KAWAN²

Saturday, December 24, 2011

Dulik Sana. Ada Aku Kesah?

Korang penah perasan tak kat FB ada post link 'Who Godek Your Profile'. Word Godek tu aku saje tukar..

Kalau aku la kan, aku malas nak ambik tau la sapa yang view profile aku. Malas sebab nanti otak ko dari elok2 gerak relax, slow and steady.. Transform pulak gi ready tu pecut.

Tak perlu la nak ambik tau kan.. Ok, contoh la kan. Ko check link tu, pastu ko dapat tau la pulak si Polan yang ko penah duk cinta dulu view ko. Musti ko pikir.. "Apekejadah dia nak tengok aku lagi? Barang dah lepas tu, lepas lah".

Dah tu, mula la ko recall cerita lama. Kalau baik belaka, tidak mengapa. Kalau sebaliknya? Buat sakit kepala je.

Tak pun, orang yang ko memang tau dia tak suka kat ko dok view profile ko. Sure ko pikir. "Alah, tak suka aku tapi dok sibuk kelebet profil aku, pigidah!". Itu aku yg ckp la kan..

Dan macam2 lagilah ayat2 carut akan keluar. Ha, tak carut? Tipuuuu..Jangan nak tipu ok? (Ke aku yang kuat carut?)

Ha, satu lagi link. "Who Remove You". Ini satu lagi link aku x penah nak klik. Never forever. Batpela aku nak tau sapa remove aku dari FB dia. Cuba korang pikir.. Kalau korang tau la, si Polan tu remove korang. Sure korang akan fikir.. "Kenapa? Why lah? Apasal eh? Kenapa dia delete aku pulak? Apa salah aku? Aku ada buat silap ke?

Dah pulak jadi bersarang soalan2 kat pala otak tu. Bertambah lagi beban otak. Takyah la ko dok pikir kenapa.. Pikir la nak simpan duit untuk soping bulan depan.

Aku, senang je. Lantak sana. Kita tak boleh nak paksa orang suka kat kita.

Takmo kawan sudah, tetek ko sebelah. Eh.. Ke situ pulak.

Eh, ntah2 Paul Wesley kelebet profil aku. Sapa tau?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 21, 2011

Lihatlah..

Harini tak tau nak cerita apa. Sebab super bizi. Trafik kat Otak ni pun macam dah jammed. Bercelaru.

Errr.. Cuma nak korang pandang kat nun Header sanun. Amacam?

Suka sangatttttt!!

Terima kasih kepada Tuan Pereka. Nanti gua belanja Lu. Eh.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 20, 2011

Mimpikus..

Dulu aku pernah cerita kan, mimpi aku selalu ada makna. Tapi biasanya bukan yang bermaksud best pun, biasanya yang tak best.

Macam dulu, time tu aku ada BF (buaya fren). Aku mimpi kat rumah dia ada perempuan lain. Tak lama lepas tu, kantoi! memang pun dia selingkuh.

Senang cerita, nightmare la tu. Malas la nak cerita nightmare dah. Pegi sana jauh² ko nightmare.!

Ni aku nak cerita pasal mimpi aku malam tadi.

Aku nak pegi Langkawi. Dah lama pun aku dok riki² tiket murah pegi sana. Bajet aku pegi balik RM50. Ada ke?

Dalam mimpi aku, aku naik kapal terbang Air Asia. Lepas tu transit kat satu tempat ni. Apa ingat pegi Mekah ke nak transit²? Citt! Lepas tu aku naik pula kapal terbang Firefly. Dah siap² nak terbang tu, aku rasa kepak kapal terbang ni macam dah patah. So, aku cepat² lompat turun. Tapi kan, kapal terbang tu macam kereta pulak. Setat, terus jalan sikit pastu terbang. Takyah nak warm up enjin dulu. Tak pulak gerak sikit, belok kanan, belok kiri. Berhenti.. Lepas tu tekan minyak, gerak laju², dan terbang.

