KAWAN²

Wednesday, December 31, 2008

biar betul??

beriani? aa'haa.. i tak makan beriani. sorri.. i makan nasi putih je. nasi kaler², i mmg tak boleh nak telan. im very sorry.

itulah kata² berbaur berlagak dari mulut aku. walaupun aku tak brapa nak berlagak sebenarnya. tapi bab² makan aku mmg agak memilih. ye, aku mmg memilih. nak kata aku eksen, ye aku mmg eksen. baru tau ke?? lantak korang la nak kawan ke tak ngan aku. sukati, aku tak paksa pun.

tapi arini, rekod aku telah pecah. aku telah dengan terpaksa makan beriani untuk lunch. bos aku suruh bawak staff gi makan beriani kat satu kedai kat bukit tinggi. klang terpaksalah aku pegi. ish..apa la rasa beriani agaknya eh.. kalau gi umah org kawin, nasi minyak pun aku tak makan. lagi² la nasi beriani. mmg mintak mahap. aku tak akan makan.

dah sampai kedai tu. aku pun order black pepper chicken briani. alah, takde la pulak arini black pepper chicken tuh. aku pun order chicken masalah briani. makanan pun dihidangkan. hmmm.. sedap gak rupanya nasi briani. apa la aku dari dulu xmo makan. tak leh telan lah.. apa lah.. chait! eksen..


masala chicken briani. sedap gak.. jom aku blanje nak?

skrg ni aku dah rasa mengantuk. sebab tadi aku makan abis licin. rasa mcm tak pecaya je yang aku ni makan briani arini. eh, betul ke ni? or aku still mengigau lagi? jeng.. jeng.. jeng..



mengigaukah aku??

perut aku manjang lapar. w'pun tghr smlm dah diisi dgn nasi ayam nasi penuh. petang dah lapar balik. on the way balik umah, sblm sampai simpang empat pekan meru aku kol kakak aku. kot² la dia ada kat umah. almaklumlah dia tu selalu berada di atas jalan. asik mengukur jalan je.

"hello.. ko ada kat umah ke?" cis.. apada.. aku kol umah dia lagi tanya ada kat umah tak. "dah ko kol umah and aku jawab, aku ada ler.. menyut." kikiiii.. aku mmg menyut pun.

lepas kompom kan yg umah dia ada stok nasi dah sup ayam, aku pun membelok kiri menuju ke umah kakak ku itu. borak² sambil makan. tapi makan sikit je. sebab balik karang nak makan lagi kat umah.

lepas magrib aku balik umah. cuci pasu bunga kat hall yang air dia dah membusuk. huhuu.. telah kutinggalkan bercuti 3 hari. aku suka letak bunga segar kat hall umah ku. orang kata, kalau hari² tgk bunga or cium bunga.. awet muda. tu yg aku mula amalkan sejak 2 mgu lepas. ni petua dari auntie tokey kedai bunga. jom amalkan!

pas mandi, lepak² ngan adik beradik. kakak aku dtg check in kat umah aku. mata rasa mengantuk. tapi layan dulu citer ku milikmu. pkl 10.00 tido jap sebab nak jaga pkl 10.30 nak tgk obsesi pulak. aku suka sbb ada remy ishak berlakon. pastu aku tido.

pagi tadi time aku drive, tiba² aku rasa perut aku lapar. baru aku ingat malam tadi aku rasa.. aku makan nasi. tapi aku tak ingat lauk apa aku makan, sayur apa aku makan. puas aku ingat balik, tapi tetap tak boleh ingat gak. so, pada pendapat aku, aku mengigau. bangun.. jalan gi dapur.. amik nasi.. makan.. pastu tido balik... uuawaaaa.. tidak..

tapi kan, aku dah bese camtu. pkl 2-3 pagi pun aku leh bangun makan nasi. aku takleh lapar. tak kira waktu, aku akan bangun cari makanan. ye.. aku akan cari nasi. setakat makanan ringan, aku tak layan. boleh blah. w'pun org kata tu amalan tak elok, tak baik untuk kesihatan. tapi aku persetankan tu semua. janji perut aku kenyang. aku tak boleh tido dlm keadaan lapar. tidur ku tak akan nyenyak. tidur tak nyenyak tak akan hasilkan mimpi yg indah. cewaahh.. nak indah saja. nak muntah? silakan..

dan aku masih cuba mengingati, apa aku mkn dah pkl brapa aku bangun makan mlm tadi..

kesimpulannya.. nasib baik tak mengigau setat ferrari.. masuk hiway. huhuu.. haru.. sekian..

menyut = gila aka sengal


Tuesday, December 30, 2008

aku gi bercuti..

yeaaayyy.. aku dah kembali ke tempat asal aku. negeri selangor. setelah ku tinggalkan selama 3 hari. percutian yang mmg besh. besh sebab penginapan ditaja oleh abang iparku itu. heheee.. kitorang tinggal kat ancasa port dickson. apartment yg menghadap ke laut. besshhh..

kitorang bertolak hari sabtu. dlm perjalanan ke sana, perut aku meragam. ni gara² makan sambal tauchu ikan la nih. perut memulas-mulas tak tentu hala. singgah jap gi tempat keje sal. memerut jap. fuhh.. lega.. perjalanan pun diteruskan.

day 1 *
sampai sana, singgah jap makan tomyam. tapi, hampeh. kedai jebon tu masak langsung tak sedap. kurang masam, kurang masin. hambar semata. cari parking macam hampeh. penuh giler. maklumlah super peak. ramai sunggoh org bercuti. dpt lak parking kat block a. tmpt kitorang block c. menapak ler. dgn membawa barang² yg dibawa khas dari umah.

petang gi jalan2 kat taman. mmg cantik. pastu gi laut jap. tapi aku x mandi. belum ada feel nak mandi. tgk je dorang bercanda di tepian pantai. malam nak tgk tv, tapi siaran astro sgt terhad. so, jalan² je kat kawasan sana. tak brani nak kuar bwk keta sebab nanti x dpt parking lagi. haru..

day 2 *
pagi gi bfast. dpt kupon utk 6 org. makan gila². belasah semuanya. layan bfast sampai lebih kurang 9.45 pg. pastu gi jalan kat teluk kemang. cari baju utk anak² buah ku. pastu balik bilik, rehat². masak utk mkn tghr. wpun tak boleh masak kat situ, tapi kitorang tetap masak. bawak dapur gas sendiri. buat macam kat umah je. petang gi mandi laut. ombak kuat sangat. aku dihempas oleh ombak 2 kali. ni, siku aku dah luka. sakit tul. berdarah dek aku terhempas ke pantai. huhuu.. mcm lagu lak. pas mandi laut, gi lak mandi kolam air panas. nak bersihkan sikit pasir² yang masuk kat dlm baju and seluar ni. huhuu.. penuh dgn pasir. malam, ada bday parti tuk farah. anak dara kakak aku. umur 4 tahun.

