KAWAN²

Saturday, May 30, 2009

aku yang 'hot' sedang panas.


Panas terik. Masih rasa nyaman ku rasakan. Itu adalah fenomena biasa kebelakangan ni. Memandu di dalam keadaan panas terik tu mmg agak memeritkan. Kesabaran masih penuh dalam diri aku.

Tapi bila kawan yang berjanji nak jumpa.. Tak menunjukkan batang idung.. Memang amat mendidihkan darah aku. Dah membuak² dah didihan ni..

Di sini ingin aku tekankan.. dia yang nak jumpa aku. Dia tau.. Bukan aku yang nak jumpa dia.

Actually arini aku ada keje kat kolumpo. Pagi² aku dah keluar. Habis kerja je.. aku trus rushing balik klang mengenangkan ada janji dengan kawan. Janji pukul 2.. Aku tunggu.. Tunggu.

Bila aku kol dia.. Dia kata masih kat rumah. Suruh aku makan dulu.. Sementara tunggu dia datang. Aku ni dah la letih.. panas.. dan LAPAR. Aku ni kalau lapar..

Mmg la.. GgGGrrrr.!!

Errrmmm.. Untuk hilangkan ketensenan aku tadi..

Aku beli beg.

Beg lagik..

Dahlah.. aku nak mandi.. nak kasik sejuk..

Friday, May 29, 2009

Aku bersyukur..


Petang semalam jalan kat area ofis aku jem teruk dek kerana mereka berdua ni.



Kesian woo..
Dorang ni homeless.
Bapak dia dah tua.
Anak pompuan dia pulak terencat akal.

Ish.. sungguh sadis.

ps - sesungguhnya.. aku bersyukur walaupun aku takde kaya mana.. tapi aku ada tempat tinggal.

Mesin pun boleh MENIPU..


Aku tau.. adalah tak elok pagi² nak mencarut memaki.. Apatah lagi di pagi hari Jumaat dan aku memakai kebaya hari ini. Agak² korang la kan.. cantik tak aku pakai kebaya?

Cakap je la cantik.. Bukan mati pun..

Sila jangan maki aku di sini.. tak baik tau..




Ini adalah nota yang aku dapat kat mesin timbang berat malam tadi. Apakah maksud yang tersirat?

Aku tak perlu la tunjukkan kilogram berat badan aku ye. Sebab hasilnya adalah amat CILAKE. Ada ke patut berat aku kurang 4 kilo dari yang sepatutnya. Ni yang aku tak suka nih..

DAN.. AKU GELARKAN MESIN INI SEBAGAI ...

M.P.B.P.

"MESIN PENIMBANG BERAT PENIPU
"

Lebih baik aku timbang guna penimbang durian BAPAK aku.


Ada sesapa boleh tolong timbangkan berat aku tak??



Thursday, May 28, 2009

Banyak² entry.. aku paling suka entry yang ni..

Dah lama aku tunggu saat ni.


Tunggu..

tunggu..

dan tunggu..

baru jadi kenyataan..



Aku tak sabar nak bagi perkabaran gembira ni kat korang..


YANG...





Berat badan aku dah naik 1.5 kilo.


Yieehaaaa...!!!



ps - eh, aku belum gi cucuk duit lagi rupa²nya.




Wednesday, May 27, 2009

Aku sebilik dengan manusia pelik.



Hari pendaftaran masuk pelajar semesta 4. Aku cepat2 meninjau senarai nama pelajar dengan bilik dan blok yang telah ditetapkan oleh kolej. Berdebar2 rasanya.. Siapakah yang bakal tidur sebilik tapi bukan sekatil dengan aku?

Tak pernah pun aku terpikir yang aku akan sebilik dengan Salmi. Malah aku cuba elakkan dari dapat sebilik dengan dia. Kenapa dengan Salmi?

Salmi seorang pelajar kejuruteraan awam yang teramat sempoi. Hari pertama masuk asrama, beliau dihantar menaiki motosikal oleh abg beliau.. Sila jangan tekankan bab motor, aku tekankan di sini bahawa.. Salmi daftar masuk asrama dengan HANYA membawa sebijik beg.

