KAWAN²

Friday, November 28, 2008

bontot pompuan berkulit cerah..

agak lucah sikit tajuk aku kali ni. tapi aku bukan berniat nak melucah. (sbnrnya.. mmg niat tu ada.. cuma bukan kat sini tempatnya..)

aku cukup menyampah kalau orang suka menunjuk². tak kiralah dengan apa cara sekalipun. tersirat mahupun tersurat. tapi yang aku nampak tadi secara tersurat. ada la sorang kaf lam ya nga ni (kena eja dlm jawi takut² ada yg terasa nanti). taulah dia bawak keta santekk. kejap² parking sana. kejap² parking sini. walhal cuma nak beli kueh wade 3 ketul rm1 je kat gerai tepi tuh. menyampah tul aku tgk. ish.. menci..

ni la bahan yg digunakan untuk menunjuk tuh.. tengok jangan tak tengok.. (patut tak dia menunjuk² sebenarnya??)


satu lagi aku tak suka org suka buat² pandai. padahal bodo. dulu ada sorang ni dok gaduh ngan aku. ada ke dia kata keta audi tu merc olimpic. yelah, lambang audi tu kan mcm logo olympic kata dia. ni bukan buat² pandai, tapi ni lah yg aku namakan bodo macam ikan sepat ronggeng.

kesimpulannya.. aku bawak ferrari, tapi aku tak menunjuk².. sekian..

errmm.. takpe²..

dulu aku bawak keta tanpa lesen. beli keta pun pakai lesen buatan copy paste je. approved gak loan. tapi sekarang aku dah ada lesen. lesen kapal terbang je tak pas² tak smpi skrg. sebab tak pernah belajar pun. huk².. tapi aku tak pernah buli orang kat jlnraya. aku hanya akan buli kalau orang memandu dengan kelajuan 40.04km/j dkt lane kanan. mmg aku akan trus hambat dan merapatkan muncung ferrari aku kat buntut dorang. kalau nak slow bwk la keta kat laman rumah. bodo..

aku pernah kena langgar. sorang bdk pompuan tu reverse dan rempuh keta aku. habis pecah bumper ferrari aku. aku pun trus hangin satu badan. aku maki hamun dia habis²an. cakap dia buta, pekak dsb. dia cuma buat muka bodo aka toya. aku trus minta dia 4 rat. dia kata xde duit. aku ikut dia balik umah dia kat area setinggan kat puchong. abg dia mcm sial. lagi nak cari pasal ngan aku. aku pun kencing dia aku ni loyer. jgn smpi aku antar surat saman kat dia. dia pun kasik aku 4 rat. aku pun blah. (takut gak sebenarnya..)

sekali lagi aku kena langgar. kali ni bumper blkg. time tu aku kat t.light turun bukit kat area bukit raja. tiba² aku dgr bunyi berdentum kat blkg aku. sekali lagi aku naik hangin. aku pun trus keluar tgk keta aku. nasib baik takde pape. tup² sorang mamat hensem keluar. "i'm so sorry miss.. is there anything scratch or bla.. bla..bla..?" kata² gentle keluar dari mulut mamat ni. sambil terpegun dan terkedu aku pun menjawab. "errmm.. takpe².. just be careful next time okey.." kata² lembut aku yg lebih lembut dari donut big apple. hangin aku terus berhembus berlalu bersama angin sepoi² bahasa.

kesimpulannya.. kalau tak hensem, aku tetap tak marah.. alaa.. bukan calar pun ferrari aku tuh.. sekian..

Thursday, November 27, 2008

nak seribu daya.. tak nak.. ?

aku memang suka menyanyi. tapi aku tak pernah masuk mana² singing contest walaupun dicabar oleh kaduk musuh ketat aku time kat poly dulu. padan muka dia kena buang kolej sebab meniru dalam dewan periksa. yelah, nak masuk camne.. suara mmg langsung x merdu.apa pun lagu yg aku nyanyi, lagu melayu ke, lagu indon ke, lagu omputih ke. suara aku tetap tak sedap. serak pun tidak, basah pun tidak. sengau, memang jauh sekali.

pagi tadi aku terdengar la lagu ni dimainkan kat fly fm. memang dah lama aku cari lagu ni. dengan tak malu aku trus kol tanya apa tajuk lagu ni. fuh.. akhirnya aku berjaya dapat tajuk lagu dgn penyanyi dia skali. yeyyy!!

jom layann..


p/s: skrg ni aku tgh dok menyanyi sambil memblog.

kesimpulannya.. nak seribu daya, taknak memang tak berdaya.. sekian..

Wednesday, November 26, 2008

jujur bukan jelujur..

buat kedua kalinya dalam tahun ni aku jujur pada diri aku sendiri. ya, jujur dalam bab makan la, apa lagi. aku dan makan adalah sahabat karib yg tak dapat dipisahkan. tak pernah pun terniat ataupun terdetik dalam hati aku nak berpisah dgn makan.

ya, harini aku berjanji pada diri aku sendiri. aku dah berniat dan berjanji utk makan yee mee kungfu waktu lunch. idea ni dtg time aku membelok kiri kat depan kedai keta Senying Enterprise dan terpandang kereta pujaan hati aku Caldina bucuk² dengan tanda 'BEST BUY'. (bodo betul.. dorang ingat kain pelikat cap gajah?? ke suka² je letak tanda tu!!)


rm4.00 - yummy and value for money

akhirnya aku berjaya untuk tidak menipu diri aku. aku bersikap jujur pada diri sendiri. berjanji dan menepati janji adalah kejayaan terbesar aku hari ni. walaupun byk lagi kejayaan besar telah aku kecapi termasuk tipu cikgu sekolah vokasional dulu. kata sakit nak ke hospital. tapi aku gi shah alam. ikut kawan aku zaza gi umah ziana zain.

kesimpulannya.. bersikap jujur kat semua orang, bukan kat diri sendiri je.. sekian.

masalah aku yg paling kritikal..

aku ada organise satu parti ujung minggu ni. aahaa.. bukan parti tupperware, bukan parti buih sabun or parti minum jus anggur sampai mamai. no. no. no.. parti aku ni nama dia parti periuk berjaya atau nama omputihnya pot luck party.. yahoo! ni parti paling aku suka dari parti² yg lain. parti periuk berjaya ni adalah parti di mana semua org yg join kena bawak makanan. tak kira la beli ke, masak sendiri ke. janji bawak makanan. makanan lak, aku tetapkan. tak boleh bwk makanan ringan². kalau setakat kerepek ubi cap mak ngah, jangan join parti ni.

masalah aku skrg adalah.. baju apa yg harus aku sarungkan kat badan aku yg kurus tapi slim ni? ni lah masalah aku yg paling kritikal setiap kali nak attend apa² majlis. tak kira la majlis tu grand ke tak grand. mesti masalah yang sama, masalah baju..


ni antara baju² yg aku sempat try mlm tadi.

masih blm dapat buat pilihan lagi. sebab masih ada lagi yg belom aku try. mgkn sampai ari sabtu malam ahad pun belum tentu aku dpt menyuaipadankan baju² yang ada. aarrrhhh.. ni la yang dinamakan nature of woman.

ada sesapa nak kasik aku idea tak? sila²..

kesimpulannya.. pakai baju kurung lagi senang. takyah susah² nak suai padan.. sekian..