day 3 *
pagi kena buat bfast sendiri. coz giliran kupon tu utk org lain gi bfast. aku buat scramble egg. makan ngan roti. kemas² apa yang patut sebab arini nak bertolak pulang ke rumah. singgah jap kat taman. amik gambar. berposing sakan. nasib baik bateri kamera kong. kalau x, mgkn smpi ke tghr asik dok bergambar sakan. huhuu.. sblm balik, singgah jap kat teluk kemang. beli ole-ole tuk mak aku. perjalanan pulang pun disambung. singgah jap makan kat hentian seremban. layan laksa. yummy..

ni dia beberapa gambar percutian ku.:


dalam perjalanan menuju ke pd. gina, sal, aku and adik ku.


tu dia.. angkut barang² macam nak pindah trus kat sana.

pemandangan dari balkoni tingkat 8 apartment yg aku duduki itu.

kat pintu masuk spa. wajib tu pakai bunga. hik hik..

kat taman bali. sebelum balik. gi amik gambar dulu.

kesimpulannya.. best.. memang best.. otak aku dah free space sikit. sekian..

utk gambar² lain, tgk je kat flickr album tu eh.. tenkiu..

Friday, December 26, 2008

infinity tu apa huh??

boringnya.. lambat la pulak lagi nak balik. tadi bos aku kol, boleh balik pkl 4.30 katanya.. alih² dia ubah fikiran. adoyai.. tulah salah satu pe'el dia yang aku tak berapa nak berkenan. suka betul ubah fikiran. yang lain pasal dia.. okey jer. pala otak baru je process nak gi soping kat jj. nak beli menda dalaman. tgk, dah terbantut. menci arr..

aku tak brapa nak pasti kenapa aku boring giler arini. mgknkah sebab kebaya aku terlalu ketat? mgkn juga.. aalaaa... susah la nak duduk. kain ni ketat sgt. kat bhgn bontot ni teramatlah ketat. aku ni pun duduk tepaksa naikkan kain ni sikit. so, agak sexy gak la kedudukan aku skrg nih.. awww..

nak buat keje pun malas. semuanya malas. semuanya boring. tiada yang boring melainkan boring belaka.

INFINITY BORING..

sok aku nak gi holiday. nak berehat. nak kasik sikit space kat pala otak aku. selasa baru aku kembali ke dunia blogging ni.

tata.. titi.. tutu.. i lap u all.. mmuuuuaahhhhsss..


kebayaku dah ketat...

yeayyy!! arini jumaat. walaupun aku amatlah tak suka pakai baju kurung atau kebaya, tapi aku gagahi juga untuk memakainya. arini aku pakai kebaya. macam dah ketat je baju nih.. yieha!! dah ada peningkatan sikit diameter body aku nih. eheehe.. teka belah mana yang mengetat?

eh?? pesal butang ni kurang satu ek? butang yang last tak dapat partner nih.. chait!.. rupa²nya aku dah salah pasal butang daa.. sekali dah hencot la. pehall lak nih? ni musti gara² mimpi malam tadi..

malam yang pendek dengan mimpi yang pelbagai. ni senarai mimpi aku mlm tadi.
1.mimpi masuk singing contest.
2.mimpi budak yang jual steambot kt tmpat aku tapi dlm mimpi dia jual ayam panggang.
3.mimpi kena marah ngan bos aku.
4.mimpi marah staf opis

ni mimpi yang paling sweettttt.. eheeemm..ehemm.. sampai sekarang ni aku masih tersenyum tau. sakit mulut nih.
5.mimpi orang yang aku citer kan kat entry sebelum ni. aku selimutkan dia tengah tidur.

lepas mimpi no. 5 tu, aku terjaga. aduss.. apasal la terjaga lak aku nih. aku cepat² sambung tidur dengan harapan dapat la sambung mimpi tu. tapi.. hampeh! sambung lak mimpi ni.
6. mimpi mengharung banjir setinggi lutut kaki aku. apada..

sebenarnya aku ni takut sikit dengan mimpi. walaupun orang kata mimpi cuma mainan tidur, tapi ada sesetengah mimpi aku ni kadang² mmg menjadi nyata. kalau mimpi best takpe gak, ni mimpi yang langsung tak best. ish.. takmo la mimpi camtu. takmoooo..

kesimpulannya.. baca doa sebelum tidur.. sekian..


Thursday, December 25, 2008

beradu..

hari ni cuti. macam boring je rasa. pala otak rasa mcm dah bercerai berai. sebab malam tadi aku tido dari pukul 9 mlm. pagi bgn jap solat, sambung balik sampai pkl 9 pagi. fuhh.. nasib baik masih hidup lagi.

tengok sarapan.. aduss.. mak aku buat kuih ketayap. aku tak makan menda manis time pagi. lari jap gi umah abang aku kat blkg. umpan anak buah aku. kalau nak upload gmbr kat myspace, sila masak megi kari utk aku. (bukan apa, kalau nak guna internet kena dapat approval dari aku) dengan semangat dia masak tuk aku. masak jap utk mkn tghr. arini masak kangkung, sayur campur, sambal sotong, ikan cencaru goreng, cili potong kicap. yummy.. enjoy!!

ni, baru je aku upload gambar. langsai dah utang aku kat dia. tak tau nak buat apa lagi nih. nak ym, takde member lak..

mata and pala dah berat ni. ni gara2 makan megi diwaktu pagi. arrhh.. aku slalu buat silap. dah tau takleh makan megi, gatal gak nak makan. ye.. aku mmg gatall..

dahlah aku nak beradu. bukan beradu tenaga.. aaa'aaa.. bukan. aku nak beradu dalam kamar. jomm.. nak join tak?? huhuu.. (sapa nak join, angkat tangan!!)

dahlah, aku nak tido dah ni.

kesimpulannya.. boringggsss.. sekian.



