KAWAN²

Saturday, February 28, 2009

Mimpi yang membawa kepada satu keputusan..

Malam tadi tidurku didatangi oleh seorang pompuan cantik laksana seorang diva. (belle, sila jangan terasa..)

Dalam mimpi tu, pompuan tu ada berpesan kat aku supaya batalkan je niat aku untuk tubuhkan kelab the queen of lucc. Tak baik katanya caras rezeki orang lain. Katanya lagi, dah terlalu ramai individu yang lucc (lucah). So, tak payah la aku sibuk2 nak tubuhkan kelab yang sama. Alang2 nak lucah, baik buka rumah pelacuran je.. Katanya lagi. Tapi aku taknak. Sebab duit yg aku dapat tu nanti, duit haram. Tak berkat tujuh keturunan aku nanti.. Lagipun susah.. dan aku tak sanggup nak suruh ab geldofg dan guapunyahal jadi barisan panel penemuduga.

So, dengan ini.. secara rasmi kelab The Queen of Lucc telah di called off kan.

Satu lagi, dia berpesan supaya aku cepat2 lantik sendiri ahli lembaga pengarah kelab The Pink Puaka. Sebab dah lama aku iklankan jawatan tu, takde sapa yang berani tampil menawarkan diri walaupun ramai yang simpan niat.. tapi malu la konon!

Bila aku bangun tidur, aku duduk dan berfikir.. dan berfikir.. Dengan ini aku putuskan untuk melantik nama2 di bawah ni beserta dengan jawatan sekali. Suka atau tak, aku tetap lantik dorang ni.

kelab THE PINK PUAKA

Presiden - Pinkiss

N.Presiden - Faryn budak suka menconteng

Setiausaha - Belle mulut cabai

Bendahari - Sally the Vogue

AJk 1 - Guapunyahal si guli2

AJk 2 - Ab Geldofg bf Belle

AJk 3 - Apisz and camera

AJk 4 - Zeela lalala
Barisan Lembaga Penasihat adalah :
1. Aqish

Diharap semua berpuashati dengan lantikan di atas. Kalau tak puashati, sila tukar suka sama suka. Tak pun.. pegi lawan mulut. Sapa paling puaka, dia yang menang. Dan akan diadili oleh Presiden sendiri. (aduh.. gila pangkat gak aku nih..)



Friday, February 27, 2009

MaRi MenCaRuT..


Aku marah kat sorang ni.

Kau ingat kau hensem sangat?
Kau ingat aku suka sangat kat kau?
Kau ingat aku gila sangat kat kau?

PEGI JAHANAM!! PEGI MAMPUS SANA!!


Dan.. Presiden dah buat Pilihan..


Diumumkan bahawa cik Presiden, (aku la.. sapa lagii..)

Telah berkenan dan memutuskan untuk memilih nama untuk dua kelab yang ditubuhkan.

1. kelab THE PINK PUAKA

2. kelab QUEEN OF LUCC

** sebarang bantahan, sila kemukakan.. (harap jangan bantah..kang tak abis² citer )**

PS - Jawatan kosong tu masih ada lagi la.. apply la weeiii!




Minta Buah Idea ..

Seperti sedia maklum cikpinkiss nak tubuhkan kelab. Tapi ada pihak yang menyatakan bahawa nama tersebut kurang vass, kurang meletup, kurang kelass. Terima kasih atas pandangan tersebut. Cikpinkiss amat menghargainya. (Tenkiu Faryn)

Dengan ini pinkiss nak BUKA TENDER untuk korang semua memberi nama kepada 2 kelab yang bakal ditubuhkan itu.

1. Kelab Puaka

2. Kelab Lucah


PERHATIAN : ada lagi jawatan yang masih kosong.

PS ~ Nama kelab berserta jawatan dan nama penjawat jawatan tersebut akan dihapdate di entry yang akan datang.

sebarang kekeliruan ? sila rujuk entry sebelum ni..


Thursday, February 26, 2009

Jawatan Kosong!!

Pinkiss nak iklankan jawatan kosong untuk kelab² berikut:-


NAMA KELAB:
1. KELAB PUAKA

Presiden : Pinkiss
N.Presiden : masih kosong (faryn ko nak tak?) - P01
Setiausaha : masih kosong - P02
Bendahari : Ms. Sally The Vogue aka SLV
AjK : kosong (4 kekosongan) - P03

2. KELAB LUCAH

Presiden : Pinkiss
N.Presiden : masih kosong (Belle ko nak tak?) - L01
Setiausaha : masih kosong - L02
Bendahari : Ms. Sally The Vogue aka SLV
AjK : kosong (4 kekosongan) - L03

Syarat² permohonan:
Kod jawatan.

P01 - P03
- mestilah bermulut puaka aka jahat, hati kering dan bijak dalam bab² memaki hamun. Yang penting, tak takut dek lipas.

L01 - L03
- mestilah mempunyai otak berwarna ala² kekuningan berserta pandai mengolah perkara yang tak lucah agar dijadikan lucah.

Faedah-faedah yang disediakan:
Gaji bulanan sebanyak RM40,410.00 berserta elaun lain yang kesemuanya boleh mencecah RM111,111.11

- nota : telah dipinda.

Faedah lain
- sebuah kereta Caldina GT4 Turbo sebagai kegunaan harian (pakai je, takyah bayar apa²)

Sila hantarkan permohonan anda berserta;
1. Jawatan dipohon (wajib)
2. Nama (wajib)
3. Blog address (sukati nak letak ke tak)


Tarikh tutup:
Tiada tarikh tutup permohonan.





Pangg! Lucah lagi..

