KAWAN²

Friday, December 18, 2009

Buku baru?

Aku masih ingat lagi tahun lepas (tahun Islam). Time tu nak masuk tahun baru. Seperti biasa, ayat berulang dari mak aku.

"Tahun baru.. buka buku baru"..

Ye Mak. Nanti aku buka buku baru tapi kaler yang sama.. Heheheee..

Mak aku pesan. Sempena tahun baru esok.. Sebelum pergi keje, kena salam cium tangan mak aku. Aku ingat la kan.. Aku je kot yang tak salam mak ayah sebelum pegi keje. Anak yang mulia bukan aku?

Kalau dulu, bersiap².. Angkat beg. Trus setat kereta. Pegi keje. Tak tengok pun apa mak bapak aku tengah buat. Okey ke diorang and etc..

Pakai baju apa pun mak aku tak perasan. (ni yang best..). Dushummm! Adeh..!

Sebab aku ni suka pakai yang ketat². Walaupun tak berapa nak ada 'sesuatu' itu.. Ada aku kesah? Aku memang suka yang ketat.

Tapi sekarang.. Tiap hari kena salam cium tangan mak bapak aku. Baju apa, seluar ketat ke tak.. Itu semua mak aku akan nampak.. akan tengok.

Itu semua tak jadi masalah sebenarnya.

Apa yang aku nampak sekarang.. sejak dari tahun baru tahun lepas.. Aku akan tengok mak bapak aku setiap pagi. Tengok yang diorang tu dalam kesihatan yang baik.

Memang ada kebaikan di sebalik apa yang mak kita buat..

Salam Maal Hijrah semua..





Wednesday, December 16, 2009

Manusia bukan mudah.. tapi selalu lupa..



Sukar untuk mentafsir hati dan fikiran manusia.

Tafsirlah hati orang yang tau berbudi dan paling penting.. tahu menghormati hak dan perasaan orang lain. Kalau yang sebaliknya.. tak payah kesah.

Ada orang.. dulu hidup dia memang susah. Bukan faktor keturunan (mgkn juga) tapi faktor dunia semasa. Mana ada orang dulu hidup senang lenang? Ada.. tapi tak tau la sapa.

Bila dia dah senang.. dia mula lupa dunia. Lupa asal usul. Lupa diri. Mula menyalahkan keluarga tak beri kesenangan waktu dia masih kecil. Lupakah kamu.. Hidup dulu umpama kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang. Harus ingat itu semua.

Bongkak mula menjengah diri. Riak bersarang di hati.

Lupa diri.. lupa keluarga. Apa yang dia tahu.. cuma menghina. Menghina sesiapa yang terlintas di mata fikiran dia.

Satu yang tak boleh diterima akal waras manusia.. Menghina darah daging sendiri. Malah, menghina orang yang melahirkan dia ke dunia.

Ingatlah.. Allah itu maha mendengar. Maha melihat. Maha adil.

Amin..


Tuesday, December 1, 2009

Ape ni?



017-*****10 : hi buat apa tu

aku : sapa pulak ni?

017-*****10 : khairul, kita jumpa kat sunway semalam.

Psstt.. 'semalam' yang dia sebut tu.. aku tengah soping ngan kakak aku kat Bukit Raja. Bila masa tah aku sampai sunway tu. Eiii.. lalu pun tidak.

aku : hahahaha.. bila masa la saya pegi sunway. Lawak..

017-*****10 : Aik sapa ni?

aku : hahahaaa.. taktik ni dah basi la.

017-*****10 : hurm.. ok la. sori mengganggu.

aku : tak jawab pape pun. malas.

Sangat tak suka bila terima sms macam ni. Cari la taktik baru wehhh.. Dah basi la taktik tu. Dah berkulat dah..




Monday, November 23, 2009

Elakkan diri dari ada sikap sebegini..


Ada sesetengah manusia ni, bila dia belajar tinggi. Dia mula sombong. Lupa diri. Tak kenal saudara.

Bila dah habis belajar, keluar bekerja dengan profesyen yang boleh dikatakan tinggi .. Dia mula makin bongkak.

Membangga² diri dengan kerjaya dan kejayaan dia.

Muka dah tak tau memandang ke bawah. Paling tidak pun.. pandang la tegak ke depan. Hmm.. memang tidak la jawabnya. Muka dia cuma tau pandang ke atas. Yang kita nampak, cuma lobang hidung dia.

Kata² yang keluar .. mulalah besar² belaka.

Aku tak suka bangsa macam ni. Menyampah!.. Setakat mana la dia boleh pergi dengan sikap bongkak angkuh dia tu?

Pergaulan dia dihadkan kepada manusia berpelajaran setaraf dengan dia. Kalau sesapa yang takat diploma .. memang dia pandang sebelah mata je.

Kalau takat SPM, langsung tak jeling. Sayang kot nak gerakkan bijik mata tu memandang. Tak pun mata boleh kuar darah.

Kalau kita sombong, angkuh atau bongkak.. Orang akan mengata kita. Manusia ni, dari satu mulut.. boleh sampai kepada bermulut².. Sampai menyampai..

Satu lagi, orang tak akan doakan kita yang benda yang baik.

Ingat kalau perangai buruk camtu..

Orang pandang tinggi ke?


Friday, November 13, 2009

Masalah mereka berdua..


Nama : Irfan

Dialog : Sambil berlari dan menangis .."Nenek.. Ayam tu sepak Irfan.."



Nama : Farah

Dialog : Sambil berlari dan menangis "Nenek.. Ayam tu tampar Farah.."


Sila berikan kesimpulan dan apakah sebenarnya yang terjadi..

Haihh.. dorang ni...

Tuesday, November 10, 2009

Tanpa cerita..


tuan empunya blog











Hmm.. ni lah buah² hati SAKIT JANTUNG aku..

Friday, November 6, 2009

Nak MELETOP, tapi taknak MODAL..


Ya Allah, jauhkan la aku dari lelaki jenis ini.. Amin..

Nak dijadikan cerita.. Ni kisah seorang kenalan aku. Dia ni anak orang kaya. Bapak dia ada restoran. Kat semenanjung, kat luar semenanjung pun ada. Ada la beberapa branch. Dia ni pun ada bisnes sendiri. Butik pengantin etc..

Aku namakan dia sebagai MB (mat bergaya)

Laki dia ni budak datang dari hulu. Tapi bukan hulu tembeling. Tapi hulu temberang.Muka dia.. boleh blah la. Hensem.. putih bersih. Arrghh.. lupakan saja rupa dia itu.

Dia ni malas keje. Nak keje yang meletop saja. Taknak keje biasa². Lepas tu dia berenti. Sebab tak dapat target. Lupakan pasal target.

Kereta dia.. Nak yang ada AP saja. Taknak pakai kereta tanpa AP cam keta aku. Eh.. sapa kata keta aku takde AP? Aku pakai ferrari tau.. Tapi ferrari aku ada lambang P senget kat muncung dia. Ehehee.. Sendiri tau la kan.. aku pakai keta apa. Gunalah ikut kemampuan..

Ni kisah kereta. Ada sorang kawan aku tu.. dia tak mampu nak bayar BMW dia. SO, dia suruh la si MB ni pakai. Sambung je bayar.

Wah.. bergaya sungguh la si MB ni pakai BM. Ke hulu ke hilir.. Tapi tak sapa tau.. Ansuran, minyak.. duit poket.. semua bini tanggung. (Sekarang dah tau bukan?)

Lepas tu pulak, dia keje tolong kat restoran bapak mentua dia. Amboii.. Bukan main lagi dia. Berlagak macam bos. Pantang nampak staf takde kerja. Laju saja dia mengherdik. Baik² weh.. kang indon² tu santau ko.. Padan muka.!

Ha, pastu BM dia tu.. dia tak mampu bayar. Nama tak tukar lagi tu. Masih nama kawan aku tu. So, dia taknak la nama dia buruk kat bank. Dia pun suruh la MB ni lego je kat orang lain. Yelah kan.. Sementara ada orang nakkan keta tu.

Masih dengan berlagaknya.. Masih tak sedar diri. Dia nakkan pulak duit insurance kereta yang masih berbaki 6 bulan lagi tu. Adeh! Memang bongak bin bongok punya lelaki.

Ha, hambik ko sekarang. Takde keta.. tumpang je kereta bini ko tu.

Tu.. masih berlagak lagi tuh..

Eii.. nyampah betul la!



Tuesday, November 3, 2009

Perlu jawapan



Entah kenapa, sejak hari Sabtu lepas.. Aku rasa aku susah sangat nak dapat tido nyenyak. Petang sabtu aku sambil tido kan farah (anak kakak aku), aku pun rasa nak tido.

Tak sampai sepuluh minit, aku terjaga. Sebab rasa panas. Lupa nak on aircond. Eh, rumah aku mana ada aircond. Tetiba je perasan ada aircond pulak. Time tu aku tido kat sofa depan tv. Patut la rasa tak selesa.

Pindah pulak masuk bilik. On kipas. Ha, yang ni baru betul. Tido.. zzzz.. Pastu aku terjaga. Sebab aku terdengar suara budak kat luar rumah. Rupa² farah dah cabut. Tak jadi tido. Aku pun bangun, bersiap.. Pegi kedai rambut.

Malam tu pulak, aku tetap tak dapat tido dengan nyenyak macam biasa. Setiap 2 jam aku terjaga. Pastu tertido balik. Pastu terjaga.

Sama jugak dengan malam tadi. Tetap tak dapat tido nyenyak. Tido.. terjaga.. tido.. terjaga.. sampai la pagi.