Wednesday, December 24, 2008

pencinta kucing..

ni aku nak kasik award fad.
ada sesapa yang minat kucing?
sila amik award ni.
jangan malu, jangan segan.




ku dibelenggu irama..

ku masih dibelenggu masalah ketidakpastian akan sesuatu yang ku sendiri tidak pasti. apa ke bendanya aku mengaruk ni. takpelah kalau korang tak paham. janji aku paham apa yg aku tulis. janji aku paham hati aku ni. janji hati aku jujur. hati tak pernah menipu.

ye, aku ada masalah nak membuat pengakuan secara langsung. bukan melalui text message, mail berantai, bukan yahoomail mahupun malay mail (malay mail skrg dah bukan under nstp dah.. dorang dah bercerai..) tapi mengaku secara terang²an berdepan dengan seorang ni.

aku mmg suka kat dia. dari dulu sampai ke saat aku memblog entry ni. sama je sejak dulu. tak pernah surut, tak pernah kurang, cair ataupun beku. tapi makin bertambah.. walaupun aku pernah terasa hati suatu ketika dulu. tapi tu semua telah ku buang jauh ke dada langit bersama senja nan merah.

masalah aku..
1) mcmn aku nak bgtau kat dia
2) mcmn aku nak mulakan
3) bila?
4) kat mana?

ni la masalah aku tak masih membebani pala otak aku sampai sekarang. aku lebih rela takde duit dari ada masalah macam ni. ye.. ku di belenggu irama ciptaan sendiri.

p/s : kalau korang masih tak paham, atau ada pandangan mahupun cadangan, sila tinggalkan nota kat comment box tu. aku sedia menjawabnya di talian bebas tol aku. (ada ke aku talian tu?) persetankan..



pesta bulan mei

ting.. tong.. adoii.. sapa la tekan bell opis time2 nak balik nih.

tup² ada 2 minah ni dtg buat promosi. kalau promosi tuk menambah berat badan, boleh gak aku layan. yelah.. aku ni kan tak brapa nak gebuss.

dorang ada buat promosi. aku mula2 malas nak layan. sebab aku dah nak balik umah. goreng punya goreng, aku pun tergoda dengan promosi tu. promosi jemputan 10 orang untuk setiap ofis ke pusat rawatan kecantikan mayfair.

setiap kad jemputan bernilai rm29.90. walaupun dalam wallet cuma berbaki rm50 je. tolak kali bahagi campur, ada lah belen rm20.10 tuk bekalan sampai gaji. arrhh.. takpelah. ferrari pun dah ku isi minyak pagi tadi. on je lah. takde hal la. esok pagi sure mak aku bekalkan breakfast.

dengan bayaran rm29.90, aku dapat percuma;

1. NL909 Lifting Facial (jimat rm180)
- ahahaa yang ni aku nak ejas sikit bentuk muka aku. yiehaa..
2. Vibe Kinetic Therapy (jimat rm180)
- yang ni aku nak kasik anak buah aku bakar kalori dia.
3. IT Slimming Treatment (jimat rm200)
- yang ni pun nak kasik kat dia juga. nak kasik slim sikit.



paling tak boleh aku digest smpi arini, minah ni merayu kat aku supaya aku tak buat rawatan no. 2 & 3 kat atas tu. shiiaallll..!! aku tau la.. mengong!

kesimpulannya.. cantik di mata, cantik di hati. sekian..



Tuesday, December 23, 2008

kenapa nihh??.

apasal dgn aku nih? masalah kecelaruan aku masih tak selesai lagi.

ari ahad smalam, aku tertinggal wallet. time tu aku nak isi minyak kat petronas pekan umah aku. bila park keta kat stesen minyak tu aku pun raba² wallet dlm henbeg. raba punya raba, takde pulak wallet tuh. nasib baik aku tak masuk nkve lagi. kalau dah sampai damansara.. alamat mampus la aku. dahlah touch n go cuma ada rm4.30 je plus siling 40sen kat poket pintu keta. kena patah balik amik wallet tuh. adussss..

arini pulak, aku lupa bawak henpon lopekku itu. dah sampai simpang, time aku nak msg member aku, baru aku prasan yg henpon aku takde dlm henbeg. kena patah balik juga. mak aku siap tunggu kat pintu dengan senyuman dan ucapan "haiii.. henpon pula arini.." aku dengan selambanya jawab.. "banyak makan semut mak.."

apa ke halnya dengan aku nih.. apa masalah aku sbnrnya nih?

mgkn masalahku akan berakhir apabila berakhirnya minggu ni dan bermulanya minggu baru, minggu depan. yaa.. aku akan pergi BERCUTI..

kesimpulannya.. biar tinggal henpon, jangan tinggal wallet.. coz polis tak tangkap orang tak bawak henpon. sekian..



belajar mengajar..

di satu sudut di bilik tidur adik ku. kami sedang mengajar anak buah kami iaitu nadia @ baby. tahun depan nak naik darjah satu. so, dorang kasi tusyen sikit kat nadia. aku tak termasuk dalam 'kami' sebab aku tgh dok baca surat kabar pasal mawi kawin. bLuekkk.. tah kenapa, tiba² tekak aku rasa loya.

mata pelajaran : bahasa inggeris tahap 1
pengajar : cikgu gina
pelajar : nadia @ baby

kelas pun dimulakan..

cikgu : m.i.l.k. bunyi dia milk
baby : m.i.l.k.. milk
cikgu: milk apa?
baby : milk itu susu

cikgu: r.i.c.e bunyi dia rice
baby: r.i.c.e .. rice
cikgu: rice apa?
baby: rice itu nasi

cikgu: m.e.a.t. bunyi dia meat
baby: m.e.a.t.. meat
cikgu: meat apa?
meat: meat itu daging

pelajaran dihentikan untuk masa rehat selama lebih kurang 5 minit. pelajar diberi kelonggaran untuk main snap² gambar guna hp.

tempoh 5 minit telah berakhir.. pelajaran disambung kembali.

cikgu : okey, kita ulang balik pelajaran tadi.
baby : okey
cikgu : rice tu apa?
baby : rice itu nasi
cikgu : nasi itu apa?
baby : nasi itu rice
cikgu : nasi itu apa?
baby : nasi goreng..

cikgu : adoi.. baru ajar lima minit lepas. takkan dah tak hengatt...
(ni lah, cikgu kat sekolah baby asik tau bergosip je, tak tau ajar betul²..)

dan kelas tusyen pun ditamatkan dengan lebih awal. sebab tiba² cikgu gina diserang penyakit darah tinggi.

kesimpulannya.. bukan mudah nak jadi pendidik.. sekian

Monday, December 22, 2008

iiissshhhh..

apa kena dengan aku arini?

aku rasa aku happy..
tapi tak tau kenapa aku happy..
dan sebab apa aku happy..

