KAWAN²

Thursday, April 30, 2009

Cuti..



Lambatnya nak tunggu petang.

Tak sabar nak tunggu hari esok..
Tak payah gi keje.

Boleh duduk rumah..
memasak
makan

dan

paling besh..

TIDUR..

TIDUR..

TIDUR..

ps - korang lak buat apa minggu ni?




Wednesday, April 29, 2009

Susulan dari cerita aku memasak dengan berkemban


tett teett.. tet teett.. mesej henfon aku berbunyi.

Mesej berbunyi begini:
"Oi.. tengah masak sambil berkemban ke tu???"

Aku balas begini:
"Taklah.. arini i masak sambil berbogel.."

Dia balas lagi:
"Jangan la.. i tengah mengilai macam ponti kat sini.."

Aku balas begini:
"Takpe.. u ponti naik sibik.. bukan ponti terbang.. Argghh!.. meremang 'bulu' i.."


Hahahaaa..

Padahal ketika itu aku tengah tunggu kereta tengah dicuci.

Gantung Leher..


Ku lihat lenggok pinggulmu..
Mengalahkan lenggok pinggulku..

Ku lihat mekapmu..
Mengalahkan mekap di wajahku..

Ku lihat lagak seksimu..
Mengalahkan aku yang sememangnya seksi

Ku lihat pakaianmu..
Aku pun tak pakai macam tu..

Kau memakai baju off shoulder..
Dipadankan dengan halter neck..
Lalu buah dadamu tersembul keluar..


DAN..

Kau adalah seorang lelaki.. Uweekkkk!! '

Nak muntah aku tengok.. Kulit dah la hitam.. berkeladak.. berkarat..

Ada hati nak jadi pompuan..

Monday, April 27, 2009

Memasaklah dengan senonoh..


Yeah! it's my turn today.

Turn apa? Turn memasak untuk makan malam la.

Apa la pulak nak aku masak malam ni..

Pegi dapur.. Buka ais box. Peti ais la. Oh! sayur kobis semalam yang dah siap dipotong masih ada belen. Masak kobis lah..

Sebelum tu.. Jenguk bilik mak aku. Oh.. mak sedang baring sambil mata macam dah nak lelap. Mgkan masih keletihan selepas majlis semalam. Sian dia..

Biarkan dia.. Nanti karang lepas aku siap masak.. Akanku kejutkan dia untuk makan malam.

Semua telah siap aku sediakan. Sedang aku memasak sayur itu. Tiba-tiba..

"Ya Allah.. Cuba la senonoh sikit perangai tu.."

Suara mak aku kedengaran.. Lebih nyaring dari suara si linda jasmine tu.

"Oh mak kau tekejut aku.." Aku ingatkan dia dah menidurkan diri..

Kenapa dia kata aku tak senonoh?

Aku memasak dengan hanya berkemban.

Lalalalalaaaarriiikkk!


ps - sila jangan bayangkan rupa paras aku waktu itu. (ha.. tengah bayangkan la tuh..) Sukati lah..

sekali salah masuk la pulak..

Hahahaaa.. kasik aku ketawa dulu. Sebab aku rasa kelakar.

Traffic Light kat pekan tempat aku memang selalu cam cilake.. Selalu je tak berfungsi. Kalau perjalanan aku tu memerlukan aku terus, itu tak jadi masalah. Sebab dah memang jalan lurus tu jalan aku.. apa nak nak susah? Terus je lah..

Mana² yg keluar dari simpang tu.. Bawak² la berhenti ye. Sila berhenti, dan beri laluan kepada cik pinkiss.

Malangnya.. aku perlu membelok ke kanan. Jadi.. aku perlu beri laluan kepada pemandu di jalan lurus. Arrgghh.. menci betul.

Depan bertentangan dengan aku, ada lori besar. Kelihatan agak memecut. Aku harus pecut untuk membelok ke kanan. Ye.. aku berjaya memecut lalu membelok sebelum lori besar itu sampai. Yeay!

Tiba² aku rasa ada kereta memberi aku lampu sambil membunyikan hon..

Korang tau kenapa???








Aku telah memasuki lorong bertentangan. Kereta aku telah bergerak dan MELAWAN arus.

Untuk mengelakkan dari dimaki hamun, dicaci cacai.. aku paksa diri aku untuk keluarkan tangan lalu membuat tanda 'keamanan'. Panik weh time tuh.. Apa kena tah dengan aku aritu..

Sila bayangkan keadaan itu..


Mimpi itu kadangkala amat indah..


Malam tadi aku mimpikan dia..
Mimpi yang amat Indah..
Lalu aku terjaga..

Aku sambung tidur lagi..
Mimpikan dia lagi..
Dan..
Mimpi yang lebih indah..

