KAWAN²

Monday, July 21, 2014

Semoga ayah tenang di sana..


Tanggal 15 Ramadhan, ayah aku dijemput Illahi.

Allahu Akbar..

Sebak pulak rasa time menaip entry ni.

Mulanya, ayah aku memang dah tak berapa sihat. Sebab penyakit gout yang menyerang secara on off. Dan, faktor usia pun tak aku nafikan.

Bermula dari tergelincir kat bilik air dan jatuh semasa bagi ayam makan, kesihatan ayah aku semakin merosot. Mulut beliau agak herot. Tutur kata pun dah tak jelas. Lidah seakan-akan mengecut. Selepas seminggu, kami sepakat untuk membawa ayah ke hospital.

Doktor sahkan ayah diserang strok. Takde benda yang dibenarkan masuk melalui mulut. Ya Allah.. Dugaan apakah yang Kau berikan kepada kami. Sayu sangat bila ayah minta air. Nampak kehausan sangat. Tak dibagi macamana.. Dibagi pulak macamana..

Dan, ianya berlarutan sehingga 2 minggu bila mana hospital benarkan ayah aku balik rumah, setelah tunjuk ajar cara penjagaan semasa kat rumah. Memang agak rumit, tapi.. Ada depan mata lebih selesa. 

Hari Sabtu, 12Julai, tiub seakan tersumbat. Tak boleh terima air atau susu. Puas tengok, takde pun yang tersumbat. Hari ahad pagi, abang bawak ayah ke hospital untuk periksa dan tukar tiub. Alhamdulillah, dah tukar dan ok. Tapi, kes tiub yang seakan-akan tersumbat tu rupanya petanda yang badan dah tak terima apa2. Petanda yang ajal dah nak sampai. Petang tu, lepas adik aku bagi susu.. Ayah termuntah. Sangkanya perkara biasa.

Rupanya, tak lama lepas tu adik perasan yang ayah dah takde. Ayah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.30 petang, 13hb Julai 2014. Allahu Akbar.. 

Aku dan suami takde kat rumah masa tu. Keluar cari sayur dan lauk untuk berbuka puasa. Rupanya aku tak dapat berada di sisi ayah di saat terakhir beliau. Padahal, setiap hari kami ada bersama beliau.

Alhamdulillah, semua urusan pengkebumian dipermudahkan. Jam 7.00 malam semua dah selesai.

Semalam, genap seminggu ayah pergi. Semalam juga, batu nisan dah selamat dipasang di pusara ayah.

Apa pun, ayah sempat tengok aku berumahtangga. Alhamdulillah. Ayah pergi dengan tenang.

Semoga ayah tenang di sana. 

Al-Fatihah.

*mengelap air mata*







Wednesday, June 25, 2014

Masih Mood Kahwin :Bersanding & Bertandang

Assalamualaikum,

Hahaha.. Sejak lepas kahwin ni ketawa manjang. Alhamdulillah. Orang kata, kita akan dapat hujan dulu baru pelangi. Amin.. Ye. Memang happy pun sejak ada teman ni. 

Sampaikan tuang shower gel sapu kat kepala, tuang syampoo sapu kat badan pun ada. Sampai macam tu. Kahkahkah! Kejadah betul la.

Rutin pun dah tak sama macam dulu. Kalau time bujang, bangun pagi siap2 then pegi keje. Now, kena siapkan sarapan untuk suami. Balik keje, kena masak, sediakan makanan panas untuk beliau. Ala, bukan susah pun kan. Lagi pun, ini la masa untuk topup pahala.  

Ha, mari tengok sikit gambar2 kat bawah ni.

Baju kaler hijau pilihan kami. Eh, pilihan aku. Suami ok je. Janji kena dengan kulit dia.  Tu pengapit last minit dapat. Sebab anak sedara aku tiba2 tunangnya tak dapat datang. Nasib baik ada kawan suami. Cekik leher beliau hari sabtu tu, paksa untuk jadi pengapit hari ahad. Hehee.. Yang cantik tu, gf dia. Kain prada lace aku beli kat facebook. Dijahit oleh bekas pelajar adik aku, best student fashion design. Gituh. 

Ini antara kawan2 sekolah yang hadir. Anak dorang pun dah besar2. Aku baru hegeh2 nak kahwin. Thank you sebab datang memeriahkan majlis aku ni.

Baju pengantin untuk majlis bertandang, aku sewa je. Berkenan pulak dengan baju ni dan warnanya. Saiz pulak, sedang elok je muat2 dengan badan aku. Takyah nak alter lagi. Baju suami je kena kecikkan sikit.

Pengantin disambut dengan anak2 sedara bersama moto kecik. Comel je rasanya tengok budak2 ni bawak moto.