aku rasa macam aku sedih..
tapi sedih sebab apa?
itu pun aku tak tau..

kenapa niHH??



merry go around..

hidup dlm dalam dunia ni byk hukum. hukum mati, hukum alam, hukum gantung sampai mati, hukum penjara seumur hidup dan macam² lagi hukum hakam.

tapi mcmna hukum karma ek.. sapa yang nak jatuhkan hukuman pulak??

kalau kita sakitkan hati orang, mainkan perasaan orang.. bukan orang tu yang akan balas balik kat kita. mungkin org lain. kita tak perasan, atau mungkin buat² tak perasan bila kita sakitkan hati orang. tapi, ingatlah.. satu hari kita akan dapat balasannya.

bila kita terima hukuman tu kat kita, bawak² berfikir.. kenapa benda ni jadi kat kita. jangan lupa tgk dalam diri.. apa yang kita dah lakukan. apa yang kita dah buat kat orang. dari situ, baru kita tau apa salah kita. kenapa kita dapat balasan tu semua. kita kena sedar tu semua.

so, sentiasa beringat. jaga hati orang lain. jaga perasaan orang lain.

what goes around comes around..
what goes up must come down..

kesimpulannya.. sendiri mau ingat.. sekian..



Sunday, December 21, 2008

basikal..

dulu aku suka jogging. ada masa terluang, gi jogging. tapi lelama rasa macam tak berapa nak larat. cepat letih, cepat semput. mgkn sebab dah makin tua kot. huhuu.. arrgghh.. mana ada aku dah tua. aku masih muda lagi. tapi tak remaja.

dulu aku join yoga. ada la dalam 1 1/2 tahun gak join. tapi sejak yoga diharamkan, aku stop beryoga. stop exercise. tak tau nak buat apa. rasa macam nak masuk dancing class. tapi mls coz class dia ada malam je. aku mmg tak bese nak kuar malam. nanti kena embun. nanti badan lemau.

ahahaa.. aku naik basikal ari sabtu hujung mgu semalam. sbnrnya dah lama aku berbasikal ni. cuma dah lama tak dipraktikkan. hold kejap aritu. sebab aritu aku join yoga, so aktiviti berbasikal ni aku kiv dulu. aku kayuh beskal naik turun bukit kat area umah aku. baik untuk kesihatan dan keseksian kaki. hehee.. betul.. aku tak tipu. tgk kaki aku, sexy tau. (kaki je lah..)


bersedia sebelum memulakan kayuhan sejauh tak kurang dari 2km.. huhuu.. bukan apa, kang kalau amik route jauh, separuh jalan aku dah putus asa. cam nak pikul je basikal tu bawak balik umah. dah tak larat nak kayuh.

kayuhan telah dimulakan. sedang menuruni bukit depan umah aku. adoi.. seat basikal ni walaupun baru ditukar, tapi tak brapa nak selesa. tak empuk. bontot aku sakit. dan sampai sekarang ni bontot aku masih sakit. haaaa??? bontootttt??? (aku nak nyatakan bahawa aku bukan nak melucah di sini..)

kesimpulannya.. mari exercise! sekian..



Friday, December 19, 2008

mari mengarat bersama aku..

i love u.. itu maksudnya saya cintakan awak. tapi, jangan la perasan kalau org ckp i love u kat kita. tu maknanya dia sayang kita, suka kita atau gembira bersama kita. tak semestinya dia cintakan kita. perasan lebih...

pagi tadi aku dengar fly.fm. topik pasal i love u. pastu dorang pasang la carta lagu² cinta. cewahh.. apa lagi, mengarat la aku pepagi. lagi² bila dorang pasang lagu all my life dari kc & jojo. aku lagilah karat kuasa dua. aku mmg suka dengar lagu tu dari dulu. bagi aku lagu tu sweet sangat.. (ni tengah tongkat dagu dengan dua telapak tangan..)

antara lagu² karat yang aku suka. (aku ni agak karat jugak ek..??)

1) all my life
2) l.o.v.e.
3) fall for you
4) from this moment
5) wont go home without you
6) without you
7) ayat-ayat cinta

kesimpulannya.. biar jiwang karat, jangan hati karat. sekian..

Thursday, December 18, 2008

grammy award..

yieehaaaa..!! (ni sambil goyang inul)

arini aku dapat award dari aqish.



tenkiu kepada dia yang sudi menganugerahkan award ni kat aku. w/pun tak dapat lalu kat red karpet pun tak pe. karpet ni lagi best.. pink carpet gitu..

kesimpulannya.. happy sgt..tak terucap dgn kata².. sekian..


Wednesday, December 17, 2008

yeyeee..

yeayyy!!! mulai dari saat ni, malam ni..
umah aku dah ada streamyx.
tak kira la korang nak kata aku jakun ke..
nak kata aku ni poyo ke..
yang penting aku tak poyo.
aku cuma nak kongsi kegembiraan aku arini dengan korang semua.
sebab.. aku dah ada internet kat umah..

YahoO!!


fuhhh.. lega..

aku baru dapat berita yg agak melegakan hati. agak menurunkan tahap kebimbangan dan kerisauan dlm diri aku yg sedang membuak² ni.

sms dari pomen aku berbunyi camni. "awak kena beli batteri ler.." walaupun pendek tapi ia agak melegakan.

aku pun trus kol dia.. "remy.. ni noni ni. ko dgr tak??". remy tak berapa nak dengar. aku ulang lagi.. "noni, ni remy lah.." chait!! aku dah silap nama pulak. tulah, gabra tak tentu pasal. mcm ni lah jadinya. nama sendiri pun dah lupa. kikiikiii.. (aku tak gabra sbnrnya).

ferrari aku cuma mengalami masalah teknikal di bahagian batteri. dulu aku beli batteri kering. tulah, malas nak isi air batteri punya pasal. senang konon. takyah jaga konon. takyah susah² nak topup air konon. at last, tak brapa nak tahan lama. aku pun suruh dia tukarkan dengan batteri yang kena isi ngan air tu.

so, lepas ni aku tak boleh nak malas² lagi. kena rajin check air batteri. tulah, pemalas sangat . padan muka aku sendiri. huaaaarrggghhh..

kesimpulannya.. jangan jadi pemalas. sekian.


arrgghh.. tension..

pepagi ni aku dah tension. bukan tension yang aku cipta sendiri. tapi tension sebab ferrari aku meragam. time aku cucuk kunci and cuba pulas, takde apa² feedback dari bahagian enjin. bunyi semacam je. treett.. treett..

aarrrhhh.. jangan la timing belt aku putus. mampos!! kena guna duit lagi. harap² cuma masalah teknikal yg kecik je. or batteri dah king kong. aku xde duit nak bayar servis mahal² nih. adoii.. baru hengat nak soping hanbag. (tak sedar diri lagi tuh..)

dahla arini aku kena keje kat opis kl. adooii.. terpaksa la tebalkan muka pinjam ferrari anak buah aku. aku tak suka bawak keta org lain. aku nak ferrari aku. keta orang lain tak besh.. takde chemistry org kata. huhuu..

kengkawan.. aku tengah sedih ni..