Hari ini aku pegi kerja..
Dengan mood yang amat baik..
Tak seperti hari² Isnin lalu yang terlalu blues, terlalu moody dan.. dan..

Harini muka aku lebih pinkiss. (sebab taruk extra blusher..)

ps - sakit mulut ni.. sebab asik senyum je..



Friday, April 24, 2009

Tak tertahan sudah.. tahan la sikit..

Tak lucah kan bunyi tajuk tu? Ha? Lucah..?? sukati la.. Korang memang otak kuning.

Dulu aku penah terkencing.. Bukan sebab aku dah nyanyuk.. (pangg! muka korang in advance..) Sapa suruh pikir aku ni nyanyuk?

Tapi sebab keta buruk aku dulu rosak dan berasap kat port klang. Kat kawasan perindustrian. Mana ada tandas weh kat tepi jalan.. Goblog la tuh.. Yang ada cuma pokok bunya raya kat tepi jalan.. Takkan aku nak cangkung.. kang ada yang ikut kat belakang tu. Pelangkung karang!

Kereta dah berasap. Aku cuma bediri tepi keta. Orang lalu lalang bukan nak tanya kenapa ke, nak bantu ke... Tapi tunjuk sign mintak no talipon. Pigidah! Tak gentleman langsuang. Aku benci mengurat cara itu. Dah lapuk..

Tak lama lepas tu.. abang ipar aku datang.. Dia suruh aku amik keta dia.. bawak balik rumah. Dia kata.. "kalau awak nak kencing dalam keta.. kencinglah.." hmm.. baguskan abg ipar aku?

Takkan la aku nak kencing dalam keta.. melampau la camtu.. Tak pasal² kena tukar seat baru.

Cilake..! Ada keretapi bawak barang pulak nak lintas time aku nak terpiss nih.. Dah la dia bawak dalam 20 bijik kontena. Aku siap kira satu persatu kontena tu sambil menahan gelodak empangan yang bakal pecah.

Babi! banyak la pulak traffic lite kat port klang nih. Setelah melepasi 4 trafic lite yang 2 daripadanya berwarna merah.. Aku berhenti di stesen minyak berlogo kerang. Rasa nak lompat je dari tingkap.. lalu terbang masuk ke tandas. Ceh.. macam pontianak pulak..

Lariikkk!!! masuk tandas..

Tapi.. aku tak sempat.. aku dah terpiss dalam seluar.. Huhu.. dah basah.. Aku cuci apa yang patut, lalu teruskan perjalanan ke rumah kakak aku dalam keadaan hancing! Cett.. sila abaikan rasa bauan hancing itu.

Darurat tu..

Tak lama lepas tu.. dorang tukar keta baru. (mgkn hanya kebetulan..)

ps - bukan salah aku.. sila salahkan keretapi barang itu..

Thursday, April 23, 2009

Money = Duit, Duit takde = Mengong


"Eh, mana pegi not RM10 aku ni? Pagi tadi ada je kat dalam purse. Adoila.. mana nih??"

Itu adalah saat sebelum aku pegi lunch tadi. Cari not 10 ringgit. Rupanya aku letak kat coin purse pagi tadi time nak beli bihun. Dah lupa..

Macam ni la keadaannya kalau haribulan dan melebihi 20. Panik semacam je kalau tak jumpa duit. Ingat je mana letak saki baki duit tu. Tau je mana terselit duit tu.

Lain pulak kalau haribulan baru bermula. Sampai tak tau mana letak duit. Dalam purse ada, dalam coin purse ada.. kat poket pintu keta ada.. kat ruang tengah keta ada.. Boleh dikatakan setiap pelusuk memang ada duitlah.. Itu belum lagi kat poket seluar. Dan tentu ada 20-30 ringgit tertinggal.


Bila bawak anak² buah pulak.. "ha, amik je apa korang nak..". Tak kira berapa jumlah jajan yang dorang amik..Tak kisah.. bayar je..

itu time awal bulan..

Time bulan dah nak abis..

"Ha.. korang tunggu je kat keta.. auntie turun beli jajan". Tak pun.. "harini takyah gi kedai la eh.. duduk rumah je main game.." Hahahaa..

Adoilaa... cepat la gaji..




Basikal bermeter..


Kalau dah namanya budak lelaki.. memang ada saja idea yg terbit dari dorang.

Alkisah, meter motor kriss mak aku dah tak berfungsi. Meter dia dah stop. Takleh gerak dah. Bapak aku gi tukar yang baru. (Tu alasan nak gi pekan la tu..). Bapak aku memang suka sangat bawak motor. Apatah lagi ke pekan.