Monday, November 24, 2008

semua mee segera adalah maggi..

semalam aku beli maggi hot cup perasa sayuran. walaupun dari mula aku tau yang perasa sayuran tu rasanya memang hampeh tapi aku beli jugak. bukan apa, maggi hot cup harganya lebih 0.45 dari jenama super yang harganya cuma rm1.00 je untuk perasa tom yam. so aku boleh eksen sket kat kawan aku jay (bukan nama sebenar) yang aku punya maggi lebih mahal dari dia sebab dia beli jenama super. tapi sampai skrg ni aku masih tak bayar rm1.45 kat dia.

dulu time aku sekolah rendah, aku suka makan maggi kering. maggi kering ni adalah maggi yang dihancur luluhkan dan digaul dgn perencahnya. time ni aku dengan bespren aku rina (ni nama sebenar) mmg kemaruk mkn maggi kering walaupun bapak dia keje kat MAS tapi bukan pilot. tak kira la perisa kari, tomyam ataupun sayuran. tapi biasanya kami akan beli perisa kari. sebab harganya jauh lebih murah dari perisa tomyam. time tu kami cukup bangga sebab budak lain cuma makan mamee cap monster.

masuk sekolah menengah duduk kat asrama, still makan maggi jugak. sebungkus maggi makan 5 org bersama lin, elda, erin dan iela. ni la grup kami yang bernama bbgb. malah sampai sekarang tetap bersama. walaupun iela dah anak 2 junior, walaupun lin dan erin dah berkahwin, walaupun elda dah bercinta dgn abg dut dan aku dah bertukar 6 1/2 pakwe, kami tetap bersama dlm grup yg sama. tak macam grup kacang botol yang diketuai oleh liza burung hantu. dorang berpecah sebab sorang ahli yang namanya liza pelat tak berjaya menyebut kacang botol dengan jelas. itulah punca perpecahan grup dorang.

kesimpulannya.. rambut stail maggi tak secomel rambut keriting asli. sekian.

doa hilangkan rasa gemuruh

"mudahkan padaku, wahai Tuhan, setiap orang dengan kebenaran kalimat "Bismillah". wahai Tuhanku tundukkanlah padaku setiap yang melihat padaku daripada jin, manusia, burung, binatang² buas dan lain² binatang".

kata² perangsang

there may be days when u get up in the morning and things aren't the way you hoped they would be. that's when you have to tell yourself that things will get better.

Friday, November 21, 2008

jiwang sket..

kalau ada sesapa yang rasa xde idea nak kasik sms kat bf ke, suami ke, scandal ke, sapa2 lagi la sukati korang. sila² amik dari sini. aku x kenakan bayaran pun sebab aku pun copy dari internet je.

edisi pagi:
Thoughts of u are such a welcome part of my day.

edisi tengahari:
a cold wind to comfort u.. a singing sun to shine u.. a cool whether to love u.. i send all these just for u.. eventhough am not there with u..

edisi malam:
U are the smile at the end of my day.

edisi agak membodek:
till this moment my heart never says im a sweet one.. it flashes in my mind when i met u first.

kesimpulannya.. copy je, takyah susah² pk. sekian..

tabiat tak kekal

tabiat atau dalam bahasa omputih habit. semua orang ada tabiat. ada yang tersurat. ada yang tersirat. sendiri mau ingat la apa tabiat memasing. ada tabiat kekal, ada tabiat tak kekal.

ni citer pasal tabiat tak kekal aku.
tabiat aku setiap malam sejak 2 menjak ni, layan game big kahuna reef. asal malam je, ngadap game ni. walaupun ada kawan sorang ni dok bakar aku suh tonton citer pasal si Kimora Lee Simmons yang aku mmg suka tonton, aku still buat derk je. still aku lekatkan mata aku kat kahuna ni. naik merah dah mata aku ni ngadap si kahuna ni. mata mengantuk pun aku tahan je. kalau boleh, nak je aku sengkangkan batang mancis cap cili merah kat mata ni.

aku ingat kalau laptop tu boleh berkata², mesti dia dah sumpah aku jadi obor². tak pun jadi terumbu karang, tak pun jadi siput angkasa.. fuhh.. nasib baik laptop tu bisu. macam kucing kat umah aku yang bernama bisu dan sememangnya dia bisu seribu bahasa.

ingat malam ni nak cuti dari tabiat ni. nak cuci baju yang dah penuh sebakul. nasib baik satu bakul je ada, kalau ada 4 bakul maka penuh la 4 bakul tu dgn baju² kotor aku.

kesimpulannya.. aku tengah pikir apa tabiat kekal aku sebenarnya.. sekian.

mimpi yang menipu..

mimpi lagi. mimpi orang yang sama lagi. mimpi yang tak berapa nak indah sgt. tapi masih ada indahnya lagi.

mimpi yang pendek, tapi agak manis. tak semanis teh tarik ummpph kedai mamak blakang opis ni. tak setawar barli suam yang lupa nak diletak gula. sampai aku bertanya kat tokey kedai tu, "lain kali saya kena datang bawak gula sendiri ke?".

baru start mimpi tu dlm 5.5 saat, aku terjaga pulak. cepat² aku tido balik dgn harapan dapat sambung mimpi tu. tapi tak berapa nak berjaya. "aarrrhh.. baik takyah mimpi." kataku dalam nada agak kecewa.

aku pun bangun, gosok baju kurung kaler biru. mandi dan bersiap² pegi keje.

kesimpulannya.. dream nothing but nice. sekian.