(aku taip ni sambil aku rasa gayat, ye aku memang gayat kat tempat tinggi. Bukan saja tempat tinggi, tapi di laut juga)

Ha, lepas aku lompat tu kan.. Kapal terbang tu terus terbang. Eh, dia punya landasan tu kan macam kat satu tempat tinggi macam dalam sebuah gua kat gunung yang tinggi. Lepas dia terbang tu, tu dia berpusing², menjunam masuk dalam laut. Laut tu pulak cantik, biru kehijauan. Macam kat cerita 3 Idiots.

Lepas tu aku rasa panik sangat, sebab lepas aku terjun turun tu.. Kapal tu terus terbang lalu menjunam. Dan, tindakan aku terjun tu macam satu tindakan yang sangat tepat.

Lepas tu, aku naik kat satu tempat tu. Naik tangga papan, untuk menuju ke tempat mangsa² yang terjunam ke laut tu. Macam semua orang selamat je. Takde sorang pun yang lemas. Kalau aku tak terjun, mungkin aku la satu²nya mangsa yang lemas. Sebab aku tak reti berenang.

Lepas tu, aku pun terjaga. Dah pagi la ..

* Ada sesapa boleh tafsirkan mimpi aku ni?



Monday, December 19, 2011

Cari Duit Poket


Anak sedara aku aka buah hati sakit jantung balik kampung minggu lepas. Minggu ni balik bersama niat, nak cari keja, nak cari duit.

Si abang.
Pin henfon dia patah katanya. Kakak aku memang tak bagi duit untuk beli benda2 mcm ni. Ada henfon, jaga elok2. Jangan jadi Mc Gyver. Nak jadi Mc Gyver, sendiri kaver kalau jadi pape.

Si adik.
Tayar basikal bocor. Dia ni memang x suka minta2. Tak macam si abang. So, dia pun kena cari duit untuk tampal tiub basikal.

Kerja pertama. Cuci akurium.
Nenek upah: RM2 sorang
Aku upah: RM3 sorang

Keje kedua. Cuci kereta aku.
Si abang tamak. Nak cuci sorang katanya. Si adik diumpan main laptop sendirian tanpa gangguan. Laptop aku jugakkkkk tu.
Upah: RM7 untuk si abang.

So, hasil wang yang di bawa balik adalah..

Abang :RM12
Adik. :RM5

Lumayan la jugak kan. Daripada duduk melangak tak dapat apa pun kan.. Hmmm.. Minggu ni nak bagi keje apa pulak ye?

Lipat kain okey?

Sunday, December 18, 2011

Kalendar Soping 2102

Bapak aku kan, suka sangat kumpul kalendar. Ni dah ujung tahun dah ni. Kalau dulu time dia masih boleh bawak motor, dia akan pegi kedai cina kat pekan kot2 boleh dapat kalendar.

Lagi banyak kedai, lagi banyak kalendar. So, rumah aku akan peuh dengan kalendar.

Di mana2 ada kalendar. Ruang tamu, ruang tengah, dapur, bilik, semua ada kalendar. Eh, semua adalah kalendar kuda.

Korang penah tengok kalendar soping? Aku ada tau. Semalam, aku pegi Jakel. Ye, pegi lagi. Kan ke aku Duta Jakel. Tak pecaya? Memang pun, aku tipu je.

Kalendar ni, selain ada tarikh2 cuti umum.. Haaa.. Terdapat tarikh2 sale yang bakal Jakel buat untuk tahun 2102. Sale cuti sekolah dah macam2 sale la. Sale sempena kemasukan student baru Uitm pun ada. Mentang2 la Uitm tu opposite je..

Ha, dah ada kalendar ni, bolehla buat perancangan bajet untuk soping kain.
Ha? Boleh camtu?

Friday, December 16, 2011

Suka atau tak?


Tak taulah nak kata suka atau tak..

Suka kot. Kahkahkah (malu sebenarnya nak cerita..)

Bos aku carikan aku jodoh.

Sebenarnya, dah lama dia tanya aku setuju atau tak kalau dia nak kenalkan aku dengan kawan dia. Yang paling utama, masih single.

Kalau dulu time aku belum serius lagi time bagi jawapan, macam2 kriteria aku bagi untuk calon yang bakal dikenalkan.

Lawyer, hensem, kaya, kereta ada AP. Bla.. Bla..