Smlam time aku tgh drive balik umah. Ada sorang kawan tu dia sms. Dia kata dia terperangkap dalam jammed kat depan US Embassy. Okey..

Lepas 3.5 minit berlalu..

Satu sms dari dia.. "Datin, sebelah i ada ferrari betul² kaler merah.." (dengan niat nak kasik aku panas..)

Aku trus rasa tension. aku pun membalas "i tau la i punya ferrari palsu.."

Dia pun balas.. "sabar datin sabar.. urut² dada tuh.."

Aku pun balas.. "ye datin, i tgh urut² tetek ni.."

Sekian..

ps ~ aku tengah berpuaka. aku akan melucah je.


Dah Namanya Lelaki..


Bila lelaki itu dah berkahwin..
atas dasar suka sama suka..
atas dasar cinta sama cinta..

dan.. isteri sedang sarat mengandung..

akan TETAPI..

Lelaki itu masih miang².. masih gatal².. masih gedik² kat luar ngan pompuan lain.

ADAKAH..

Dia mmg gatal..

ATAUPUN..

Org yang di rumah itu tak pandai jaga dia??

ATAUPUN..

Dah namanya lelaki..


Wednesday, February 25, 2009

Aku dan PMS


Arini aku campak fail lagi.

Arini aku mencarut lagi.

Harini aku diserang P.M.S. (Pegi Mampus Sana!)

Aku sedang Berpuaka..


Assignment dah siap..

Ni tag dari cik belle diva bermulut cabai.


Mata cikpinky sentiasa mengantuk. tahi lalat tu sama lokasinya kat muka ella.


muka aku belah kanan.


Hidung dan pipi aku. Tanpa sebarang suntikan haram.

Ha, ni keje aku nak tag orang lain pulak. Err.. belle, 3 orang boley la eh?

1. Aqish
2. tinie
3. mai

Nak tau syarat²nya, sila klik di bawah..

Syarat²



Aku Lebih Berpuaka..


Sorang mamat ni, duk sekampung dengan aku. muka kelabu asap sikit. Dan, kalau dijual pun.. cuma laku kat kampung aku je. Setakat keluar dari daerah kampung, memang minah² town tu tak pandang. Sure akan terbit kata² "eeeiii.. kulit berkerak.. kelabu asap lak tu.. ada hati nak ngorat.."

Ada ke patut dia soal aku depan orang ramai kat kedai makan."Eh, bila nak kawin ni?? Dari dulu sampai sekarang tak kawin² pun.." "Ko nak tunggu sapa lagi? Tengok, aku ni pun dah ada bini.. Dato' mana yang kau tunggu?" Hmm.. aku diam je..

Dan secara tiba² aku menerbitkan kata² short and sweet, "Kenapa?? Ko nak aku kawin dgn ko ke?" Muka kelabu asap dia dah bertukar jadi biru asap panik sebab mata bini dia kat sebelah tu dah naik kero. Dan.. dia pun blah dengan secara a.s.a.p. Hambik kau!

Ko ingat mulut ko tu puaka? Aku lebih berpuaka. Hahahaaa..

Aku nak tubuhkan kelab mulut puaka. Sapa nak join?


Tuesday, February 24, 2009

Apsal aku tak prasan?

Pagi tadi hujan rintik² jatuh atas jalan...

Aku singgah beli nasik lemak + 2 ketul kuih. Tiba² jiran depan rumah aku ke kanan sikit datang menyapa. Dia tanya aku gi kerja lalu jalan mana. Aku pun jawab, aku lalu Jalan Meru. So, dia suruh aku tumpangkan sorang makcik ni. Laki makcik tu masih kat pekan lagi, hujan katanya. So, tak dapat nak antar makcik ni gi keje.

Okeylah.. kebetulan aku lalu depan kilang tempat makcik ni keje. Alah.. sekali lalu apa salahnya kan? Walaupun aku tak kenal sapa gerangan makcik tu dan kat mana dia tinggal.

Emm.. Borak punya borak, dia tanya aku keje apa.. Opis kat mana.. bla..bla.. (malas aku nak layan sangat..)

Aku tanya dia pulak.. "err.. rumah makcik belah mana?"

Dan.. Rupa²nya makcik tu tinggal kat rumah sewa kat seberang jalan nun di depan rumah aku tu aje..

ps ~ Err.. camne aku boleh tak prasan?


Padan Muka Aku..

Henpon lopek aku buat hal. Camera ada problem. Lepas snap pix, trus hang. Aku cuba off then on balik. Dah seploh kali aku cuba. Tapi.. sama jugak.

Adoii..

Adakah ini ada kaitan dengan gambar bas kuning yang aku snap aritu?

Pangg!! padan muka aku. Sapa suruh menglucahkan bas yang tak lucah??

ps ~ tadi aku terserempak dengan bas kuning tu lagi..


Monday, February 23, 2009

adakah kerana aku terlalu gojes?


Petang sabtu aku gi jogging kat setia alam. Sarung t-shirt pink, suar itam and kasut cap pokok taugeh.

Sampai kat sana.. bediri jap tengok2 orang ramai. Tiba2 terdengar sorang budak lelaki menangis. Dan.. dia menangis sambil menuju kat aku. Dia cari² ibu dia.

adoi.. camne nih? takkan aku nak bawak balik budak ni. tapi, comel gak muka dia. dan.. tiba2 je dia lari. rupa2nya dia dah nampak ibu dia. fuh.. lega. aku pun trus berjoging. lalalaaa...

Dah abis satu 2 round.. aku pun cuba pijak batu-batu refleksologi. tiba2 ada dua budak kecik pompuan menghampiri aku sambil panggil aku "kakak.." sambil nangis juga.. Yang ni carik papa dorang pulok..