Thursday, November 20, 2008

Godie & Olack

bukan pemain bolasepak, atau golf, ataupun pemain tennis mahupun pelumba kereta F1.

godie dan olack hanyalah 2 ekor ikan kap yg aku beli petang smlm kat kedai apek jalan meru.

sbnrnya bukan niat aku nak membeli godie dan olack. niat di hati cuma nak beli makanan ikan yg dah 1 minggu abis. so, selama seminggu la ikan² kat umah aku berpuasa. huk².. ala, seminggu je. manusia puasa sebulan. tapi aku dah kompom² tak cukup sebulan.

time dok tengah amik 2 bgks makanan ikan, aku terpandang ikan kap kat satu akuarium tu. sungguh indah sekali pemandangannya. pandangan aku tertumpu kat 2 eko ikan ni. kaler dia sungguh menonjol dari yg lain. ye, sekor kaler keemasan sekor lagi kaler keorenan dan bermata kebiruan.

aku beli la pulak 2 ekor ikan ni. pulak tu pekerja kedai ni lupa nak taruk gas dlm bungkusan ikan ni. aku pun cepat² drive balik. takut ikan² ni mati dalam perjalanan. ish, aku tak mau disabitkan kesalahan membunuh. w'pun membunuh ikan.

ni dia visual ikan² tuh.


sebagai bukti pembelian, tgk ikan² masih dalam plastik.

godie - sebab kaler dia goldish. tengok, bersinar² je kaler dia.

olack - kombinasi orange dan black. tengok kaler mata dia. biru kan?

kesimpulannya.. ikan kap tak boleh diguna untuk masak laksa. sekian..

Wednesday, November 19, 2008

paling special..

"mbak.." panggilan berbaur terjahan oleh aku waktu order makan tengahari tadi. "ye dik, mau makan apa?" jawab munipah tokey gerai makan yg bese atau ertikata lain yang hari² aku lawati.

"kak, harini saya nak makan megi goreng paling special kat dunia.." jawab aku. munipah pulak menjawab, "ha, ye lah dik".

"kak, tolong ulang balik apa yg saya order tadi tuh". (aku saja je nak kompom dia paham ke tak).. "ha, maggi goreng paling special sedunia". itulah dia jawapan balas dari munipah dengan muka yg agak cuak. hahaaa..

peerrgghhhh.. mmg special tul dia masak maggi goreng aku order tadi. ada toge (peberet), udang, fishball, fishcake, ayam, kerang, kangkung and telur.

aku tak makan habis coz half way tgh mkn, tu aku dah tergigit cili padi potong. arrrhh.. kacau betul!! potong selera aku.

kesimpulannya.. sapa makan cili, dia terasa pedas.. sekian..

tenkiu²..

jutaan terima kasih untuk seorang kawan yang sudi mendesign untuk blog header aku mengikut spesifikasi yang aku nak dan diolah dengan kreatifnya oleh beliau.

dah 18 kali aku dok edit, cut, paste, upload, donload.. semua ada.. asik tak menjadi je. dgn ertikata lain, sbnrnya aku ni x kreatif. huhu..

ps: terima kasih. ko mmg kreatif.


hati


hati dalam bahasa melayu. heart dalam bahasa inggeris. manase dalam bahasa tamil. apapun, setiap orang dalam dunia ni ada hati. cuma cara penjagaan hati itu berbeza² utk setiap orang.

Allah kurniakan kita dengan hati berwarna merah. kalau dijaga hati itu dengan baik, maka warna itu akan berkekalan. jika hati itu tidak dijaga, maka hati itu akan hitam. maksud tidak dijaga di sini adalah hati yang sentiasa ada hasad dengki terhadap orang lain atau sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain atau apa sahaja yang melibatkan penyalahgunaan hati.

hati tak serupa dengan kaler kereta, kereta yg tidak dijaga warnanya maka ia akan pudar atau dgn ertikata lain discolor. kalau dah pudar or discolor, boleh antar kat paint shop tukar kaler baru. nak kaler apa pun boleh. sukati kita.

tapi untuk hati yg tak dijaga, ia akan berwarna hitam. kita tak boleh nak tukar kaler hati kita ikut sukati kita.. takkan nak belah dada and sembur balik kaler hati tu jadi merah. alamat, innalillah lah jawapnya. so, sebelum innalillah, marilah kita sama² menjaga hati kita itu agar ia senantiasa berwarna merah.

kurangkanlah dari berhasad dengki dan tidak jujur dalam berkawan, insyaAllah hati kita akan sembuh dari segala macam penyakit. bila diri sentiasa berhasad dengki, sentiasa berperilaku negatif maka jiwa kita tidak akan tenteram. hidup tak aman bahagia.

kesimpulannya.. biar sakit hati jangan busuk hati.. sekian..

Tuesday, November 18, 2008

zaman skool - nostalgia la pulak..

aku rasa dlm 2 juta student, 1,999,999 letak beg blakang tempat duduk. ni saja je aku agak. tak senang aku nak buat research.

"kamu, sebelah milo (bukan nama sebenar) sila bangun. angkat beg kamu. keluar pintu." aku pun ikut je arahan cikgu diskang (rambut dia ala² mat diskang) ni. "campak beg kamu ke bawah". aku pun ikut je arahan cikgu tu.

abis dah beg aku jatuh melalui pokok dan rumah burung bertaik yg x pernah dicuci oleh pekebun tah berapa lama dah aku pun x tau, di waktu hujan renyai².

"jangan angkat baju kamu kalau nak duduk". satu lagi pantang dia. aku terkena lagi oleh cikgu ni. aduss.. nasib baik dia tak suh aku campak baju pulak. ish.. jadi wayang biru nanti.

time dia mengajar, time tu lah mata aku x boleh nak buka. time tu aku rasa nak letak je batang mancis kat kelopak mata ni. bukan apa, waktu mlm kat hostel grup aku suka berjaga mengira tangga. bukannya nak study. time study pun asik borak² and nyanyi² je. (nasib baik aku pass SPM).

kenapa x boleh letak beg kat blkg = tak baik letak ilmu di buntut.

kenapa x boleh angkat baju bila nak duduk = nanti bila pakai skirt pendek xkan nak angkat bila nak duduk (huk²).

sebenarnya kan, cikgu tu dah jadi arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat.

kesimpulannya.. jangan melawan cakap cikgu. sekian..