Dan.. Meter yang lama yang dah rosak tu, dia bawak balik.

Sudahnya.. inilah hasil rekacipta.


Ajib bersama basikal bermeter.. Minyak masih penuh.

ps - kami pakat gelak sefamily tgk gelagat dia ni..



Tak sangka..

Setelah aku buat confession ni..
">"i tak sangka u ada perasaan macam tu dekat i"

Inilah dia maklum balas yang aku dapat dari confession aku.

Sampai saat ni.. aku masih tak percaya yang dia tak tau aku simpan hati dan perasaan kat dia. Mungkin salah aku juga.. aku tak berterus terang sejak dari dulu.

Takpelah..

Aku harus terima kenyataan itu.

Tapi..

Amatlah kurang diterima akal kalau dia kata dia tak tau aku punya perasaan itu kat dia.

Kenapa..

Aku dan dia yang tau..

ps - aku benci perasaan bedebah yang sedang melanda diri aku.. sila berambus!

Wednesday, April 22, 2009

Jom naik kapal terbang gi jopun..


Aku rasa meluat..
Aku rasa menyampah..
Aku rasa nak ludah..
Aku rasa nak maki..

Apa dia ingat.. page aku ni tempat untuk dia poyo poya ke?

EEeii.. harap aku dijauhkan la dari perangai tak semenggah cam dia tu..


ps - flight aku ke jepun awal mgu depan. ada sesapa nak kirim apa² tak?



aku tak rela.. tapi aku terpaksa..


Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu

aKu rela begini...oooo
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu

Chorus

Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapa
Pendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini

Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu

Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa

SEDIH..

ps - sila hayati bait² lagu ini..

Dia memang jual aiskrim AJE lah..


Selasa malam rabu ada pasar kat tempat aku. Dah berapa bulan tah aku tak pegi pasar malam. Niat hati nak beli cili kering barang sekilo. Tapi kualiti dan rupa cili kering tu amatlah tak memuaskan hati aku.

Kat pasar ni ada sorang lelaki (harus aku nyatakan sebagai lelaki dan bukan mamat sebab dia dah kawin..) menjual aiskrim. Ye, dia hanya menjual aiskrim sahaja. Tiada yang lain melainkan aiskrim.

Aku rasa meluat pula bila ada orang nak beli dan bercakap 'aiskrim dua'.. 'aiskrim satu..' aiskrim tiga'.. Tolonglah.. dia kan memang jual aiskrim semata. Takdepun jual kacang botak. Takdepun jual kuaci... Takpayah la korang mention perkataan 'aiskrim' tu.

Itupun aku rasa meluat eh?? Pangggg! tak pasal2 nak meluat dengan menda camni. Papetah.

Aku beli gak aiskrim yang lelaki ni jual. Tapi aku order tanpa suara.. tunjuk tanda dua hanya dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah (sila bayangkan..)

Malas nak kuar suara.. Buat penat je. Dah tentu aku nak beli aiskrim, bukan beli cili. Bengong..

Tuesday, April 21, 2009

Ragam orang..


Ada manusia;

1. Pandai tapi suka tunjuk tak pandai = okey

2. Pandai dan suka tunjuk pandai = pun okey

3. Bodoh dan suka tunjuk bodoh = okey lagik

4. Bodoh tapi suka tunjuk pandai = cam cilake


Aku benci orang yang nombor 4 di atas.


Soalan : Apakah nombor anda?




Timun ku sayang..

Marilah kita saksikan perkembangan pokok timun yang aku tanam. Kebanyakan pokok² timun tu dah mula mengeluarkan hasilnya. Tak sabar aku nak makan timun tanaman aku sendiri. Insyaallah..

Wahai timun ku sayang.. membesar dengan sihat la ko hendaknya..


Cumil tak??

ps - cumil timun tu.. cumil lagi tuannya..




Monday, April 20, 2009

Aku nak jadi pembekal marker pen la camnih..



Masuk ni dah 2 kali aku nampak orang beli rokok dan selepas 30 saat membayar harga rokok itu.. satu aktiviti wajib ini dijalankan oleh mereka.

aktiviti : duduk sambil menconteng muka kotak rokok.

Kenapa dorang ni buat aktiviti sambilan ni? Sebab dorang rasa takut tengok gambar yang mengerikan yang tertampal kat muka kotak tu.

Hahhaaa.. dah tau ngeri.. beli gak eh?

Agaknya.. setiap poket penghisap rokok ni ada tersimpan sebatang marker pen la kot eh?


ps - ada sesapa nak mintak bantuan aku menconteng kotak rokok tak?


Apa kau hengat ni penggambaran video klip ke?