Tiba2 ada suara lelaki "adik.. kakak.. papa kat sini..".Dan.. budak2 tu pun berlari mendapatkan papa dorang.

Aku pun sambung pijak batu-batu tu lagi. aarrgghh.. sakit betul tapak kaki ni..

* kenapa budak2 ni datang kat aku? dua kes yang sama pulak tu. dan.. aku merasa musykil.. *

ps ~ mungkin kah kerana aku terlalu gojes? renung²kan..



Aku tak gila.. tapi aku buat gila..

Petang.. aku tak tau nak buat apa. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.

Dan.. aku dapat idea.. Ye, tiba-tiba aku rasa nak cuci keta di bawah hujan dan bermain dengan air hujan.



Lalalaaa.. best tau.. macam buang tebiat pun ada.

ps - harap-harap aku tak kena demam selesema..


Sunday, February 22, 2009

Ku harus buangkan mu ke dada langit..

Tiba-tiba aku rasa sedih. Sedih yang tak diundang. Sedih yang teramat hingga menusuk ke ulu hati aku.

Aku rasa aku perlu berhenti berharap. Berharap agar kasih aku terbalas. Atau mungkin kasih yang aku tunjukkan tak sampai kat dia dan dia tak dapat merasakan kasih aku itu? arrgghhh! Takkan dia tak tau yang aku sangat kasihkan dia. Takkan dia tak rasa yang aku selalu ada dengan dia waktu senang.. waktu susah.. Takkan dia tak perasan perhatian yang aku bagi kat dia selama ni?

Takkanlah..

Dan.. Aku rasa aku perlu perlahan-lahan buangkan ingatan aku kat dia. Walaupun amat susah sekali kerna dia sentiasa ada dalam fikiran aku. Sebelum aku tidur dan waktu aku bangun tidur.. Hanya dia fikiran aku. Ye.. aku mengaku tu..

Bukan aku tak pernah cuba untuk melupakan dia.. malah, aku telah gagal 2 kali. Semakin aku cuba jauhkan diri dan cuba lupakan dia.. semakin kuat ingatan aku kat dia. Malah, dia selalu hadir dalam tidurku..

Dan.. aku rasa.. dah sampai masanya aku perlu buangkan ingatan aku kat dia jauh ke dada langit bersama senja nan merah.

Akan aku cuba lenyapkan dia dari fikiran aku..


Saturday, February 21, 2009

Memasak dan Mencintai..

Bila cikpinkiss berada di dapur.. dia akan memasak dan memasak..


lobster atau udang karang. sila abaikan lengan yg tak brapa nak gebu tu eh.


lobster sebelum dan sedia untuk dimasak.


lobster 'menagih kasih kembali'.


sayur campur 'kenangan terindah' di hari raya.


laksa kasihku abadi.

Lalalalaaa... senangnya dalam hati.




Friday, February 20, 2009

Sila Beli Kamus Dewan..

If you love someone, let them go..
If they come back to you.. it was meant to be.

Malas nak aku translate kan ke bahasa melayu. Korang amik kamus, cari makna. Kalu takde kamus, sila pinjam kat cik belle.

Aku percaya dengan kata² kat atas tuh. Indahnya kalau orang tu betul² kembali kat kita. Dan.. memang itu yang kita harap²kan selama ni.

Tapi camne bila orang tu kembali tapi kita dah ada orang lain?

Malas nak pikir..


Lucah bukan??

Visual ni aku amik pagi tadi sewaktu aku tgh drive nak gi keje. Kalau korang tak tau, aku snap sambil drive ye.. ingat tu.. (nak tunjuk aku terer..) Takyah susah² beli camera canggih. Henpon lopek aku ni pun cukup berguna.



Bas yang lucah bukan?

ps ~ panggg!! tampar muka aku sekali. asik nak melucah je..



Wednesday, February 18, 2009

Terima Kasih.. sama-sama..


Kaki aku ni kecik dan runcing. eh. ada ke kaki runcing? arrgghh.. blasah je la. mungkin sebab dulu aku gi skool naik basikal. jauh gak la. lebih kurang 4.45 km jauhnya. aku skool sesi petang. pegi tghr, balik petang. kayuh.. kayuh.. dan kayuh.. nak naik bas, tak brapa nak cukup pulak duit belanja yang mami n dedi aku bekalkan.

satu hari, posh, rakan sepengayuhan aku tak datang skool. ikut bapak dia gi amik keta datsun buah kana kaler maroon yang baru dibeli. yelah, keta baru.. sure nak gi amik sama2 satu family. boleh kuarkan kepala dari tingkap pintu belakang. biar satu kampung nampak keta baru dorang.

so, aritu aku tepaksa gi skool sensorang. gi kantin pun sensorang. balik pun sensorang gak. time tgh dok kayuh, tiba2 perut memulas pulak. ish.. kacau betul la perut aku nih. dah tu tak tau nak singgah mana nak melepaskan benda ni.

sampai satu rumah di kiri jalan iaitu rumah kawan aku, Aziah nama dia. aku stop basikal. terus lari menuju ke tandas yang letaknya kat tepi pokok pisang kat belakang rumah tuh. 1 minit.. 2 minit.. 5 minit berlalu. Selesai sudah. Alangkah leganya..

"Assalamualaikum.." aku memberi salam. "waalaikumsalam.." salam dijawab oleh seorang makcik. "Ye nak.. Aziah belum balik dari sekolah lagi.." tiba2 je makcik tu jawab. aku tak tanya apa2 pun kat dia."err.. mcm ni makcik. tadi saya guna tandas. tak sempat nak minta izin.. terima kasih eh makcik.."

dan.. makcik tu pun menjawab "sama-sama" dalam keadaan terpinga2. aku pun setat balik kayuhan basikal aku balik umah. lalalalalaa.. senang hati..