Monday, November 17, 2008

gilakah aku??..

adoi.. tiba² aku rasa sakit kepala. tiba² rasa tensen je. bahu rasa lenguh². mata aku pun dah naik merah. tunggu keluar je airmata ni. tapi bukan sebab sedih atau sebak tapi sebab dok asik tengok pc ni.. dok bertenet je.

cuba korang bayangkan, dlm satu masa aku leh buka aku punya akaun myspace, blogspot, friendster, facebook.. sampai tak tau aku tgh buat apa and untuk mana satu page aku tgh edit. aduss.. aku memang dah gila. tu belum lagi akaun² lain. nasib baik aku dah lupa password. kalau x, byk lagi page yg aku buka. huk². inilah yang dikatakan gila kentang. nasib baik kat umah xde line internet. kalau x 24-7 la aku dok mengadap internet.

ish, bila la agaknya penyakit gila kentang aku ni nak sembuh? sifu.. tolon.. tolon.. tolon..

kesimpulannya.. harga kentang skrg sebuntil rm9.90 je. sekian..

jalan² cari makan..

aku dan window shopping memang berkawan baik. dari dulu, kini, esok, tulat, etc... mmg susah nak dipisahkan.

eleh.. korang tu pun sama gak kan? cuma xnak kasitau je. betul kan.. kan.. kan.. kalau dah namanya pompuan, menipu la tu kalau ckp x minat shopping or window shopping..

ni aku nak share pasal aktiviti aku hari sabtu lepas. gi jalan² kat jusco bkt tinggi. gi masuk kedai tu, kedai ni. tengok beg. tengok kasut. tengok jam. tengok baju. semuanya nak di torai. makan kfc. beli donut. beli tako tau (mknn jepun yg tah pape tah rasanya).

ni gmbr² yg sempat aku snap.. sila². jangan malu. aku x kenakan bayaran pun nak tgk pic² ni.


ahli rombongan. myna, gina, nashriq and luqman. aku? tukang amik gambar.

kedai buah mangga peberet aku. tapi dia x jual buah mangga atau mangga pintu. mana² aku pegi, sure aku akan singgah kat kedai ni. tengok² and belek².

ish.. rasa mcm kat oversea la pulak.. tu, ada macam salji.

amacam.. agak² boleh tak aku join patung² kat dalam ni? tapi, macam x cukup tinggi je kan?

lapar la pulak.. singgah makan kfc. budak² ni nak hot rod. nanti nak shuffle katanya.

nashriq and luqman sedang menikmati hot rod. lepas tu dorang ni asik shuffle tak sudah.

budak² ni mmg gila donut. aku? aku gila kentang je.

lepas dari jusco ni, kitorang gi sacc mall lak kat shah alam. gi tengok kain baju kurung and sekali lagi belek² henbeg. huhu.. (tapi x beli la juga).. aku x snap apa² pic kat sana. sebab budak² ni dah letih.. pastu kitorang pun balik umah.

kesimpulannya.. window shopping tu sebenarnya salah satu jenis terapi.. sekian..

Friday, November 14, 2008

aku menipu lagi..

arini aku tipu perut aku lagi. kata xnak makan nasi, tapi makan gak. (perutku, minta mahap banyak² ek..)

oleh kerana terpedaya dek indon stall sebab dia kata arini ada stok bayam, (aku mmg vegi maniac) aku pun order la sayur bayam goreng ngan chilli chicken. air cincau ais, manis lebih!

sila lihat visual di bawah.. sila², jangan malu jangan segan. tompang lalu sket..

bayam goreng, chilli chicken and cincau ais.

kesimpulannya.. makan la sayur banyak². sekian..

kisah suka duka

seluk poket kanan seluar itam yang aku pakai arini, terjumpa not rm10. oohh.. duit ni nak guna utk beli kentang sebuntil kat pasaraya nanti otw balik keje kang. buleh makan kentang ari² sampai gila kentang. huk.. aku mmg gila kentang pun..

lapar la pulak time rasa perut ni. (aku mmg asik lapar je..). arh.. order waffle jap la. "kak, waffle 2, satu letak peanut+coklat, satu lg letak planta+coklat." (dlm hati berkata.. "sedapnya.."). sementara tunggu waffle, aku masuk pasaraya beli kentang sebuntil.

masuk keta, lock pintu (skrg kena lebih jaga keselamatan) cepat². trus buka bgksan waffle, blasah 1 keping. sedapnya.. panas² lak tu. mkn dua² perasa. (ni kisah suka)

malam pun lapar lagi. buka tudung saji, ada mee goreng. mee goreng pun mee goreng lah. tengah duk tenung polisterin tu.. tiba² jatuh pulak, tumpah lak mee tu ke lantai. habis semuanya.. huhuu.. sedih betul aku time tu. dah xde rezeki. (ni kisah duka)

malam aku tido dgn perut aku dialas ngan secawan milo panas. wpun perut aku berbunyi keriok.. keriok.. aku paksa gak mata aku tuk tido. "mengada² betul perut ni." hati aku berkata.

so, pepagi ni aku blasah nasik goreng yg mak aku bgkskan bersama dgn telur rebus 2 biji. kenyang dah ni. hmm.. sedap tau mak aku masak..

kesimpulannya.. kunyah dan telan dengan perlahan, nanti takut tercekik pulak.. sekian.








Thursday, November 13, 2008

angan² bukan angau²..

"marilah berjoget, berjoget angan x sudah.. berangan tak salah, asalkan tahu bertempat.." sebahagian dari lirik lagu apa tah tajuknya aku dah lupa pulak.

aku ni makin hari makin kuat berangan. asik² berangan. berangan, berangan, berangan. tapi bukan buah berangan..

ym status aku pun aku letak word angan² je. sampai kengkawan dok pelik and dok buzz nak tau apa yg aku angankan tu. curiousity semakin membuak² nampaknya.

"berangan nak kawin ke?". satu soalan terjahan dari kawan sorang kwn yang dihantar kat ym aku. "kawin tu bukan angan²." inilah jawapan dari aku. sorang lagi tanya, "berangan nak beli keta baru ke?". aku jawab, keta bukan angan², tapi impian.." huk²..

tapi aku tetap dengan angan² aku yg satu ni.

apa dia angan² aku? hmm.. nak tau juga? nanti² la. korang akan tau juga nanti.

kesimpulannya.. berangan bukan kena bayar pun.. sekian..


tag tag tag..

aku kena tag lagi. dengan Aqish juga. ish.. kali ni bikin aku pusing.. ye lah, korang tgk la sendiri syarat² yg beliau kasik kat aku.

sila lihat t&c di bawah; (pening tak?)