Aku? Aku pelajar seksitari. Hmm.. sendiri mau paham. Barang aku seorang sahaja.. penuh satu bonet kereta. Baju, kasut, barang2 keperluan diri yang lain ++++ Sila bayangkan la ye... Kasut aku.. kasut aku..

Enam bulan sebilik dengan beliau, aku kira hanya lebih kurang 10 kali je kitorang bercakap. Beliau teramat pendiam dan aku kira beliau juga adalah seorang yang pelik.

Salah satu sikap dia adalah dia teramat liat bangun pagi. Atau mungkinkah gegendang telinga dia telah rosak? Kenapa? Salmi tetap tak bergerak..walaupun jam loceng tu dah jerit² memaki hamun suruh bangun.. dia still zzzzz macam kerbau. Mungkin sistem pendengaran mmg ada technical problem. (itu cuma aku punya assumption)

Aku ingat lagi, dia balik kampung.. dia ada bawakkan aku mangga. Tapi kan, dia bagi aku 2 biji mangga dengan nota di tepinya "noni, makan mangga ni". Ish, tak boleh ke cakap sendiri selain tinggalkan nota? Berat sangat ke nak buka mulut tu. Ahh.. makan je.. orang dah kasik kan??

Rutin harian dia cuma pegi kuliah, malam pulak masuk bengkel. Aku pegi kelas dia belum bangun, dia balik bengkel pulak.. aku dah tido. Camtu lah kehidupan kami selama 6 bulan. Jarang bersua muka.

Apa yang aku rasa, salmi amat membataskan perbualan antara dia dengan aku. Dia mcm sengaja mencipta jurang. Dia nak cipta jurang? Aku cipta laut dalam. Hahaa.. apa aku kesah??

Sedih juga bila diingatkan.. bila hari terakhir kami kat asrama.. kami tak sempat say goodbye. Dah duduk sama enam bulan, tapi takde kata² penutup semester. Berpisah macam tu je.

Harap² nanti aku ditemukan dengan dia di satu masa. Tapi tak tau kat mana la kan..

Eceh.. macam la aku ingat lagi muka dia tu. Wahahaa.. bukan apa, dia selalu tido ngadap dinding. Nak suruh dinding ingat muka dia ko. Cehh.. tak baik la aku nih.


ps - mungkin faktor perbezaan kursus kami membataskan segalanya.. mungkinkah?? persetankan je lah..




Tuesday, May 26, 2009

Hari² pakai seluar pegi keje.. ada banyak kelebihannya..

"Sebenarnyakan.. aku nak beli wallet baru aritu.. tapi memandangkan wallet aku masih elok lagi, and takde koyak pun.. aku hapuskan niat aku tu. Aku rendam and cuci wallet tu.. at last, nampak baru tau.."

itulah kata² dari aku.

"baguslah macam tu.. macam tak percaya je ko boleh cakap and buat benda tu.. at least ko masih boleh berjimat."

ini jawapan balas dari opismate aku.

Itulah perbualan aku sebelum lunch tadi sambil tangan buka wallet, amik duit and kad atm lalu memasukkannya ke dalam poket seluar. Aku adalah amat jarang sekali memakai baju kurung. Sebab aku suka simpan duit dalam poket seluar.


Hari ini adalah hari gaji. yeayyy!!

Lepas makan, aku menuju ke bank. Nak cucuk duit. lalalaaa..

Poket diraba, kad dikeluarkan..

Aku berbisik kat opismate aku.. "babiiii..."

"Ko ni kenapa?" dia soal aku balik.



"Aku bawak mykad.. bukan kad atm.."


Siall..


ps - sila beri kesimpulan atas cerita di atas.


Aku terpaksa menunjuk..

Ni ada kengkawan tak percaya aku gi sale haritu.

Katanya lagi:
'Adat berblog haruslah disertakan dengan gambar sebagai bukti.'

Nyampah..

Ha, tengok sini hasil sopingan aku aritu.


Ini adalah henbeg.


Ini adalah beg mekap.

Ha, tengok ler gambar² di atas ni sebagai bukti yang aku pegi menyopping aritu.

ps - dua² lom guna lagi..



Monday, May 25, 2009

TV pun boleh menambahkan dosa aku..

Aku ni teramat lah jarang tengok tv. Sejak dua menjak ni .. sejak remote astro aku rosak. Malas nak tukar channel secara manual. Nak beli remote baru.. mahei giler.. RM9.90 tu mahal tau bagi aku..