Tuesday, February 17, 2009

Bila Cikpinkiss Berangan..


Time ni aku ada $$$ banyaaaaakkkk sangat.

Apa aku nak buat ngan $ tu semua?

Family
1. mak bapak- buat bunglow kat simpang empat tepi masjid kat kampung aku.
2. abang 1 -kenderaan 4x4
abang 2 - mini cooper S
3. adik - satu butik fashion
4. kakak - satu bakeri
5. anak buah aku - satu restoran franchais

Boifren aku (ceh.. mana ada bf.. konon² je ni..)
U name it.. i'll get for you. anything for you my dear honey bun..

Kawan Skool
Aqish - belikan dia mr. civic yang berkulit itam legam
(kepada kawan yang lain yg aku tak umumkan nama kat sini.. sila angkat tangan dan nyatakan kemahuan anda..)

Kawan blogger (tak lupa tau..)
Belikan korang satu laptop paling canggih siap ngan broadband. (ada sesapa nak selain laptop? sila nyatakan eh..)

dan..

untuk Cikpinkiss
errr.. aku kena pikir dulu..
sakit dah pala ni.
banyak sangat kemahuan aku.




Jom Beli Basikal..

Semalam aku ym dgn sorang kawan ni. Dia dulu keje sama tempat ngan aku. Sejak dia kawin, dia ikut laki dia pegi seberang laut. Laki dia keje kat sana. Seronok je dengar dia happy dengan kehidupan baru dia. Dan bakal ada orang baru antara mereka. Sweet je rasanya.

Cerita punya cerita, soalan biasa diajukan kat aku. Alah.. soklan bila nak ada kawan tidur sebantal.. Itu je... Dah biasa dah. Umpama makan cheese cake je.

Satu lagi statement yang agak tak boleh nak tahan sikit, dia suruh aku settle down tahun ni juga. adoila.. Aku ni dahlah blom bf, nak suruh settle tahun ni pulak. Camne? Dia kata dia akan balik sini kalau aku kompom tahun ni. Siap nasihat kat aku.. kalau susah², suruh mak bapak aku carikan. Ish..

Macam suruh beli basikal bmx je kan?

Pagi ni aku bangun tidur, aku tepikir.. Betul juga kata² dia tuh. Sebenarnya dia nak kawan rasa apa yang dia rasa sekarang ni. Bahagianya hidup berteman. Korang pun tau kan.. entry sebelum ni pun aku ada bagitau, aku dah bosan dengan rutin harian aku. Ye.. aku dah bosan.


Monday, February 16, 2009

Tak Sanggup Lagi Aku..


Semalam lepas bangun tidur aku tak tau nak buat apa. aku pun cuci ferrari aku. dah lama tak cuci sendiri. asik suruh wak pungut cuci je. Dahlah tak berapa nak bersih. Kena bayar 10 ringgit pulak tu. Cekik darah punya wak pungut.. Ala.. lagipun, semalam aku tak berbasikal. So, aku gantikan dengan mencuci ferrari aku. Eksesais jugak la kan..

Bila dah cuci, dah berus tayar.. dah lap.. dah kering. Aku pun tenung ferrari ku itu. Dalam hati aku pun berkata "Hensem lagi rupanya ferrari aku ni." Makin lama makin hensem lak tuh.

"Hmm.. tak jadilah aku nak bercerai dengan dia.." makin lama makin sayang pulak rasanya. Sebenarnya aku ada hati nak kawin lain. Gatal nak hidup dgn ngan Mr. City yang berkulit Hitam la pulak. Lalalaaa..

ps ~ gatal kah aku.. mari tolong garu..



Sunday, February 15, 2009

aku tak suka buat karangan.. aku suka berangan..


Berikut adalah jadual waktu tidur Cikpinkiss bagi tarikh 14.02.09 dan 15.02.09.


Jumaat 11.45 mlm hingga 10.15 pagi Sabtu.

Sabtu 1.45 ptg hingga 5.15 petang.

Sabtu 11.30 malam hingga 10.15 pagi Ahad.

Ahad 2.30 petang hingga 5.15 petang.


soalan:
Berdasarkan jadual di atas, sila buat ringkasan. Jumlah patah perkataan adalah mengikut sukati korang.


Saturday, February 14, 2009

Kau Memang Durjana - Siri 2 (separuh akhir) -

setelah disahkan mengalami masalah kemurungan, si gadis merasakan bahawa dia harus meninggalkan daerah ini. tak sanggup lagi rasanya nak berpijak di tanah yang penuh dengan kedukaan. hari-hari yang dilalui tiada lagi rasa bahagia dihatinya.

si gadis telah berjaya mendapatkan pekerjaan di utara tanah air. notis letak jawatan dihantar dengan serta merta. hatinya telah nekad untuk menerima tawaran pekerjaan itu. walaupun harus meninggalkan si ibu tua berseorangan di rumah.

nasihat dan perhatian dari kawan tak diambil peduli lagi. soalan-soalan cepumas diajukan padanya. dapatkah kau hidup berseorangan.. tanpa keluarga dan kawan sepermainan sejak kecil. namun, dia tetap berdegil. hatinya terlalu keras dek kerana kekecewaan yang merundung jiwanya. si gadis memang sudah nekad.

sehari sebelum bertolak ke utara meninggalkan daerah penuh dengan kekecewaan, dia dengan sengaja melewati pejabat si jejaka. air mata terus mengalir tatkala terlihat kereta si jejaka yang diletak di depan pejabat. arrgghh.. amat mudah kau mengalir wahai air mata.. haruskah aku membazirkan air mata ku ini keranamu buat yang kesekian kali??

apakah akan ada langit cerah nan biru dan sihar bahagia buat si gadis di tempat barunya itu nanti? nantikan kisah selanjutnya.

ps ~ pandangan aku kelam sebab lapar.