Puas aku pikir, apa masalah aku ye? Nak kata bercinta... Ahahahaa... tak jugak.

Pikir punya pikir..

Ye, aku dapat jawapan.

Aku banyak sangat makan durian weekend lepas. Oleh itu, suhu badan aku dah melepasi tahap sediakala.

Eh, aku tak makan durian kan?

Soalan : Kenapa aku makan durian?


Friday, October 30, 2009

Namamu terATAS..

Aku rasa la kan.. bukan mak aku je yang sebut camni.

Sabun basuh serbuk = Breeze
Walaupun selalu beli jenama bio zip tak pun

Sabun buku = Fab
Selalu beli brand Harimau Kuat

Ubat gigi = Colgate
Padahal selalu beli Sparkle ataupun Fresh & White

Pencuci pinggan = Axion
Padahal tak penah pun beli jenama Axion. Beli pencuci cecair Zip

Ha, satu²nya yang jenama yang tepat. Iaitu mi segera. Iaitu MAGGI. Jenama lain memang amat jarang beli. Boleh dikatakan tak penah pun. Kalau beli pun.. Mamee in my mug. Eh.. sedap gak tuh. Karang balik beli sebungkus lah..

LAMPU SULUH pulak.. dia akan panggil BATERI. Haih.. mak aku nih..

Ni, paling tak boleh tahan sekali, BATERI dia akan sebut UBAT.

Sila rujuk ayat di bawah:

"Nonie, nanti balik beli ubat jam."

aku balas..

"Klinik mana yang jual ubat untuk jam ye mak?"

dia balas..

"Kena kau nanti kat rumah.."







Thursday, October 22, 2009

Masih menggaru..


Masuk ni dah 2 hari aku MC untuk minggu ni. Masuk ni jugak.. Dah 3 kali aku pegi klinik..Eii.. Tak suka tau!

GEGATA AKU BELUM SEMBUH..

Ari sabtu aku dah gi klinik.. Kemarin gi klinik kulit pulak. Lepas kena cucuk montot.. Gatal2 tu pun menghilangkan diri. Pastu malam tadi.. tumbuh balik. Gatallll..

Seperti biasa, bangun tidur aku akan terus tengok cermin. Ya Allah! Tidak cantik seperti hari2 sebelum ni.!

Mata aku bengkak.. Muka pun bengkak.. Dagu pun bengkak.. Dah senget macam orang salah urut dagu lepas cucuk botox. Eceh.. macam tau2 je aku ni kan?

Betul.. Muka aku dah senget dah. Mata bengkak macam panda. Pegi klinik terpaksa pakai sunglass. Peduli hape aku? Aku taknak dorang nampak kepandaan aku. Lagipun.. Nampak la gojes gak walaupun muka bengkak..

Procedure biasa pegi kelinik.. Letak IC dan tunggu nombor giliran. Orang punya la ramai.. Bawak bekal majalah sebagai peneman. Boring weeeii..

Kerimasan aku mula melanda.. bila orang sebelah tu dok tumbuk2 bahu suami dia. Urut2 la tu kot.. Dan, kerusi pun bergoyang2. Dan.. aku rasa amat tak selesa. Sekali aku toleh, terus berhenti aktiviti menumbuk itu. Lega..

Pegi pulak bilik 5 untuk amik darah.

Kaunter yang agak menghawaukan bagi aku. Semua orang bediri kat pintu.. Nurse pulak panggil nama dengan mulut ber'face mask'. Mana la orang nak dengar.. Tapi aku fokus.. Taknak sampai nurse panggil nama aku berulang. Yelah.. Sebab aku nak cepat selesaikan rawatan.

Lepas amik result darah.. jumpa lagi doktor tadi. Mamat kelate.. Tak paham sungguh aku apa yang diperkatakannya. Panjang pulak cerita dia .. Bagi pendapat.. Apa perlu makan.. Yelah.. aku dengar je..

Kaunter ambik ubat.. Mesin angka giliran pulak padam. Guna manual je. Tunjuk nombor.. Bangun la ko gi kaunter. Agak2 mata rabun.. telinga pekak.. memang akan bermasalah.

"Tak fokus la tuh'.." kedengaran suara seorang makcik mengomel sendirian. Dengan tangan kirinya tersangkut henbeg berjenama Coach. Haaahaa.. Pakai coach takkan pegi klinik kerajaan makcik ooii! Dah sah2 la tu beli kat pasar Jumaat kat pekan.

Ceh.. aku ni dengan mata bengkak muka bengkak pun masih sempat bersangka buruk kat orang. Eh.. masuk akal jugak kan?

Dah lah.. aku nak makan ubat.. lumur ubat satu badan.. Pastu nak zzz..


Monday, October 19, 2009

Letih dah garu..



(aku ni menaip sambil menggaru..)

Aritu aku gi salon. Buat rambut sikit kononnya la. Pastu aku rasa badan kaki aku gatal sangat. Aku saspek ubat rambut tu la penyebabnya.

Balik rumah.. Makin gatal.. gatal.. dan gatal..

Aku tengok kulit aku dah merah². Garu.. wahh.. syoknya.. sedap tul menggaru.

Pastu.. padan muka aku.. merah² makin banyak.. makin merebak satu badan. Pastu diikuti dengan bengkak. Tebal weh kulit badan aku. Macam cengkerang kerang.

Paling serius kat bahagian peha aku. Aku ada snap gambar.. Tapi wire nak transfer pulak takde. So, tak dapat la korang nak tengok rupa paras bengkak tu.

Doktor kata, aku allergic makanan. Bila aku ingat balik.. aku cuma makan telur goreng ngan ikan jehanak sambal.

Yee.. mungkin ikan tu tak bersih makanan dia. Almaklumlah.. abang aku pancing kat kolam singa laut. Tah apa makanan ikan tu kat kolam. Tah² stokin buruk.. takpun taik. Hiyeeee..!!! Jijik sungguh kan?

Ubat yang doktor kasik tu pulak.. Bikin aku ngantuk.. ZZZz.... je tak sudah. So, aku tak dapat sambut deepavali.

Jemputan open house rumah kawan aku pun terpaksa aku ponteng. Aku taknaklah.. Pakai baju vogue² .. Tapi tangan dok garu² satu badan.. Apa kes??

Sudahnya.. aku makan ubat.. tido je..

Ni pun aku separa sedar..

Kesimpulannya la kan.. makan je la ikan laut. Dah tentu² bersih..

Dah.. nak gi jumpa doktor lagi. Nak amik injection. Adeh! jangan la dia cucuk montot aku..


Saturday, October 10, 2009

K.J.T.T. = ??



Berchatting dengan sorang kawan lalu bercerita mengenai bencana yang melanda indonesia baru² ni diikuti dengan 'share' video dangdut ala² tak senonot ..

Aku pun tonton..

Memang tak senonot itu indon punya olang.. Itu pasat la gempa bumi mali.. Ceh apsal aku terus pelat ni? Nasib baik tak terus joget dangdut..

Nak videonya? ahahaaa.. sila ym aku. Miang... Eh..

Cerita pasal indon.. Eii.. orang kita ni kalau dah kena dengan minah indon.. Memang tak ingat diri. Tah apa yang dorang dok hembus kat dia.

Kat sini aku ada kisah benar.. Kisah seorang jiran aku..

Kami panggil dia KJTT.. Biar lah kami je yang tau maksud singkatan itu. Pakcik ni dah ada cucu. Cucu pun dah besar.. tapi tak panjang. Sebab keturunan dorang tak panjang macam keturunan aku. Ceh.. Keturunan sebelum aku. Aku belum ada keturunan lagik.

Masuk ni dah 3 kali rasanya dia dok kawin cerai ngan minah indon. Yang pertama sekali, dia kawin pastu minah indon tu balik sana.. Trus tak muncul lagi.

Lepas tu dia kawin lagi minah indon gak.. (Indon lagik..) Ikut balik indon.. Tapi what a surprise? Ketibaan diorang kat sana disambut oleh si suami minah indon ni. WTF..

Lepas tu dia berkenan pulak dengan sepupu minah indon ni. Billa hati dah berkenan.. Balik sini.. Kawin.. (Indon lagik..) Sampai sekarang. Minah indon ni keje tanam sayur kat lereng bukit. Pakcik KJTT ni setiap hari akan berulang alik ke rumah bini tempatan dia.. pastu bini indon dia..

Sehari lebih 5 kali dia ulang alik dua² rumah ni. Mana aku tau ? Dia akan lalu depan umah aku lah.. Ingat aku suka² bikin story ke? ku andaikan minyak motor dia untuk sehari sama ngan minyak kereta aku pegi balik keje.

Dulu pakcik ni dapat duit pampasan lepas dia eksiden. Habis duit ni dia pegi laburkan kat minah indon tu. Tak tau la guna buat apa.. Takkan beli branded henbeg.. Takkan beli kasut.. Takkan pegi salun buat rebonding?

Kesian aku tengok bini dia. Selalu dok mengadu kat mak aku. Takpayah la aku nak citer apa aduan tu.. Sebab mak aku tak keje kat kaunter aduan.

Hebat bukan penangan minah indon..?

Monday, October 5, 2009

Kini tiba masanya.. Durian Season ..

Aktiviti yang aku tak sabar² nak buat sejak dua menjak ni. Mengutip durian. Korang sedia maklum kan.. Aku ni tak suka durian. Tapi, bab² mengutip durian.. Memang aku sukeeee!

Walaupun terpaksa berbekalkan ubat nyamuk yang melingkar tu.. Aku sanggup. Demi mengutip durian di kebun, aku harungi jua.

