KAWAN²

Tuesday, July 12, 2011

Aku yang Gayat..

Pastil.. pastil..

Orang sabah panggil karipap adalah pastil. Pelik kan?

Aku ni kan baru balik dari sabah. Pegi jumaat balik ahad. Aku kan tak suka naik kapal terbang. Aku kan gayat orangnya. Bawak kereta/naik kereta laju² sampai berpusing², aku tak gayat. Tah hape² tah kan..

Pegi aku naik flight pagi. Pilot adalah seorang lelaki yang bila buat pengumuman sepatah haram aku tak dengar. Apatah lagi nak paham. Mcm sengau pun ada. Bahasa Melayu pun aku tak paham bijik butirnya, apatah lagi bila dia cakap omputih. Lagi la aku tak paham.

Tah² dia kata "kapal terbang kita nak terhempas kejap lagi". Tapi aku tak dengar. Yelah, sebab dia kan cakap dalam suara yang kurang dipahami.

No! No! No! Suka sangat la nak terhempas kan..

Eh, bila dah dekat nak sampai kat Kota Kinabalu airport kan, dia buat kona baring tau. Siot punya pilot. Ingat tengah merempit ke nak kona baring ikut suka ati dia. Perut aku dah separuh keras dah. Tangan pegang seat depan kuat² sambil sebut. Ya Allah, Ya Allah. Selamatkan hambamu ini.

Bila tayar touch landasan pulak, meluncur laju macam orang lari pecut 100 meter. Kaki aku pulak feeling² macam tekan brek kereta. Boleh?

Eh, ntah² kan, ni pilot dalam praktikal training la. (pandai je aku buat andaian..)

Bila amik flight balik pulak..

Sebelum tu ada ada dengar berita kapal terbang terhempas sebab hujan lebat.

OH.. NO.. NO..

Trus aku mesej member sorang ni.

"Eh, balik KL boleh naik kereta tak"?

Member ni jawab, "boleh"

Aku kata lagi, "pinjam MPV u boleh? Banyak barang i nak bawak balik ni."

Masuk kapalterbang, tak lama lepas tu pengumuman nama pilot dan co-pilot.

Pilot adalah bernama NORASHIKIN..

Terus aku tanya anak sedara aku. Ada tak orang lelaki nama Norashikin? Dia kata,

Dia jawab, "TAKDE RASANYA.."

Rasanya??

Huarrghhhh!! Pilot perempuan.. Tidakkk!

Dalam hati berkata, mungkin ada lelaki nama Norashikin. Masih nak sedapkan hati. Maklumlah, jakun kan..

Tak lama lepas kapalterbang naik, pilot bernama Norashikin tu pun mengenalkan diri. Mengatakan yang beliau adalah pilot untuk penerbangan itu dibantu oleh pilot bernama Shahrul.

Dan beliau adalah bersuara PEREMPUAN. Ye, beliau adalah seorang PEREMPUAN.

Perut makin keras lepas aku dengar pengumuman tu. Tak lama lepas terbang 3500m di atas paras laut, dia umumkan lagi yang cuaca tak berapa nak elok sangat. Suruh pagi talipinggang keselamatan. Jangan masuk tandas buat sementara waktu.

(aku rasa time ni muka aku dah pucat lesi)

Mata pun tutup.. terus tertido. Dengar lagi pengumuman nak mendarat..

Dan..

Pendaratan adalah amat smooth. Lebih smooth dari flight pegi aritu. Tak baik la aku kan.. Rasa takut lebih² bila dengar pilot adalah seorang perempuan. Meh sini tampar aku sekali..

Patutnya aku bangga, seorang perempuan boleh bawak kapalterbang..

Aku hade?

Hadee.. takat bawak kereta kenari hade la..

Eh, apasal aku ni GAYAT sangat ye.. Ciss..

psstt: cerita bergambar di entry akan datang..