Semalam aku tertengok la astro citer jangan lupa lirik. Alang2 dah on channel tu.. Tengok je la.. Tak kuasa aku nak tertonggeng2 tukar channel lain. Silap tonggeng karang, tergolek aku.. dah patah riuk tulang aku nih. Layan je lah citer tu.

Tup2 aku tengok peserta dia, tah hape ke nama dia tu, EL tah L.Alahai.. Terkepit-kepit.. terkedip-kedip.. cett.. Tergelek-gelek.. Eiii.. Gedik sungguh.. Gelik mak tengok nok!!

Eh, apasal aku cakap camtu? Huupppp!!! (tarik balik..)

Kalaupun ko tak reti menyanyi.. Kalaupun suara ko tak sedap.. itu semua tak apa..

Tapi kalau suara ko sengau.. tolonglah nyanyi dalam bilik air rumah ko je!

Takyah la masuk tv.. Satu malaysia dengar weehhh!!..

Keadaan menonton makin parah bila din beramboi dijemput hadir jadi talian nyawa. Merepek tak tentu hala.. Talian mati adalah.. Papetah..

Baik aku tido.. Zzzzz..

ps - suara aku pun tak brapa nak sedap sangat.. tapi aku tak sengauuu.



Saturday, May 23, 2009

Penyakit kronik aku.. tak perlu penawar.. Perlu penampar je..

Fuh.. akhirnya dapat gi fj benjamin warehouse sale kat centro. Semalam aku kata aku tak gaji lagi kan? aku takde duit kan? tau tak mana aku dapat duit? ahaaa.. aku jumpa kat celah ketiak. tak percaya? sukati korang ler..

Soping tu pun salah satu terapi untuk aku. Hati rasa bahagia.. hilang rasa duka lara.. (lara sangat la tu..)

Korang tau tak? Degupan jantung aku dah berdetak² dengan laju sejak petang jumaat bila aku lalu depan centro tu dan terpandang pompan² dok kepit beg plastik kaler biru hasil sopingan dorang.

Adoila.. Jiwa meronta² tak sabar. Teruk betul la penyakit aku ni..

Itulah penyakit kronik yang aku hidapi sejak dari dulu lagi. Tak boleh nak sembuh. Eleh, camne nak sembuh kalau tak cuba cari penawar? Takyah cari penawar.. Kasik penampar je..

Aku ni jenis kalau nakkan sesuatu.. aku terus je beli. Aku bukan jenis yang simpan sikit².. dah cukup duit.. lepas tu baru beli. Oh..no.. no.. no.. itu bukan aku.

Kebarangkalian untuk aku mengalami kesesakan dompet selepas ini, adalah agak tinggi.. Takpelah.. janji hati aku puas..

Eh, lupa nak bagitau.. Soping tadi aku berjaya memperdaya diri aku membeli sebijik henbeg dan sebijik make-up pouch. Hahaa.. perdaya pala otak kau..

ps - esok rasa cam nak pegi lagi.. rasa berkenan ngan satu kemeja tu.



Friday, May 22, 2009

Sudah² la.. asik nak menyopping saje ko ni pinkiss..


Aku tensen..

Kenapa aku tensen?
Harini baru 22hb.
Aku belum gaji lagi.

Kenapa aku tensen.
Adakah sebab belum gaji?
Itulah adalah 50% daripadanya.

Dan selebih 50% adalah sebab..

ESOK ADA FJ BENJAMIN WAREHOUSE SALE.


UWARRRRGGGHHHH.. Macam takleh pegi je nih..

Mana nak cari $$$ ni?
Kat semua celah² aku dah tengok.
Tapi macam dah takde je..

ADOILAA.. PENING DAH PALA NIH..

itulah sebabnya aku tetiba rasa diserang migrain. sekian..

Aku bukan poyo, cuma nak poya² je..

Sementara aku masih ada kesabaran ni, aku cuba untuk tidak mengurut dan mengutil. Jadi aku cuba untuk memblog di pagi hari.

Yeayyy!!
Hari ni haji jumaat.
today is friday.
innike veli kilammay.
iki dhino dhino jemuah.

Hari last untuk keje untuk minggu ni. Hahahaa.. Esok takyah keje.