1. take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2. don't change your clothes, don't fix your hair.. just take a picture.
3. post that picture with NO editing
4. post these instructions with your picture.
5. tag 10 people to do this.


inilah hasilnya amacam? tetap cumil gak kan??

syarat ke 5 aku x boleh nak ikut. sebab aku malas. .

kesimpulannya.. kalau beli baju baru, buang tag harga. kang gatal kat tengkuk tu. sekian..


menuju ke puncak alam

bagi aku, sapa yg cuma reti bawak keta automatik atau manual aje tak cukup bijak. kena pandai bawak dua² jenis gear tu. eksen la kunun tak reti bawak manual. dulu time masuk driving skool belajar manual gak kan? bawak kancil versi manual kan? tak pun bwk proton saga manual. takpun bawak datsun 120y manual. betul tak? mana de driving skool ajar guna keta auto.. kalau ada, tu menipu la tuh..

dulu aku slalu curi² bawak keta kancil kakak aku. wpun time tu aku x brapa nak pandai sgt bwk keta. tu pun aku blajar sendiri. masuk keta, masuk gear reverse. pastu lepas sikit clutch. yahoo! keta berjaya mengundur. happy sunggoh bila dpt gerakkan keta. mengundur pun jadiklah. dari situlah titik tolak aku pandai bawak keta. pastu abg ipar aku lak ajar bwk keta maju ke depan sbb aku dah pas mengundur. huk².. belajar keta kat kampung je. pastu aku dah pandai, aku besekan pulak bwk kat bandar. gi k.parade, g jusco. fuh, rasa terror je time tu.

pastu aku beli ferrari (sapa yg kenal aku, tau la aku bwk keta apa ek..?) tapi aku malas dah bawak manual. letih la. lgpun kt jln klang selalu jammed je. kang longgar pulak engsel lutut kiri aku ni. kat kedai pintu xde jual engsel lutut tau.. dah lama gak aku x bawak manual. dlm kira² 3thn la jg.

isnin smlm aku bwk keta kakak aku. tolong dia anta keta tu kat umah dia. fuh, aku duduk bertafakur kejap sebelum undurkan keta. akhirnya.. aku berjaya mengundur dan maju ke depan. yeye².. aku mmg bijak. aku blh bwk keta manual lagi. drive punya drive, kat depan tu ada la pulak lori tah brapa tayar tah. panjang je aku tgk. tengah daki bukit lak tu. jln bukit cherakah menuju ke puncak alam. adoila.. camne ni? keta dah mula tersengguk² ni. aku x tau nak guna gear apa.. 1, 2, 3 or 4? adoi.. blkg aku lak berderet² keta. aku dah mula panik. nak urut² dada tak sempat. sebab tgn kanan pegang stereng. tangan kiri nak pegang gear. pala otak dah bingung. nak potong, byk selekoh. takut x lepas. so, aku sabar je.

akhirnya aku berjaya antar keta kakak aku dgn selamatnya. tp aku pretend tak de apa² peristiwa panik yg berlaku bila kakak aku tanya pengalaman sepanjang perjalanan. tau x kenapa? sebab aku nak kontrol bijak. (penting tu..).

kesimpulannya.. selalulah kontrol bijak.. sekian.


Wednesday, November 12, 2008

angau ku..

ada sorang kawan aku sekolah dulu, muka dia mmg muka senyum. aku ingat tido pun dia senyum gak. tak mcm aku, jarang senyum. asik muncung je.

tapi kan, tghri ni aku senyum je. wpun pagi tadi aku x brapa nak sihat, diserang penyakit semulajadi. eh, jadi semula ke semula jadi pun aku x brapa nak pasti.

yang aku pasti, aku tgh tersenyum ni. hehee.. senyum simpul. asik senyum² sensorang dari tadi. nak tau kenapa tak? heheee.. aku tiba² tingat kat sorang mamat ni. kira² sambil² imbas kenangan la ni..

aku mmg suka kat dia. dari dulu aku suka. sampai sekarang aku masih suka gak. tak tau kenapa..nak kata comel, mmg la comel. nak kata encem, mmg la encem. nak kata baik, tak la brapa nak baik. lebih kurang aku je. tapi dia ni agak lucu orgnya. apa dia buat, sunggoh comel kat mata aku ni. ish..ish.., sampai ke saat aku menaip blog ni pun aku masih suka kat dia.

kenapa aku suka dia lagi ???

kesimpulannya.. jgn suka senyum sensorang. kang orang ingat kita mereng. sekian.

Tuesday, November 11, 2008

apa itu tag?

puas aku nak tau apa itu tag? tag harga ke tag nama? atau pun tig tag?

alkisahnya, aku ni dah ditag oleh member sorang ni aqish nama dia. so, aku nak mula menjawab soalan² yg diajukan olehnya.

15 things about me.

1) nama aku nonie. mak aku panggil aku nonie. anak² buah ada panggil aku umie ada panggil aku auntie. kakak aku panggil aku ayang, adik aku lagi bagus, panggil aku U je. tak kurang juga ada yg panggil aku B. sapa? (hmm.. rahsia).

2) aku masih single and available. (hehee..ada brani?). jodoh aku masih on the way kot.

3) aku ni independent. aku boleh ke mana² sensorang. soping ke, makan ke, sensorang x jadi hal untuk aku. layan je..

4) badan aku kurus. nak ayat lagi sedap, more to love! (betul tau..) huk². aku coba utk nak tambah sikit saiz ukuran badan ni, tapi blm berjaya. aku ni kuat makan tau. tp bdn x naik juga.

5) sangat memilih and cerewet. mgkn sebab tu aku ni x ramai kawan. (hmm.. meh la jadi kawan aku..)

6) keta idaman aku sampai ke saat ni ialah toyota caldina (i love u caldi!). bila tgk keta ni, hati rasa syahdu je. rasa mcm tgk remy ishak je.

7) agak garang orangnya. anak² buah semua tgk aku serupa mcm tgk cikgu disiplin kat sekolah. apa dorang buat, semua akan aku pantau. kalau dorang nakal, aku akan besarkan mata aku yg agak sepet ni sambil bebel². ada sorang anak buah aku ni, nama dia irfan. sesapa tanya dia soalan ni "irfan, nanti apa?" dia akan jawab, "nanti umi marah.".. kekekee.. lucu tak? bukan apa, aku nak didik budak² dari awal lagi.

8) romantik? hmm.. ye, aku ni romantik. camne? itu aku je yg tau.

9) suka sgt memasak. paling suka masak laksa penang. last aku belajar masak udang butter basah. yummy..

10) aku suka makan kek. aku suka cheese cake. paling aku suka, high fibre cheese dari SR.

11) aku suka henbeg. aku suka hendbeg yg ada poket kat luar. sgt comel bagi aku kalau henbeg ada 2 poket kat luar. bedey aku aritu anak buah aku belikan aku guess henbeg kaler ala² zebra.

12) aku suka kaler pink. mana² pegi mata asik tertumpu kat pink je. tgk la, blog aku pun nama pinkiss kan? itulah buktinya.

13) org kata muka aku ni masam je. muncung je. aku jarang nak senyum. tapi tak bermakna aku sombong.