Tumpuan pemanduan aku pagi ni dicabuli (cewah perkataan..) oleh sepasang manusia menaiki motor. Bukan sebab naik motor, tapi cara si pembonceng tu duduk. Hampir pecah jerawat kat dahi ni aku tepuk dek kerana melihat gelagat si pembonceng.

Ni bandar klang la weh! Apa kau hengat ko tengah jalan² amik angin petang kat kampung ke? Guna la otak tu..

Ye, si pembonceng adalah seorang wanita berbaju kurung kuning, berkasut tumit 2.5 inci. Dia bukan duduk seperti normal ye tuan² dan puan². Bukan kaki kiri di belah kiri motor begitu juga sebaliknya dengan kaki belah kanan di kanan motor.

Dia duduk dengan kedua² belah kaki di sebelah kiri motor. Dan.. lebih menarik lagi, kaki kanan disilangkan di atas kaki kiri. Sambil motor itu bergerak.. sambil membetul²kan kain baju kurung yang terselak.

Adoilaa.. Bahaya la kak ooii! Ko tak takut ke kalau² kain tu termasuk kat jejari motor tu.. Lalu jatuh tersembam kat jalanraya muka ko tu??? Ni bukan doa, tapi kata² dalam hati aku.. Kalau la aku mampu sampaikan kat wanita ni. Apakan daya.. jarak memisahkan aku dan mereka. Tapi.. peduli apa aku?? Dia yang tak guna akal pikiran, tak pikir bahaya. Aku pulak nak sibuk².. Dorang dah besar pun..bukan budak kecik yg belum akil baligh.

Aku cuba untuk mensnap gelagat diorang ni.. Tapi apakan daya.. batteri henpon aku dah low. Takleh la nak amik gambar.. Cilake.. Kalau tak, boleh aku tunjuk kat korang..

ps - kadang² dorang ni tak ingat akan bahaya yang bakal mengundang.. Sayang la kat muka tu kak ooiii!!

Sunday, April 19, 2009

Alahai.. jambulmu itu..


Setiap semester, haruslah ada DSK Nite. Dinner untuk student Diploma Sains Kesetiausahaan.

Biasanya.. tarikh akan ditetapkan kira² sebulan lebih awal. Nak kasik semua student buat persiapan la kot. Takpun nak kasik student siapkan mana² assignment and antar kat lecturer untuk mengelakkan dorang terlepas pandang. Yelah.. dok berangan nak gi dinner je.. Kang.. ada yang tak siap assignment. (aku ler tuh..)

Tindakan yg aku buat lepas tarikh dinner ditetapkan.. Minggu pertama balik kampung, Begitu juga minggu seterusnya sehinggalah tarikh itu tiba.. akan aku korek baju² kakak aku. Mana la tau kot boleh digunapakai. Nak beli.. memang takde bajet la time tu. Sendiri mau paham la kan..

Hari yang ditetapkan telah tiba. Masing² sibuk turun ke pekan PD. Buat setting apa yang patut. Setting apa? Setting rambut la. Ada yang ikat, ada yang gerbang mengurai cam ponti anak remaja.

Aku ingat lagi. Junior aku dalam 3 orang. Nama dorang aku tak berapa ingat sangat. Dorang ni kaya la sikit dari aku. Sebab tu leh tempah teksi antar sampai depan tangga asrama. Sebab apa? Sebab setting rambut dorang tu.. jambul rambut yang terlampau. Ketinggian jambul di tahap kritikal. Di luar tahap pemikiran kita. Kalah jambul Mahmud (katun lagak a mahmud).

Bila keluar je dari teksi.. masing² pegang kepala tu. Takut la tu jambul terantuk kat muka pintu teksi. Lucu gila seh aku nengok! Mau tak mau.. aku rasa la kan.. habis dah sebotol spray dah dorang sembur kat bahagian jambul tu je. (sila bayangkan saat mahu mencuci rambut tu ye..)

Aku? Aku time tu berambut pendek sepanjang 3 inci. Takyah susah² gi setting. Sikat je. Lagipun.. Aku dah cukup cumil time tuh. Berambut pendek 3 inci, bermekap nipis. Dah cukup dah.. takyah nak bazir duit gi saloon. (bukan bazir.. mmg xde duit time tu..)

ps-kekadang tersenyum sendiri kenang balik kisah lama. Apatah lagi bila selak balik album lama. Kelakar tengok muka sendiri. Hahahaaa..


Friday, April 17, 2009

Lopek yang Berganda..


Lopek adalah satu perkataan yang biasa digunakan oleh anak² buah aku yang lelaki. Lopek bermaksud buruk, lowzy, hampeh dan mcm² lagi yang sama nilainya dengan tak best.