Friday, February 13, 2009

Cerita Pendek Yang Panjang..


* Hari Jumaat *

aku suka ~ ari last keje. esok cuti. tak yah gi keje. buleh masak, makan dan zzzz..

aku tak suka ~ kena pakai baju kurung. aku amat rimas sekali! walaupun baju yang aku pakai ni harga dia tambah lagi 4 rat jadi 1 k. bos aku belikan kain ni. (meriak kejap..)

okey.. cerita pagi ni. bos aku kol. ada orang akan datang jumpa dia kat ofis. dia suruh orang tu tunggu kat entrance. sementara tu sediakan air dan kuih untuk dia. aku pun suruh sorang staff ni pegi beli teh tarik dengan kuih.

air dan kuih pun dihidangkan. "kak, orang tu tak ambik gula". rupa²nya mamat ni sugar patient. so, dia tak minum air yang manis.

aku pun suruh staff ni buat air lain untuk dia. arahan pun diberikan..

"okey.. u buatkan dia air teh o without water.."

ye.. ini adalah akibat dari pemakaian baju kurung.

ps ~ aku tengah minum teh tarik.


Thursday, February 12, 2009

Filem: boifren aku yang terlampau

pelakon utama:
aku
(jawa, berkulit cerah)
Mr.E
(cina + omputih, kulit gelap sikit dari aku)

terbitan
pink on pink pictures

SiNopSis
Mr. E. seorang yang tegas. sangat komited dengan kerjayanya di sebuah syarikat gergasi. baginya, kerjaya adalah nombor satu dlm hidupnya sebelum pompuan kat sisi dia. bak kata dia, "my work is my priority." so, aku paham.. aku ni nombor dua.. bukan bini nombor dua.

sukakan pompuan yang berdikari atau independent. jangan mimpi nak mengada2 dan atau terlalu bergantung dengan dia. tersangatlah tegas dalam membentuk aku supaya jadi seorang yang berdikari. kebiasaannya kami akan memandu kereta berlainan untuk keluar berdating. (berdua pun slalu gak tau.. apa korang hengat huh..?)

dia suka ajak keluar dengan secara mendadak. dan.. aku tepaksa kensel semua plan atau aktiviti aku walaupun telah dirangka sebulan yang lepas. kalau aku tolak ajakan dia tu, maknanya dalam 2 minggu yg akan dtg tu lah dapat jumpa dia.

sungguh tak romantik. birthday aku akan disambut sehari lebih awal. dan.. hadiah yang dia bagi kat aku tu tak pernahnya berbungkus. leceh.. lebih baik tau terus apa hadiah yang dia bagi tu. takyah nak saspen2 katanya..

dan.. macam² la kisah suka duka bersama dengan dia. apa pun, banyak benda aku belajar dari dia. dan.. aku masih adaptasikan dlm kehidupan aku sehingga ke hari ini.

**************

apakah ending kepada cerita ini. adakah aku masih bersama dengan Mr.E? tahankah aku dengan sikap dia yang terlampau itu?









ps ~ kami tidak bersama lagi. dia telah pindah ke china. aku tak sanggup tunggu 5 tahun. dalam masa tu, ramai orang aku boleh jumpa. lalalalalaaa.. (terlampaukah aku?)

sorila.. takde secebis gambar pun kat sini. hahaha.. musti korang hengat ada gambar aksi terlampau kan?? padan muka korang..



tegar² kau melakukannya?

hurm.. hari yang penuh dengan kebizian. kebizian yang mengundang stress. lebih stress bila staff buat silap. dan.. tiba² aku aku keluarkan statement puaka.. "boleh tak i lempar file ni kat meja u?" (jarak kira-kira 15 meter). ye.. aku memang pantang orang buat silap. aku setuju bila org kata.. nobody perfect. aku pun tak perfect, tapi aku perfectionist.

** pala otak dah jammed**

dan.. aku rasa tak sabar nak balik rumah. nak basahkan kepala sampai kaki. nak baring.. nak rehat.. nak tengok tv sambil berkipas sambil hirup air milo panas. amat heaven bukan bunyinya?

lalalaaa.. dan aku pun berjalan menuju ke parking keta dengan penuh semangat. ye, semangat nak balik ke rumah nak ilangkan stress. nak masuk ke dunia aku yang penuh heaven tuh.

girang bertukar menjadi garang.. bila aku tengok ferrari aku telah diberakkan oleh burung. dan.. sebelum aku pegi heaven, aku nak antar burung ni pegi neraka dulu.. dan ***** (mari mencarut bersama..)



ps ~ esok aku nak bawak mesin, nak tebang pokok tu. padan muka burung tu semua! takde tempat nak lepak² lagi.. lalalalaa..


Wednesday, February 11, 2009

bayar hutang TAG...

syarat-syarat nyata..

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


pic ni adik aku kasik kat aku. dia dapat dari yahoo. dia kata sketches yg sangat perfect. dan.. dia teramatlah sukakan fashion design. so, aku simpan satu folder untuk sketches yang dia kasik kat aku tuh.

sapa yang taG aku? beliau adalah adik tiri puteri gunung tahan ----> TiNiE.

mintak sori banyak². aku tak dapat nak ikut 6 syarat kat atas.

ps ~ rasa cam nak bela rambut .. pastu nak kasik kaler..



dilema kekasih lama..

kasih lama bertaut kembali?