Bila bos jawab,
"Sudahlah u.."

Padan muka aku..

Bila lately dia tanya aku lagi, aku mula bagi jawapan agak serius. Ye, mungkin aku akan setuju untuk kenal dengan orang itu.

Harap orang itu okey. Kalau dah bos aku kenalkan, pasti okey. InsyaAllah.

Kelakar pun ada.

Wish me luck ya!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 15, 2011

Bukan Ustazah Pilihan


Semakin ramai orang perasan baik dan nak tunjuk baik. Lagi2 bila tengok gambar artis ke bukan artis ke yang pakai terdedah2. Mulalah semua jadi transform jadi Ustazah.

Tapi nak tunjuk baik, perlu kena dengan caranya. Aku tak berani nak cakap lebih2 sebab aku ni pun belum cukup baik. Semoga kelak, kebaikan dalam diri akan bertambah.

InsyaAllah..

Siapa kita untuk mencaci orang lain yang berpenampilan kurang enak di pandangan mata. Siapa kita untuk menilai orang lain? Tengok dulu kat diri kita. Nilai dulu diri sendiri. Kadang2 kita tak sebaik yang kita sangkakan.

Jangan dicaci, sebaliknya, doakan mereka agar berubah untuk menjadi lebih baik.

Ingatlah, semakin banyak cacian kita hamburkan, semakin keji diri kita kelihatan.

Jaga diri, jaga peribadi.

Peace!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 13, 2011

Imbasan

Aku ni kan, kalau attend rewang kat kenduri kawin.. Sumpah memang aku tak reti nak buat keje apa. Mungkin orang dah cop aku Pemalas.

Zaman sekarang ni, semua dah senang. Bunga telur, semua dah siap jual. Ko tunjuk je mana ko nak. Tak macam dulu, semua benda nak kena gotong royong rewang. Tapi, setiap perkara mesti ada pro dan kontra kan?

Bunga manggar, semua dah siap. Ko tinggal cucuk je kat betik. Cuma time cucuk tu kena la berseni sikit. Kang kejung je rupa. Macam bunga manggar yang aku susun time kenduri jiran aku minggu sudah. Eh..

Aku ingat lagi zaman aku kecik2, zaman tu belum baligh lagi. Kalau pengantin dah berarak, kemain lagi bunga manggar tu dibawak lari. Berebut2 kau.. Termasuk la aku. Tah hape2 tah. Aku sendiri pun tak tau motip sebenarnya.

Mungkin sebab bunga manggar dulu value dia tinggi sebab dibuat sendiri. Beli kertas kilat2, pastu lilit2 kat lidi. Buat time rewang malam sabtu. Semua bujang2. Kalau untung, time tu la dapat balak. Untung lagi kalau sampai ke jinjang pelamin. Kahkah!

Satu lagi, bab nak bagi goodies kat tetamu.. beli je air kotak, beli buah ke, beli snack ke sumi jelly ke, masuk dalam paper bag. Very easy breezy. Takyah la ko nak bungkus2 buah ke apa ke dalam plastik corak2 bunga.

Eh, nanti aku kawin nak bagi goodies apa eh? Idea pliss..

Tetiba je..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 12, 2011

The Visitor and The Real Farmville




Tahun ni, musim durian adalah kurang memberangsangkan. Tak tau kenapa.. mungkin sebab tahun lepas dah agak memberangsangkan. Skip la.. Tahun lepas okey, tahun ni tak okey. Aku jugak yang sentiasa tak okey. Tipu.

Tapi, tahun ni buah rambutan sangat memberangsangkan. Sebab pakcik aku asik datang petik pastu jual. Petik, jual. Jual petik. Eh. Dalam seminggu, minimum 2 kali dia datang. Siap aku warning, jangan datang lagi sebab ada kawan nak datang makan. Tapi tetap berdegil. Tetap bawak galah, petik rambutan. Kalau nak ikutkan, nak je aku ikat dia kat atas pokok rambutan, pastu kait dia. Kahkah!