Aku, selaku jurugambar menggunakan henpon lopek aku pada hari itu. Mintak mahap, gambar aku takde. Aku baru bangun tido. Pakai baju kelawar je.

Memula, kami bawak baldi je.



Tau² je banyak ni yang gugur. Satu pokok ni tau. Pehh.. banyak tul kerengga. Siot je kerengga ni dok gigit aku.. Taulah aku lom mandi lagik.



Haruslah bawak keta sorong. Ajib, anak kakak aku. Aku paksa dia bawak. Gambar agak blur. Sebab, henpon lopek je lah.. Tak paham² lagi ke?




Tengok ni.. Penuh satu keta sorong wa cakap lu beb!



Ada iras² anak apek tak budak ni?

Eh.. rajin la pulak aku upload pic arini eh..

Eheheee.. entry versi you tube akan menyusul.. (kalau aku berjaya buat ler..)





Padan muka Pak Mat..


Meh amik mood pagi² hari Isnin yang Biru..

Hari yang sepi pi pi
Pak Mat jual topi pi pi

Topinya koyak yak yak
Pak mat jual tempoyak yak yak

Tempoyaknya basi si si
Pak Mat jual nasi si si

Nasinya enak nak nak
Pak Mat jual anak nak nak

Anaknya hilang lang lang
Pak Mat jual gelang lang lang

Gelangnya patah tah tah
Pak Mat jual getah tah tah

Getahnya putus tus tus
Pak Mat terus mampus pus pus..

Tulah.. sapa suruh jual anak.. Kan dah mampuss..


Eh.. eh.. rasa macam exam menaip pulak ..

Wednesday, September 30, 2009

Blasah je lah..



Kalau dulu, aku suka keluar masuk salon rambut kat BBK. Ehh.. ehh.. Sori.. Bukan Bandar Baru Kundang, tapi Bandar Baru Klang.

Aku tak kira kedai, janji aku suka.. aku terjah.

Lama kelamaan.. aku dapat bezakan.. mana servis bagus mana tak bagus. Mana gunting kemas, cantik..

Aku pentingkan satu je, potongan yang kemas. Dan.. bila rambut aku panjang, potongan tu still nampak cantik dan kemas.

Ada kedai tu.. dia bagi layanan kat regular customer dulu. Aku ni yang tak brapa nak regular, kena tunggu.. tunggu.. sampai dating aku tertangguh. Psst.. nak dating.. rambut kena blow dulu beb! (nama kedai ni.. Bukit Rambut- sila terjemah ke BI)

Satu kedai tu lagi pulak.. mmg kurang customer. Masuk je, terus dia attend aku. Tapi aku tak suka sebab dia cuci rambut aku kat sinki. Cuci pulak.. ala² je. (Nama kedai ni.. Kepala-sila terjemah ke BI)

Satu kedai ni pulak, memang ramai customer. Tapi, cara dia layan.. Tak rasa lama menunggu. Sebab dorang pandai berborak dengan customer. Tak kira bangsa. Sampai sekarang aku pegi salon ni. Walaupun caj agak mahal, tapi aku puashati. (Nama kedai ni.. Hitam dan Putih-sila terjemah ke BI)

Tak macam kedai pertama kat atas tu. Layan aku macam ala² je. Aku tau lah.. aku bukan pramugari, bukan model.

Hari raya keempat aritu. Pala aku rasa gatal. Setat kereta. Tengok la kad kedai Hitam dan Putih. Alahmak.. dia tutup lagi rupanya. Cett.. cina ni ngalahkan melayu cuti dia.

Rayau² kat pekan. Banyak kedai masih tutup. Aku kira.. Ah.. tak kisah lah.. Aku cuma nak cuci kepala. Jumpa satu kedai ni. Naik tangga.. Eh.. Apsal pintu ni ketat je? Aku ingatkan tutup. Tapi nampak satu nyonya tengah potong rambut satu makcik.

Ah.. belasah je. Aku pun duduk. Aku di sapa oleh amoi tak berapa nak cun. Lipstik dia.. AMboi!! Merahnya mak ngah!! Eii.. Nampak old fashion betul amoi ni.

Aku suruh dia cuci. Blow.. Siap.

Hasilnya.. Boleh lah..

Oh ye. Aku actually bawak 2 orang anak buah aku lelaki.

Waktu turun tangga nak balik tu.. diorang ada soal aku..

Auntie, kenapa kedai ni LOPEK sangat?

Camne lah aku nak jawab bebudak ni.. Haihh..

Monday, September 28, 2009

Selamat hari raya..


Bila ada orang tanya bila aku nak hapdet blog aku, baru aku teringat..

Aku ada Blog rupanya..

Aku takde hapdet pasal cerita raya sebab:

- aku tak amik gambar sebab muka aku banyak jerawat.



Raya aku, biasa je. Hari pertama beraya rumah sedara mara.

Habis dah satu hari beraya. Baju pun pakai selai je.

Lagi selai tak guna lagi. Lagi selai lak, kat tempat tailor lagik. Lom potong pun kain tu. Aku tak marah pun. Sebab tailor tu kakak ipar aku. Kalau orang lain.. Sila la hambik 4 bungkus makian dari aku.

Hari seterusnya.. aku duduk je rumah. Masak, makan, tgk tv, zzzz.


Eh.. eh.. tak best la. Dah tak dapat duit raya.

Korang dapat ke?

Thursday, September 17, 2009

Nak berucap sikit lah..



Selamat Hari Raya untuk semua kawan² blogger.

Maaf Zahir & Batin.

Kalau ada tercarut.. termaki.. terhamun.. termelucah..

Sesapa yang balik kampung tu, kalau bawak kereta.. Memandulah dengan berhati². Ingatlah blog tersayang.

Kalau yang naik bas pulak.. Jangan tetido. Kang terlajak sampai sempadan camne? Beraya la ko kat negara jiran.

Ucapan tambahan:

21.09.2009 ni birthday aku tau.

Sila² la sediakan hadiah ye.




Wednesday, September 16, 2009

Apa tunjuk²?

Hari raya dah nak dekat. Bukan dah nak. Tapi memang dah dekat. Korang tu dah buat kuih raya ke?

Aku?

Mestilah buat.. Macam la tiap² tahun buat. Tahun ni je rasa semangat nak buat.

Kuih raya sekarang ni bukan main mahal lagi.

Aritu ada la aku ronda ngan mak aku kat pekan. Ingat nak buat kuih TUNJUK². Tengok kerepek². Tengok biskut².

Hamboii.. Kerepek tu nipis je packing dia. Harga pulak 9 ringgit. Aku pikir, kalau bukan musim raya.. Harga 9 ringgit tu.. Boleh makan sampai kembung perut banyak dia. Untung sakan dorang ni bisnes time raya.

Bila tang biskut pulak, bila tengok bahan², ada ke patut guna marjerin je. Tah apa jenis marjerin pun aku tak tau. Mungkin marjerin tanpa tajuk. Sapa tau?

At least kalau dia letak tajuk butter boleh aku konsider lagi. Harga pulak.. Adoila.. RM18 satu botol. Rupa paras.. hmmm.. hampeh.

Aku saspek dorang buat satu adunan, pastu terap² ikut lain² bentuk dan warna. Pastu bakar, pastu packing. Pastu jual. Pastu orang yang banyak duit yang malas pun beli macam² kaler dan rupa paras tapi rasa sama. Lidah tak boleh menipu..

Eii.. kalau macam ni la kan..

Lebih baik aku buat sendiri.. Puas hati. Pastu boleh buat ikut rupa paras pilihan hati.

Pastu boleh hias cantik². Boleh letak almond banyak². Boleh letak kaler² kasik cumil. Boleh buat manis². Boleh buat rangup².

Eh.. betul ke aku ni nak buat biskut??

Betul lah. Jumaat aku dah setat cuti tau. Nak berjemaah ngan kakak aku buat biskut sama².

Tapi kan, kalau buat biskut raya.. Perut mesti rasa sakit. Lapar. Kepala pun rasa pening. Badan rasa tak sihat.

Macam² la alasan aku nak ponteng posa. Ahahaa..





Monday, September 14, 2009

Kenapalah susah sangat??


Kadang-kadang aku fikir.. Lagu shania twain yang jiwang lagi panjang tu aku boleh hafal.

Tapi kenapa doa pendek susah sangat aku nak hafal ye?

Ayat sebaris pun teramat lah susah nak diingat.

Bila dah ingat dah hafal.. Masalah lain pulak.

Masuk tidur.. baca doa naik kenderaan.

Naik kenderaan.. baca doa masuk tidur.

Apa kes?

Korang tu.. kalau nak naik kenderaan.. Sila la baca doa ye.. Hafal tak tu?


Friday, September 11, 2009

Bulan posa.. tak baik memaki tau..

Bulan puasa ni, malas nak maki hamun.

(Maki tapi dalam hati)

Korang tengok la sendiri.



Setan mana tah yang langgar bontot ferari aku nih..

Tau² aku tengok ada birat² ni.

Aku SUSPECT time kat parking.. Bodoh tu cuma nak keluar.. tak lepas muncung keta bodoh dia.. Pastu sagat ferrari aku.

Sial betul.. Buta ke hape? Bodoh tak reti bawak kereta?

Eh.. aku tak maki kan?? maki sikit je.

Korang rasa, korang nak bagi berapa bungkus maki kat si setan ni?

Sila la, jangan malu².. Bukan kena bayar pun nak maki orang..