14) suka sangat berangan. sekarang ni tengah berangan nak buka cafe. dari angan² la jadi kenyataan.

15) sangat menjaga kata². (insyaallah). aku paling takut sakitkan hati orang dengan kata² yang lahir dari mulut aku. sentiasa berfikir sebelum bercakap. sentiasa berfikir apa jawapan balas yg akan org kasik dgn kata² aku.

16) mudah tersentuh. aku x boleh nampak org tua @ orang susah. aku akan cepat sedih dan perasaan tu akan terbawa² sampai balik umah. rasa sedih je. kdg² smpi x lalu nak makan. asik teringat je org yg aku nampak tu. rasa kesian sangat.

17) suka tgk victoria beckham. bg aku dia tu cantik. kaya. bergaya. ada kelass tersendiri. pakej lengkap.

18) seorang pendengar yang setia. korang citer la apa je kat aku. insyaallah, aku akan dengar.

* 15 yg aqish kasik tapi aku meraban sampai 18. sbnrnya ada byk lagi nih..

kesimpulannya.. kalau nak tau lagi pasal aku, kawan la ngan aku. sekian..

bersyukurlah..

ada orang cakap aku ni kasar. aku ni garang. ye. memang aku ni garang. tapi garang aku bertempat dah relevan. ye aku memang kasar. aku ni bukan seorang yang lembut.

walaupun aku ni kasar, tapi hati aku mudah tersentuh. aku tak boleh nampak orang cacat, orang susah. paling aku cepat rasa tersentuh bila tengok orang tua mengemis.

semalam aku pegi pasar malam. pas aku beli petai 3 ikat 5 ringgit dari sorang mamat yg x berapa nak tua usia dia, aku pun jalan sambil nengok² sayur. tiba² langkah aku terhenti tatkala terlihat seorang pakcik tua sedang mengesot sambil memegang cawan plastik. meminta sedekah dari orang ramai. tiba² aku rasa tersentuh dan hiba. melihat keadaan dia yg agak comot dan kaki dia yang kudung cukup membuatkan mata aku bergenang. hiba sunggoh aku tengok dia.

aku pun berfikir. aku panjatkan kesyukuran kepada Allah. aku mampu berjalan. aku mampu bekerja. tapi dia.. ya, mungkin ada sesetengah org berlalu sambil berkata dlm hati, "alah, tu mesti ada sindiket yg hantar mengemis tu.. xyah bagi duit kat dorang. buat bazir je.." tapi, cuba anda fikirkan mgknkah dia memang org yg tak berupaya dan tak mampu. rezeki mereka hanya dgn mengemis. mereka kurang upaya. apa la pekerjaan yg mampu mereka lakukan. so, kita yang sihat ni, apa salahnya bersedekah apa yang kita mampu.

kesimpulannya.. renung²kan lah.. sekian.


aku tak takut

aku mmg suka menyanyi. tadi time aku tgh drive aku dengan lagu the reason dari hoobastank. fuh, best. aku pun pe lagi. amik hp aku jdkan mikrofon. trus menyanyi. "im not a perfect person.. as many things i wish i didn't do.." cukup sampai sini je. nak tau lirik penuh, blh dptkan kat yahoo! search. taip je "the reason lyrics by hoobastank." pastu tekan enter.

tengah² nyanyi tu aku pandang kiri. adoiyai.. ada mamat tu tgh senyum² tgk aku. mgkn dia rasa lucu kot tgk aku nyanyi dgn penuh perasaan. korang bygkanlah, aku nyanyi dgn mata siap pejam² tuh.. sorila ek. sukati aku nak buat apa. bukan aku duk dlm keta ko pun. aku nyanyi dlm ferrari aku. arrhh.. persetankan la mamat tu.

aku alih la pulak pandangan aku kat cermin pandang belakang. tup² aku nampak sorang minah ni mcm ku biasa lihat. tapi di mana? oohhh.. inilah dia kakak pendek n poyo (gelaran utk sorang kakak ni, dia santek, putih tapi pendek). aku dah lama x nampak dia. rupa²nya dah tukar keta baru. ish.. nasib baik dia bwk vios je. nasib baik dia x tukar caldi. kang kalau beli caldi, nak tekan handbrake yg kat kaki pun x sampai. kui kui kui.. aku x brapa nak suka kat dia. sebab dia ni poyo. bwk keta ngalahkan johari dlm citer impak maksima. dulu blh dikatakan setiap pagi kami akan berlumba. dia ni suka sgt bakar darah aku. suka tekan² minyak sebelah aku. aku pun pe lagi, layaaaannn..

nak tau dia bwk keta apa sblm ni? ish,.. okey² aku kasitau. dia bwk mitsubishi lancer version ciplak. warhahahaa.. tak dpt beli mitsubishi, tampal lambang kat keta pun jaaadiklah.. huhu.. pernah aku lumba kat jambatan kota klang, time aku potong dia aku nyaris² nak langgar traffic light time aku nak masuk selekoh. fuh.. sejak dari hari tu, aku insaf. aku masuk kelas belajar urut² dada. sabar noni, sabar..

sbnrnya, arini aku bwk keta pun smbil urut² dada gak. coz aku tgk dia laju je. cilok sana cilok sini. ish, malas la nak layan. kang dilayan, laju lak degupan jantung aku pepagi ni. kang naik lak darah aku pepagi ni. kang aku moody lak pepagi ni sebab kalah dgn kakak tu. skrg ni pun aku tgh dok urut² dada. sabar noni, sabar..

apa pun, aku ni mmg suka speed. makin laju, aku makin suka. tapi kenalah dgn driver yg cekap and tau bila nak tekan brake. wpun aku suka kelajuan, tapi aku takut ketinggian. bila duk kat tmpt tinggi, lutut aku akan rasa longgar je. setiap keberanian, pasti ada ketakutan. hahaa.. korang jgn ingat aku ni brani sgt ek..

kesimpulannya.. jadilah pemandu berhemah. bukan pemandu lemah. sekian..

Monday, November 10, 2008

maaf ye

atas sebab² peribadi, gambar kiko (post aku terdahulu) tak dpt aku siarkan untuk tatapan korang sebab tuan punya badan tak kasik aku approval untuk post pic dia kat blog aku.

cuma apa yg dpt aku bgtau kat sini, dia dah berjaya mengucap syahadah dan dengan rasminya telah memeluk Islam pada hari Jumaat lepas 7/11/2008 atau 9 zulkaedah 1429 selepas Solat Jumaat.

sekali lagi aku minta mahap.

Amin..

Friday, November 7, 2008

amin..

