KAWAN²

Thursday, July 30, 2009

Wayar pala ko ada problem.. sila maklum..

Sebelum baca kisah selanjutnya..

Sila tukar kepada mood anda kepada mood SERIUS..

Ye, aku mmg sedang serius menaip.

Kesian Riana, nama penuh dia Arianna Az-Zahra. Anak kedua kakak aku. Kakak aku dgn husben dia keje. So, baby ni dia antar kat rumah orang. Dia ni kira wife kepada rakan kerja kakak aku.

Musti rasa lega kan? Yelah.. orang yang kita kenal, walaupun tak rapat. At least, kakak aku kenal suami dia.

Kakak aku rasa dia jaga okey. Yelah kan, kita dah la minta bantuan dia tolong jagakan baby.. So, kira lebih kurang la kan. Takyah nak cerewet sgt. Syukur, sebab ada orang tolong jagakan anak kita.

Mula² okey je. Satu hari, pipi baby tu lebam. Bila kakak aku tanya, dia kata dia tak perasan. Oh, mungkin anak lelaki dia yang berumur 2 tahun tu usik² (kot..)

Lepas tu, dahi pulak lebam. Kakak aku tanya lagi, dia kata dia tak tau. Tadi masa dia jaga, takde apa² lebam pun.. Hmm.. takpelah, mungkin baby tu lasak. Terantuk kot.. (mungkin..)

Kakak aku ni memang lain sikit baik hati dia. Dia ni sangat la bertoleransi dengan orang lain.. Kalau nak dibezakan dengan aku, mmg mcm langit dan bumi. ahaaa.. aku ngaku tu.

Yang ni pulak.. kot ke.. mungkin ke.. dah takde lagi.

TENGKORAK ARIANA RETAK.

TAU TAK RETAK???

Kepala dia agak basah bila kakak aku susukan dia. Kakak aku terus bawak pegi klinik. Doktor suruh pegi hospital pulak. X-ray. Memang sah, tengkorak dia retak.

Doktor kata, mungkin baby jatuh dari kedudukan yang tinggi. Tak mungkin terantuk ke hapa ke..

Kakak aku kol dia, tanya baby jatuh ke.. Dia masih cakap takde jatuh walau sekalipun.

So, kakak aku terus stop antar baby kat orang tu. Jiran depan rumah aku yang tolong jagakan sekarang ni.

Lagipun, selama dia jaga baby kakak aku tu, berat badan dia kat bawah paras yang sepatutnya. Garisan kuning kata doktor.

Mungkin orang tu malas kasik dia makan n buatkan susu. Sebab tu baby kecik je.. pastu tak aktif. Diam seribu bahasa. Suara dia keluar, bila nangis. Tu je.

Ada satu hari tu, kakak aku kata nak antar baby hari sabtu sebab kakak aku kena keje. Kakak aku tunggu depan pagar rumah lebih kurang 20 minit, dia tak buka pintu pun. Kol, sms pun tak dijawab. Tak ke sengal namanya tu ..

Tapi, apa yang aku tengok sejak 3 hari baby dijaga jiran aku.. Dia nampak ceria. Asik ketawa² je.

Memang berbeza dari minggu lepas. Dia banyak diam je.

Kepada penjaga ariana yang sebelum ni, walaupun aku tau dia mmg tak baca blog aku ni..

Aku ada satu kesimpulan..

WAYAR PALA KO ADA PROBLEM.




Wednesday, July 29, 2009

adoila.. kenapa ni..

Dear kawan²..

Masuk ni dah 4-5 kali aku cuba taip entry.

Tapi kan....

Tangan ni asik gatal nak KLIK kat butang X kat belah kanan atas tu.

Kenapa eh?




Tuesday, July 28, 2009

Aha.. Ok..


Proses membersih sawang² sedang dijalankan.


Sekian,

Yang benar,

Aku la, tuan punya blog. sapa lagi?



Thursday, July 23, 2009

Kalau ko lazer.. aku pulak lazer kuasa DOPLOH..


Aku bukan nak mengata. Tapi nak mengumpat sikit. Dia ni sedara aku. Ala, sedara belah bapak aku. Kira kakak sedara la. Anak mak long aku. Eh.. arwah dah mak long aku ni.

Apa aku kesah? Dah sah² dorang takde blogspot. Takde la dorang tau yang aku dok menganyam ketupat blakang dorang. Lalalaa.. jom mengumpat.

Dia ni memang lazer. Kira lazer paras dagu la. Tiap kata yang diucapkan dari mulut dia tu semua sial, babi, cilake belaka.