Esok bukan untuk tido. Aku takmo tido je. Nanti jantung lemah. Nanti cepat mati. Aku belom kawin lagi..

Esok hari untuk berpoya². Hahaaa.. Dengan sapakah aku akan berpoya²?

Adakah dengan si buaya?
Adakah dengan kawan² kerja?
Atau dengan keluarga?

Tunggu je..

ps - ada kawan jemput majlis cukur jambul anak dia. kebetulan time sama ngan time poya² aku tu. camne eh..




Thursday, May 21, 2009

Blogspot atau akukah yang meroyan??

Dah 2 hari aku dok urut² tetek aku ni. Nak kasik bersabar.

Apasal? Korang ingat aku nak melucah la?? (sebenarnya.. ada sikit niat tuh..)

Aku rasa blogspot lately slow gile. Nak loading page je amik masa lama sangat. Header je aku boleh tengok. Yang selebihnya.. tunggu la sambil kutil² jerawat kat dagu ni.

Itulah salah satu sebab aku kurang post entry. Nak sign in account pun .. Issh.. lama gile! Aku ni dahla kurang kesabaran dalam diri.

Gile punya blogspot.

APSAL LA KO SLOW SANGAT SEKARANG NI??

Satu lagi.. bila dok baca entry kengkawan. Pala otak dah ada idea nak mengomen. Alih² bila dah post komen.. kena tunggu lagi.. kena kutil jerawat lagik.. Abis la camni.

Rasa tak puas hati pulak bila dah lawat blog kengkawan.. tak tinggal komen. Bukan taknak, tapi kesabaran agak kurang dalam diri. Letih dah tangan kiri ni dok urut² tetek.

Kang bukan membesar dah, makin mengemek pulak.

Dah.. kurang keseksian aku. Seksi ke?

Kepada kengkawan yang perasan aku enter masuk kat blog korang, sori la eh. Bukan taknak letak komen.. tapi malas nak tunggu msg 'waiting from blogger..com'.


ps -arini aku diserang SENGGUGUT. Jaga ko kedai dobi!



Wednesday, May 20, 2009

Cucian kering berformula MATEMATIK..


Aku dapat sms dari anak buah aku, Gina. Dia kata baju tunang dia rosak.

Hmm.. kedai dobi mmg kadang² cam cilake. Dan bukan kadang², tapi biasanya cilake tu memang berpihak kat dorang.

Gina kata baju dia dah rosak amat. Kain yang panjang meleret tu dah mengecut atas buku lali. Baju yang ukuran panjang ke bawah lutut dah mengensot dan mengecut ke paras atas lutut. Gonjeng amat kat bunyinya? Ini bukan zaman diskang lagik ler.

Budak dobi tu kata dia buat cuci kering. Tapi memandangkan kain tu dah mengecut dan mengensot, ini bermakna mereka cuci guna air. Dah jadi cuci basah. Lepas tu pulak dorang kata dorang bukan antar kat tempat lain, tapi dorang dah ada mesin sendiri dengan cara dan formula baru untuk cucian kering.

Formula matematik agaknya yang dorang guna..

Gina ni bukan pemarah orangnya.. Cuba bayangkan, kalau pun korang bukan jenis pemarah, tapi kalau dah jadi camni.. sendiri mau hengat la kan? Takkan nak kata "er, takpelah.. benda dah jadi.. nak buat camne?"

Dia pun dah naik tanduk la jugak. Kalau aku.. hmm..

Weh.. baju tu bukan 20-30 ringgit tau. Tu baju tunang.. sendiri mau hengat la kan?? Ingatkan baju tu boleh la guna untuk raya nanti. Tapi dah jadi macam ni..

Disebabkan dia teramat bengang, dia terus ambik baju tu dan blah. Tapi, dia dah pesan kat kawan dia, yang dia akan KEMBALI esok hari untuk jumpa BIG BOS dorang dan tuntut gantirugi.

Tunggu la korang eh.. Aku akan join Gina esok.

Wahahahaaa! Tanduk aku dah mula bercambah 1 inci.


PS - adoila .. baru aku teringat.. aku ada 2 pasang baju kat sana lom ambik lagi. Cuci kering gak.. HABISSS LAH..