Mengapa hati masih berdebar2 tatkala terpandang wajah si dia? Adakah masih ada cinta??
Mungkin... tak akan ada hati dan perasaan yang boleh ditipu... Mungkin riak wajah dapat menyembunyikan segala... Tapi bukan hati dan perasaan..

Adalah satu citer ni... L prnh berkawan dgn N.. Tapi cinta mrk x kesampaian.. Dan akhirnya N berkahwin dengan pilihan hatinya sndiri iaitu E.. Perkahwinan yang baru berusia setahun jagung dilanda badai.. Mgkn inilah penyebab ramai uda dan dara takut nak masuk ke alam perkahwinan.. Betul tak?? Banyak berlaku pergaduhan dan tiada persefahaman dalam perkahwinan zaman skrg ni, maka berlakulah penceraian.. Satu perkara halal yang paling dibenci oleh ALLAH.. Tapi kadang2 itu sahaja jalan penyelasaiannya.. Tapi takde siapa yang ingin nak bercerai berai... Semua org pun xnak... So, sebelum kawin kenalah fikir panjang.. Jangan tangkap muat jer.. Jangan tengok orang kawin.. nak kawin juga..

Sambung cerita tadi.. Dan satu hari N bertemu dgn L.. Satu pertemuan yg dirancang, hanya satu minum petang dalam suasana yang amat santai.. Setelah setahun... Maka berceritalah tentang diri masing2.. N meluahkan masalah yang melanda rumah tangganya.. Menyesal x sudah.. Selama ni x dpat membezakan mana kaca & mana permata..

Tapi itu sudah terlambat.. Masa x dapat dikembalikan.. Biasalah, L mula rasa simpati.. Hati wanita manakah yang tak mudah rasa kasihan... Sungguhpun begitu, L dapat kuatkan hati dari terus merasa kasihan dan simpati terhadap N.. Kerana.. L pun telah pun ada pengganti yang lebih baik dari N..

N tak dapat menerima kenyataan itu.. Dulu masa kita dok syok kat dia, dia gi kawin dgn org lain sape suruh.. Skrg dok gigit jari je la..

Kita berbalik pada permulaan bicara.. Mengapa hati masih bedebar2 tatkala bertemu dan terpandang wajahnya.. Mungkinkah masih lagi ada cinta.. Skrg L dalam dilema perasaan dengan kekasih lamanya, N.. Masihkah perlu lagi ada perasaan itu??


Tuesday, February 10, 2009

kata bilangan..

arini aku kemas laci meja opis. dah lama tak kemas. macam² aku jumpa dalam tu. ada yang penting.. ada yang tak penting. tapi.. kebanyakannya tak penting. ku susun, ku buang apa yang tak perlu dan kusimpan apa yang kufikir perlu. apa la punya ayat aku nih.. aku tak blajar pun sastera.

tiba² aku terjumpa 3 ____ keychain (tak tau nak guna kata bilangan.. tolong sikit ek..). keychain² tu semua orang yang kasik kat aku.

so, sekarang ni aku rasa aku nak kumpul keychain. korang tu semua, kalau gi mana².. jangan lupa belikan aku keychain tau. ish.. tak malu betul la aku ni minta orang belikan pulak.. arrhh.. peduli apa? aku tak kira.. kena belikan jugak tau..

ni antara keychain² aku.. sikit je kan? so, apa kata.. korang tolong tambahkan koleksi aku ni.. lalalaaa..



ps - kecik tapak tangan, satu ferrari aku tadahkan.. apa la aku cakap ni.. lantaklah..


Sunday, February 8, 2009

arrghh..blurr la pulak.

tiba-tiba aku rasa aku nak ubah a.k.a tukar header blog aku ni. tapi belum ada idea layout camne yang aku nak buat. blurr je nih..

kepada kengkawan, minta jasa baik korang untuk utarakan idea-idea. aku tau korang tu semua kreatif n inovatif kan? tak baik tau kedekut idea.. meh la kasik kat aku. nanti akan aku adaptasi idea korang tu semua untuk jadikan satu layout baru.

ps - atau haruskah aku kekalkan je header yg sedia ada?



Friday, February 6, 2009

bukan niat aku nak jadi CNN...

aku takmo jadi pegawai beruniform. ceh.. silap taip pulak. (sila abaikan baris ini..)

aku ada kawan. tapi tak ramai. kawan pompuan tak ramai.. kawan laki.. pun tak ramai gak. kawan kat alam maya pulak, lebih kurang ramainya ngan kawan kat alam nyata. tak kira la, mana² alam.. alam damai ke.. alam budiman ke.. alam dan manusia ke.. aku tak kira. janji kawan.

aku tak kisah berkawan ngan orang yang bermulut puaka. cakap lepas. kutuk aku depan². biar puaka di depan.. jangan berpuaka kat belakang. kang dapat sebungkus cilake paling berpuaka dari aku.

satu lagi jangan nak banding²kan diri dia atau apa yang dia ada dengan aku. sebab aku adalah apa yang aku ada. jangan nak bandingkan boifren dia ngan boifren aku. dah sah² orang yang berlainan. so, mmg perangai yg berlainan.

statement menjeleskan aku chapter 1.