Tak penah sekalipun kata² manis buah keluar dari mulut dia. Cett.. ada gak manusia camni kan? Eh.. ada.. Memang ada. Dia ni memang hati busuk. Adik ipar dia pun dia duk kaco. Kaco camne? Kaco la hidup dia. Kasik sakitkan hati. Segala macam benda ipar dia tu buat, semua tak kena. Semua keji kat mata dia. Dah pulak, tak boleh masak guna dapur gas. Kena turun bawah, masak guna kayu api. Hawau bukan? Pinggan mangkuk periuk belanga, haram nak dikasinya guna.

Tak puas dengan tu, anak menantu dia pun dia dok busukkan gak. Anak pompan dia sebelum kawin, kasik dia rm500 katanya. Pastu dia kasik mak dia duit agak kurang. Yelah kan, dah kawin. Pindah lak tu. Nun kat sabah sanun. Dia dok sibuk kata menantu dia punya pasal. Sebab tu anak dia kasik duit kurang. Ish..

Tak puas hati dengan kaum kerabat anak beranak, aku pun kena sekali dari dia. Satu hari tu, kat majlis kawin abang aku. Dia kata apsal rupa aku buruk sgt. Time tu kan, aku berambut pendek macam penyanyi cranberries tu, pastu kaler ada sikit blonde. Kira²nya blonde fair lady la aku time tu. Marvellous bukan??

Dia cakap tu depan orang ramai. Mmg rasa amat sial time tu. Ni dah geram dah ni. Pastu aku cakap kat dia, "biar muka tak cantik, jangan dah la tua, badan gemuk macam tong buruk." Pastu dia salah faham, dia kata aku kutuk laki dia keje jual besi buruk. Aku hina keje laki dia. Apa punya bodo bangang la kan..

Pastu hal tu jadi besar.. berpanjangan.. mak bapak aku tak amik pot sgt. Sebab dia tau, aku hanya akan bermulut puaka kepada yang puaka sahaja.

Tau² time hari raya, time aku gi beraya rumah sepupu aku. Aku terjumpa dia kat sana. Dia terus datang minta maaf kat kami sekeluarga. Dia kata dia tau.. dia yang salah pasal kes aritu.

Lepas dari tu.. aku tak kasik mak aku jemput dia kalau ada apa² majlis kat rumah aku.

Tak jahat kan aku?


Wednesday, July 22, 2009

Marilah berjoget.. berjoget angan tak sudah..

Mungkin aku ni kuat sangat berangan. Mungkin konon.. memang pun.. sah.. memang. Aku lah minah jenin zaman moden.

Angan² aku hari ni:

1. Tinggal kat Mont Kiara

2. Profesion aku adalah lawyer

3. Ada Mitsubishi Lancer


Err.. okey tak? Ada sesapa nak temankan aku berangan² tak?




Friday, July 17, 2009

Orang mengucing.. Aku memonteng..


Awal pulak aku bangun arini. Mungkin sebab malam tadi gi kelab. Ahahaa.. pala otak aku malam jumaat gi kelab.

Arrrrghhh.. malas mula menyerang. Baring jap.. pikir kerja apa yang aku belum langsaikan kat opis. Hmm.. takde (rasanya..)

Inilah dia.. bila malas melanda.. semua pun jadi malas. Tapi kan.. aku tak tarik selimut balik tau. Aku trus bangun, kemas dapur. Kasik clear makanan malam tadi.

Buka peti ais, potong sayur. Masak nasik goreng. Buat teh o, hidangkan sarapan untuk mak bapak aku.

Yelah, tiap hari mak aku masak sarapan. Pastu aku cekik je. Harini.. ada masa camni.. aku buat la pulak sarapan tuk dorang.

Nak buat apa lagi eh.. Hm..

Tak tau nak buat apa ni. Segalanya malas..

Eh.. eh.. nak kuar tghr nanti. Ada lunch date ngan DIA ni..

Korang tu.. buat la keje bebaik eh..

Aku nak zzzz jap. Heaven .. mmg heaven..




Thursday, July 16, 2009

Mari berpantun.. pastu tolong jawabkan tau..

Jualan mega malaysia telah tiba..

Tapi pinkiss belum meraikannya..

Wahai kawan² di alam maya..

Tahukah anda mengapa?


aku sendiri pun tak tau kenapa..




Wednesday, July 15, 2009

Hmm.. pepagi camni.. haruslah banyak² bersabar..

Nak pegi keje pagi tadi tgk tayar pancit.. Dah lama sebenarnya asik dok pancit je.. Ni mesti nak kena tukar tayar baru ni.

Eii.. mencik tau..

Tunggu punya tunggu, kedai tayar bukak pukul 8.40. Tokey kata tayar dah rosak. Aku tau tu.. Tapi buat tak tau je. Sebab dah lama asik pancit je. Mesti ada yang tak kena dgn tayar tu.


Tengok.. Kan ala² tonggeng sikit tu. Lalala.. aku mmg lucah.