Tuesday, May 19, 2009

Meeting Hari Isnin @ 2.30 ptg



Hari Jumaat 15/5/09:
Bos : Saya ada meeting 18 haribulan. Remind saya 17 haribulan. Folder ni tolong siapkan. Tak urgent. U can take your time.
Aku : Diam (sambil berfikir..) 'pala otak dia tak urgent'. Satu tahun punya record aku kena siapkan.

Hari Ahad 17/5/09 :
Aku : Antar sms - Sir, tomorrow meeting at 2.30 pm.
Bos : Ok.
Aku : Jahanam.. pendek betul reply dia.

Sila ambil nota ye.. Hari ahad petang aku bertungkus lumus siapkan menda alah kat atas tuh.

Isnin 18/5/09 - 10 pagi
Aku : Bos, meeting hari ni pukul 2.30. U kena sign dokumen.
Bos : Ok, am otw to office.

At last dia suruh aku yang sign. Sengal.. Malas la tuh..

Pukul 11.00 dia datang dengan kengkawan dia. Borak.. borak.. borak.. ketawa.. ketawa.. ketawa.. (Sambil dia borak² tu.. aku masukkan folder dalam briefcase dia dan kompom kat dia semua dah siap dalam tuh)

Pukul 1.30, aku remind dia sekali lagi. Dia buat muka malas je sambil mengeluh kecil.

"Huhhh.. malas nak pergi.."

Tiba²..


"Noni.. mana folder tadi?"

"Ada dalam beg tu.." sambil aku tunjuk kat briefcase dia.

Buka.. check.. tengok.. selak.. memang takde. Cettt.. sah nyanyuk bos aku nih. Rupanya folder tadi dia gatal tangan dah keluarkan pastu dah 'terkasik' kat kawan dia tadi tu..

Pukul 1.45..
"Bos, dah pukul 1.45. Meeting pukul 2.30."

Dia masih duduk lagi baca paper.

Pukul 2.15..
Aku : Bos, dah pukul 2.15."
Bos : Ha, sekarang saya keluar.


SILA AMBIL PERHATIAN. MEETING BOS AKU TU KAT PUTRAJAYA. DAN BUKAN KAT SEBERANG JALAN.


ps - memang pening ngan pe'el bos.

<

Monday, May 18, 2009

Sila beli cermin.. lihatlah wajah anda..

Dimulakan dengan rasa MENYAMPAH..

Kepada jurujual. Tak kira la anda jual barang apa. Sila pastikan yang diri anda @ tubuh badan anda bertepatan dan menepati specifikasi produk yang anda dok promote kan eh..

Ada sorang ni dia jual krim anti mata lebam. TapI mata dia.. mak aiii!! Lebam.. macam kena penumbuk. Kalah mata bapak panda. Sibuk nak suruh aku beli krim tu. Weh, mata aku tak lebam la. Ni sebab aku tak tidur 3 hari 3 malam. Cettt!!

Pastu tak lupa juga promoter untuk skin care. Sibuk suruh aku pakai produk dia. Tapi masyaallah.. Aku rasa kulit aku lebih elok dari kulit dia. Cilake betul. Mentang² la pipi aku tengah tumbuh jerawat gatal tengah asik masyuk bercenta. Sibuk nak suruh aku pakai produk dia. Cisss.. Bedebah sungguh.

Macam² la jenis promoter yang aku jumpa. Sibuk promote barang. Tapi.. Adoila.. rupa paras dorang tu yg menyebabkan takde pelanggan nak beli. Apatah lagi kena pelanggan cam aku.

Siap aku pesan kat dorang ;

"sila cerminkan rupa anda sebelum suruh saya mencuba ye.. sekian.."

Tapi kan, selama aku hidup ni.. tak pernah pun ada orang approach aku and promote produk slimming.

Apasal eh??

Aku dah bukan slim lagi..

Aku kurus LAH..





Friday, May 15, 2009

Adakah sebab aku pakai baju kurung??


Arini pakai baju kurung. Takde kena mengena dengan cerita ni.

Tumpuan diberikan kepada pemanduan pagi ni. Sambil tu tangan kiri aku meraba². Raba dan raba dan raba lagi. Tersentuh sesuatu.. Bukan ini. Raba lagi.. Tersentuh lagi.. Hmm.. Bukan ini..