Lopek 1
Semalam, aku malas nak keje. Menyelinap gi rumah kakak aku kat port klang. (sila rahsiakan dari bos aku eh..) Pegi pusing² cari klinik untuk dapatkan MC. Malas nak layan bos aku karang dia kata aku ponteng. Nah! ambik kau.. aku ada surat MC. Jgn banyak cakap. Tp sebelum tu aku sms dia.. im not coming to office today coz not feeling well.. " dia reply "take care.." ayat yang dia dah compose dlm henpon.. boleh trus send tiap kali staff dia sms bgtau x sihat. (ini cuma andaian..)

Pegi satu klinik. Amatlah lopek. Takde staff kat kaunter pendaftaran. Doktor adalah staff. Dia la yang daftar nama.. dia la yang merawat aku.. dialah yg bgks ubat.. Lucu pun ada. Aku tanya dia.. takde staff ke? dia kata cuti. Pigidah..! Macam la aku tak tau dia tu takde staff. Selesai sudah, surat mc ada di tangan.

Lopek 2
Dah abis gi klinik, sementara tunggu anak buah aku balik dari sekolah agama, aku gi jengah satu CC. CC ni dimiliki oleh seorang makcik tempang. Keadaan rupa sekeliling mmg amat memuaskan. Bersih dan teratur. Aku cuba la surt internet. Gila babi punya slow. Rupanya speed dia cuma 7kps (kps tak pasti betul tak.. tapi angka 7 tu mmg betul).

Sementara tunggu page loading.. aku sempat la letak kepala kat meja. Lama gila weh.. Memang betul la CC ni lopek. Apa yang aku sempat buat.. cuma post entry aku sebelum ni yang sempat aku compose malam semalam. Kalau nak menaip entry.. sampai minggu depan la baru siap satu cerita. Patutla anak buah aku kata CC ni lopek. Eh.. camne dia tau eh..? Jaga dia nanti.. akan aku soal siasat apa ke jadahnya dia masuk CC ni. (harus..)

Kira² 15 minit aku duduk kat situ.. tiba² PPUUUPPP! blackout.. Aku pun bangun.. bayar singgit kat makcik tu sambil meninggalkan pesanan pertama dan terakhir dari aku untuk makcik itu..

"MAKCIK.. SILA TAMBAH SPEED MODEM DAN PASTIKAN BEKALAN ELEKTRIK MENCUKUPI.. UNTUK MENGELAKKAN CC NI SAYA BAKAR DI LAIN MASA."



Thursday, April 16, 2009

Adoila..lambat la nak dapat gaji kalau macam tuh.

Waktu aku turun ke ladang sayuran nun di depan rumah aku, aku mesti mahu berteman. Tak kira la sapa ada kat kawasan sekitar ladang tu. Akan aku panggil untuk jadi assistant. Biasanya.. manusia yang berumur separuh dari umur aku dan ke bawah. Apa korang hengat aku ni rajin sangat ke nak buat menda alah tu sensorang?

Kebiasaannya mangsa aku adalah anak abang aku. Nadia nama dia. Tapi aku panggil dia baby. Tak tau kenapa.. aku suka word baby tu. Dia selalu akan duduk kat rumah aku. Aku tau je.. nanti bior aku bawak dia gi kedai.. pilih apa² jajan yang dia nak. Kalau dengan ibu dia.. mmg ada yang kena tarik telinga la jawabnya. Aku paham tu..

Aku suka suruh dia buang daun² yang menguning. Siram pokok atau apa² la yang aku anggap dia mampu buat.

Sambil² tu aku akan tanya pasal sekolah dia. Takpun aku suruh dia hafal sifir. Terbelit² lidah dia mengira sifir. Soalan mengeja benda pun akan aku terjahkan kat dia. Dia perlu bersedia yang aku akan transform kan diri aku menjadi cikgu pada bila² masa waktu tu.

Sambil buat keje lagi.. aku soal dia..

aku:Baby, sebut isnin sampai ahad dalam bahasa inggeris..
baby:monday, tuesday, wednesday, thursday, friday, saturday, sunday..
aku:okey.. bagus..

aku: Satu minggu ada berapa hari?
baby:(tanpa berfikir dan terus menjawab..) ada 2 bulan.

Sambil tangan menyekeh pala dia aku berkata...

"Mati la aku camni nak tunggu 8 bulan baru dapat gaji."


Wednesday, April 15, 2009

Pagi yang gelap.. kini sudah terang..


Perkataan merah itu makin pudar.


Aku bakal kembali.


Aku amat rindukan dunia ini.


rindu weh kat korang semua..

Monday, April 13, 2009

Ambil waktu bertenang..


INDESCRIBABLE..

Itulah yang menyelubungi setiap ceruk fikiran aku.

Aku tak mampu untuk berkata²..