Pilih tayar. Dulu guna tayar cap hantu putih lengan lipat². Harini beli tayar cap jambatan batu je. Nak jimat $$ punya pasal.

Dah terbang $$$ pepagi ni. Hmm.. sabar je.

Boleh claim tak?

Tuesday, July 14, 2009

Tak sudah² la ko ni nak stress..


Cam dah takde tempat lain nak berposing kan? Arrhh.. Blasah je.

Hari² aku adalah teramat bizi. Bila dah bizi.. mula la dikunjungi oleh STRESS. Bila dah stress haruslah dihilangkan.

Last week pegi cari kain langsir untuk raya. Lepas cari langsir raya, cari pulak baju raya.

Baju raya takleh ditunjukkan kat sini.. Tak best. Kang korang tau dah baju raya aku camne. Tapi aku tak perlu risau, sebab kain tu cuma ada 4 ela je. Lalalaa..

Korang tu dah beli ke? Dah dekat nak posa ni. Kang tailor tutup tempahan karang.. Posa tu dah ganti belum?

Aku belum lagi..


Thursday, July 9, 2009

unhappy mode..

Bila rasa marah yang teramat marah mengundang tiba..

Hati akan rasa mengecut dan mengecil..

Air mata amat mudah mengalir..

Rasa benci, marah, sedih..

Tapi sukar untuk diluahkan..



MOOD tak berapa nak happy.

ps- muka tgh tak comel.



Wednesday, July 8, 2009

Hmm.. inilah akibatnya.

Aku ni kan, kalau boleh.. semua benda nak cepat. Berjalan nak cepat.. Drive nak cepat.. Buat keje, kalau boleh dalam satu masa 2-3 kerja aku nak buat sekaligus. Macam la jari aku ni ada 12. Cett.. kalau ada 12, cacat la tu namanya.

Peha aku ni.. Lebam sana sini. Sebab nak cepat bergerak dari meja aku ke tempat lain. Pupp!! dah cium bucu meja dah peha ni. Kalau berjalan, nak laju saja. Inilah akibatnya.

Tapi bab makan, aku slow and steady. Makan haruslah dinikmati. Tak boleh laju². Kang tercekik.. mampos. Orang kata, aku ni kalau tengah makan, nampak cool and betul² menikmati makanan. Wa cakap lu.. Orang tak lapar pun boleh rasa nak makan kalau tengok aku makan..

Pastu kan, semalam aku ada la text msg kat sorang mamat keparat ni. Cett.. keparat pun aku sms gak. Papetah kan? Alaa.. Bukan nampak muka pun. Sebenarnya, member aku sorang ni yang suruh aku kacau mamat ni. Ada la halnya tu dengan dia.. Aku pun ON je la. Takde sapa nak marah pun kan?

Kira dah dekat seminggu la jugak aku dok bersms dengan mamat ni.

Lagipun aku tak guna nombor biasa. Aku guna nombor satu lagi. Nombor tu aku panggil, nom bor SESAJA.. Nak mampos kasik nombor personal kat unknown? Eii.. silap tu. Mula² aku sms biasa je. Dia pun layan. Tapi bila dia kol, aku tak jawab pun. Malas. Takde hati nak jawab. Aku ni mmg tak akan jawab panggilan dari orang yang aku tak kenali. Setakat sms tu.. Okey² je.

Lama kelamaan, sms dia berbunyi yang agak tak menyenangkan mata aku membaca dan menggelikkan serta menggetikkan ketiak. Makin lama makin gelik. Makin gelik. Dan gelik.

Aku pun sms la kat member aku ni (yg kasik no mamat ni). Sms berbunyi begini. "eei.. aku makin gelik la dengan si kontol tu." Ni la sms yg aku antar kat member aku ni. Takde sebarang perkataan yang aku nak sensored kan okey? EXACTLY. Takde sapa nak tapis pun. Blog aku.. Aku sendiri la tapis. Pehal??

Nak tau tak? Aku TERhantar sms tu kat mamat tu. Adoila..

Ni lah akibatnya kalau semua benda nak cepat. Tak check dulu nombor. Main send je..

Lepas tu mamat tu balas camni "i sedar.. i dah ganggu hidup u selama ni. I harap u bahagia. I tak akan kacau hidup u lagi. Take care."

Kakaka... kiikkiii.. hahahaaa..

Ada aku kesah?



Monday, July 6, 2009

sesekali tu okey gak.. tapi kalau selalu sangat.. boring kot.

Depan rumah aku ni ada jiran baru buka kedai kopi. Kedai kopi di bawah pokok mangga. Tak lah sehebat kopi putih pekan lama. Ala² boleh blah gitu.

Dah beberapa hari ni aku dok slow kereta aku bila lalu depan kedai tu. Nak tau la gak apa yang dorang jual kat warung tu. Apa² boleh, yang penting.. ada teh tarik. I likee..