Monday, December 15, 2008

aku tak kira..

ni ha, aku nak tunjuk (bukan menunjuk ek..).
masakan aku weekend smlm.
aku ni kalau kat umah.. mmg gila ke dapur.
abis satu peti ais karang aku masak sumer.
heheee.. aku tak kira.. aku nak tunjuk gak..


udang masak ngan tomato.

sayur campur kegemaran aku.

sup a.b.c.

sambal sardin + bunga kantan

kesimpulannya.. aku nak buka restoran. sekian..

apa kes??

apa kena dengan aku ni?
hati rasa tak tenteram je.
malam aku mengigau.
siang aku sasau..

sapa n apa yang aku gilakan ni?(garu² dagu..)
nak kata a, bukan..
nak kata b, pun bukan..
nak kata c, lagi la bukan..
ish.. semua serba tak kena..

adik aku kata aku dah gila.. (dia pun gila jugak)
aku tak gila..
aku masih waras
aku masih siuman
aku masih sedar diri..

adoi.. tolong la aku..
aku tak tau apa kena dengan aku ni..

kesimpulannya.. tolong..tolong..tolong.. sekian..


kena tag lagikk??

Hmmm.... aku kena tag dengan wai. Untung soklan ni aku pernah jawab dulu time kena tag dgn aqish. so aku potong tampal je. yeayyy!!


1. Sesiapa yang kena tag, 10 sesuatu berkenaan orang yang men'tag' dia.
(tentang wai
) p/s: tak banyak tau pasal dia ni. so, letak 4 je la.

  1. Nama dia wai
  2. baru je kenal kat blogspot ni.
  3. Happy-go-lucky (kot..)
  4. tak banyak tau pasal dia ..
2. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya.

1) nama aku nonie. mak aku panggil aku nonie. anak² buah ada panggil aku umie kakak aku panggil aku ayang, adik aku lagi bagus, panggil aku U je. tak kurang juga ada yg panggil aku dalink. sapa? (hmm.. rahsia).

2) aku masih single and available. (hehee..ada brani?). jodoh aku masih on the way..

3) aku ni independent. aku boleh ke mana² sensorang. soping ke, makan ke, sensorang x jadi hal untuk aku.

4) badan aku kurus. nak ayat lagi sedap, more to love!

5) sangat memilih and cerewet. mgkn sebab tu aku ni x ramai kawan. (hmm.. meh la jadi kawan aku..)

6) keta idaman aku sampai ke saat ni ialah toyota caldina (i love u caldi!).

7) agak garang orangnya. anak² buah semua tgk aku serupa mcm tgk cikgu disiplin kat sekolah.

8) romantik? hmm.. ye, aku ni romantik. camne? itu aku je yg tau.

9) suka memasak.

10) seorang pendengar yang setia. korang citer la apa je kat aku. insyaallah, aku akan dengar.

At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.


sori ek wai.. aku malas nak tag org.

kesimpulannya.. kenali diri anda.. sekian..



Friday, December 12, 2008

edisi dialog..

bertempat di dapur basah rumah aku pagi semalam. watak² yang terlibat adalah mak aku, aku, myna (adik) dan gina (anak sedara). perbualan adalah seperti berikut;

gina : mak, parent ijan datang bulan 3 thn depan.
mak: oh, ye ke.
gina : yelah, nanti mak asik tanya je bila.
aku : (diam)
mak:noni, ko camne?
aku : mak cari je la tuk aku sorang suami
mak: la.. mak pulak..
myna : (senyum je..)
mak: mak doa kat tuhan, biar anak² mak semua dah kawin.. baru ambik nyawa mak.
aku : (sedih..)
gina: tie.. (panggilan tuk aku).. nak tak wak dol? (kawan dia)
aku : taknak lah.. wak dol pendek (dahla pendek, tak hensem lak tu..)
gina: kalau gina cari, sure cari yg kaya² tuk tie..
aku : (senyum je..dalam hati happy)
mak: jangan sampai gina ngan myna langkah bendul pulak..
aku : biar lah mak, aku leh charge dorang baikkk punya langkah bendul (hahahaaa..!!)
gina: ala tie, nanti i tolong u buat wedding yg grand² tu.. nak tak?
myna: (berkerut je..takut la tu aku charge dia lebih²)
aku : (berkata dlm hati..nak buat wedding yg grand².., dgn sapa aku nak kawin pun tak tau lagi.)

dan sampai sekarang ni.. aku masih pikir. (tgh gosok² dagu sambil dahi berkerut). sapa la jadi teman sebantal aku nanti.. tolong cari calon tuk aku boleh??

kesimpulannya.. semalam aku beli 2 biji bantal kat jusco. sekian..


shopping? sikit² je..

smlm cuti. tapi mcm tak berapa nak sihat badan aku. perut macam tegang. kaki macam krem. arrghh.. aku nak kena senggugut. sebelum aku sakit meroyan, baik aku telan pil pembunuh sakit. yeayyy.. sakit tu reverse balik. tak jadi serang aku. ahaaa.. jom shopping!

pas masak, pas makan tghr, aku bersiap nak keluar. ha, nak kasi tau sikit apa aku masak. aku masak pucuk paku dgn betik, sayur meranti, perut lembu macak tocu and ayam goreng. fuh.. best sungg0h makan lauk kampung. sedaapppp!

ajak mak aku gi sacc mall shah alam. nak beli kain nak jahit baju kurung. almaklumlah, raya aritu aku tak beli baju baru. sepasang bos aku beli, sepasang kawan kasik, sepasang lagi sampai sekarang tak siap² lagi tailor tu jahit baju aku.


pilihan kain yang sgt meneningkan kepala.

cantik.. tapi maheiii.. coba pun jadiklah.

yeayy! dpt gak beli sepasang baju.

pastu gi terjah lak jusco bukit raja. window shopping kat situ lak. saja² je.


ahaa.. jom makan eskrimm..

tengok.. best kan??. yummmyyy...

hmm.. at last, aku tak gi pun kedai pokok balak, kedai teka?, kedai semangat pasukan. tak beli pun kasut, tak beli pun baju, tak beli pun rim sukan ferrari.

kesimpulannya..berbelanjalah mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu (boleh pecaya ke?) sekian..