Eh.. lupa lak bulan posa takleh maki hamun.

Sukatila..



Wednesday, September 9, 2009

Orang tinggi, cerita pendek..



Dulu, aku teringin nak kawin tarikh hari ni.

09.09.2009

Tapi, kenapa harini aku kat opis pulak?

Monday, September 7, 2009

Ada jawapan tak untuk soalan ni?



Kenapa ada orang suka sangat sakitkan hati orang lain?

Bila hati aku rasa sakit, aku tanya la pendapat kawan aku.


Senang je dia jawab:

"Jangan layan orang mereng.. nanti ko pun ikut mereng.."

Aku taknak mereng..

So, aku tak layan orang mereng.



Soklan hari ini..

Tengahari nanti nak pegi McDonalds Drive Thru @ Klang Sentral.

Apakah maksud pernyataan di atas?

a : aku tak puasa

b : nak buat lawatan sambil belajar

c : saja nak ambik bau makanan


ps : takde hadiah yang disediakan. Tapi, kena jawab juga.



Friday, September 4, 2009

Betul² punya kebun..



Satu pagi, aku rasa badan aku teramat lesu. Nak layan baring je.. memang ada la yang berupa mumia kurus yang cantik.

So, aku gagahi kaki aku yang seksi ni untuk jalan² sekitar rumah aku. Tengok pokok² ni.



Ni depan umah je.

Guna tangan pun boleh nak capai.


Ni kat bawah sebelah pokok rambutan tu.

Banyak tul semut gatal. Mungkin sebab org yang bediri sebelah pokok tu gatal kot.

Lepas tgk pokok ciku, aku gi kat pokok mangga pulak. Kenapa aku tak letak gambar buah mangga?

Sebab aku tengkuk aku kena sengat tebuan. Padan muka ko mangga, tak dapat expose diri dalam blog aku.



Jeng.. jeng.. jeng.. Ni sure ramai nak mintak nombor henpon aku kan?

Menurut firasat mak aku, buah ni akan gugur sekitar bulan Oktober.

Aku malas nak buat firasat..

Sebab kalau boleh, aku nak firasatkan.. buah ni akan masak dalam masa terdekat ni. Bior je dia duduk atas pokok tu lama². Hahaaa..



Yang ni pulak, Hang Kebun.


Tau tak, lepas aku tengok pokok² ni kan.. badan aku rasa segar.



- Aku tengah tunggu time menuai buah stoberi kat FB.

Stoberi.. Anyone?





Tangan tak kotor..

Aku ni memang tak berapa nak reti guna Facebook. Baru belajar la kira²nya.

"Saya budak baru belajar.. kalau salah tolong tunjalkan kepala saya.."

Apa yang aku reti, letak status.. pastu komen status.

Walaupun aku tau semua orang dah sampai ke tahap petani berjaya.. aku masih belajar nak gembur tanah.

Itupun, setelah minta tunjuk ajar dari sorang kawan.

Aku pun belajar la bercucuk tanam. Tak reti nak guna duit yang ada. Dan tak ambik tau berapa lama pokok tu akan tumbuh.. seterusnya.. menuai.

Nak tau tak?

Pokok terung aku dah mati. Sebab aku tak tau lepas 4 jam kena tuai. Waktu 4 jam tu sampai.. aku tengah buka puasa.

Apa kes?

Takkan nak menuai time berbuka pulak kan?

Sudahnya..

Aku malas nak berkebun dalam facebook.

Tak best.

Tak adventure.

Takde cacing tergeletik².

Tangan tak kotor.


Atau..

Aku tak reti berkebun kat FB?

Hua.. hua.. hua..




Thursday, September 3, 2009

Tak tau apa nak kata..



Aku harap, ia cuma mimpi..

TAPI..

Rupanya realiti..




Wednesday, September 2, 2009

Hujan batu di negeri sendiri

Betul kata orang,

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI..

LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI.

Eh, bukannya aku pegi negeri orang pun. Ada je ni ha.. Kat negeri selangor darul ehsan.

Ala lebih kurang je la.

Aku ni dah masuk 2 minggu guna kereta anak buah aku. Ye, kereta yang amat selesa aku rasakan.

Tapi, jauh di sudut hati.. aku tetap rasa tak selesa. Sebab guna barang orang.

Kena EXTRA hati². Kena EXTRA berjaga².

Best ke? TAK kan?

Adalah terasa amat tak selesa bawak keta orang hari². Nak tekan minyak lebih² pun pikir 2 - 3 kali. Nak potong keta lain pun pikir 3 - 4 kali.

Best ke? TAK kan?

Time ni lah aku teringat.. Alangkah bagusnya kalau bawak keta sendiri. Walaupun keta aku agak LOPEK, tapi itu keta sendiri.

Sukati aku.

Nak tekan minyak sampai terbang ke..

Nak potong berapa banyak keta ke..

Nak parking kat tepi jalan ke..

Aku punya suka..


Arrrghhh.. aku rindu keta aku..





Tuesday, September 1, 2009

Nota orang malas..


Andai dapat aku ulang kembali hari sabtu, ahad & isnin..

Alangkah HEAVEN nya..

Lepas sahur, tgk tv pastu tidur sampai badan rasa panas sebab matahari dah tegak.

Mengapakah hari ini hari SELASA???

dan..


Aku tengah duduk kat opis buat kerja..

OH TIDAKKK...

ps - Lambatnya nak balik rumah..



Wednesday, August 26, 2009

Sesekali skema tak salah kan?

Aku rasa, puasa tahun lain amat berbeza dari tahun² yang lepas.

Sebabnya..

Aku pegi tarawih.

Aku tak penah pergi tau sebelum ni. Tak tau la kenapa. Nak kata bizi, tak juga. Lepas buka puasa, melepek.. mengantuk.. ZZZZ.

Mungkin angkara makan dengan berlebihan. Sebab tu aku jadi malas nak bawak badan pegi surau.

Mungkin juga sebab imam kat surau budak tahfiz yang akan baca surah² yang panjang.

Banyak la aku punya mungkin.

Malas Malas Malas Malas Malas. <--------- SEBAB UTAMA.


Tahun ni, aku setat pegi tarawih malam ketiga.

Malam pertama aku tak pergi sebab aku balik naik bas. So, kejakunan melanda.. badan rasa amat letih naik bas.

Malam kedua, lepas buka puasa.. aku rasa letih mengantuk. Sebab siang tu dari pagi aku pegi pasar. Lepas tu pegi shah alam beli kain (ni nanti aku post entry lain). Lepas tu pegi Tesco beli barang dapur.

Banyak kan aktiviti aku? Sebab tu aku letih.

Berbeza dengan tahun ni, aku terpanggil sangat untuk pegi tarawikh. Tak tau kenapa.

Kebetulan juga, tahun ni, kami dapat tender untuk bekalkan moreh untuk masjid kat tempat aku untuk selama 30 hari. Alhamdulillah, rezeki di bulan puasa.

Boleh la aku buat solat tarawikh yang selama ni tak jarang aku lakukan. Penah, tapi tak ingat tahun bila. (keji tak?)

Insyaallah, aku akan pegi setiap malam. Kecuali, kalau aku period. Ehehee..

Begitulah aktiviti aku untuk bulan puasa ni. Walaupun letih.. Tapi bukan letih buang duit. Ehehee..

Rasa seronok.

Tender dapat, ibadah pun dapat.

Sekian..




Tuesday, August 25, 2009

Macam ni la jadiknya..


Dah posa hari ke 4.

Posa hari pertama dan kedua, cerita dia aku belum buat lagi. Leceh la.. nak transfer gambar. (huk.. entry bergambar.. aku suke..)

Bangun sahur pagi ni pukul 4.30. Kira dah lewat la untuk mak aku. Aku okey je.. Janji bangun sahur. Janji makan nasik. Wajib tau makan nasik. Kalau tak.. ada yg drive balik petang karang.. menuju ke laluan salah.

Bangun agak lewat. Terus capai kemeje belang². Gosok dan capai seluar kaler peach ala² pink.

Ahaaa.. baru aku ingat.

Ada cerita pasal seluar ni. Aku lupa yang zip dia dah rosak. Butang pulak dah tanggal.

Apa aku buat?

Terus gosok. Apa aku kesah? Pakai je lah..

Lagipun kemeja aku panjang.

Lagipun aku drive gi keje.

Lagipun aku parking kat depan pintu opis aku.

Lagipun..

lagipun..

Arrgghhh..

Sampai ofis, aku amik paper klip.. kelipkan je kat tempat butang yang dah tanggal tu.

Kes SELESAI.


Ssshh.. rahsia tau.



Friday, August 21, 2009

Susun atur itu penting..


Aku ni bukan banyak duit. Ada la sikit. Untuk belanja harian, minyak, makan, jajan dan etc. Bunyik macam banyak je kan? Cett.. padahal.. selalu koyak.

Korang banyak duit tak? Hahaaa.. soklan goblok.

Tak payah jawab.

Aku ni kalau simpan duit dalam purse, haruslah susun ikut nilai. Memula dengan note satu ringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit, lima puluh ringgit dan seratus ringgit.

Itu adalah sususan dalam tempoh jangkamasa 1-10 haribulan setiap bulan.

Manakala haribulan seterusnya sehingga hujung bulan pulak, sususan akan jadi singgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit.

Mana pegi lima puluh ringgit dan seratus ringgit?

Tu kat jusco bukit raja.

Ada sorang kawan aku dulu, nama dia inaconda. (saja aku gelarkan camtu) sebab dia suka sangat makan ayam. Kan ke ular tu suka NGAP ayam?