Sabtu lepas, selepas beberapa kali temujanji. Akhirnya kawan aku, Datin Aqish (datin tipu) datang jenjalan kat rumah aku. Nak tengok Farmville katanya. Walaupun kesihatan beliau agak kurang memuaskan, beliau tetap datang (selepas aku ugut beliau). Menu macam biasa, Laksa Cikpinky. Tetapi tiada visual di sini. Sebab, motif utama adalah melawat ke Farmville.

Anees dan kakak dia stoberi. Anees agak blur time ni. Lepas dapat rambutan sebijik, baru okey.

Ahli majlis. Ni rambutan anak sekolah. So, budak sekolah je boleh panjat. Kalau mak budak sekolah panjat, dahan akan patah. Yang pink sanun tu, bukan aku. Tapi Datin Aqish. Aku pakai baju merah. Visual tiada di sini.

Ni lah dia The Real Farmville. Macam² ada kat sini. Korang boleh agak la kan tu semua pokok apa.
The kedondongs.

The betiks.

The buah Markisa.

Atau passion fruits dalam bahasa Farmville kat Facebook. Korang selalu tengok je kan.. Kali ni the real tau. Korang ada? (kalau ada, takyah jawab)

Yang ni takde kat Farmville. Dia ni jual sayur kat pasar pagi. Kepala dia letak sapu tangan, pastu ikat dengan getah tempe. Nampak kelakar. Bila kitorang tanya boleh ambik gambar tak? Dia kata okey. "Ni mesti nak letak kat Facebook", katanya.

Datin Aqish n family bertolak dari rumah aku lepas magrib. Lepas anak² beliau mandi. Anak² je. Mommy n Daddy mandi kat rumah ye..


Saturday, December 10, 2011

B.O.S.

Letih la bahasakan diri ni 'ai'. Rasa janggal. Sebab rasa macam bukan diri sendiri.

So, silalah jadi diri sendiri.

Kembali membahasakan diri sebagai 'aku'.

Pagi tadi, eh semalam la dol. Bos aku tiba2 suruh tengokkan tiket fireflyz. Untuk hari Isnin. Johor Bahru - Ipoh. Terus aku kata, takde flight landing kat Ipoh.

Aku tak cek pun, tapi aku cakap cek. Cek tiket promosi air asia adalah.. Kahkahkah! Menyimpang ..

Disuruhnya cek Air Asia pulak. Dah tentu2 la takde.. Ishh.. Ni kategori cetek pengetahuan ke apa dia ni.

Takde kapal terbang landing kat Ipoh la hoooiiii.. Sekali dia tanya aku, kalau orang JB nak pegi Ipoh mcmn? Aku bagitau, naik flight dari JB turun kat subang kalau fireflyz. Lepas tu suruh orang ambik, naik kereta pegi ipoh. Itu je.

Terus dia jawab.

"Lebih baik saya drive sendiri".

Dalam hati aku berkata,

"Lebih baik ko tak payah suruh aku tadi dol.."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 8, 2011

Sewa kedai.

Kan bapak ai ada sewakan tanah kat satu pakcik ni. Atas tanah tu dia buat kedai. Kedai runcit. Lokasi memang sangat strategik. Letaknya kat satu simpang empat kat kampung ai.

Simpang bukan sebarang simpang, simpang tu adalah laluan short cut ke kampung sebelah, dan pekan Kapar. Ye.. Sangat strategik.

Lama jugak la dia sewa tanah tu. Sejak arwah bapak dia masih hidup. Pastu anak dia yang sambung bisnes kedai tu. Kiranya dari ai belum baligh, sampaila sekarang ni dah nak menopos. Kahkah! Tak kelakar.

Tiap bulan mak ai akan datang kutip duit sewa. Dan tiap kali tulah alasan basi mak ai akan dengar dari tokey tu.

1. Duit belum cukup.
2. Duit dah bank in
3. Duit dah guna belanja beli barang

Alasan tak masuk akal. Ridiculous kan? Duit belum cukup, takkanla ada income hari2 tak boleh simpan sehari barang seploh ringgit?

Minggu lepas ai antar mak ai kutip duit sewa. Ai malas nak kuar sebab pagi2 adalah mood ke laut. Padahal belum mandi. Boleh?