Wednesday, December 10, 2008

Yahoo!

arini aku dapat duit.
ada orang kasik aku duit.
duit rebate roadtax keta.
dia takmo, dia kasik kat aku.

nak buat apa dgn duit ni?
beli kasut?
beli baju?
beli jam?
beli henbeg?
beli rim sukan ferrari aku?

ohh.. baru aku teringat (tiba² teringat konon..)
aku dah lama tak gi kedai buah mangga.
aku dah lama tak gi kedai teka?.
aku dah lama tak gi kedai semangat pasukan.

simpan atau shopping??

kesimpulannya.. gunalah $$ anda dengan waras.. sekian.


aku dan sup..


ahahaaa.. malam tadi aku berjaya memasak sup tulang. sedap la juga rasanya.. tak pecaya?? tgk la kat bawah ni ha. walaupun tak berapa nak lembut, tapi kejayaan berpihak kat aku.

nak tau kenapa tak lembut daging tu? ahaa.. sebabnya.. aku tak sabar dah nak membelasah sup tu. liat pun liat lah.. janji boleh kunyah n selamat dalam perut aku. hahaa..

tarraa.. tengok tu.. masih berasap lagik sup aku. makan dgn sambal kicap perah limau. sedapp..

kesimpulannya.. aku mmg suka makan sup. sekian..

Tuesday, December 9, 2008

yeayyy!! dpt freegift..

aku bukan la pencinta katak ijau. tapi aku mmg pencinta sayur²an hijau..

arini aku dapat botol air percuma dari HP. aduss.. comel tul rupa dia. aku order toner tuk opis aku. dapat freegift, aku la yang rembat. huk². esok boleh la aku bawak bekal air sirap selasih.


lihat saja gambar katak tu sedang berposing. kiut tak?? tgk, packing dia pun teramatlah kemas lagi cumil.. aku mmg suka dgn benda² atau packing yang kiut miut nih.. ni sambil buat keje pun asik tertoleh² belakang je. sebab botol ni aku letak kat meja belakang aku. ish.. ish.. i likeee it so much.. much.. much.. muah! muah!

kesimpulannya.. amalan meminum air suam baik utk kesihatan. sekian..


ceritera cuti aku..

malas ar nak buat banyak entry.. lebih baik aku ringkaskan jadi satu entry dengan macam² cerita. ala.. macam astro tu. macam² ada. tapi, cerita aku tak lah diulang² seminggu 3-4 kali cerita yang sama. ni alkisah cuti aku minggu lepas ni.

ni anak² buah aku. kalau dapat basikal.. mmg heaven bg dorang. dorang ni jarang jumpa tanah yang terbentang luas. rumah pun duduk dalam pagar. nak buat u-turn basikal pun ala² tak lepas. apa lagi nak buat u-turn ferrari. mmg la.. kantoi. yang besar tu pulak dia punya marshall petang tu. ni anak buah aku yang sulong. lebih besar saiz dia dari aku. dia tu nak turunkan berat badan dia katanya. belum cukup slim kata dia. dia nak kempiskan perut dia yang ada spare tyre subaru impreza. aku? aku biasalah.. merangkap photographer macam biasa.

yang ni barulah aku.. heheee.. teka?? apa kena mengenanya aku bergambar kat dalam rimbunan semak tu? cubalah teka? kalau bijak, aku belanja makan steambot kat johnny's. adoii.. sedapnya.. dah meleleh air liur ni. sebenarnya aku jadi ascot anak² buah aku berbasikal. aku naik motor ngan adik aku. rempit punya rempit, aku nampak la pucuk paku yang tersangatlah muda. ish.. goreng pedas pon sodap. sesapa kata aku ni tak senonoh ke, pengotor ke..hape ke.. lantak korang la. perut aku sendiri. aku ni orang kampung. takyah malu² nak mengaku orang kampung. dulu time aku kecik² selalu gak aku gi sini. cari pucuk paku gak. tapi time tu aku rasa malu. tiap kali ada orang lalu, aku akan menyorok kat semak. tapi, skrg ni tak malu pun. buat apa nak malu. bukannya aku bogel tepi jalan pun. tgk tu, siap berposing lagi kat pokok pucuk paku. cool..miang gak kaki aku lepas tu. gatal² pun ada. alah.. macam la tak biasa bab gatal² ni. taknak gatal, duk dalam rumah diam².


ni pulak sekitar majlis ulangtahun mak aku yang ke (ish.. brp ek??) mak... brapa umur mak ek? dorang tanya ni.. ish.. maaf la ye. aku pun tak brapa nak pasti brapa umur mak aku sebenarnya. takpe.. yang penting, mak aku sihat. sbnrnya kitorg buat majlis ni lambat dari tarikh yang sebenar. yelah, nak tunggu adik bradik semua dtg berkumpul. makanan ditaja oleh kakak ipar aku. kek tu.. cukup yummy.. chocolate cheese dari secret recipe'. choco bites, anggur, roller coaster, mamee dan roti boy. ahahaaa.. aku mmg suka bab² makan ni. aku yang kurus ni pun berjaya belasah 3 roti boy tu. hebat tak aku?

apa pun.. aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua kengkawan. sori ek, takde gambar lembu kat post ni. sebab semalam ujan dari pagi sampai petang. aku xleh nak kuar rumah tgk lembu disembelih.

kesimpulannya.. cuti bersama family mmg heaven.. sekian..

Friday, December 5, 2008

kena lagi..

kena tag lagi. kali ni keta tag dgn datin. hmm.. jawab gak sebab baru kenal dgn dia. lagipun sebab utamanya adalah.. nama dia ada DATIN..

