak. Cuba suruh tunggu video ngaji, buffering sikit dah mengeluh. Dasarr sangat kan aku ni. Tu namanya mintak pelempang.

Kalau dating kebetulan tengah ada sale, aku pun tetap ngadap jugak. Kadang2 sampai Sayang bengang. "Itu je la yang awak tengok. Tak boring2 ke?"

Senang je aku jawab.
"Nak bagi saya boring, awak belikan sebijik. Baru hilang boring."

Huahuahua.

Eh, best tau tengok beg2 ni. Boleh buat happy. Bukan kena bayar pun kannn?

Bukan apa, harga beg2 ni jauh lebih murah kalau banding kat butik. Kat butik tu, takat masuk.. Tengok2. Nak pegang pun tak lalu. Bukan tak lalu sebab apa. Sebab mahal. Uishh.. 

Beza separuh harga tau?



Monday, July 15, 2013

Pengalaman


Okey, orang dah nak ada menantu, aku baru hegeh2 nak bertunang.
Astagfirullahalazim.. Bawak mengucap la kan aku ni. Macam tak bersyukur pulak.

Tapi inilah ketentuanNya. Dipertemukan jodoh di usia sekarang. Tapi Alhamdulillah, dah sampai waktu kata orang. Cuma, kita tak tau je cepat lambat. Turn aku, aku dapat lambat. Hahahaaa..

Aku rasa aku dah cerita sikit pasal Sayang. Takyah kot nak citer banyak.

Ni aku nak cerita pasal hari aku bertunang. Hahahaa.. Nervous kooooo! Tulah, selalu ejek2 Sayang. Sayang aku tu darah gemuruh orangnya. Selalu la aku aku ejek2 dia.

"Nanti nikah jangan ulang banyak2 kali tau Sayang.. jangan buat malu saya.."

Sekali kauuu.. Mak dia nak sarung cincin..

MENGGIGILLLLL aku..

Kejung kebas rasa tangan ni. Hambik aku sana.. suka sangat ejek2 orang kan.. Sekali, rupanya diri sendiri pun darah gemuruh. Double darah gemuruh ko..

Itu belum time nak keluar layan tetamu dari family Sayang. Rasanya sepuluh kali aku patah balik. Dah sampai pintu, masuk lagi. Sampai la dekat sepuluh kali. 

Ntah apa kejadah aku ni.. Gemuruh ya amat. Sampai diorang dah siap makan. Dah siap cuci tangan dah. Baru aku terhegeh2 nak keluar bersalam. Itu pun macam nak tergolek bontot je time nak duduk sama dengan family Sayang.

Ha, satu lagi kan.. Bila belek2 gambar tunang, baru aku perasan.. Time sarung cincin tu, aku duduk tu mcm orang jepun. Banyak la aku punya jepun kan. Lupa dah nak bersimpuh.

Adoiiiila.. spoil betul aku ni..

Tulah sebabnya, aku tak post gambar aku sarung cincin. 

Huahuahuaa! Malu kat korang. Malu kat diri sendiri.

Okey, gambar Sayang memang aku tak post kat sini or kat fb. Sila cari kat Instagram aku. Itu pun muka sipi2. Aku kan bajet artis. Korang tak tau ke?

Pangg!







Tuesday, July 9, 2013

Syukur Alhamdulillah.

Okey, just nak share kegembiraan aku.

Hari Ahad lepas, ada rombongan merisik dah sekaligus meminang aku. Alhamdulillah, dah sampai ke fasa seterusnya hubungan cinta aku dengan dia.

Insha Allah, kami akan bersatu pertengahan tahun depan.

Doakan kami ye. Terima kasih.

Tuesday, April 30, 2013

Nak mengaruk sikit boleh kan?



Okey, aku memang tak suka nak mengaruk atau memaki. Tapi tak puashati di sini.

Marilah dengar cerita aku. 

Ini kisah, bila jiran kita TERAMATLAH bizi body. Ha, capslock ko.. Mengalahkan paparazzi. Busy body is okey for me. Cewah kauu.. nak speaking konon. Tapi.. Ada tapi ye kat sini.

Kalau busy body ko tu sampai menjatuhkan air muka family aku tu apa cerita? 

Alkisahnya, ada la seorang jiran aku ni. Dia ni aku kira seorang yang agak warak. Rajin ke surau, rajin melaungkan azan kat surau. Lepas tu, dikurniakan kebolehan untuk mengubati penyakit. So, kami respek dengan dia. 

Okey, minggu sudah adik aku bertunang. Kami menjemput dia atas menghormati dia sebagai jiran. Jemput untuk dia baca doa selamat kat majlis tunang tu.

TAPI.. 

Dia ni dah salahguna jemputan kami itu. Dia sibuk nak jadi pengantara atau jurucakap bagi keluarga aku. Padahal kami dah serahkan tugas tu kat abang ipar sorang tu. Lepas baca doa, dia terus mengaruk tak tentu hala.