Lama sangat tunggu, ai pun keluar tengok. Nasib dia baik, sebab aritu ada duit dah sedia. Itupun lepas mak ai tunggu2 macam tunggul. Boleh dia pegi layan customer dulu. Apa ingat mak ai tu datang nak mintak derma ke? Ai baru nak bagi sepatah dua kata.

Sebenarnya, ai takdelah nak marah pun. Cuma nak suruh dia sediakan duit bila sampai tarikhnya. Takyahlah tiap kali nak ambik duit tiap kali tu nak kena tunggu.

Atau, susah2 nanti.. Ai suruh adik ai yang datang collect sewa.

Mau?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 7, 2011

Inilah akibatnya..


Pagi tadi ai tengok kapet penumpang sebelah ai kotor. Ai memang pantang kalau tengok kapet kereta ai kotor. Heh! Rasa tak selesa langsung bawak kereta. So, ai pun bersihkan.

Menoleh kat kereta adik ai kat sebelah. Fuh, macam tak percaya yang kereta dia kaler yang asalnya putih dah jadi hampir cokelat.

Ai pun dapat idea. Yesss! Ai nak conteng. Peringatan yang kereta dia adalah dalam kondisi tak sepatutnya.

Hasil lakaran seorang artis. Nasib baik ai tak letak nombor hp, nick fb, twitter sekali. Kahkahkah! (harap adik ai tak baca entry ni).

Buah2 hati sakit jantung kan, kalau nak naik kereta ai.. Mereka akan shuffle dulu sebelum masuk dalam kereta. Dorang tau ai akan marah.

Shuffle di sini adalah, menggosok2 kasut kat lantai sampai tapak tu licin bersih. Shuffle ni akan berlaku secara otomatik apakala mahu menjejakkan kaki ke dalam kereta ai.

"Weh, tapak kasut ko kotor tak, nanti umi marah nanti".

Itu adalah ayat ingat mengingati antara satu sama lain. Ye, mereka dah paham protokol naik kereta ai. Hahaha! Protokol la sangat kan. Satu lagi, dorang akan TERBALIKKAN kasut dorang. Takot kapet kotor. Nanti ai bising. Kalau ai dah bising, taulah.. Boleh bernanah telinga. Kot lah.

Bagi ai la kan, body luar kereta kotor takpe, jangan interior kotor. Kereta kita tu mencerminkan diri kita juga tau.. Ingat tu..

Ala2 suci dalam debu. Tak gitu?

Tuesday, December 6, 2011

Selasa Rawak.

Harini memandu dengan mata separa terbuka. Tak taulah kenapa sekarang ni asik mengantuk je. Nak kata ai tido lewat, tak jugak.

Ye, barangkali badan ai dah banyak sangat kolesterol. Badan kurus tak semestinya takde kolesterol ye kawan2. Atau barangkali kekurangan oksigen. Sebab ai terlalu kerap kentut. Angin dengan oksigen tu ada kena mengena ke?

Tapi kan, mata yang separa terbuka ni kalau diajak shopping.. Pasti terbuka terbeliak. Kahkah!

Itu memang pasti..

psstt.. berat badan ai dah naik kilo tau..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 5, 2011

Mak ai suruh ai kawin dengan anak tokey Jakel.



Sejak dari hari Jumaat, mak ai asik tanya je.. Boleh tak antar dia pegi kenduri kawin kat Shah Alam. Ada lah dalam 3,4,5 kali dia tanya.

Sampai la hari Sabtu pagi time duduk sarapan. Masih tanya lagi. Ye, itu kali yang ke 6 barangkali. Ai bukan malas sebab apa. Sebab takde baju nak pakai. Itulah alasan yang ai bgtau sebanyak 6 kali kat mak ai. Boleh camtu?

Sekali ko..

"Lepas raya aritu, berapa kali ko beli kain? Itupun ko cakap takde baju jugak? Ko buat baju tu pakai sekali je ke?" Kalau macam ni, ko kawin je la dengan anak tokey Jakel tu."

Padan muka ai ye.. Berdas² ai dapat dari mak ai..