Tapi.. teh tarik takde. Sebab dorang belum belajar tarik. Hmm.. milo panas pun boleh lah. Bior panas badan aku. Malam karang.. tido buka baju. Hukkk..

Harini aku gi la testing kat kedai ni. (Ni baru balik la ni..)

Aku dtg ngan adik aku ngan 2 lagi anak buah aku. Semua pompan yang cun melecun la kira²nya. Aku ckp cun sebab nak suruh korang cakap.. hmm.. hampeh.. Dulik la. Lepas tu jiran aku datang join. Pastu sorang lagi join. Pastu sorang lagi join. Cewah.. Cam ada magnet pulak rasanya.

Kami ni.. (aku terutama sekali) amatlah jarang join dengan penduduk kat tempat aku ni. Bukan apa.. Pagi aku keluar.. petang aku balik. Weekend, selain dari ukur jalan, aku duduk rumah.. Untuk campur gaul dengan dorang.. amatlah jarang sekali.

So, dengan kesempatan ni.. dapatlah aku duduk borak² dgn dorang. Eceh.. kelakar rupanya dorang ni semua. Tak pasal² aku jadi pontianak jibam² mengilai bawah pokok mangga. Lucu weh cerita² dorang. Ke.. aku yang excited sangat? Pedulik lah.

Ada sorang tu, dia kata bila time mak dia pegi meminang calon isteri dia nanti.. tersesat gi rumah aku pun takpe katanya. Kikii.. mcam tu sekali idea dia.

Eii.. macam² lagi cerita dorang yang buat aku mengilai tak sudah. Tu yang buat aku melekat ponggong kat situ sampai lewat malam nak dengar cerita karut lawak dorang.

Ish.. sebenarnya kan.. sampai sekarang ni aku tak pecaya yang aku boleh duduk borak dengan dorang tu semua kat situ.

Musykil la..



Friday, July 3, 2009

Aku yang cerewet..

Jap, kasik aku tarik nafas dalam². Fuhhh.. curi masa kejap.

Last aku post entry, 1/7/2009. Harini dah 3/7/2009. Maksudnya semalam aku takde post entry. Ala, sehari je. Nak kecoh pulak.

Aku ni amatlah banyak keje sekarang ni. Rasa mcm tak cukup masa pulak. Tapi, takkan la aku nak tido kat opis.. Eii.. tak best. Aku nak katil aku gak. Bestt.. Walaupun aku tak pakai tilam ziana zain, at least tilam aku empuk.

Aku nak citer pasal interview. Kalau ada orang tu pegi interview untuk keje baru dia.. Aku pulak interview orang nak keje kat opis aku ni.

Macam² la jenis manusia yang datang interview. Ada yang nampak kelass.. Ada tu pulak .. Hm.. sebaliknya. Takpe.. apa ada pada kelass. Janji boleh buat keje. Nak kelas, pegi sana keje kat jadi cikgu. Boleh masuk kelas tiap hari.

Aku mmg cukup menyampah dgn org yg datang interview pakai jeans. Mmg la amat GOBLOK. Apa kau hengat? Ni kedai mamak ke? Dorang ni macam tak tau etika pakaian la kadang² aku rasa.

Satu lagi, cuma bawak diri je. Sijil satu haram tak bawak. Ada tu pulak ha hambik ko, tebal macam album gambar. Letih aku nak tengok satu² (buat syarat je..) Kang tak tengok karang, cam aku malas pulak.

Hari ni aku ada interview sorang ni. Aku macam biasa aku suruh dia menaip sikit karangan la. Isi kandungan aku kasik. Taip je ikut contoh. Aku nak tengok berapa kelajuan menaip dia tu. Halamak.. Dia menaip guna sebelah tangan je. Teror betul. Aku yang bijak pandai ni pun guna 2 belah tangan. Ceh, trus aku suruh dia print separuh jalan.

Time nak print pulak, dia tanya aku.. "mana printer?" Aku jawab trus.. "klik icon printer atas tu". Eii.. Tensi betul la dengan mereka ni semua.

Ada tu pulak.. caaaakkkaaaappp banyak.. pengalaman kurang. Ni pun aku malas nak layan. Macam aku yang diinterviewnya pulak. Nyampah pun ada.

Eiii.. aku ni cerewet ke?

Kat sini, kalau aku interview.. aku suka.. bos aku pun ikut suka.

Bukan dia yang pilih,

tapi.. AKU.

Dah.. nak sambung buat keje.

Wednesday, July 1, 2009

Selamat Hari Lahir


Arini ulang tahun kelahiran ayah aku yang ke:


- 74 TAHUN -


Semoga ayah aku sentiasa sihat dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah.

Gambar ayah aku? Takde..