Dia ni suka letak duit sepah² dalam henbeg. Takde wallet pun. Tiap kali nak bayar sesuatu, dia akan korek² duit dari henbeg dia. Duit pulak dah konyok².. kedut²..

Nampak huru hara bukan?

Sama juga dengan sususan chanel radio dalam keta aku. Aku akan susun ikut frekuensi. Dari frekuensi yang rendah dan seterusnya. Bukan ikut favourite.

Tak tau la kenapa. Memang aku suka buat sususan.

Ye, suka sangat.

Sidai baju, lipat kain.. semua aku akan susun ikut saiz yang kecik dan seterusnya yang besar.

Satu je aku malas susun..

Susun baju dalam almari. Ada gak malasnya kan? Ecehh..

Korang pulak?




Wednesday, August 19, 2009

Eh.. Eh.. Akulah tu..


Dah lama rasanya ada blog. Tapi takde pulak cerita pasal diri aku..

Meh.. aku nak bagitau pasal @ku Pinkiss = aku lah tu.

Kaler
Walaupun aku cakap aku ni pinkiss, walaupun aku rasa aku nak cat keta aku kaler pink.. tapi aku tetap suka kaler lain selain pink.

Untuk tshirt, aku lebih cenderung untuk pilih kaler putih. Pink tu ada gak, tapi kebanyakan kaler putih. Bukan apa, nama suci dah bersih. Ahaha..

Sila jangan panggil aku Cik Putih okeh??.

Makanan
Aku ni teramat la suka makan sayur. Bagi je aku sayur apa pun.. aku akan makan dengan penuh kegembiraan.

Setiap sabtu pagi, aku mesti pergi tesco. Sebab banyak sayur baru dia letak waktu pepagi. Yeyeee.. aku suka. Satu troli aku akan dipenuhi sayuran. Adoila.. syoknya. Lambat nak tunggu sabtu.

Aku ni suka makan. Tak kira waktu, janji perut lapar je.. aku akan makan. Walaupun waktu tu jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Tengah tido pun aku boleh bangun makan nasi kalau perut terasa lapar. Tak boleh tido wooo.. tak nyenyak.

Dorang kata, usus aku panjang sampai lantai.

Mencik la.

Kereta
Aku ni suka la sangat dengan kereta. Kereta aku sekarang ni, Kenari kaler merah. Comel lmacam aku gak.

Impian aku nak beli Toyota Caldina (i lap u lah!). Insyaallah, ada rezeki nanti, aku nak beli sebijik kaler itam.

*Tongkat dagu pandang siling*

Soping
Aku suka window soping. Sukaaaaaa sangat. Eh, ada ke istilah window shopping? Takde rasanya kan? Menipu.. window konon.. Biasanya kalau niat nak window, pasti ada sesuatu yang aku beli gak. Aku mudah terpedaya dengan diri sendiri sebenarnya.

Sebab nafsu, poket binasa.

Tambahan
*Aku suka kanak². Tapi pastikan kanak² tu cumil. Tak cumil, aku tak suka. Mintak mahap.

*Orang kata aku sombong, belagak, bossy. Ye, aku ngaku. Kalau jumpa sesapa kat luar, aku takkan tegur. So, sila la tegur aku dulu ye.

*Aku ni garang. Terutama dengan budak², aku amatlah strict. Aku umpama cikgu disiplin untuk anak² buah aku.

*Kalau boleh, semua benda aku nak beli secara drive thru.

Eh.. dahlah.. kang panjang sangat la pulak entry ni. Cukup.. tak boleh beritau semua.


Daaa..





Friday, August 14, 2009

Selekeh.. serabut.. siapakah gerangannya??


Klinik merupakan tempat paling aku tak suka lawati. Eh, ada ke orang lawat klinik? Adaaaa.. sesapa yang malas kerja, berniat nak monteng.. maka dia suka melawat klinik. Tak gitu?

Dulu time aku remaja, aku selalu cepat kena penyakit. Demam, selesema, sakit perut.. Eii.. time tu tak reti jaga kesihatan kot. Tau nak poya² je.

Sekarang aku belum tua, tapi dah dewasa.

Time aku remaja, penyakit tu selalu serang aku waktu malam ke pagi. So, kena pegi klinik 24 jam. Bukan pegi 7 Eleven. Kat tempat aku tu kiranya byk la jugak klinik dengan signbord 24Hours. Tapi, kuhek dorang.. Signboard je pasang. Tapi pukul 10 malam, dah tarik shutter. Apa kes?

Kes malas nak berjaga sampai pagi.

Takpun, nak jimat belanja gaji doktor.

Ada satu klinik kat pekan tempat aku. Time tu aku pegi sebab aku pening, muntah tak henti². Haa.. mula la nak SASPEK aku tu.. Sebab aku keracunan la. Dulu aku semua blasah. Tak kira, janji aku suka. Tak penah pikir segala makanan yang aku telan tu bila bercampur gaul mesra dalam perut boleh mengakibatkan HURU-HARA.

Bayangkanlah.. makanan panas, sejuk semua aku belasah sekaligus. Tak penah ikut urutan.

Jawapan : Pikir la sendiri.

Pegi la jumpa satu doktor kat poliklinik ni. Time tu pukul 2.00 pagi. Mata pun tak berapa nak terang sangat.

Tetiba ada satu lelaki tu berbangsa india, berambut panjang yang disimpulkan di dalam topi.

Apa pandangan korang time tu kalau korang jadi aku?

Adakah dia pesakit mental atau pun penagih dadah?

Lalu dia menegur,

"adik, apa sakit.."

Aku buat bodoh je. Dahlah rasa macam nak pitam, ada orang gila pulak menegur. Karang.. aku jawab dengan selipar karang.

Menunggu untuk nama dipanggil ke masuk bilik rawatan merupakan satu masa yang dirasakan amat jahanam. Walaupun waktu tu takde pesakit. Tak tau apa pembantu tu buat. Tidur sekejapan, mungkin..

Aku rasa makin nak pitam bila masuk bilik rawatan, orang yang aku sangka gila dan penagih itu adalah DOKTOR.

Ye, dia adalah seorang doktor.

Adalah sangat tidak percaya. Seorang doktor boleh berpakaian seperti itu. Selekeh, berambut panjang, berbaju lusuh dan tidak terurus.

Tapi kan, dari cara dia merawat.. Bagi nasihat.. Pandangan..

Dia memang seorang doktor.

Paling tak boleh tahan, dia ajar macamana nak buat capati.. tepung apa dan pasaraya mana boleh dapat tepung tu.

Lepas tu, kitorang selalu pegi klinik tu. Kira dah jadi klinik panel family aku. Kikiii..

Errr.. psssttt.. aku ada satu gelaran untuk doktor tu.

Hahahaa...

Iaitu..

DOKTOR SERAM.

Tak jahat kan aku?



Wednesday, August 12, 2009

Duit yang aku kumpul, boleh beli side mirror je..


Bangun waktu pagi di hari bekerja memang rasa sangat jahanam. Mencik..

Lagi² bila ada kata² jahanam ini, "baring la lagi.. sedap ni duduk dalam selimut"..

Itulah kata² dari Gina, roomate aku aka anak buah aku. Dia tu boleh lah.. keje sendiri. Sukati dia nak bangun pukul berapa.

*Sigh*

Tiba² aku terkenang waktu dulu. Time aku takde kereta lagi. Betapa sukarnya hidupwaktu tu bila hujan turun.

Terpaksa tunggu hujan reda. Baru boleh keluar pegi bus stop. Naik motor. Kalau hujan masih tak reda, aku redah jugak dalam keadaan renyai² tu. Baju yang bercorak kosong akan bertukar la menjadi polka dot.

Naik bas, belum tentu dapat seat. Berdiri macam patung pun ada. Itupun kalau boleh berdiri tegak. Kalau bas penuh macam sadin cap cinta, alamat buruk la kedudukan postur badan aku. Tak bengkok sangat, tak tegak sangat.

Dah sampai destinasi, terpaksa pulak jalan kaki menuju ke tempat kerja. Kalau hujan masih tak reda, harung je lah hujan rintik² jatuh atas jalan.

Eiii.. sukarnya rasa time tu. Tuhan je yang tahu.

Alhamdulillah, lepas tu aku dapat pakai kereta. Itu pun mak aku yang belikan. Bukan apa, duit yang aku kumpul time tu baru cukup untuk beli side mirror keta. Keta apa tau tak?

Kereta Bentley.. Hahahaa. pala otak aku Bentley. Hahhaaa..

(eh.. apasal rasa tumbuh tanduk pulak ni?)

Walaupun aku belum mampu nak beli bentley, (pala otak aku sekali lagi..). At least, aku ada ferrari (pangggg! kenari lah!) yang banyak berbakti kat aku dan family aku. Boleh antar mak bapak aku gi kenduri kawin, gi klinik, antar adik aku pegi balik asrama dan banyak lagi la.

Tak lupa juga, pegi cari pasal. Lalalaaa..

Walaupun aku tak pakai civic (datin siti, sila terasa), at least kereta aku ada pemegang minuman kat pintu depan. Hanya dengan menekan sekali butang (itupun setelah ditekan dengan sepenuh tenaga), pemegang minuman akan terbuka.

Kereta korang ada ke?

Ceh, nak sedapkan hati sendiri la tu..

Apa pun, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.





Friday, August 7, 2009

Aku memang mudah diperdaya oleh diri sendiri.