"kak, saya rasa hari ni juga saya nak pegi JAIS. saya takut saya mati sebelum sempat mengucap. saya nak mati dalam islam. semalam waktu saya tgk muka saya dalam cermin, saya cuma nampak hitam je dari dahi sampai hidung. saya takut.. " inilah kata² kiko (bukan nama sebenar).

sungguh terharu berbaur segan juga bila ada org bukan seagama dgn aku boleh berkata² mcm ni. aku yg dilahirkan sebagai seorang islam pun selalu alpa dan lalai pasal amalan or bab² berkaitan agama.

ashaduallailahaillallah.. waashaduanna muhammadarrasullullah..

kita bakal dapat sorang lagi saudara islam. insyaAllah. hari ni kiko akan dilahirkan semula sebagai seorang muslim. hari ni kiko akan pergi ke JAIS untuk mendaftarkan diri dan seterusnya memeluk agama Islam. aku tumpang gembira dgn berita ni. Amin..

insyaAllah, di post aku yg akan datang, aku akan sertakan gambar kiko untuk tatapan korang semua.

kesimpulannya.. if u can't look good, then be good.. sekian.

Thursday, November 6, 2008

biar menggaru, jgn mengaruk

tak abis2 nak mengaruk. aku perati sejak awal tahun sampai hujung tahun, mengaruk tak sudah.

bagi la pandangan or kata2 yang bernas. ni tak.. asik2 nak mengaruk. asik2 nak mengaruk. apa yg org cakap semua tak kena. semua kena banned. dia je yg nak duduk kat carta teratas. ish, tak paham aku. kdg2 aku pikir.. saja2 nak bergurau senda ke? or ada masalah lain yg aku x brp nak pastikan? mula2 aku duk diam perati je. makin lama makin mengaruk.

bila kawan2 dah prasan dengan aktiviti mengaruk yg x sudah ni, ada lah yg suarakan isi hati tak brp nak puas hati. bg sikit pendapat supaya menjaga budi bahasa. boleh buat2 x paham. boleh tompang nasihat gak tuh. ish, makin lama aku makin x paham. ish, malas dah aku nak pikir. bak kata nabil yg dah beli mitsubishi lancer kaler silver tu, "lu pikir la sendiri".

kesimpulannya.. mind our words. sekian..

tak bisa membeli

sapa kata duit boleh beli kebahagiaan? kalau betul berapa harganya?

ha, mesti xde jwpn kan..??

kalau duit menimbun mcm caldina kaler putih berdiri 2 tayar depan kat atas pun aku pasti blom tentu bahagia. buat apa kalau duit banyak tapi hidup x bahagia.
lebih baik duit x brapa nak banyak tapi hati tenang hidup senang. barulah hidup bahagia.

kesimpulannya.. jgn tanam pokok duit2 sbb dia salah satu tumbuhan parasit. sekian..

Wednesday, November 5, 2008

pe'el dan hobi bukan adik beradik

ikut hati nak je aku drive ferrari aku sambil pejam mata. ni lah pe'el terbaru aku skrg ni, bwk keta sambil pejam mata. tak tau la knp tiba2 dpt pe'el ni. smlm aku bwk keta pun pejam mata. tapi x sampai 4 saat lah. kang kalau lebih dari 4 saat, maka 4 hari 4 malam la aku akan tidur kat katil hospital.

dulu aku suka kolek stem. tapi lepas abg aku kebas 4 album stem milik aku time aku darjah 4 dulu, aku stop hobi kolek stem. dah keciwa sgt. tu yg aku stop hobi tu. pastu mcm2 la hobi aku. kolek pakwe, kolek baju, kolek kasut, kolek getah rambut & mcm2 lagi kolek2 ni. satu je hobi yg aku x brp boleh nak capai. iaitu kolek kereta. huhuu.. tapi kolek getah rambut aku stop pas aku potong rambut ala2 penyanyi cranberries. time tu nak masuk poli kat PD. malas nak berambut panjang mcm pontianak harum sundal malam.


awal taun lepas aku suka lak kumpul henbeg yg ada poket. pikir punya pikir.. arghh.. mcm doraemon lak aku ni. tak sesuai langsung. doraemon kan ke pendek gemuk. aku ni kurus. so aku stop la hobi ni. aku jual henbeg2 tu semua. bkn apa, kalau henbeg.. nak tukar dari satu beg ke satu beg dah amik masa. nak transfer brg2 tu yg leceh. kang ada je yg tetinggal. tau2 tetinggal dompet. dah jadi minah indon dari lombok kang aku ni. pastu kumpul lak kasut yg bereben depan. ha, yg ni kekal smpi sekarang. bukan apa, kasut ni senang je. sarung je kat kaki. xyah susah2 nak tukar kaki ke apa ke. mudah mcm mudah.com.my tu.


hobi aku yg paling terbaru yg setat ari jumaat minggu lepas ni ialah kumpul kemeja kaler putih. tak tau lak nape tiba2 dpt idea ni. teruja sungguh nak buat koleksen kemeja putih. hari2 aku gantung mata aku kat internet cari kot2 ada org nak jual. kepada sesapa yg ada kemeja putih yg saiz dia agak2 more to love mcm aku ni, sila la impom aku. atau kalau korang nampak kat mana2 kemeja seperti yg aku gmbrkan, pun impom aku gak.


kesimpulannya.. pe'el dan hobi tu adalah dua benda bersaudara tapi lain mak lain bapak. sekian..


Tuesday, November 4, 2008

sebelum & selepas

"nak makan apa?" itulah soalan berbaur terjahan dari kwn opis aku ni. namanya jehan tapi bukan jehan miskin yg dah ptg rambut tu. cam budak poli je aku tgk stail rambut dia. dlm citer inai mlm pengantin okey sikit coz rambut dia panjang, tapi aku still x suka sbb watak dia zahatt.

"tahlah aku pun x tau nak makan apa..". itu je jawapan yg aku kasik kat jehan. coz aku xleh nak pastikan apa yg aku nak makan. sebab aku selalu mungkir janji pada perut aku sendiri. kata nak makan bihun tapi last2 telan nasi gak. sian perut aku slalu kena tipu.

