KAWAN²

Wednesday, April 28, 2010

MukaBuku + MukaMuka


Terus terang aku katakan, aku tak brapa suka suasana persekitaran kerja yang dikelilingi oleh sesama jantina.

Bukan bermaksud aku ni gatal, miang atau gedik nak kerja dengan ramai lelaki.

Tidak .. memang jauh sekali.

Kalau iyepun, ada aku kesah?

Bulan ni, setiap orang dapat increment kat opis ni. Masing² terima kenaikan mengikut tahap prestasi kerja masing².

Sila jangan tanya aku dapat berapa okey..?

Bos tau sapa buat keje.. sapa tak buat keje. Walaupun bos bukan selalu ada. Kalau aku jadi bos pun, aku tau sapa rajin buat keje. Sapa rajin bercakap.

Kalau cuma rajin bercakap, tak ke mana. Paling tidak pun, abis air liur.

Membazir bukan?

Kalau aku la kan..daripada abiskan air liur bercakap, lebih baik aku sakitkan mata pandang MukaBuku. Duduk dendiam kat tempat sendiri, nampak macam rajin bukan? (aku ler tuh)

Tapi, aku tau bila masa nak berMukaBuku.. Bila masa nak buat keje. aku tau tu.

Ada orang kat sini cuma tau berMukaMuka. Macam talam tu..

Depan kita dia mmg kuat bodek. Akak itu.. akak ni.. Baik kak.. ye kak..

Belakang aku.. Macam Sialll. Lain aku cakap kat dia.. lain dia beritau kat orang. Paling geram, ada additional clause dia letak. Siall tak?

Itu satu.

Pasal increment pulak.

Bila kawan lain dapat lebih.. dia tarik muka, hempas pintu. Tak puashati.

Sendiri mau ingat la beb. Lu ada betul buat kerja ke? Salah antar surat camne? Dan macam² lagi salah lu buat sebab lu lalai tu sapa nak jawab?

Bill telefon ofis berderet nombor henfon lu dail nombor boifren lu tu sapa mau jawab?

Takkan gua nak ngaku gua yang dail.. nehi.. nehi.. tidakkkk! Gua nak kol boifren gua, gua guna henfon gua sendiri okeh?

Eh.. Aku ada boifren ke?

Sila ngorat aku ye..

Tetiba lu gua, apahal aku nih?


Friday, April 23, 2010

Up diri sendiri dulu la beb..

Aku ni cukup menyampah dengan sikap sesetengah orang yang suka dok puji atau banggakan kawan dia. Apa dia dapat eh?

Mungkin kawan tu ada bank in dalam akaun dia tiap² bulan kot.

"eh, ko kasik UPkan nama aku kat orang lain, nanti aku bayor ko tiap bulan, okey?"

Suka la sangat citer kat orang, bangga²kan kawan dia tu.

"Eh, dia ni ada keta ni tau.. laki dia baru belikan."

"Eh, ko tau.. laki dia belikan dia keta dot dot dot tau.. Untung kan dia?"

"Eh, dia nak pergi holiday pegi Landen tau.?"


Apa dia ni dapat eh..

UP la diri tu sendiri beb.. Apada..

Aku? Senang je nak UPkan diri sendiri..

"Eh, korang tau tak.. aku ada FERRARI tau."

Korang tak terkejut kan?

Wednesday, April 21, 2010

What the ....?


Arini aku lalu jalan utama. Sejak kebelakangan ni.. aku lalu jalan jauh. Bukan shortcut okey? Kalau shortcut.. Maka aku akan sampai lambat ke opis. Sebab ramai orang dah guna shortcut tu.

Ada satu kawasan tu .. memang selalu jem. Pagi petang mesti jem. Malam pukul 12 ke atas tu baru tak jem.

Bila jem, biasalah.. perlahankan kereta.

Bagi je laluan.

Sila la.. sila la.. saya memang baik hati lagi mulia.. heh..

Malas nak bagi darah mendidih pepagi ni sebenarnya.

Mood yang baik.. datangnya dari pagi yang bermood baik. Apa aku merepek ni?

Ada sorang minah ni.. nak lintas jalan. Keje kat kilang seberang jalan nun. Nampak berat barang yang dibawaknya. Ada dua plastik aku tgk. (ni dalam jarak lebih kurang 10 meter.)

Bila dia betul² lalu depan keta aku..

Huk! Tersedak air liur..

Dia bawak sebijik nangka..

Ala, nangka.. tau tak nangka?

Patutla nampak berat sangat time aku dok perati tadi..

Eh, takkan la dia nak kenduri sarapan makan nangka?

Atau, mungkinkah dia akan cucuk 3 ketul kat lidi lalu jual singgit sebatang?

Atau, dia akan masak pengat nangka?

Atau, buat cekodok nangka?


Musykil..

Ni dah bayangkan dah.. bau nangka tu akan merebak satu kilang..


Haih...



Monday, April 12, 2010

Sekerat dulu..


Sapa kata orang muda tak reti hormat orang tua?

Ada gak orang tua yang boleh dikatakan kurang ajar.

Mintak maaf atas kenyataan ni ye.

Kenyataan yang benar. Aku lalui sendiri.

Baru intro menaip.. dah rasa EMO nih.

Haihh.. aku ni.. emo manjang..

Nanti lah.. aku sambung citer.. EMO dah menyerang nih..

Babai..


Thursday, April 8, 2010

Kalau sudi, katakan sudi.. Tidaklah aku menanti..


Kalau dulu.. aku mmg ZERO pengetahuan pasal Facebook.. tidak lagi sekarang.

Orang kata, dah kemaruk.

Kalau keluar artikel pasal ketagihan facebook..

Akulah salah sorang darinya.

Dari memula.. ada sorang kawan ni, dia suruh aku bergiat aktif. Boleh connect dengan kawan² lama katanya. Boleh tambah kawan. Ye, aku setuju.

Ramai kawan² sekolah lama dapat aku hubungi kembali. Dapat la tau kabar dorang sekarang ni. Ada yang tetap sama.. ada yang dah kurus, ada yang dah tak brapa nak kurus.

Kalau aku, sampai ke hari ni.. masih kurus.

Cerita pasal tambah kawan ni la kan.. Tak semua orang yg add kita tu single. Ada gak yang dah double, tripple dan ke atas.

Dah nama pun nak kawan² kan.. Accept je la. Bukan susah pun. Accept je request. (setelah diselidiki)

Dah jadik kawan.. Rajin la pulak komen²nan kat status. Ko komen aku.. aku komen ko.

Pulak, yang rajin komen tu dah berbini.

Bini dapat tangkap. Bini pun ada facebook. Mgkin bini dia dok monitor aktiviti laki dia kat FB.

Menggelupur la nak request aku jadi kawan. Nak tengok la full detail pasal aku ni. Ada la aku dapat tau serba sedikit pasal si bini ni.. Takyah nak citer. Buang masa.

Sampai ke hari ni aku tak approve request dia.

Sebab, aku tau bila aku dah approve.. Cerita 1 juzuk.. akan bertambah jadi 4 juzuk.

MALAS OKEY?

Harini, dia antar mesej kat inbox FB aku. Tanya camni..

salam..kenapa tak sudi ke nak add aku???????

Ni exactly yang dia antar kat aku. aku copy paste je.

Kalau dah lebih dari sebulan aku tak approve tu.. Paham² je la kan?

Takyah la nak tanya sudi ke tak sudi.

AKU TAK SUDI, OKEY??