Hari : Rabu
Lokasi : Rumah Aku
Waktu : 9.00 malam

Kakak aku : Yang, esok ko pegi JCard day ke?
Aku : Ha, esok ada JCard day? Tak tau pun aku. Hmm.. Aku tak pegi kot. Takde benda yang aku nak beli pun. Lagipun minggu lepas jumaat aku baru pegi.

***********************

Hari : Khamis
Lokasi : Ofis
Waktu : 10.30 pagi

Despatch : Kak, harini Jusco ada sale. Tak pegi ke? Dah penuh parking tadi kak.
Aku : Eh, dorang tu tak keje ke? Pagi² dan tercongok kat Jusco. Akak tak pegi la. Malas.

Petang hari yang sama.
Waktu : 6.30 petang


Aku : Weh, aku balik dulu la eh. Tolong punch untuk aku.
Jehan : Eh.. ko kelam kabut nak balik cepat nak pegi mana tu?
Aku : JCard day..
Jehan : Ceh.. tak nak pegi konon..

Tak best pun JCard day kali ni. Sebab jatuh time mega sale. Yang ada pun sale beg. Patutla dia letak sampai 80% diskaun, pattern tak cantik rupanya. Langsung tak menarik minat aku.

Kesimpulannya, JCard Day kali ni memang tak enarik dan tak best langsung.



Aku beli ni je.



Cumil tak?


Psstt.. Esok ada padini warehouse sale. Saja nak inform korang. Aku mungkin pegi (kot..).





Thursday, August 6, 2009

Jom kita tengok.. apa aku makan lunch tadi..

Eh.. eh.. dah lama aku tak letak n3 makanan kan?

Arini aku lunch kat umah kakak aku.

Dia masak ni..


Sambal belacan dia mmg pergghh.. skrg ni tangan aku masih bau belacan lagik. Tgh hidu ni..

Ayam masak lemak. I am sorry.. aku tak brape nak amik santan.



Paceri terung. Memang sedappp..



Telur dadar. Okey gak. Boleh tahan.



Last but not least. Paling besh.. Sayur campur kacang, carrot dan mushroom. Seb baik abang ipar aku lom balik makan lunch. Kalau tak.. aku dah kasik makan sampai licin.

Korang tau kan.. aku ni gila sayur²an??

Errppp.. kenyang ni.




haruskah??



Aku ni macam dah nak bersara je dari dunia ni.


errrmm..


eeeiiii...


Thursday, July 30, 2009

Wayar pala ko ada problem.. sila maklum..

Sebelum baca kisah selanjutnya..

Sila tukar kepada mood anda kepada mood SERIUS..

Ye, aku mmg sedang serius menaip.

Kesian Riana, nama penuh dia Arianna Az-Zahra. Anak kedua kakak aku. Kakak aku dgn husben dia keje. So, baby ni dia antar kat rumah orang. Dia ni kira wife kepada rakan kerja kakak aku.

Musti rasa lega kan? Yelah.. orang yang kita kenal, walaupun tak rapat. At least, kakak aku kenal suami dia.

Kakak aku rasa dia jaga okey. Yelah kan, kita dah la minta bantuan dia tolong jagakan baby.. So, kira lebih kurang la kan. Takyah nak cerewet sgt. Syukur, sebab ada orang tolong jagakan anak kita.

Mula² okey je. Satu hari, pipi baby tu lebam. Bila kakak aku tanya, dia kata dia tak perasan. Oh, mungkin anak lelaki dia yang berumur 2 tahun tu usik² (kot..)

Lepas tu, dahi pulak lebam. Kakak aku tanya lagi, dia kata dia tak tau. Tadi masa dia jaga, takde apa² lebam pun.. Hmm.. takpelah, mungkin baby tu lasak. Terantuk kot.. (mungkin..)

Kakak aku ni memang lain sikit baik hati dia. Dia ni sangat la bertoleransi dengan orang lain.. Kalau nak dibezakan dengan aku, mmg mcm langit dan bumi. ahaaa.. aku ngaku tu.

Yang ni pulak.. kot ke.. mungkin ke.. dah takde lagi.

TENGKORAK ARIANA RETAK.

TAU TAK RETAK???

Kepala dia agak basah bila kakak aku susukan dia. Kakak aku terus bawak pegi klinik. Doktor suruh pegi hospital pulak. X-ray. Memang sah, tengkorak dia retak.

Doktor kata, mungkin baby jatuh dari kedudukan yang tinggi. Tak mungkin terantuk ke hapa ke..

Kakak aku kol dia, tanya baby jatuh ke.. Dia masih cakap takde jatuh walau sekalipun.

So, kakak aku terus stop antar baby kat orang tu. Jiran depan rumah aku yang tolong jagakan sekarang ni.

Lagipun, selama dia jaga baby kakak aku tu, berat badan dia kat bawah paras yang sepatutnya. Garisan kuning kata doktor.

Mungkin orang tu malas kasik dia makan n buatkan susu. Sebab tu baby kecik je.. pastu tak aktif. Diam seribu bahasa. Suara dia keluar, bila nangis. Tu je.

Ada satu hari tu, kakak aku kata nak antar baby hari sabtu sebab kakak aku kena keje. Kakak aku tunggu depan pagar rumah lebih kurang 20 minit, dia tak buka pintu pun. Kol, sms pun tak dijawab. Tak ke sengal namanya tu ..

Tapi, apa yang aku tengok sejak 3 hari baby dijaga jiran aku.. Dia nampak ceria. Asik ketawa² je.

Memang berbeza dari minggu lepas. Dia banyak diam je.

Kepada penjaga ariana yang sebelum ni, walaupun aku tau dia mmg tak baca blog aku ni..

Aku ada satu kesimpulan..

WAYAR PALA KO ADA PROBLEM.




Wednesday, July 29, 2009

adoila.. kenapa ni..

Dear kawan²..

Masuk ni dah 4-5 kali aku cuba taip entry.

Tapi kan....

Tangan ni asik gatal nak KLIK kat butang X kat belah kanan atas tu.

Kenapa eh?




Tuesday, July 28, 2009

Aha.. Ok..


Proses membersih sawang² sedang dijalankan.


Sekian,

Yang benar,

Aku la, tuan punya blog. sapa lagi?



Thursday, July 23, 2009

Kalau ko lazer.. aku pulak lazer kuasa DOPLOH..


Aku bukan nak mengata. Tapi nak mengumpat sikit. Dia ni sedara aku. Ala, sedara belah bapak aku. Kira kakak sedara la. Anak mak long aku. Eh.. arwah dah mak long aku ni.

Apa aku kesah? Dah sah² dorang takde blogspot. Takde la dorang tau yang aku dok menganyam ketupat blakang dorang. Lalalaa.. jom mengumpat.

Dia ni memang lazer. Kira lazer paras dagu la. Tiap kata yang diucapkan dari mulut dia tu semua sial, babi, cilake belaka.

Tak penah sekalipun kata² manis buah keluar dari mulut dia. Cett.. ada gak manusia camni kan? Eh.. ada.. Memang ada. Dia ni memang hati busuk. Adik ipar dia pun dia duk kaco. Kaco camne? Kaco la hidup dia. Kasik sakitkan hati. Segala macam benda ipar dia tu buat, semua tak kena. Semua keji kat mata dia. Dah pulak, tak boleh masak guna dapur gas. Kena turun bawah, masak guna kayu api. Hawau bukan? Pinggan mangkuk periuk belanga, haram nak dikasinya guna.

Tak puas dengan tu, anak menantu dia pun dia dok busukkan gak. Anak pompan dia sebelum kawin, kasik dia rm500 katanya. Pastu dia kasik mak dia duit agak kurang. Yelah kan, dah kawin. Pindah lak tu. Nun kat sabah sanun. Dia dok sibuk kata menantu dia punya pasal. Sebab tu anak dia kasik duit kurang. Ish..

Tak puas hati dengan kaum kerabat anak beranak, aku pun kena sekali dari dia. Satu hari tu, kat majlis kawin abang aku. Dia kata apsal rupa aku buruk sgt. Time tu kan, aku berambut pendek macam penyanyi cranberries tu, pastu kaler ada sikit blonde. Kira²nya blonde fair lady la aku time tu. Marvellous bukan??

Dia cakap tu depan orang ramai. Mmg rasa amat sial time tu. Ni dah geram dah ni. Pastu aku cakap kat dia, "biar muka tak cantik, jangan dah la tua, badan gemuk macam tong buruk." Pastu dia salah faham, dia kata aku kutuk laki dia keje jual besi buruk. Aku hina keje laki dia. Apa punya bodo bangang la kan..

Pastu hal tu jadi besar.. berpanjangan.. mak bapak aku tak amik pot sgt. Sebab dia tau, aku hanya akan bermulut puaka kepada yang puaka sahaja.

Tau² time hari raya, time aku gi beraya rumah sepupu aku. Aku terjumpa dia kat sana. Dia terus datang minta maaf kat kami sekeluarga. Dia kata dia tau.. dia yang salah pasal kes aritu.

Lepas dari tu.. aku tak kasik mak aku jemput dia kalau ada apa² majlis kat rumah aku.

Tak jahat kan aku?


Wednesday, July 22, 2009

Marilah berjoget.. berjoget angan tak sudah..

Mungkin aku ni kuat sangat berangan. Mungkin konon.. memang pun.. sah.. memang. Aku lah minah jenin zaman moden.

Angan² aku hari ni:

1. Tinggal kat Mont Kiara

2. Profesion aku adalah lawyer

3. Ada Mitsubishi Lancer


Err.. okey tak? Ada sesapa nak temankan aku berangan² tak?