Bahasa jiwa aku telah kaku.

Aku perlu berehat.

Perlu bertenang.




Aku akan kembali.. apa kala perkataan merah di atas itu berlalu pergi.

Sekian..



Saturday, April 11, 2009

Kekuatan.. akhirnya kau muncul jua..


Sesak rasa dada bila menyimpan satu perasaan dalam hati tapi belum mampu untuk dilafaz. Jiwa rasa resah, hati rasa gundah. Kekuatan untuk meluahkan perasaan itu belum kunjung tiba.

Sesak sungguh rasa dada ini.. Lama dah aku simpan perasaan ini dalam karung di sudut hati aku. Karung yang terikat rapi, belum mampu untuk dibuka.. Apatah lagi dikeluarkan isinya..

Ye.. itu adalah kisah semalam..

Entah kenapa.. entah bagaimana..

Kekuatan itu menjelma..

Hari ini.. telah aku luahkan isi hati, perasaan yang aku pendam. Perasaan kasih yang semakin lama makin menebal di hati aku. Rasa kasih aku pada dia.

Aku mulakan dengan kiasan dah diakhiri dengan pengakuan.. Ye.. telah aku luahkan. Perasaan yang telah ku pendam sekian lama.

Karung yang terikat rapi kini telah dibuka.. telah dirungkai akan isinya.

+ atau - ??

Itu aku tak ambil peduli.

Yang penting..

telah ku sampaikan segala maksud isi hati aku.

ps - ini perasaan aku terhadap seorang lelaki. jangan ada yang tanya laki ke perempuan. ada yang kena pangggg! nanti..


Friday, April 10, 2009

Bosan dah.. nak buat transformasi.


Aku rasa bosan. Rasa nak jadi budak kecik balik.

Kadang-kadang rasa nak join bebudak ni.


Hari biasa pegi sekolah. Weekend main² je. Itu je rutin. Takde masalah.

Pikir balik.. tak best la pulak.
Jadi budak kecik :
Takde duit.
Takde keta.
Takde henpon.
Takde poya².
Takde lepak².
Takde scandal² (uppss!)

Dan.. paling tak best.. takde memblog.


Ahhh.. Tak jadi lah nak jadi budak kecik balik..

Thursday, April 9, 2009

Aku rasa nak lempang je pipi pink aku ni!



Niat aku hari ni..

1. Taknak memblog
2. Taknak stalk blog orang lain
3. Taknak sign in YM

Aku ada banyak keje kat ofis. Sesungguhnya benda² di atas tu harus aku ketepikan (sila ambil nota : untuk hari ni sahaja ye tuan² dan puan²) demi untuk menyempurnakan tugas aku.

Aku tewas dengan diri aku sendiri.

Tengok, entry ni pun dah membuktikan yang aku tak dapat laksanakan niat aku tuh.

Dan.. Sekarang aku sedang berYM.

Arrrghhh! geram betul dengan diri aku ni.

Panggggg!! aku tampar pipi kiri aku.

Err.. ada sesapa nak tolong tampar pipi belah kanan tak?

ps ~ kalau ada sesapa tu kan... aku takmo kawan sama dia..

Wahai kengkawan DSK..


En. Ashri, seorang pensyarah kesayangan kitorang waktu belajar kat poli dulu. Kebetulan, dia ada meeting kat shah alam, so aku ajak dia minum teh. Lama weeiihh tak jumpa dia.

Seperti yang dijanjikan, aku jemput dia pukul 9 mlm kat shah alam.

Korang tau tak??

Dia tetap macam dulu. Masih muda.. masih segak.. masih hensem.. yang paling ketara.. wajah manis dia tak berubah sejak dulu, kini dan selamanya.

Best amat bercerita dengan dia. Sempat gak snap photo. Antara photo yang sempat aku snap.


LOKASI : NOODLE STATION, SACC MALL.

Untuk keselesaan dia, aku pilih parking betul2 kat pintu masuk utama. Yelah, taknak kasik dia jalan jauh dari parking masuk mall, lgpun cuaca agak gerimis.

Perbualan berkisar mengenai zaman belajar dulu. Imbas kembali kenangan waktu belajar. Kupas cerita pasal en. arshad. Ingat lagi tak? kita panggil dia pak chat. suka pakai baju atau seluar bercorak kotak2? ustaz hamdan brutal. Hahaaa.. dia ni pasti korang tak lupa. ustaz yang memang brutal.

Tak kurang juga nasihat dan pandangan diberikan oleh en. ashri. Tapi berbeza dari dulu. Kalau dulu, disampaikan oleh seorang pensyarah kepada pelajar. Tapi kali ni, bagai nasihat dari seorang kawan. Terima kasih banyak atas pandangan dan nasihat tu. Amat la aku hargai. Dan pasti.. akan aku gunapakai.