Ini rombongan dari keluarga aku. Tak semua masuk dalam gambar. Adik beradik, pakcik dan makcik semua turut serta. Lepas majlis, dorang semua pakat menuju gi lumut dan pangkor. Aku je tinggal kat sini. 

Ini anak sedara aku. Budak gila bergambar. Terima kasih dik sudi jadi pengapit. Ni pun last minit jugak. Semoga cepat dapat jodoh ye dik. Ambik berkat mak sedara ko ni.

Okey, nanti bila gambar dah siap dari photog, aku buat entry lagik ye. Kikikii.. Masih dalam mood kahwin lagi ni. Entah bila mood ni nak pegi tinggalkan aku. *tutup muka*

Lepas majlis kat rumah aku, kami berdua hanimun ke Krabi. Tapi, entry untuk hanimun xde ye.

Okey, Tata.



Tuesday, June 10, 2014

Alhamdulillah.


Alhamdulillah.

Itu yang mampu aku ucapkan. Selepas pelbagai drama.

Drama?

Aku kan kuat drama. Kahkahkah! Takde la. Biasala kan. Buat persiapan kahwin ni kan macam2 hal. Jarang sekali la aku dengar buat persiapan kahwin ni senang menang. Smooth and silky. Even orang kaya2 pun mesti ada masalah dia sendiri. Lagi lah aku yang tak kaya ni.

Tapi takpe. Orang cakap, kita akan lalui hujan lebat ribut petir, sebelum timbul pelangi.

Ye. Pelangi dah datang. Syukur. Now happy sangat dengan new chapter dalam life aku. Mak dah bersuami uols..

Meh kita layan sikit gambar sekitar majlis nikah.

Pelamin. Aku suka simple n kaler yang soft sebab nak kontra dengan warna baju bersanding aku. Kaler hijau.


 Inilah Sayang yang selalu aku sebut2 tu. *tutup muka* yang sabar dengan perangai angin kus2 aku ni. Yang tahan dengan kerenah aku ni.

 Penyerahan mas kahwin. RM300.00. Boleh aku buat beli love charm karang.

 Agak menggigil bila sarungkan gelang batal air sembahyang. Ni aku tahan ketawa. Kihkih.. Tengok cucu aku si Sasha dok skodeng.

 Suka sangat kat gambar ni. Tak tau kenapa. Macam penuh makna.

Uit. Dah bergelar isteri orang tau. Beg tu, spoil betul la terngaga je camtu. Cih.

Ha, ni la sikit gambar yang dapat aku kongsikan. Walaupun lambat sampai kat masjid. Siap imam tu call aku bila nak sampai. Malu pun ada. Hahahaa! psst.. imam tu kawan aku sekolah tau. Mampu?

Hari tu kebetulan ada satu lagi pasangan bernikah. Kira agak ramai la. So, makin nervous la laki aku. Sian dia. Dua kali lafaz la jugak. Kihkih.. Dengan alasan, microfon tak berfungsi. Drama sangat kan..

Takpelah, semuanya dah selamat.

Alhamdulillah. Semakin bahagia rasanya. 

Okey, InshaAllah nanti aku buat entry bersanding pulak ye.

Tata.

 

Wednesday, May 7, 2014

Kad Jemputan


Assalamualaikum.

Okey, dengan hati yang gumbira dan berbunga2.. Saya dengan ini menjemput kawan2 yang membaca blog saya ni untuk hadir kat majlis perkahwinan saya.


Ha kau, kaler gold aku cakap kau. Feeling2 rich la konon2nya kan..  

Jemput datang ye. Kalau nak aku send kad atau emailkan kad, send aku alamat korang ye.

Email kat sini ------> cikpinky@yahoo.com



Wednesday, April 23, 2014

Tema Kahwin


Okey, kalau korang tengok kat sidebar blog ni.. Tinggal Satu Bulan, Satu Minggu dan Dua Hari aku nak kahwin. Kalau dulu selak kalendar, 4 kali selak. Sekarang, Eh, sekali selak je. Dah nak jadi bini orang dah aku ni. La haii..

Itu tandanya, tarikh makin dekat. Pejam celik, pejam celik. Isnin... Pastu dah Jumaat lagi. Korang perasan tak? Hari2 makin cepat berlalu? Ke, aku sorang je yang perasan?

So far, persiapan kahwin aku so good. Alhamdulillah. Baju nikah dah siap.Cuma belum siap jahit manik. Sampai naik demam2 aku menjahit. Mampu? Dia punya sakit kepala.. Tangkap ke mata tau. Macam kena serang migrain. Tulah, orang jarang pegang jarum benang, sekali menjahit.. Terus demam terkejut.

Baju bersanding dah siap. Tapi belum sampai ke tangan aku. Nak kena patch lace kat lengan, nak jait manik sikit. Menjahit ni di bawah pantauan adik aku. Sebab dia ni mmg arif bab2 jahit menjahit ni. Kalau nak ikutkan aku, memang manjang la tak sesuai manik dengan labuci kat baju tu. Kahkahkah! aku pandai bab tekan2 keypad hp je.. Okey, tipu. 