Friday, July 17, 2009

Orang mengucing.. Aku memonteng..


Awal pulak aku bangun arini. Mungkin sebab malam tadi gi kelab. Ahahaa.. pala otak aku malam jumaat gi kelab.

Arrrrghhh.. malas mula menyerang. Baring jap.. pikir kerja apa yang aku belum langsaikan kat opis. Hmm.. takde (rasanya..)

Inilah dia.. bila malas melanda.. semua pun jadi malas. Tapi kan.. aku tak tarik selimut balik tau. Aku trus bangun, kemas dapur. Kasik clear makanan malam tadi.

Buka peti ais, potong sayur. Masak nasik goreng. Buat teh o, hidangkan sarapan untuk mak bapak aku.

Yelah, tiap hari mak aku masak sarapan. Pastu aku cekik je. Harini.. ada masa camni.. aku buat la pulak sarapan tuk dorang.

Nak buat apa lagi eh.. Hm..

Tak tau nak buat apa ni. Segalanya malas..

Eh.. eh.. nak kuar tghr nanti. Ada lunch date ngan DIA ni..

Korang tu.. buat la keje bebaik eh..

Aku nak zzzz jap. Heaven .. mmg heaven..




Thursday, July 16, 2009

Mari berpantun.. pastu tolong jawabkan tau..

Jualan mega malaysia telah tiba..

Tapi pinkiss belum meraikannya..

Wahai kawan² di alam maya..

Tahukah anda mengapa?


aku sendiri pun tak tau kenapa..




Wednesday, July 15, 2009

Hmm.. pepagi camni.. haruslah banyak² bersabar..

Nak pegi keje pagi tadi tgk tayar pancit.. Dah lama sebenarnya asik dok pancit je.. Ni mesti nak kena tukar tayar baru ni.

Eii.. mencik tau..

Tunggu punya tunggu, kedai tayar bukak pukul 8.40. Tokey kata tayar dah rosak. Aku tau tu.. Tapi buat tak tau je. Sebab dah lama asik pancit je. Mesti ada yang tak kena dgn tayar tu.


Tengok.. Kan ala² tonggeng sikit tu. Lalala.. aku mmg lucah.


Pilih tayar. Dulu guna tayar cap hantu putih lengan lipat². Harini beli tayar cap jambatan batu je. Nak jimat $$ punya pasal.

Dah terbang $$$ pepagi ni. Hmm.. sabar je.

Boleh claim tak?

Tuesday, July 14, 2009

Tak sudah² la ko ni nak stress..


Cam dah takde tempat lain nak berposing kan? Arrhh.. Blasah je.

Hari² aku adalah teramat bizi. Bila dah bizi.. mula la dikunjungi oleh STRESS. Bila dah stress haruslah dihilangkan.

Last week pegi cari kain langsir untuk raya. Lepas cari langsir raya, cari pulak baju raya.

Baju raya takleh ditunjukkan kat sini.. Tak best. Kang korang tau dah baju raya aku camne. Tapi aku tak perlu risau, sebab kain tu cuma ada 4 ela je. Lalalaa..

Korang tu dah beli ke? Dah dekat nak posa ni. Kang tailor tutup tempahan karang.. Posa tu dah ganti belum?

Aku belum lagi..


Thursday, July 9, 2009

unhappy mode..

Bila rasa marah yang teramat marah mengundang tiba..

Hati akan rasa mengecut dan mengecil..

Air mata amat mudah mengalir..

Rasa benci, marah, sedih..

Tapi sukar untuk diluahkan..



MOOD tak berapa nak happy.

ps- muka tgh tak comel.



Wednesday, July 8, 2009

Hmm.. inilah akibatnya.

Aku ni kan, kalau boleh.. semua benda nak cepat. Berjalan nak cepat.. Drive nak cepat.. Buat keje, kalau boleh dalam satu masa 2-3 kerja aku nak buat sekaligus. Macam la jari aku ni ada 12. Cett.. kalau ada 12, cacat la tu namanya.

Peha aku ni.. Lebam sana sini. Sebab nak cepat bergerak dari meja aku ke tempat lain. Pupp!! dah cium bucu meja dah peha ni. Kalau berjalan, nak laju saja. Inilah akibatnya.

Tapi bab makan, aku slow and steady. Makan haruslah dinikmati. Tak boleh laju². Kang tercekik.. mampos. Orang kata, aku ni kalau tengah makan, nampak cool and betul² menikmati makanan. Wa cakap lu.. Orang tak lapar pun boleh rasa nak makan kalau tengok aku makan..

Pastu kan, semalam aku ada la text msg kat sorang mamat keparat ni. Cett.. keparat pun aku sms gak. Papetah kan? Alaa.. Bukan nampak muka pun. Sebenarnya, member aku sorang ni yang suruh aku kacau mamat ni. Ada la halnya tu dengan dia.. Aku pun ON je la. Takde sapa nak marah pun kan?

Kira dah dekat seminggu la jugak aku dok bersms dengan mamat ni.

Lagipun aku tak guna nombor biasa. Aku guna nombor satu lagi. Nombor tu aku panggil, nom bor SESAJA.. Nak mampos kasik nombor personal kat unknown? Eii.. silap tu. Mula² aku sms biasa je. Dia pun layan. Tapi bila dia kol, aku tak jawab pun. Malas. Takde hati nak jawab. Aku ni mmg tak akan jawab panggilan dari orang yang aku tak kenali. Setakat sms tu.. Okey² je.

Lama kelamaan, sms dia berbunyi yang agak tak menyenangkan mata aku membaca dan menggelikkan serta menggetikkan ketiak. Makin lama makin gelik. Makin gelik. Dan gelik.

Aku pun sms la kat member aku ni (yg kasik no mamat ni). Sms berbunyi begini. "eei.. aku makin gelik la dengan si kontol tu." Ni la sms yg aku antar kat member aku ni. Takde sebarang perkataan yang aku nak sensored kan okey? EXACTLY. Takde sapa nak tapis pun. Blog aku.. Aku sendiri la tapis. Pehal??

Nak tau tak? Aku TERhantar sms tu kat mamat tu. Adoila..

Ni lah akibatnya kalau semua benda nak cepat. Tak check dulu nombor. Main send je..

Lepas tu mamat tu balas camni "i sedar.. i dah ganggu hidup u selama ni. I harap u bahagia. I tak akan kacau hidup u lagi. Take care."

Kakaka... kiikkiii.. hahahaaa..

Ada aku kesah?



Monday, July 6, 2009

sesekali tu okey gak.. tapi kalau selalu sangat.. boring kot.

Depan rumah aku ni ada jiran baru buka kedai kopi. Kedai kopi di bawah pokok mangga. Tak lah sehebat kopi putih pekan lama. Ala² boleh blah gitu.

Dah beberapa hari ni aku dok slow kereta aku bila lalu depan kedai tu. Nak tau la gak apa yang dorang jual kat warung tu. Apa² boleh, yang penting.. ada teh tarik. I likee..

Tapi.. teh tarik takde. Sebab dorang belum belajar tarik. Hmm.. milo panas pun boleh lah. Bior panas badan aku. Malam karang.. tido buka baju. Hukkk..

Harini aku gi la testing kat kedai ni. (Ni baru balik la ni..)

Aku dtg ngan adik aku ngan 2 lagi anak buah aku. Semua pompan yang cun melecun la kira²nya. Aku ckp cun sebab nak suruh korang cakap.. hmm.. hampeh.. Dulik la. Lepas tu jiran aku datang join. Pastu sorang lagi join. Pastu sorang lagi join. Cewah.. Cam ada magnet pulak rasanya.

Kami ni.. (aku terutama sekali) amatlah jarang join dengan penduduk kat tempat aku ni. Bukan apa.. Pagi aku keluar.. petang aku balik. Weekend, selain dari ukur jalan, aku duduk rumah.. Untuk campur gaul dengan dorang.. amatlah jarang sekali.

So, dengan kesempatan ni.. dapatlah aku duduk borak² dgn dorang. Eceh.. kelakar rupanya dorang ni semua. Tak pasal² aku jadi pontianak jibam² mengilai bawah pokok mangga. Lucu weh cerita² dorang. Ke.. aku yang excited sangat? Pedulik lah.

Ada sorang tu, dia kata bila time mak dia pegi meminang calon isteri dia nanti.. tersesat gi rumah aku pun takpe katanya. Kikii.. mcam tu sekali idea dia.

Eii.. macam² lagi cerita dorang yang buat aku mengilai tak sudah. Tu yang buat aku melekat ponggong kat situ sampai lewat malam nak dengar cerita karut lawak dorang.

Ish.. sebenarnya kan.. sampai sekarang ni aku tak pecaya yang aku boleh duduk borak dengan dorang tu semua kat situ.

Musykil la..



Friday, July 3, 2009

Aku yang cerewet..

Jap, kasik aku tarik nafas dalam². Fuhhh.. curi masa kejap.

Last aku post entry, 1/7/2009. Harini dah 3/7/2009. Maksudnya semalam aku takde post entry. Ala, sehari je. Nak kecoh pulak.

Aku ni amatlah banyak keje sekarang ni. Rasa mcm tak cukup masa pulak. Tapi, takkan la aku nak tido kat opis.. Eii.. tak best. Aku nak katil aku gak. Bestt.. Walaupun aku tak pakai tilam ziana zain, at least tilam aku empuk.

Aku nak citer pasal interview. Kalau ada orang tu pegi interview untuk keje baru dia.. Aku pulak interview orang nak keje kat opis aku ni.