Rasa tak puas hati, ko toleh ke kiri. Kali ni ku raba² sambil melihat dengan sebelah mata sambil sebelah lagi bagi tumpuan kat pemanduan. Apasal sebelah mata je? Korang teringin tengok aku langgar pokok ke? Dah taknak baca blog aku lagi dah??

Tapi benda yg aku cari² tu masih belum ditemui.


Dan aku mula menyedari..

BAHAWA..



AKU TAK BAWAK HENPON.. HENPON KAT ATAS KATIL !!!..

MENCIK...

Eh, rasa macam aku pernah tinggal henpon sebelum ni..

ps - kalau sesiapa kol atau sms takde reply.. sila jangan salahkan aku.


Thursday, May 14, 2009

Eii.. Ko ingat kau pembersih.. Tapi bagi aku ko amat Kemproh..


Aku mulakan dengan memberi definisi kemproh.

Kemproh adalah KOTOR atau PENGOTOR.

Ada sorang minah ni. Sama tempat keje ngan aku. Dia kata waktu dia habiskan untuk mandi adalah selama 40 minit hingga 1 jam. Aku bayangkan, dia kena bangun awal² pagi sebab nak duduk dalam bilik air sebelum bersiap pegi keje. 1 jam.. hmm.. adalah jangka waktu yg agak lama bagi aku untuk mandi waktu pagi. Takde keje aku nak duduk kat dalam bilik air lama².. Kembang karang..

Bila kat ofis.. Bila dia masuk tandas.. Adoila.. punya la lama. Cuci sampai 30 cm ke dalam la kot.. Dahla dia pegi lock pintu utama tandas tu. Macam la dia nak guna dua² tandas tu. Ceh.. Aku yang menunggu tu.. Hmm.. sampai dok terkepit² kat tepi pintu. Adalah teramat babi ye tuan² dan puan²..

Bila dah selesai.. Ha kau! habis tisu satu roll dia blasah. Gulung.. gulung.. gulung.. Lap.. lap.. lap.. Sampai takde setetek pun air berbaki kat tangan ngan kaki dia tu. Sabar je aku tgk. Kalau la a 10 roll tisu tandas, aku rasa dia sorang je guna 6 roll.

CERITA DI ATAS MELAMBANGKAN YANG DIA TU PEMBERSIH KAN??

KITA IKUTI KISAH SELANJUTNYA..

Dia ni kerap diserang masalah selesema dan batuk. Sikit² selesema.. sikit² batuk.. Mungkin dia kekurangan vitamin C. Tapi, aku tak berapa nak pasti. Sebab profession aku bukan Doktor. Aku adalah seorang Seksitari.

Okeylah.. takpelah.. Dah selesema.. Nak buat camne..

Tapi bila hidung dia tu tengah dok beringus.. Dia tak tau pegi buang hingus tu kat tempat sepatutnya. Dia dengan selambanya akan ambil tisu ..

dan..

Huhh.. huhh.. Prettt.. Preeetttt.. (sound effect disertakan di sini..)

Dengan selambanya dia membuang hingus dia tu kat tempat duduk dia. Cett.. Aku yang terdengar dan mendengar rasa amat jelek..jijik.. rasa loya.. dan rasa yang amat JAHANAM.

Malu la sikit wehh!! Kalau aku la kan.. Aku akan rasa amat malu bila orang terdengar aku tengah buang menda alah tu. Aku takut.. Aku takut orang akan anggap aku tak jaga kesihatan..

Puas dah aku bagi teguran kat dia.. tapi tak diendahkan langsung. Eii.. aku ni kalau boleh taknak lalu kat kawasan liputan dia. Eeii.. Takut.. ada banyak VIRUS.

Time tulah aku rasa aku nak letak perisai atau penghadang kat sekeliling aku biar terhindar dari terkena VIRUS dia.

Tapi kan.. badan aku ni ANTIBODI kuat tau..




Wednesday, May 13, 2009

Tak semudah kau sangka..


Siapa sangka, zaman sekarang ni masih ada kanak² yang memahami erti keperitan hidup. Untuk mencari sumber rezeki bagi membantu menampung keperluan sekeluarga.

Dengan berbekalkan sepasang kaki dia melangkah lewat sempadan setinggan tempatnya sekeluarga berteduh, menuju ke kawasan perumahan yang boleh dikatakan agak berada.