Rasanya kalau ada kawan2 lain, perjumpaan ni lagi meriah. Tapi yelah.. masing2 dah ada keluarga. Komitmen dorang tak sama macam aku. Sebarang perjumpaan, harus diatur dengan lebih awal. Itu aku paham..

Lain kali la eh.. kalau en. ashri datang shah alam lagi, boleh kita aturkan pertemuan. Ye.. dengan tema "Minum teh bersama En. Ashri". Amacam? Setuju tak?

Err.. korang yang lain.. ada tak jumpa dengan bekas tenaga pengajar korang setelah sekian lama meninggalkan kolej?


Wednesday, April 8, 2009

Sila jangan bengang.. aku memang macam ni..


Banyak la pulak keje arini. Hari² pun banyak keje.

Tugas aku harini adalah menelefon lawyer firm (aku malas nak taip firma guaman ye.. mcm formal la sgt) untuk follow up dokumen.

Ada satu firm ni memang dan sinonim dengan kehidupan aku. Bukan apa, aku dah kenal sangat dengan dorang. Banyak kes dealing dengan firm ni. Aku dah kenal dari despatch, ke kerani dan seterusnya dorang punya lawyer. Kira famous la aku kat firm tu.

Ye.. itulah kenyataannya.

Aku kol firm ni. Bila receptionist tanya sapa di talian, aku cakap aku adalah noni. Dia tanya lagi.. Noni dari mana? Dia boleh tanya macam tu.. Ish.. bengang dah aku ni.

Aku jawab ;

"Eh, noni yang famous lagi glamer kat sana takkan awak tak tau?" Awak cuba tanya satu ofiz tu, sapa tak kenal saya? Soalan aku hamburkan kat dia.

"Hmm.. okey takpe.. pass saya kat kat shikin."

Dengan bengangnya.. talian pun disambungkan..

Adoila.. dia bercakap pun dalam gagap dan tak terang. Ish.. camne la leh dapat jawatan tu..

ps - itu adalah receptionist yang baru masuk keje 2 hari. Sekian..



kopi campur teh


Tengok, rasa lapar tak?


Menu minum petang aku hari semalam. Malas nak mention lokasi. Kang macam cerita Jalan-Jalan Cari Makan pulak..

ps - weh korang, lepak² minum kopi jom..

Tuesday, April 7, 2009

apa mak ko tak anta gi sekolah ke? Eh.. sebut mak orang pulak..


Kebersihan tanggungjawab bersama.

Itulah yang aku lihat dan baca di mana² je. Budak kecik pun tau jaga kebersihan. Tau kat mana tempat buang sampah.

Itu kalau budak yang dididik dan diajar. Macamana kalau bapak budak yang buang sampah merata²? Adakah dia kurang ajar?

Kat traffic light. Sedap je buang tin lepas dia hirup nescafe. keting.. ting..tingg.. ting.. tin itu bergolek di atas jalan raya selepas dihambur keluar dari kereta.

Tak lama selepas tu.. kenderaan berbeza.. Daun pisang terbang keluar dari sebuah lori. Mungkin si pemandu lori baru lepas mencekik lepat pisang, takpun lepat ubi.. pada firasat aku.

Dan.. kedua-dua si pembuang sampah itu adalah lelaki yang agak berusia. Dan mungkin adalah seorang bapa.

Apa pendapat korang?

ps - jangan jadi sampah.

Pengakuan di pagi hari..


Pagi tadi aku dengar topik kat stesen radio yang memang setiap hari aku dengar tiap kali memandu. Aku mmg suka la stesen ni. Memang best. Sorry.. bukan stesen cakap melayu okey?

Aku bukan eksen, tapi aku tak suka cara dorang berinteraksi dengan pendengar.

Full stop.

Topik pagi ni kat stesen radio ni adalah confession. Aku fikir, aku nak kol dorang and nak buat confession.. tapi.. aku taknak bazir credit aku. Lebih baik aku confess kat blog aku.

Apa guna ada blog kan?

Confession aku adalah :

1.Aritu aku tengok satu sandal. Cantik amat. Tapi takde saiz kaki aku, iaitu 5. Aku tak kira, aku beli gak. Aku beli saiz 4. Dan.. sandal tu kelihatan kecik bila disarungkan kat kaki aku. Aku dah suka.. Aku peduli hape??

2.Kalau perut aku lapar, aku akan bangun tak kira waktu malam tak pukul berapa, aku akan makan.. kenyang.. sambung balik tidur. ahahaaa.. (bukan mengigau..)