1. What is the relationship of you and him/her?
-my best fren

2. Your 5 impressions towards him/her.
a - cute
b - loving
c - protective
d - humour
e - cool

3. The most memorable things he/she had done for you.
-feed me j&co donut

4. The most memorable things he/she have said to you?
-too many..

5. If he/she become your lover, you will..
-love him as much as i can..

6. If he/she become your enemy, you will..
-never see him again..

7. If he/she become your lover, he has to improve on his/her..
-trust towards me..

8. If he/she become your enemy, the reason is..
-secret..

9. The most desirable thing to do on him/her is?
-to tell him "thanks for being my shoulder."

10. The overall impression of him/her is..
-loving...

11. How do you think the people around you will feel about you?
-cute..humour.. hahahahaha..my wish..

12. The character of you for yourself is?
-perfectionist

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
-impatient

14. The most ideal person that you wanne be is
-gorgeous+intelligent+rich

15. For the people who likes you, say something about them?
-thanks for being my buddies..

16. 10 people to tag? (so sorry, i feel like to tag these 4 people only)
a - aqish
b - bell
c - rizafembi
d - elle

17. Who is no. 2 having relationship with?
-spouse lorr..

18. Is no. 6 a male or female?
-male, perhaps

19. If no. 3 and no. 5 were together, would it be a good thing?
-spouse lor..

20. How about no. 5 and no 6?
-nope..

21. What is no. 1 studying about?
-no idea..

22. Is no. 4 single?
-single but not available..

23. Say something about no. 3.
-nothing to say..

kesimpulannya.. peluh² gak woo nak jawab tag nih.. brain exercise..sekian.


bila akan berakhir???

aku rasa sapa duduk area klang, port klang, or mana² yang kawasan liputan tau dengan keadaan sesak kat klang skrg nih. tah apa benda la yang dorang dok tengah korek gali tu. aku pun tak berapa nak pasti..

aku benci kesesakan lalulintas. (sbnrnya takde sapa pun yang suka.. ye tak??) untuk perjalanan sejauh 3 kilometer je, pagi tadi aku ambik masa selama 30 minit. what the hell is goin on here!!!! sabar noni, sabar..

aku ingat mgu ni nak kena gi urut kaki belah kanan. lenguh betul kaki ni. hari² sesak. hari² jammed. rasa mcm nak naik helikopter je gi keje. tapi tak tau nak park heli tu kat mana pula..


ni dia visual sempat aku amik sekitar jam 11.30 pagi tadi.

kesimpulannya.. kalau taknak terperangkap dalam jammed, duk umah diam². sekian..

hepi beday mak...

harini beday mak aku. heppi beday to you.. heppi beday to you.. eh! mak aku tak suka nyanyi lagu omputih. kena nyanyi dlm bahasa melayu. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu..

aku dah belikan dia hadiah sejak mgu lepas. belikan dia sandal. mak aku senang je. takyah yang mahal² or branded. janji kasut tu ringan dipakai. senang je kan??

sepatutnya arini aku bangun pagi masak sarapan untuk dia. tapi dah tebalik. mak aku bungkuskan puding sagu n keladi rebus dengan gula merah. (sebenarnya.. mmg hari² pun mak aku bungkus tuk aku.. hahahaa!!) mak aku mmg rajin bungkus sarapan untuk anak² dia.

esok malam baru nak buat small party tuk mak aku. kitorang adik beradik akan gather² bersama sambut beday untuk mak kitorang yg tersayang.

kesimpulannya.. beday aku aritu jatuh time puasa. huhuu.. sekian.

Thursday, December 4, 2008

sesungut...

aku tau ada orang tak suka aku letak gmbr makanan kat blog aku. arrggghhh.. sukati aku nak letak gmbr apa. aku punya blog. aku punya suke.. aku tak kira, aku nak letak gak gambar makanan..

kepada sesapa yg belum makan tu, sila² amik berkat dari visual ni. mana la tau takde idea nak makan apa... so, dpt la idea dari lepas gmbr ni. heheee..

menu lunch aku harini. best woo.. aku mmg enjoy makan.

bunga kobis, baby kailan, sotong sambal dan ayam masak kicap manis.

kesimpulannya.. jangan makan disulami dgn minum air.. sekian..

paww paling besar..

tawil suka paw aku. dia slalu minta aku 30sen kat basten klang time balik skool utk beli rokok sebatang. tawil bukan orang miskin. tapi dia taklah kaya sgt. dia ugut nak bgtau kat semua orang aku ni ada halkum kalau xnak bagi dia 30sen.

dulu aku duduk asrama. tiap kali nak pegi skool, aku kena lalu kat asrama budak lelaki. satu hari time aku lalu nak pegi skool, aku terdengar suara² sumbing memanggil.. halkum.. halkum.. ni mesti tawil punya keje. aku ingat bila aku bayar dia 30sen kat basten aritu, kes dah tutup. rupanya tidak. babi ko tawil!!

aritu aku jumpa tawil kat steambot. dia tanya aku dah kawin ke belum. aku dengan pantasnya menjawab.. "pesal?? ko nak kawin dgn aku ke?? mintak mahap banyak².. dulu ko beli rokok pun pakai duit aku.." jawapan menghina paling kelass dari aku.

.........................

aku tak suka paww orang. tak main la paww² ni. apa kelass nak paww orang. ada duit sendiri, beli la sendiri. tapi kan.. aku paww mak aku satu je, beli ferrari aku tuh. hahhaaa.. paww paling besar.

kesimpulannya.. ahmad tu cuma driver je. korang ingat ahmad tu tokey pau ke? sekian..

Wednesday, December 3, 2008

menuju puncak..

harini tak kije. malam tadi tidur tak brapa nak nyenyak. tak sabar nak gi konvo adik aku kat uitm s.alam. bukan apa, arini rasa cam nak bergaya sikit. tak taula apa yg sampuk aku, tiba² je rasa nak pakai santek². (santek ke??) itulah masalahnya.. adik aku pukul 6.50 pagi dah berangkat bawak mak ayah aku.

baru je aritu rasanya antar adik aku daftar masuk semester satu. tau² je dah abis 3 tahun. cepat betul masa berjalan. siap², pastu gi port klang amik kakak aku dan anak² dia. on the way gi sana, bontot ferrari aku kena sondol time belok kat depan Digi (hantu gemuk kuning.. i follow.. i follow.. tak hingin aku nak follow ko hantu gemuk).. adoi.. hmm.. tak jadi la aku nak gi konvo. keta dah kena langgar. aku pun kuar tgk bontot ferrari aku. aku pikir mesti kemek teruk sebab bunyi dentuman yg amat kuat. tapi, alhamdulillah takde apa² yg kemek or calar. mamat tu pun sambil cuak tanya "camne?". aku ckp "takpe.. takde apa².." tengok, aku x marah walapun mamat tu tak berapa nak hensem. kurus cam aku gak. tapi aku slim. more to love!

ramai betul manusia kat sana. adoi.. aku dahla allergic kat tmpt ramai² orang nih. rimas sunggoh. tapi, adik aku punya pasal aku buangkan sikap tak brapa nak baik aku tuh. aku urut² dada banyak kali. sabar noni, sabar. walaupun aku rimas ada sorang bdk kecik makan burger sampai comot satu muka duk sblh aku. sabar noni, sabar.