Terus dia buka mulut, sambil menepuk peha abang ipar aku biar abg ipar aku diam jangan berkata apa².

"Tunang ni bukan passport untuk datang suka2 ke sinii, bawak keluar anak dara orang sesuka hati. Saya duduk depan rumah ni, saya tau apa yang berlaku di sekitar kawasan sini. Jangan ingat saya tak nampak apa yang berlaku ye.."

Ha, terkejut tak bila jiran buka mulut macam ni. JIRAN tau JIRAN.

Memang ada benarnya kata² dia ni. Tapi bagi aku, ko siapa nak buka mulut macam ni kat majlis orang? Ko abang aku ke? Ko bapak aku ke? Ini kira dah menjatuhkan air muka family belah lelaki, family aku juga. Macam la kitorang ni tak tau hukum, takde adap.

(Ish.. menyirap pulak darah aku time menaip ni).

Lepas tu dia sibuk pulak nak belek² gelang emas tu. Dua kali dia belek ko. Apa ingat itu zhulian ke hape? Siap tanya dua kali tu adik aku setuju tak nak dipinang.. Tak ke haprak namanya tu.. Kalau dah siap pasang 2 biji khemah depan rumah, takkan la tak terima pinangan kan?
 
Aku tak paham apa yang dia tak puashatinya tu. 

Adakah beliau kecewa? Cermin la dulu muka. Awak tu dah tua. 

Nanti aku tunang, sumpah aku taknak jemput dia.

ps: sekarang dah feeling² artis. sebab ada je paparazzi menyibuk nak ambik tau hal kita. awwww!





Thursday, April 18, 2013

Inilah dugaan..

Okey, rasanya aku jarang n boleh dikatakan tak pernah berkongsi cerita pasal kisah cinta aku kat mana2. Aku lebih selesa untuk simpan sendiri. Kalau berkongsi pun, dengan teman rapat. Bukan taknak kongsi, tapi itulah pendirian diri.

Cuma lately, aku terasa la nak kongsi sikit dengan kawan2. Aku byk post kat instagram aku aktiviti bersama kami. Aktiviti mentekedarah kami berdua. Kami memang suka makan. Elok2 beliau kurus, now dah naik sikit kilo dia. Aku pun sama. Muka pun dah jadi muka Cik Siti Wan Tembam.

Okey, beliau adalah Mr. F.

Okey, beliau ni aku kenal sebelum pergi Umrah haritu. Kenal biasa2 je. Cuma bila aku dah kat Madinah, rasa macam dah bukan kenalan biasa. Up sikit dari sekadar kawan. Beliau banyak bertanyakan khabar aku, rajin call n sms. Aku masih anggap mcm biasa je.

Bila aku dah sampai Mekah, aku rasa lain sikit perasaan aku kat dia. Macam ada sesuatu yang memanggil2 aku untuk mencari jawapan. Aku selalu berdoa lepas solat waktu, tiap kali tawaf. Aku doa kat Allah, "Ya Allah Ya Tuhanku, jika benarlah dia adalah jodoh yang baik untukku, maka kau dekatlah dia kepadaku. Begitu juga jika sebaliknya jika dia bukan yang baik untuk aku, maka jauhkan dia dariku". Itulah doa yang akan aku panjatkan setiap hari.

Sementara tu, ada sorang makcik ni dia bgtau mak long aku, dia sangat berkenan untuk jadikan menantu untuk anak lelaki dia. Ok, anak dia pun ikut serta dalam umrah ni. Satu jemaah dengan aku. Group yg sama, penerbangan yang sama. Makcik ni kan, aku perasan asik la merenung aku kalau. Baik di masjid, atau kat dining hall. Berkenan sungguh kot. Kahkahkah! Perasan la kau Cikpinky.. Panggg! muka aku sekali.

Mak long aku ni kan, dia kinda matchmaker tau. Sibuk sangat suruh ku terima. Banyak betul recommendation dia. Itulah, inilah.. Macam la dia kenal sgt dengan mamat ni. Padahalll.. kenal kat Umrah ni je punn..

Bukan sombong atau jual mahal, tapi aku dah ada yang menunggu kat Malaysia.

Okey, berbalik kat kisah aku dengan si F ni.

Hari kelima aku kat Mekah, beliau sms aku dengan ayat yang aku terus rasa sangat2 "SPEECHLESS" Dan sangat terharu. Waktu tu, aku tengah jalan shopping kat Zamzam Tower. Aku boleh terus menitiskan air mata kat situ jugak. Touching orang kata.. Mungkin itulah jawapan kepada doa aku.

Bila aku fikirkan balik kisah makcik tu nak bermenantukan aku, mungkin Itu dugaan untuk aku kat sana. Ye, dugaan untuk aku. Tulah, dulu selalu doa mintak dapat jodoh kat Mekah. Sekali kauuu... Memang mendapat pun.