"nak makan apa kak?" suara lembut sorang minah indon tanya aku. tapi aku x pasti samada dia berasal dari lombok ke bkn.. lenkali aku tlg tanya kasik korang puas ati. "hmm.. (sambil pegang dagu) saya nak bihun tomyam." order gak wpun aku tau aku akan merana sakit perut ptg nanti.

masuk ni dah 2 kali aku gi jumpa mr tan. dah 2 kali jumpa dia tapi blm berjaya gak. aduss.. seksanya. sbnrnya sambil menaip blog ni pun perut still memulas2. sabar aje aku. malas ar aku kawan ngan tomyam lagi. menyusahkan hidup aku je. babai bihun tomyam..

sebelum (nyum nyum..)

selepas (magic tak?)

kesimpulannya.. kalau takut perut memulas, jgn cuba mkn bihun tomyam. sekian..

haru merah

maksud tajuk di atas bererti perasaan haru bercampur marah sampai muka naik merah. sebab tu jadi haru merah. atau dgn maksud lain merah padam. tapi bukan merah padam menahan malu atau apa2 sewaktu dgnnya. maksud paling tepat di sini ialah MARAH.

aku bkn dikategori pemarah. tapi ptg smlm perasaan marah tu melanda aku dgn tiba2. sebabnya jln utama kat klang dah jadi jalan sehala. so,waktu aku balik keje smlm, jalan yg bese aku ambik tu dah diubah. bukan aku x tau amik jalan lain, tapi semua jalan tu jem giler!!!! adoila.. tensen betul aku. dari jambatan klang aku masuk kat jalan pasar, pastu aku lalu kat dpn pasaraya ocean yg dah bankrap dan telah ditukar pulak kepada pasaraya bintang yg juga telah bankrap skrg ni. situ pun jam jugak. lalu pulak depan klinik koo. jem la juga. ish, kalau de duit leh juga singgah klinik tu kejap beli ubat jerawat aku yg dah lama abis tu.

pastu aku trus lagi lalu lorong tempat port pondan2 cari makan. jem juga. aku hengat, kalau ada 18.5 lorong kat area ty, semua pun full house la. ish, apa nak jadi lah dgn klang ni. sana sini jem. aku pun terus je redah jln yg jem tu. masuk lorong sana, lorong sini. aku pun dah tak tau kat mana aku time tu. keta aku takde gps lak tu. at last aku jumpa exit jalan kapar. aku terus je mendrive ferari aku membelok ke jalan batu belah dah membelok lagi ke jalan meru. fuh, akhirnya aku berjaya kembali ke pangkal jalan.

kesimpulan2nya..
1. sesapa slalu dating kat bandar klang, silalah pospon dulu dating korangs tu.
2. sabar separuh dari iman
3. berhati2 ketika memandu, ingatlah org2 yg korang rasa sayang.

sekian.

Monday, November 3, 2008

macam-macam punya cerita

tajuk pun macam-macam.. so kali ni citer aku pasal macam2 pun ada.. tak de fix satu tajuk. nak baca, baca je, takmo baca klik pangkah kat atas belah kanan tu. klik je skali trus ilang page aku nih.

ari sabtu aku gi umah kawan opis. kat klang utama. pusing2 cari umah dia tak jumpa2 gak. temperature aku pun dah melebihi temperature keta. naik menyampah gak cari2 umah orang nih. dahla semua bdk yg aku tanya semua buat mcm bodo je. semua angkat2 bahu, geleng2 kepala. nak je aku putar pala dorang tu 360 darjah. dahla dorang kasik direction mcm kaf lam ya nga nye direction. buduss.. at last jumpa gak umah tu yg letaknya kat lorong 5B. rupanya sign board 5B tu dah xde. aku pun agak2 la pas 5A of coz 5B kan? takkan truz 5F ye tak? itulah namanya penyakit gatal tangan. suka merosakkan harta benda awam.

pas gi klang utama, aku gi lak kat sek 7 shah alam. kali ni senang sikit nak jumpa umah tu. yelah, sign board dia besar lagi terang lagi bersuluh. senang je nak jumpa jalan 7/56A.
skali jalan trus sampai umah dia tuh. at least temperature keta aku lebih tinggi kali ni dari temperature aku.. duduk jap kat situ, mak aku dah kol. huih.. tensen sunggoh. bukan apa baru nak chit chat ngan member yg dah 10 thn x jumpa. mgkn silap aku gak coz aku dah janji ngan mak aku nak gi ampang ptg tu. janji ngan dia pas asar. korang paham2 je lah kan, org tua.. ish, cam x puas je jumpa kengkawan aritu. cam nak set timing hari lain la pulak. kali ni biar lama sikit. lom puas nak jd tukang mengarut. huhuu.. balik dr s.alam aku trus menuju ke ampang.

ni citer ari ahad lak. pagi aku cam bese masak tuk lunch. masak sayur campur, kacang buncis grg dgn telur, ikan kembung goreng ngan sambal belacan. fuh, berlawan2 kitorang makan. adik bradik sumer ada la katakan. berselera sunggoh kami makan bersama-sama. ptg, time nak tgk citer nona aku mula rasa mengantuk. hm.. pe lagi, zzzz la aku. ptg bgn mkn nasik tomato pulak yg mak aku bwk dari surau ada majlis apa tah. aku pun kurang pasti. pastu jln2 kat dpn umah sambil tgk2 kot ada durian yg gugur ke bumi.

mlm lak ada gi makan kat tesco setia alam. abg ipar aku belanja. pe lagi bersesak2 la kitorang dlm keta dia tuh. aku, adik aku, mak aku n anak buah aku duduk berhimpit2. malas nak ejas seater belah blkg coz ada stroller dlm tuh. kekee.. makan sizzling mushroom mee pulak.. nyum nyum. kena dgn lai chee kang panas. fuh, best. pastu time nak balik, ronda2 jap kat situ. kekeee.. aku 'terbeli' sepasang kasut kaler cekelat. nak tgk tak kasut tu? sila lihat visual di bawah. ha?? amacam? comel tak??

ni alkisah pagi ni pulak. time aku drive melewati klang parade. aku terpandang ada satu bas express kaler kuning tgh dok isi minyak kat esso. aku nampak perkataan "selalu" kat body dia tuh. besenya aku tgk word Mesra Selalu, Senyum Selalu dan mcm2 lagi la perkataan Selalu tuh. kali ni aku baca betul2, rupa2nya Naik Selalu. aku pun tersenyum sendiri. hmm.. bkn apa, aku rasa agak lucah sikit la bas ni. huhuu.. maaf ye, xde visual nak dipaparkan pasal bas ni. bkn pe, aku tgh mengemudi ferrari aku. mn blh nak snap gmbr guna henpon. kang sedar2 aku tgh pegang henpon kat atas pokok sena kat selekoh antara klang parade ngan newcity bisness centre.

citer kali ni xde kesimpulannya coz citer pasal macam2. kang ada kesimpulan 1, 2 dan seterusnya..kang tersimpul lak lidah aku. hahahaa.. sekian.