Macam² la jenis manusia yang datang interview. Ada yang nampak kelass.. Ada tu pulak .. Hm.. sebaliknya. Takpe.. apa ada pada kelass. Janji boleh buat keje. Nak kelas, pegi sana keje kat jadi cikgu. Boleh masuk kelas tiap hari.

Aku mmg cukup menyampah dgn org yg datang interview pakai jeans. Mmg la amat GOBLOK. Apa kau hengat? Ni kedai mamak ke? Dorang ni macam tak tau etika pakaian la kadang² aku rasa.

Satu lagi, cuma bawak diri je. Sijil satu haram tak bawak. Ada tu pulak ha hambik ko, tebal macam album gambar. Letih aku nak tengok satu² (buat syarat je..) Kang tak tengok karang, cam aku malas pulak.

Hari ni aku ada interview sorang ni. Aku macam biasa aku suruh dia menaip sikit karangan la. Isi kandungan aku kasik. Taip je ikut contoh. Aku nak tengok berapa kelajuan menaip dia tu. Halamak.. Dia menaip guna sebelah tangan je. Teror betul. Aku yang bijak pandai ni pun guna 2 belah tangan. Ceh, trus aku suruh dia print separuh jalan.

Time nak print pulak, dia tanya aku.. "mana printer?" Aku jawab trus.. "klik icon printer atas tu". Eii.. Tensi betul la dengan mereka ni semua.

Ada tu pulak.. caaaakkkaaaappp banyak.. pengalaman kurang. Ni pun aku malas nak layan. Macam aku yang diinterviewnya pulak. Nyampah pun ada.

Eiii.. aku ni cerewet ke?

Kat sini, kalau aku interview.. aku suka.. bos aku pun ikut suka.

Bukan dia yang pilih,

tapi.. AKU.

Dah.. nak sambung buat keje.

Wednesday, July 1, 2009

Selamat Hari Lahir


Arini ulang tahun kelahiran ayah aku yang ke:


- 74 TAHUN -


Semoga ayah aku sentiasa sihat dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah.

Gambar ayah aku? Takde..

Tuesday, June 30, 2009

Aku harap, ko akan berubah..


Ingatkan dah berubah. Rupanya sekejap je sedar tu menyinggah dalam diri ko.

Ko tak hengat ke dulu ko hampir² langgar traffic light kat simpang empat pekan? Time tu ko potong Q dan ko tak berjaya melepasi lampu hijau lalu ko hampir terbabas bila panik nampak lampu merah menyala?

Semalam pulak, ko berlumba dengan satu lelaki bawak avanza kat hiway. Ko tu memang pantang ada orang cucuk bontot keta ko. Ko mula la rasa panas hati. Mula la tekan minyak tahap maximum. Aku dengar, ko menang. Betul ke?

Ko kena sedar, ko tu cuma bawak kenari. Apa la sangat tahap kelajuan kenari sangat.. Tu ko kena sedar tu.. Jangan ingat ko bawak ferrari. Kalau ferrari takpe, sukati ko nak bawak laju mana. Sebab takde orang berani cucuk bontot ferrari, kecuali lamborghini.

Kalau la ko tengah dok pecut, dok tengah sedap berlumba.. lepas tu terbabas langgar divider, ke, langgar orang ke.. sapa yang susah? Ko jugak kan..

Ko tak ingat, aritu ada eksiden waja dengan myvi? Habis myvi tu remuk terbalik kat tengah jalan? Pastu ramai polis kat sana? Ingat tak???

Aku ingat, ko dah tak buat benda² tu semua.. Rupanya.. aku silap..

Aku harap..

ko buang sikap tak elok yang membahayakan diri tu. Bawak kereta dengan perlahan, slow and steady.

NASIHAT DAN TUNJUK AJAR DI ATAS DITUJUKAN UNTUK..


DIRI AKU SENDIRI..

Monday, June 29, 2009

Selamat tinggal .. aku harus meninggalkanmu untuk sementara..


Tajuk tak boleh blah. Sapa yang harus aku tinggalkan?

A.Y.A.M. iaitu AYAM.

Sejak dua menjak ni, ada je jerawat tumbuh. Kat pipi kiri aku ni. Mencik tau!

Kan aku ada cakap aritu kan.. Aku nak gi buat facial. Sebenarnya 2 minggu lepas aku dah buat dah facial tu. Ni, kira facial susulan la ni. Bila sampai sana, orang tu advice aku suruh buat rawatan resdung.

Yelah, lately memang aku rasa hidung aku ni gatal amat. Nasib baik idung aku kecik je, kalau cam idung zizan mat Bolos tu.. Memang cam badut la merahnya aku dok gonyoh² je.

Aku pun setuju buat rawatan tu. Cett.. Cam nak mati lemas je aku hidu asap tu. Uhuk.. uhuk.. Bayangkanla, 4 batang dia guna tuk rawatan tu. Seb baik aku tak lemas.

Hasilnya.. Perrrgghhh.. Macam nuget ayam je muka aku. Punya la banyak bendasing tu tinggal kat muka aku. Tah berapa family tah dah bermastautin kat muka aku. Baru aku tau.. Itulah penyebab jerawat asik tumbuh je.

Lepas buat rawatan resdung, aku buat pulak facial treatment. So, arini muka aku amatlah tak santek.

Dorang nasihatkan aku untuk kurangkan makan ayam. Pengambilan ayam secara tak sedar diri tu adalah salah satu penyebabnya. Aku ni dahlah setiap hari asik makan ayam je.

Mulai dari hari ni, aku akan kurangkan makan ayam, lebihkan minum air suam. Langsung tak ambik ayam kot. (mgkn..) Aku akan makan ikan pulak.

Eii.. Ikan ke? Terpaksalah..

Err.. ada apa² petua atau tips tak? Silalah kongsi bersama ye..


ps - Sori eh, takde gambar sebagai bukti aku buat rawatan + facial. Sebab aku hanya berkemban time tuh.. Kang.. jem pulak traffic blog aku ni. Wahahaaa.. Gelak lucah.

Friday, June 26, 2009

Nak senyum ke tak ni?

Sampai je opis, trus online internet banking. Yiehaa! Gaji dah masuk. Lalalala.. Kejap je lalalaaa ni.. Pastu.. Huhuuu..

Belanjawan Julai 2009.

Mak

Ayah

Facial

Bil astro

Bil stimix

Bayar Keta

Service Keta

Beli kain raya

Kad Penggalak Utang

Shopping (Panggg! tak boleh!)

Beli sabun muka (errr.. datin, nanti i bank in ye..)

Beli hadiah besday tuk anak sedara (dah tertunggak 2 bulan)


Eh, pesal senarai makin lama makin panjang ni? Adoilaa.. Bila la aku nak jadi jutawan ni? Nak minum power root la. Anda boleh jadi jutawan. Ceh, minum sampai mati pun belum tentu menang.

* itu belanja yg nampak, belum lagi belanja yg belum nampak.. aduss.. *

Korang pulak? dapat gaji batpe? (ceh.. sibuk je aku ni..)




Thursday, June 25, 2009

Sudah la.. Cukup la tu..

Aku dapat berita. Berita ada sale kat centro klang. Sale lagi..

Semalam aku lalu depan bangunan tu, sah.. Memang ada sale. Eii.. Dah 3 hari berlangsung sale tu. Aku belum lagi tinggalkan jejak. Tak boleh jadi camni.

Rasa mcam nak jejak je. Mana tau dapat baju ke, kasut ke.. Beg ke.. Beg lagik!?

* ayat di atas adalah ayat tak belum sedar diri *


* ayat di bawah adalah ayat dah nak sedar diri *


Raya dah dekat. Eh.. Puasa dah dekat. Lepas tu nak raya. Kena la simpan duit untuk belanja persiapan raya. Takkan raya nak sarung henbeg kat badan kot..

Eeeiii.. sila doakan aku agar sedar diri.

Wednesday, June 24, 2009

Pe'el² yang membahayakan kesihatan..


Tinnn...

Aku terus tersedar lalu mengangkat kepala bila terdengar bunyi hon itu. Waktu tu kepala aku berada di bawah seat keta.

Rupanya barisan depan kereta aku telah kosong dan mereka telah meninggalkan aku jauh di hadapan. Patutlah manusia belakang aku tu hon macam esok nak mati dah..

Ehheeee.. sori la eh. Sebenarnya aku tengah sibuk cari sebelah kasut kat bawah seat. Pagi tadi aku macam lambat. Masuk keta pakai sipar jepun. Pastu kat traffic light sibuk nak tukar kasut. Kasut lak tak berjaya ditemui untuk sebelah kanan.

Aku ni dahla tak leh drive tanpa kasut. Rasa janggal je drive kaki ayam. Rasa cam tak leh nak agak bila nak tekan minyak and brake. Eii.. mak tak boleh la nok! Eceh.. transform pulak. Huupppp! tarik balik.

Aku ni suka simpan semua kasut kat bawah seat. Senang. Bilamasa rasa nak tukar, trus korek² je bawah tu. Tapi tulah masalahnya. Suka tukar kasut time tengah drive.

Satu lagi peel aku yang tak brapa nak bagus, butangkan kemeja lengan sambil memandu. Dahlah kebanyakan baju kemeja aku ada 4 butang kat lengan. Kekadang tu hencot pun ada. Ehehee.. cam orang sewel pun ada.

Penah tu aku bawak keta dalam jem sambil tangan sebelah tu tengah sapu losen kat kaki. Nasib baik tak cium bontot keta depan. Abis bebel kawan kat sebelah tu. Bahye katanya..

Bahye ke?