Mengusung sebungkus plastik bersaiz ukuran hampir sama dengannya.. Plastik yang penuh dengan bungkus²an laksa, dia menjaja ke seluruh kawasan perumahan itu.

Hari makin lewat, hanya 7 bungkusan laksa berjaya dijual olehnya. Maksudnya, masih ada lagi 7 berbaki di dalam plastik yang harus ada pembeli.

Kaki melangkah lagi, tanpa disedari.. Dia terjatuh dek kerana selipar yang dipakainya itu telah haus lalu tergelincir di kawasan rumput. Oh! sebungkus laksa telah jatuh lalu pecah.

Maka, dia telah rugi RM2 untuk bungkusan yang pecah itu. Itulah jumlah upah yang diberi oleh ibunya untuk belanja sekolah untuk 2 hari yg akan datang.

Hari semakin senja.. Masih berbaki 6 bungkus belum dijual. Dia melangkah lagi ke satu rumah ke satu rumah dengan harapan akan terjual lagi baki bungkusan yang tinggal.

Tiba² dia terdengar bunyi anjing menyalak di belakangnya. Anjing itu tanpa semena² mengejar dia. Dia pun berlari untuk menyelamatkan diri dari diserang oleh anjing (tak pasti ada kurap atau tak) itu.

"Mungkin, setakat ini sahaja rezeki untuk hari ni." Katanya dalam hati.

Dia pun berjalan pulang ke rumah tatkala rakan seusianya melangkah pulang setelah habis sesi sekolah agama.

Keluarganya tak mampu untuk membayar yuran sekolah agama untuknya.



Itulah realiti kehidupan..

Bila kita senang, jangan lupa ada insan lain yang memerlukan..



ps - aku agak emo..

Sunday, May 10, 2009

Baby oh Baby..

Selamat hari ibu. Harini, kitorang beli sebijik kek.. pastu masak dan makan lunch sefamily. Tu je.. simple tapi sweet.

Ni cerita baby anak buah aku. Baby ni aku penah citer dulu kat satu entry aku. Hmm.. korang cari ler sendiri eh entry tu. Puas aku klik satu2 tapi tak hengat tajuk mana satu. I'm sorry..

Seminggu sebelum Hari Ibu, Baby dah siapkan satu kad ucapan untuk ibu tersayang iaitu kakak ipar aku. Kakak ipar aku pun apa lagi.. Terharu dengan pemberian kad itu.

Lalu dia pun buka kad itu..

Ucapan yang ditulis sendiri oleh Baby dan berbunyi begini..

"IBU, BELIKAN LAPEK BUKU"

Hahahaaa..


Eh, aku dah jumpa entry pasal baby tu.. ----> KLIK



Thursday, May 7, 2009

Tersalah sangka.. tapi tak mengapa.


Kakak aku ada kawan. Dia tinggal kat sungai besar. Bila nak buat lawatan sambil mencekik buah mangga, haruslah ajak sepupu aku tu. Sebab time tu dia je yang boleh drive. So, kitorang suruh dia drivekan kitorang gi sana. Kakak aku time tu masih jakun tak tau drive lagik.

Aku? aku time tu kecik lagi. Baru lepas baligh. So, pikiran untuk memandu kereta belum sampai lagi kat kotak kepala otak aku ni.

Hari yang ditetapkan pun tiba. Pinjam keta abg aku.

Kira² 1/2 jam perjalanan, tiba² kakak aku bertempik.

Berhenti²..!!

Sepupu aku amat terpinga² dah berhenti di bahu jalan.

"Ada kura² kat tengah jalan tu!.. Karang kena langgar pulak.. sian dia!"

Kakak aku buka pintu lalu lari cepat² utk mendapatkan kura² itu dan menyelamatkannya dari kena langgar konon²nya.


AKAN TETAPI!!!


Kura² yang ingin diselamatkan itu rupa²nya adalah..


TAHI LEMBU...





kalau korang nak tiru aksi ni.. sukati korang la. janji jangan makan tahi lembu sudah..


ps - ada budak lelaki tu siap tegur.."tahi lembu tu nak dialihkan ke mana kak??"



Wednesday, May 6, 2009

Bukan seluar kecik la..