Disebabkan sekarang masih kurang sihat sebab asik menjahit manik, aku alihkan pandangan aku kat bunga telur. Bunga telur tu aku beli siap. Nak pintal2 buat bunga sendiri.. MEMANG TIDAK. Sebab tangan aku terlampau la tak kreatif.

Bunga telur tu aku tukar sikit rupa dia. Kain net untuk isi telur tu aku ganti dengan cengkerang (iye kot namanya). Sebab nak nampak grand sikit. Biar murah, tapi nampak grand gituh. 

Belanja sikit gambar. Yang bulat silver tu la aku panggil cengkerang.

Kalau orang tanya tema kaler kawin aku.. Aku jawab. Hantam saja.

Bagi aku, apa aku tengok cantik, aku pilih. Kalau nak ada specific kaler tema, agak susah nak sesuaikan dengan satu sama lain. So, apa aku rasa cantik. Itu yang aku pilih. Senang je kan? Bunga kaler gold, tak semestinya baju kaler gold ye. Jangan silap teka. Nanti kena denda. Kalau korang nak datang pakai kaler gold, silakan. Aku tak marah. Tapi..

Jangan pakai kaler ijau. 

Nanti sapa pengantin? 

aku ke engkau?. 
Okey, baju bersanding aku KALER HIJAU.  




Thursday, February 13, 2014

Preparation


Okey. Sejak dua menjak ni memang malas nak baking. Kadang2 ada jugak. Tapi baking untuk si tunam. Bukan apa, mood baking dah ke laut.

Sebab now mood gatal nak kahwin dah. Kahkahkah!

Bila usia dah meningkat ni, aku perasan. Agak cerewet dalam membuat pilihan. Kan aku dah cerita kat entry sebelum ni. Semua barang aku tgk pun aku tak berkenan. Setelah banyak kedai aku keluar masuk, aku dah berjaya membeli barang untuk doorgift dan bunga telur. Bunga telur tu aku pegi sendiri. Tak menyabar punya pasal. Wassap je gambar kat tunam. Dia mcm biasa, "ikut syg la." 

Lebih baik takyah tunjuk kan?

Okey, majlis aku nanti memang takde warna tema khusus aku tetapkan. Walaupun aku ni cikpinky, tapi percayalah.. Satu pun barang kahwin aku takde kaler pink. Macam tak percaya bukan? Asal aku rasa cantik, aku beli. 

Tapi rasanya, mata ni lebih tertarik kepada kaler keemasan. Yes, gold tu nampak 'rich' gituh.. Bunga telur pun kaler gold and doorgift pun seakan2 gold jugak.

Baju pengantin mula2 ingat nak beli kain and tempah. Tapi bila ingatkan lebih save kalau sewa, makanya.. Aku sewa je lah. Pakej sewa baju dengan mekap sekali dan juga sewa pelamin. Memang berpatutan harganya. Disebabkan aku ni simple orangnya, so aku ambik design simple. 

Warna baju mungkin purple. Mungkin ye. Belum tau lagi. Bak kata tunam, "awak ni dah gilapen". Gilapen tu rambang mata kot. Kot lah.

Okeylah, nak siap2 nak balik pastu g detim. 

Lain kali, cerita lagi.

Tata.










Monday, January 20, 2014

2013 & 2014


Assalamualaikum.

Diam tak diam dah nak penghujung bulan Januari. Kejap je rasanya masa berlalu.

Tahun 2013 diakhiri dengan peristiwa kurang menyenangkan. Aku percaya, Allah takkan ambil apa yang kita sayang, tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Insha Allah. Ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku.

Harap² tahun 2014 membawa lebih kebahagiaan. Insha Allah.

Oh ya. Aku dah mula buat persiapan kahwin. Sedikit sebanyak mengubat kelukaan di hati. Walaupun emosi masih kurang stabil. Alhamdulillah, tunang aku dikurniakan lebih kesabaran berbanding aku. Sabar dengan emosi aku yang kejap ok kejap tak okey. Eh, aku tak gila tau. Mesti korang ingat aku gila.

Peace yo!

Cuti hari Jumaat lepas aku habiskan dengan survey bunga telur, cadar pengantin, set bilik tidur, doorgift. Eh, seronok rupanya tengok² barang kahwin ni kan? Lagi² untuk diri sendiri. Ecewah.

Tapi, satu pun aku tak berkenan. Dari doorgift ke bunga telur. Entahlah, makin tua ni, makin cerewet kot membuat pilihan. Kalau tunang aku senang je jawapan dia. "ikut sayang la. saya okey je". Ha, senang kan? Aku yang susah.

Okeylah, aku nak google apa yang patut. Lainkali, cerita lagi.

Tata.