Pegi la jugak. Sebab lepas tengok map kad jemputan, lokasi adalah berdekatan dengan Jakel. Oh Yeah! Eh, duit pulak takde. Takpe, tengok² je.

Ai kan, jenis kalau tengok map.. sekali lalu je. Macam biasa, berlagak teror. Patutnya, ai masuk simpang kedua.. Tapi belok simpang pertama. Tapi kan, ai ni jenis tak gelabah. Rileks okey. Pasti akan ada jalan keluar. Itu yang tertanam dalam palaotak ai.

Budak dua orang ni. Farah n adik dia Ariana. Sibuk je dalam kereta. Asik tanya bila nak sampai. Sekali ai ugut nak letak dorang kat tepi jalan dan tinggalkan, terus tutup mulut diam.

Tengok kemah pengantin tu. Sweet sangat kaler dia kan. Macam kuih pulak ai tengok. Ni sebenarnya wedding anak sedara abang ipar ai. Mak bapak dia yang carikan isteri. Eh, apasal mak bapak dia dulu tak cari ai ye? Kahkah!

"Mak, jomlah.. Dah lama kita kat sini ni."

Padahal, ai dah terdengar Jakel panggil² ai. kahkah! Ko terdengar², tapi ko xde duit. Dengar je lah ye Pinky..

Tanya mak ai, dia bawak duit lebih tak. Ada katanya. Yes! Utang ye mak..

Uolls tau tak, kain chiffon yang selalunya sepasang RM128, dia jual RM59 je uolss.. Sapa tak sakit mata, jiwa kacau hati gundah jiwa merana kalau tak beli? Ni doktor Rozmey baca ayat ni, sure dia suruh ai jadi penulis skrip iklan surat kabar Metro untuk filem keluaran dia akan datang ni.

Mai ai dan cucu²nya siap duduk kat longgokan kain sementara menunggu ai dan kakak ai membelek kain. Eh, kazen ai dan mummy dia pun ikut sama sebenarnya. Tapi, tiada pic yang sempat ai snap. Sebab sibuk membelek kain di sini.

Kalau tak kerana ai pinjam duit mak ai arini, i dah beli barang 2-3 pasang tau.. Dasar..

Budak dua orang ni duduk diam lepas ai cakap nak belikan jambu. Fuh, dorang ni boleh tanya ai. "Umi kata tadi turun terus balik pastu beli jambu. Kenapa umi pegi sini pulak."

Dorang ni tak paham kot maksud sale. Kat tingkat bawah ni kan, kain yang biasa sepasang RM49 kan, dorang jual semeter RM3.99 je tau. Kan ke boleh buat baju basahan kan? Setuju tak?

Kalau tak kerana kaki ai dah sakit kejang dek kerana pakai wejes 4 inci. Pasti ai masih bertahan di sini. Membelek lagi. Ai belek, mak bayar. Dapat gaji ai bayar balik. Satu lagi, mak ai asik nak mintak balik je tau. Err.. sbnrnya jiran sebelah rumah ai ada buat kenduri kawin. Ai pulak sibuk kenduri kat Jakel. Kahkah!

Kat sini kan, nak soping sampai malam pun okey. Sebab setiap tingkat ada surau. So, xdelah masalah nak solat. Satu waktu kat satu tingkat boleh? Pangg! Takdelah, senang la kepada sapa² yang nak shopping kain baju kat semua level kan..

Dulu kan, kami shopping baju raya. Dari pukul 4 petang sampai 8 malam. Bawak la budak dua orang ni jugak. Bila keluar je, si kecik Ariana dia kata.

"Eh, dah malam la mama".

Apa yang ai suka kat sini kan, semua customer ada seorang pembantu.

"Satu customer, satu promoter. Tak beli pun takpe. "

Barangkali itu motto mereka.

Tak macam kat kedai lain, ai nak belek kain yang dalam gulungan pun kena sergah.

"Sana sudah buka punya ada, takmo tengok itu dalam plastik punya!". Cipet lah!

All this while, memang sini je tempat ai beli baju. Coz, ai like!

Ni kalau Jakel tak gantikan tempat Zahnita dengan Pinky, tak taulah. Penat tau ai promote ni.