Minggu lepas, minggu yang teramat sibuk. Dan.. sampai ke hari ni memang aku teramat sibuk. Bila dah sibuk, badan pun cepat letih. Balik rumah, dah letih.. Nak lipat baju, susun dalam almari, mmg langsung tak sempat.

Sudahnya, ada 3 barisan baju berlipat telah dan elok bersusun di lantai. So, dengan kesempatan cuti yang ada.. Aku cuba clearkan barisan itu. Sambil2 tu, keluarkan mana2 pakaian yang aku dah tak guna.. Yang dok menyemak dalam almari.

Susun atur balik.. Dah macam rojak dah aku tengok. Main tarik keluar je tiap kali nak guna.. ada yang terjelir, ada yang tergulung.. Macam2 rupa dah susunan pakaian aku.

Itu di bahagian atas - baju2an.

Cangkung lalu duduk.. kita ke bahagian bawah sekali iaitu bahagian seluar. Ha, Seluar panjang eh.. Seluar kecik kat laci sebelah. Huh! belek2 dan terai2.. Banyak yang dah kecik rupanya seluar aku ni semua. Almaklumla.. aku ni bersaiz M (untuk lower part eh.. upper part tu S je)

Eceh.. perasan dah berisi la tu! Harus la ada perasaan itu. Nak sedapkan hati sendiri la katakan.. Eh, betul apa.. Sekarang ni, seluar panjang yang bersaiz L aku dah boleh pakai tau. Adakah ini bermakna bahagian punggung aku dah makin membesar???

Sebenarnyakan.. niat hati aku nak siarkan gambar2 sekitar pengemasan almari. tapi.. karang aku tunjuk bahagian tshirt dan bahagian seluar panjang.. kang ada pulak yang nak tengok bahagian baju kecik n seluar kecik pulak.. ish.. tak jadi la.

ps - cuba buka almari korang..


Tuesday, May 5, 2009

Betul-betul punya..

Harini aku terima ni.


Hampir separuh hari aku simpan bungkusan ni. Aku letak kat tepi meja aku. Hati tak sabar nak nak buka bungkusan ni. Walaupun aku dah tau apa isi kandungan.. Tapi rasa tak sabar tu tetap ada. Apa la punya bos aku.. Lepak lama pulak dia harini kat ofis.. Nak buka bungkusan ni pun tak senang.



Taraaa..!! inilah dia isi kandungan bungkusan pos ekpress tu. Empat bungkus jajan sotong.

Mula-mula aku ingat dia gurau2 je nak antar jajan sotong ni kat aku. Rupanya dia betul2 hantar. Tenkiu sesangat tau..

Hahahaa! Jangan jeles tau.

Nak tau sapa yang bermurah hati menghantar jajan ni??

Beliau adalah MR. GULI. Jajan ni dibeli oleh beliau time beliau gi mencandat sotong.

ps - sambil menaip entry sambil makan sotong. err.. ada sesapa nak ke? ahahaa.. tak boleh..


Monday, May 4, 2009

Mari Kita Lihat Hasilnya..

Apa la dorang ingat aku ni frust tertonggeng sebab secara tiba-tiba aku nak potong rambut.

Ye, memang perasaan tiba-tiba tu datang secara tiba-tiba. Hahaha.. Tapi bukan sebab aku frust ke hape ke. Okey? Aku di dalam keadaan mood calm eh..

Pada firasat aku, aku memang tak boleh berambut panjang lebih dari bahu. Mula la pala rasa berat, rasa serabut. Cepat pening, dan macam-macam rasa yang kurang enak.


Saat rambut aku kena uli. Mamat ni comel gak.. Tapi macam lembut je.. Out la!


Pandangan dari belakang. Jangan lak ada sesapa rasa nak cucuk paku kat tengkuk ni..

Ahhhh.. pala aku rasa ringan dah.

Satu lagi masalah.. Takut nak tido. Kang rambut rosak. Lalalaaa..




Selamat Tinggal..


Selamat tinggal rambutku.
Akan ku potong dikau wahai rambut.


Friday, May 1, 2009

Bila Hati Berkata..


Bila hati sering disakiti..

Bila kasih tetap di hati

Bila hati sudah benci..

Akan ku simpan sampai mati..



- awan kelabu sedang berarak -