3.Aku simpan hati kat seseorang. Sampai sekarang aku belum berani luahkan kat dia. Aku tau mungkin dia dah berpunya. Aku peduli hape? Aku tetap suka dia gak..

Setakat ni je lah confession aku. Yang lain, haruslah aku simpan sendiri.

Korang lak.. ada apa² confession yang nak dibuat? Alaa.. takkan takde.. buat je. Peduli apa orang kata..

Monday, April 6, 2009

Bye bearbear.. Jangan nakal² tau..



Saat aku post entry ni.. Bear untuk zeela lalalaa telah selamat aku pos.

Tengok ni..


Bearbear sedia untuk dimasukkan ke dalam kotak.

"bye pinky.."


"bye bearbear.. takmo nakal² tau.."



Bearbear dah masuk dalam kotak ni.

Sedia untuk dihantar kepada cik zeela.


ps - aku ada sekor lagi bearbear. Lalalaaa..


Dah tamat tempoh..


Arini aku gi keje tanpa ic tanpa lesen.

Bukan tak bawak wallet.. tapi ic aku tetinggal kat opis sebab jumaat lepas aku gi bank bawak ic, lepas tu lupa nak simpan balik dlm walet.

Ari sabtu gi sacc mall, ada satu amoi tak cantik tu suruh aku apply kad penggalak hutang. Aku saja² je nak apply.. sebab setiap application boleh dapat 2 freegift berbentuk model kereta lumba F1 dengan game chess. Anak² buah aku dah dok telompat² nakkan freegift tu.

Aku pun dgn konfidennya buka wallet nak kasik ic .. nak apply la kononnya. Ceh.. tau² ic takde dalam wallet tuh. Aku tipu amoi tu.. ic tetinggal kat henbeg dalam keta. Dia suh aku amik. Aku ckp kat keta satu lagi kat rumah (belagak sikit..)

Sian budak² tu.. dorang nak sgt keta F1 tu. Lenkali la eh..

Lesen pulak.. dah tamat tempoh semalam. Aku lupa nak renew mgu lepas. Arini gi keje rasa cuak je. Mana la tau kan.. ada roadblock ke.. hape ke.. takut weeiihh!

Ish.. takut la. Nak gi renew skrg la..

ps - apa nak jadi la??

Sunday, April 5, 2009

Aku tak sengaja..

Aku ingat hari sabtu nak tido .. tido .. dan tido..

Tapi seawal 7 pagi aku dah terjaga. Bangun.. cuci keta.

Siang sikit.. pegi bangsar jap.

Balik singgah sacc mall. Ada henfon fair. Harga teramat la murahnya..

Jalan.. jalan.. tengok.. tengok..

Dan..

Aku termembeli henfon ni.

Simple..

Tapi, ia amat cute bagi aku.



Taraaa.. Nokia 7210 supernova.

Cumil tak?

Friday, April 3, 2009

Hari ini Hari Jumaat


Minggu yang penuh dengan kebizian.

Tak sabar nak tunggu esok.

Boleh tidur..

Tidur..

dan


Tidur..


ps - heaven wooo.. dapat tidur waktu siang..

And the winner is..


ahaha.. aku dah ada pemenang untuk main teka² ..

iaitu..


Cik Zeela lalala

Beliau meneka hampir tepat.. Tekaan beliau adalah RM96.24 iaitu kurang 26 sen je.

Sebagai buktinya.. tengok resit ni.



-----> zeela lalala.. kasik aku address tau. aku nak antar anak patung lembut ni kat ko.
mail aku kat ---> pinkiss2109@gmail.com


Yang lain tu.. jangan jeles tau. Anyway.. tenkiu sebab cuba teka. Ada tu siap tgk website pizza hut. Rajin sungguh mereka kan?

Thursday, April 2, 2009

Pengumuman.. Pengumuman..


Penyertaan untuk game teka harga pizza masih dibuka.

Tarikh Tutup : 3.4.09 Jam 11.00 pagi.

Sila teka la ye..

Tu.. Kat entry bawah ada gambar pizza tu tempat nak teka².



Mari Main Teka²..


Ha, untuk dapatkan patung yang aku ckp kat entry sebelum ni.. aku nak korang teka berapa jumlah harga untuk makanan kat bawah ni..



Sapa yang dapat meneka dengan tepat.. atau hampir tepat.. aku akan hantar patung tu kat dia. Semua FOC. takde bayaran pos akan dikenakan.

Apa korang kena buat.. teka je. Apa susah kan?

Wednesday, April 1, 2009

Sapa nak Hadiah?



Ada sesapa nak patung ni tak?

Best kalau dipeluk².

Nak tau camne nak dapatkan ni sebagai hadiah dari aku?

Tunggu entry akan datang.