KAWAN²

Monday, November 23, 2009

Elakkan diri dari ada sikap sebegini..


Ada sesetengah manusia ni, bila dia belajar tinggi. Dia mula sombong. Lupa diri. Tak kenal saudara.

Bila dah habis belajar, keluar bekerja dengan profesyen yang boleh dikatakan tinggi .. Dia mula makin bongkak.

Membangga² diri dengan kerjaya dan kejayaan dia.

Muka dah tak tau memandang ke bawah. Paling tidak pun.. pandang la tegak ke depan. Hmm.. memang tidak la jawabnya. Muka dia cuma tau pandang ke atas. Yang kita nampak, cuma lobang hidung dia.

Kata² yang keluar .. mulalah besar² belaka.

Aku tak suka bangsa macam ni. Menyampah!.. Setakat mana la dia boleh pergi dengan sikap bongkak angkuh dia tu?

Pergaulan dia dihadkan kepada manusia berpelajaran setaraf dengan dia. Kalau sesapa yang takat diploma .. memang dia pandang sebelah mata je.

Kalau takat SPM, langsung tak jeling. Sayang kot nak gerakkan bijik mata tu memandang. Tak pun mata boleh kuar darah.

Kalau kita sombong, angkuh atau bongkak.. Orang akan mengata kita. Manusia ni, dari satu mulut.. boleh sampai kepada bermulut².. Sampai menyampai..

Satu lagi, orang tak akan doakan kita yang benda yang baik.

Ingat kalau perangai buruk camtu..

Orang pandang tinggi ke?


Friday, November 13, 2009

Masalah mereka berdua..


Nama : Irfan

Dialog : Sambil berlari dan menangis .."Nenek.. Ayam tu sepak Irfan.."



Nama : Farah

Dialog : Sambil berlari dan menangis "Nenek.. Ayam tu tampar Farah.."


Sila berikan kesimpulan dan apakah sebenarnya yang terjadi..

Haihh.. dorang ni...

Tuesday, November 10, 2009

Tanpa cerita..


tuan empunya blog











Hmm.. ni lah buah² hati SAKIT JANTUNG aku..

Friday, November 6, 2009

Nak MELETOP, tapi taknak MODAL..


Ya Allah, jauhkan la aku dari lelaki jenis ini.. Amin..

Nak dijadikan cerita.. Ni kisah seorang kenalan aku. Dia ni anak orang kaya. Bapak dia ada restoran. Kat semenanjung, kat luar semenanjung pun ada. Ada la beberapa branch. Dia ni pun ada bisnes sendiri. Butik pengantin etc..

Aku namakan dia sebagai MB (mat bergaya)

Laki dia ni budak datang dari hulu. Tapi bukan hulu tembeling. Tapi hulu temberang.Muka dia.. boleh blah la. Hensem.. putih bersih. Arrghh.. lupakan saja rupa dia itu.

Dia ni malas keje. Nak keje yang meletop saja. Taknak keje biasa². Lepas tu dia berenti. Sebab tak dapat target. Lupakan pasal target.

Kereta dia.. Nak yang ada AP saja. Taknak pakai kereta tanpa AP cam keta aku. Eh.. sapa kata keta aku takde AP? Aku pakai ferrari tau.. Tapi ferrari aku ada lambang P senget kat muncung dia. Ehehee.. Sendiri tau la kan.. aku pakai keta apa. Gunalah ikut kemampuan..

Ni kisah kereta. Ada sorang kawan aku tu.. dia tak mampu nak bayar BMW dia. SO, dia suruh la si MB ni pakai. Sambung je bayar.

Wah.. bergaya sungguh la si MB ni pakai BM. Ke hulu ke hilir.. Tapi tak sapa tau.. Ansuran, minyak.. duit poket.. semua bini tanggung. (Sekarang dah tau bukan?)

Lepas tu pulak, dia keje tolong kat restoran bapak mentua dia. Amboii.. Bukan main lagi dia. Berlagak macam bos. Pantang nampak staf takde kerja. Laju saja dia mengherdik. Baik² weh.. kang indon² tu santau ko.. Padan muka.!

Ha, pastu BM dia tu.. dia tak mampu bayar. Nama tak tukar lagi tu. Masih nama kawan aku tu. So, dia taknak la nama dia buruk kat bank. Dia pun suruh la MB ni lego je kat orang lain. Yelah kan.. Sementara ada orang nakkan keta tu.

Masih dengan berlagaknya.. Masih tak sedar diri. Dia nakkan pulak duit insurance kereta yang masih berbaki 6 bulan lagi tu. Adeh! Memang bongak bin bongok punya lelaki.

Ha, hambik ko sekarang. Takde keta.. tumpang je kereta bini ko tu.

Tu.. masih berlagak lagi tuh..

Eii.. nyampah betul la!



Tuesday, November 3, 2009

Perlu jawapan



Entah kenapa, sejak hari Sabtu lepas.. Aku rasa aku susah sangat nak dapat tido nyenyak. Petang sabtu aku sambil tido kan farah (anak kakak aku), aku pun rasa nak tido.

Tak sampai sepuluh minit, aku terjaga. Sebab rasa panas. Lupa nak on aircond. Eh, rumah aku mana ada aircond. Tetiba je perasan ada aircond pulak. Time tu aku tido kat sofa depan tv. Patut la rasa tak selesa.

Pindah pulak masuk bilik. On kipas. Ha, yang ni baru betul. Tido.. zzzz.. Pastu aku terjaga. Sebab aku terdengar suara budak kat luar rumah. Rupa² farah dah cabut. Tak jadi tido. Aku pun bangun, bersiap.. Pegi kedai rambut.

Malam tu pulak, aku tetap tak dapat tido dengan nyenyak macam biasa. Setiap 2 jam aku terjaga. Pastu tertido balik. Pastu terjaga.

Sama jugak dengan malam tadi. Tetap tak dapat tido nyenyak. Tido.. terjaga.. tido.. terjaga.. sampai la pagi.

Puas aku pikir, apa masalah aku ye? Nak kata bercinta... Ahahahaa... tak jugak.

Pikir punya pikir..

Ye, aku dapat jawapan.

Aku banyak sangat makan durian weekend lepas. Oleh itu, suhu badan aku dah melepasi tahap sediakala.

Eh, aku tak makan durian kan?

Soalan : Kenapa aku makan durian?