Tapi, hati aku kuat kat F. Dia cukup comel untuk aku. Ye, dia sangat comel. Ecewahhh.. Gedik.

Alhamdulillah, aku masih dengan dia sampai saat aku menaip entry ni. Doakan jodoh kami panjang ye..


Sent from my iPad

Monday, April 8, 2013

Penyakit M


Penyakit M itu adalah..

MALAS.

Sekarang ni dah malas sangat nak memblog. Gambar2 pegi Umrah pun masih belum transfer lagi. Ada nun kat kamera lagi. Kamera pulak kamera pinjam. Dah dipulangkan kat tuannya.

Jadiknya, tunggu la ye aku nak upload gambar2 tu.

Sejak2 balik ni memang rasa malas tu sangat menebal.

Nak keje MALAS.
Nak masak MALAS.
Nak buat kek MALAS.

Segalanya MALAS.

Satu je rajin..

Ye rajin dating. Hari2 pun takpe. Tengah suka orang kata..

Ye, aku dah jumpa seseorang yang buat aku rasa senang, rasa selesa. Rasa aku jadi diri sendiri bila dengan dia. Yang buat aku ketawa je. Buat aku senyum sorang2. Buat aku marah. Buat aku merajuk.

Tengok ni.


Hahahaa..Gedik tak aku?


Friday, March 15, 2013

Catatan Umrah 1

Assalamualaikum..

Betul kata orang, sekali kita pegi Mekah. Pasti kita akan merindui sana. Itulah yang terjadi kat aku. Aku sampai sini hari Isnin pagi. Hari selasa, aku dah rindu Mekah. Rindu Masjidil Haram. Rindu Kaabah. Rindu semuanya. Paling aku rindu, suara imam untuk solat Fajr iaitu subuh. Memang sangat mendayu2 suara beliau. Sebak rasa di dada.

Bermula dari pelawaan mak aku untuk temankan dia buat umrah.. Mulanya aku agak keberatan untuk setuju. Macam2 dalam kepala aku. Pikir banyak dosa, pikir pasal kerja. Macam2 la dalam fikiran untuk menidakkan pelawaan tu.

Dalam dekat2 minggu jugak la mak aku dok pujuk2. Itulah dia keje setan. Lama aku melayan bisikan si setan itu. Jahanam betul. Bila aku ingat2, aku pernah mimpi tengok Kaabah. Mungkin memang dah sampai waktu untuk aku pegi ke sana. Orang kata, hati dah sampai ke sana.

Dalam pada tu, pakcik aku selaku orang yang bawak jemaah umrah tanya aku kat kenduri kawin sepupu. "Ko jadi ke tak nak pergi?" Aku dengan secara otomatik jawab "jadi.." Dan deposit pun dibayar. Bila dapat resit pengesahan, hati makin meronta2 nak pergi. Sebak pun ada.

Emirates airline. Kl- dubai - jeddah. 27.2.2013.

Okey, sebelum pergi.. Ada kursus untuk jemaah umrah. Minggu pertama aku tak attend. Sebab ada majlis sikit kat. Aku attend minggu kedua. Segan rasa bila ada jemaah yang datang dari Melaka untuk attend kursus. Aku ni yang dari Klang pun liat nak attend. Dasarr..

Bila mutawwif buka mukadimah..

"Assalamualaikum kepada tetamu2 jemputan Allah.."

Aku terus mengalirkan air mata. Rasa sebak sangat. (Ni sebak gak ni). Tak tau kenapa. Mungkin sebab yelah, kita ni manusia biasa. Banyak buat salah, buat dosa. Dosa kat tuhan, dosa kat manusia. Alhamdulillah, masih sempat jadi jemputanNya.

Then dapat tau, jadual penerbangan dah berubah.
MAS - KL - Madinah.

Naik MAS. Syukur, rezeki jugak namanya tu. Chartered Flight.

Sejak dari tu, ngadap ipad pun agak susah. Mak aku dok bising suruh baca buku Amalan Umrah. "Ko tu, kalau ngadap komputer, berjam2 pun boleh. Kalau suruh belajar pasal umrah, kejap ke tutup buku". Sorok2 tau nak main game. Boleh?

Tup tap tup tap.. Hari yang ditunggu2 pun tiba. Rabu, 27hb Februari 2013. Berdebar rasa. Tak sabar pun ada. Gayat naik kapal terbang pun ada. Aku kan jakun.. 8 jam setengah tu ..

Aku terbang jam 12.30 tghr waktu sini. Nanti aku sambung citer lagi. Cerita tanpa gambar agak kurang best. Laptop takde, anak sedara guna. Terima la seadanya dulu ye.

Cerita seterusnya, inshaa Allah akan aku sertakan dengan gambar.

Masuk ni dah hari kelima balik sini. Tapi, luggage masih belum diclearkan lagi. Baju belum berlipat. Entah kenapa, Jetlag orang kata.

Haah, jetlag la sangat kann.. Dasar malas.


Sent from my iPad