"eh.. bf i selalu ada je bila i perlukan dia.. i suruh datang.. dia trus amik i tau.. (pegi mampus!) kesian u, boifren u asik bz ngan keje je.." aku mmg menyampah tahap tembelek dengan statement tu. boifren aku tu time tu keje mis kat satu syarikat pengeluar keta. so mmg bz. tak serupa ngan boifren dia yg cuma keje ttuuutt.. (takmo nak rendah²kan orang..tak baik) konon je..

statement menjeleskan aku chapter 2.
bila dah kawin pulak.. "eh.. best tau dah ada husband.. bangun tidur ada orang kat sebelah.." (mcm dia sorang je bangun tidur ada laki kat sebelah..) "bila sakit kepala, ada orang tolong picit.." (eleh.. picit sendiri pun boleh..)

statement menjeleskan aku chapter 3.

bila dah ada anak.. "best tau ada anak sendiri ni.. dah lengkap je rasa hidup ni.. time keje pulak, asik ingat baby je.. tak sabar nak balik umah.. spend masa ngan baby and hubby.." bluekkkk..!

dalam menceritakan alkisah kebahagiaannya dalam pada yang sama menjeleskan aku dengan 3 chapter statement.. rupanya terselit perasaan cemburu dia kat aku. dia kata, aku ni bergaya (mmg pun..) ada kerjaya (boleh la..) ada keta cantik (mmg la..) body cantik (itu sudah gerenti..). itulah confession dia kat aku melalui sms yg dia hantar kat aku. korang rasa nak nak muntah? muntah je.. aku peduli hape.

bukan aku menyampah.. tapi aku tak suka kawan yang spesis macam ni. ya Allah, jauhkan la aku dari kawan spesis ini. bagi aku.. berkawan biar ikhlas.. baru lah usia persahabatan tu boleh bertahan lama.

betul kata boifren aku dulu. jangan kawan dengan minah ni. sebab dia ni umpama parasit dalam diri aku. tapi aku takmo dengar.. degil. padan muka aku..

ps - biar macam pelesit.. jangan macam parasit..



Thursday, February 5, 2009

andainya aku ..

aku benci drive dalam keadaan jammed yang macam babi belaan si denise richard yang suka mencarut tak tentu hala tu. pastu.. pala otak aku mula mendidih.. mata pinar².. jantung degup lagu. dan.. macam² lagi perasaan. eleh.. mana ada orang suka drive dalam keadaan jammed kan? apala aku nih..

korang pun sendiri paham la keadaan jammed kat bandar klang tempat aku cari makan ni. lagi² kat town centre tuh. fuh.. mmg jammed tahap tembelek. aku rasa.. entry aku yg sebelum ni pun aku ada nyatakan kegeraman aku.

setiap sudut dan setiap simpang ada je pegawai yang pakai uniform putih jaga trafic. ada yang hensem, ada yang tua, ada yang tinggi, ada yang pendek. dan segala macam saiz lagi. kiranya semua saiz ada. macam² ada. dan aku selalu berharap setiap simpang jalan yang aku lalui tu terdapat pegawai yang hensem lagi comel. ha.. kutuk aku la tuh. ye.. aku memang mata keranjang.. puas hati??

tak kurang juga pegawai yang berjantina perempuan yang jaga trafic. sambil aku melewati bulatan 100.. pala otak mula menjalankan tugas menghantar informasi.. dan.. aku trus transform diri aku menjadi ......

******* (aku dah jadi pegawai beruniform)*****

ye.. aku akan jaga ikut pala otak aku. ikut sukati aku. ikut mood swing aku. kalau mood aku baik, aku akan jaga baik². aku akan jaga jalan (sambil angkat² tangan) dan tersenyum paling gojes sekali. tak akan ada pun satu simpang yang mempunyai deretan kenderaan dengan secara melampau panjangnya.

kalau mood aku tak brapa nak baik aka 'makcik' aku tengah berkampung.. maka deretan kenderaan adalah dari bulatan 100 hingga ke pasar besar depan kedai pembekal makanan ringan phong may. hehehee.. baru padan dengan muka dorang. takpun akan aku buat semua simpang berhenti. takde satu pun kenderaan boleh bergerak melewati bulatan 100 tu.

aku? bediri kat tengah jalan sambil bersms and buat tak tau je... hahahaaa.. kejam tak?

ps - nasib baik aku jadi seksitari je..




kau memang durjana..

KISAH BENAR..

"kita tak boleh bersama. kita terpaksa berpisah. mak i tak boleh terima u." kata² jejaka kepada si gadis yang masih terpinga² dengan keputusan itu. walaupun kasih, sayang dan cinta si gadis kepada si jejaka tanpa sempadan. sanggup si gadis mengenepikan lamaran² cinta dari jejaka yang ingin mendampinginya. kasihnya hanyalah pada si jejaka idaman hatinya itu.

dan.. mereka pun membawa haluan masing². walaupun berat, tapi harus diharungi. ye.. mengharungi hari² yg mendatang sendirian. hari² yang dilalui tanpa panggilan telefon, tanpa sms, tanpa makan bersama, tengok wayang dan shopping bersama si jejaka. arrhh.. amat sukar sekali untuk dilalui. setiap detik waktu berlalu dengan amat perlahan. pagi menunggu ke malam dirasakan amat lambat sekali. 2 bulan pun berlalu.

mereka seperti tidak dapat hidup tanpa satu sama lain. dan.. kasih mereka disambung kembali. menyambung kisah percintaan yang ter'hold' selama 2 bulan. menjalani kembali detik² seperti sebelum itu. detik² yang amat manis dan indah. bersama² dilalui dengan penuh kegembiraan.

awan mendung berarak lagi. sekali lagi si jejaka memberi alasan yang sama. iaitu ibunya tidak dapat menerima si gadis sebagai menantu di rumahnya. dek kerana si gadis dibesarkan oleh ibu tunggal tanpa suami disisi. bagai halilintar menyambar kepala otak si gadis. nasib baik tak hangus si gadis tu kan? hehee.. okey.. sambung balik cerita..

pasangan itu sekali lagi berpisah. berpisah untuk kali kedua. berpisah bukan untuk 2 bulan. tapi berpisah terus. si jejaka terus menjalani kehidupan seperti biasa. tanpa rasa sedikit pun bersalah di sudut hatinya. bagaimana dengan si gadis?

si gadis umpama dihempas ombak besar di tepi pantai. tercungap² dan lemas sendirian dan tergapai² keseorangan. hidupnya kini keseorangan. kosong. dalam hatinya berkata "bagaimana harus aku lalui tahun 2009 dengan bersendirian..tanpa kasih seorang teman yang bernama lelaki." niat di hati ingin sahaja keluar dari daerah. mencari pekerjaan lain dan meninggalkan daerah yang penuh dengan kepahitan. hidupnya kini amat keseorangan. boring, kosong.. segalanya terasa amat kelam dan mendung. tanpa sedikit rasa bahagia walaupun ramai teman lain cuba menggembirakan hatinya agar lupa akan peristiwa itu..

dan.. si gadis telah disahkan oleh doktor yang dia mengalami masalah kemurungan.

wahai si jejaka.. kau memang jantan LEMBIK lagi DURJANA!!

ps - mak aku bukan ibu tunggal.. sekian.



Wednesday, February 4, 2009

Dan.. aku dah bosan...

tidur sensorang. bangun pagi.. turun katil. kejap berdiri kejap cangkung depan almari. bukan eksesais, tapi tengok².. pikir².. baju apa yang aku nak pakai arini. tak jumpa gak, beralih dua tapak.. buka satu lagi almari.. bila dah jumpa yang sesuai, gosok.. mandi.. bersiap.. pegi dapur salam mak bapak aku, amik sarapan yang dah mak aku bungkus, setat ferrari, pegi keje..

masuk opis.. buat keje.. petang balik rumah. mandi, kadang² masak.. kadang² tak masak. tengok tv, tidur.. hari sabtu ahad, duduk rumah.. masak, makan.. tgk tv. layan anak² buah. kadang² gi window shopping or kuar ngan kengkawan. itulah je la rutin harian aku.

aku dah boring dah dengan rutin tu semua.. aku nak tukar rutin yang ni la..

tidur berteman. bangun pagi. siapkan baju keje untuk dia. pegi dapur. siapkan sarapan. tunggu dia sarapan. antar dia gi keje kat pintu. aku? takyah keje la.. duk umah diam². kemas rumah. basuh baju. pastu relax² baca magazine. tengok tv. petang sikit siap² tunggu dia balik keje kat pintu rumah. buat air untuk dia. masak makan malam and makan sama². tengok tv sama². tidur sama². weekend, gi balik umah mak atau gi jalan² cari makan. semuanya aku nak buat dengan dia.


kesimpulannya.. siapakah DIA itu? jeng..jeng..jeng.. sekian.



Tuesday, February 3, 2009

Jalan² Cari Maki..

jom cari maki.. takmo cari makan. tapi nak cari maki. makan kat mana² pun boleh dapat. maki tak boleh didapati and takde dijual dimana². kalau korang nampak kedai yang jual maki, impom kat aku tau.. aku blanje korang beli maki sorang 4 bungkus.

arini aku sedekah 2 bungkus maki. mula² aku kasi staff kat streamyx. bukan saja suka² nak maki atau jadikan sebagai hobi.. tapi aku rasa mereka harus diberi maki. ye.. harus. sebab aritu dorang kata aku takyah bayar apa² untuk pengaktifan. tau² aku dapat bill rm208. tak ke bengang. pandai je pompuan nama lina yg kol aku aritu. ckp bukan main poyo poya je. semua free je katanya. pala otak dia free. tembelek..

aku kol staff yang berbangsa tak serupa dgn aku. bila aku tanya, tak brapa nak pandai menjawab. tu lagi lah aku tak suka. jawab la betul².. ni tak, teragak², tergagap². keturunan sulaiman gagap kot. aku ckp kat dia, kalau la camni charge yg dia kenakan kat aku, lebih baik aku guna broadband. boleh aku online dalam jamban.. dia trus membisu mcm kucing aku. tersentap la tuh.. lalalalalaaa..

tak puas ati lagi, aku kol pulak tm. sebab phone line rumah aku ada bunyi zzz..zzz..bzzz.. dahtu pulak, boleh terima kol je tapi takleh buat kol. satu lagi masalah yang harus diselesaikan dengan memberi sebungkus maki. bukan apa, dah seminggu aku buat aduan tp takde tindakan pun. so, harus bukan? jangan ingat aku suka2 je nak sedekah maki kat orang? aku ni kedekut maki tau..

lepas aku kol kasik komplen sama itu kompeni, tak lama lepas tu ada la teknisen dtg kat area rumah aku. check apa yang patut. tah apa punya wire yg tak betul katanya. aku pun tak tau. takpe, janji ada tindakan yang dibuat. dan, buat masa ni, line phone and streamyx pun agak baik dari semalam. itu pun tak brapa nak baik sgt. aku blom puas hati. kalau esok masih di tahap yang sama, haruslah aku beli 2 bungkus lagi maki.

sapa nak kirim beli maki?

ps - aku tgh pms sbnrnya ni. tah berapa banyak perkataan maki yg aku guna eh..



Monday, February 2, 2009

Pengumuman.. Pengumuman..

susulan daripada entry TEKA KACANG..

hari ni diumumkan bahawa tiada siapa yang berjaya meneka jumlah dengan tepat.

tapi di sini ada peneka yang hampir meneka dengan tepat iaitu :

CiKNaD - dengan tekaan 30 bijik.

jumlah vitamin di dalam botol adalah :

*
*
*
*
*
*
*


TIGA PULUH SATU (31) BIJIK.


ganjaran akan dibawa ke soalan akan datang. tungguu...