"hensem ko arini".. tegur aku kat sorang mamat yang aku kenali ni. dia ni caterer tuk majlis konvo tahun ni. "hmm.. nak gi majlis camni, kena lah pakai hensem².. lgpun bukan selalu muka aku hensem, kadang² je." jawab dia dgn idung kembang kempis. (idung dia mmg kembang pun) "nasib baik ko jawab kadang²". kata² zass dari aku tepat kat batang idung dia. walaupun idung dia kembang, tapi dia ada Caldina tau...

perut dah lapar. pagi tadi mkn kuih seketul je. tu pun aku telan mata nak terbeliak and terkeluar anak tekak aku. pahit betul kuih ni. baru aku ingat, tangan aku tadi kena pewangi glade keta aku yg tumpah. patutla pahit mcm hempedu (walaupun aku tak pernah rasa hempedu). ini andaian yg aku buat sendiri. pahit rupanya rasa glade ni. ingat manis² buah ala²mcm air sirap buatan aqish kat umah mira aritu. mintak mahap ye datin.

letih la pulak bercerita. mari kita lihat gambar² sekitar majlis konvo ni. walaupun panas, sesak, rimas dan segala macam rasa yang tak brapa nak enak. aku still boleh berposing lagi. aku mmg suka sgt amik gambar. ni penyakit berjangkit dari kawan aku sorang tuh. (mintak mahap sekali lagi). sila tgk gmbr² ni.


dlm bas menuju ke dewan. keta kena park kat padang kawad. rasanya dah 1460 hari aku tak naik bas. best woo..jakun sikit time nih. lagi² nashriq. first time dalam hidup dia naik bas.

kat gerai bunga bersama alissa jasmine. bunga² kat sini mmg marveles. tapi mahei gilerz.

ingat nak terjun dlm kolam ni, tapi mengenangkan aku tak reti berenang.. aku lupakan niat murni aku tuh.

ni dia adik aku Myna. dia dapat Bachelor of Art n Design(hons.) Fashion Design. nanti leh design gaun perantin aku cumil². yeayyy!! dia nampak lebih tinggi dari aku. sbnrnya dia pakai heel 3.5 inci (kalau x silap aku).

ni gambar family bersama mak, ayah, kakak aku dan anak² dia. sian ayah aku, tu pegang perut sebab dah letih dan lapar.

lepas amik gambar family kat booth yang disediakan, aku bersama family pun balik. walaupun letih, tapi kami gembira dapat meraikan konvo ni bersama². tahniah buat adik aku. i love u so much!

gambar² lain ---->klik sini

kesimpulannya.. tingat pulak time konvo kat politeknik port dickson dulu. ish, sentimental la pulak.. sekian.

Monday, December 1, 2008

parti periuk bersama ketawa tak sudah..

apa ke benda la tajuk aku harini. aku menaip tajuk tu time aku masih di luar sedar. bukan apa. harini happy teramat sangat. sampai mcm nak gila meroyan lak aku dibuatnya. parti yg aku anjurkan dah berjaya dengan jayanya, parti periuk berjaya.

sedari pagi aku punya la semangat nak memasak. siapkan bahan² utk msk sayur campur. potong ayam, perap ngan rempah tandoori. remind mak aku buat rempah utk tempe goreng permintaan dari sorang kawan yg tgh pegang title mak buyung. aku ni tah bila nak dpt title tuh.

bersiap² ala kadar. sebab baju dah siap awal² sejak 4 1/2 hari yang lepas. letak mekap nipis je. kalau pakai tebal² pun tak guna gak. bukan leh tukar jadi cameron diaz pun. tepat jam 2.01 ptg, aku stat la ferrari aku menuju ke sek 7, shah alam. tmpt akan berlangsungnya parti periuk berjaya!


ni time melangkah kat pagar umah mira. melangkah dengan bangganya bersama periuk berjaya aku (dlm beg merah tuh..)

ni dia isi kandungan periuk aku. sayur campur resipi aku sendiri, tempe goreng rempah resipi mak aku dan ayam goreng pujaan hati aku iaitu ayam goreng tandoori payat. hmm.. laparr..

time menunggu kawan² lain yg belum sampai. baca magazine jap sambil memujuk perut yg tengah menyanyi kelaparan. sabar perut, sabar.. paksa diri untuk senyum.

bergaya sebentar sewaktu makan. alahmak.. cam bnyk je pinggan mangkuk kotor kat depan aku tuh..

lepas makan. edisi 'menapaw' sambil berposing. muka pun dah berminyak dek kerana letih memulun makanan.

posing sebelum balik. dari kiri eda, aqish, aku, nurul and miera.

punya la syok makan, minum, ketawa.. makan, minum, ketawa. itu je la yang berlaku sepanjang parti ni. naik tegang dah perut aku. apa pun, mmg happy dapat gather² ngan kengkawan lama.

nak tgk gmbr² lain?? sila klik ----> photos

kesimpulannya.. punyalah happy sampai naik meroyan, rupa²nya aku lupa nak pasang rotax ferrari aku yang dah expired sejak ari jumaat. huk². sekian..

Friday, November 28, 2008

bontot pompuan berkulit cerah..

agak lucah sikit tajuk aku kali ni. tapi aku bukan berniat nak melucah. (sbnrnya.. mmg niat tu ada.. cuma bukan kat sini tempatnya..)

aku cukup menyampah kalau orang suka menunjuk². tak kiralah dengan apa cara sekalipun. tersirat mahupun tersurat. tapi yang aku nampak tadi secara tersurat. ada la sorang kaf lam ya nga ni (kena eja dlm jawi takut² ada yg terasa nanti). taulah dia bawak keta santekk. kejap² parking sana. kejap² parking sini. walhal cuma nak beli kueh wade 3 ketul rm1 je kat gerai tepi tuh. menyampah tul aku tgk. ish.. menci..

ni la bahan yg digunakan untuk menunjuk tuh.. tengok jangan tak tengok.. (patut tak dia menunjuk² sebenarnya??)


satu lagi aku tak suka org suka buat² pandai. padahal bodo. dulu ada sorang ni dok gaduh ngan aku. ada ke dia kata keta audi tu merc olimpic. yelah, lambang audi tu kan mcm logo olympic kata dia. ni bukan buat² pandai, tapi ni lah yg aku namakan bodo macam ikan sepat ronggeng.

kesimpulannya.. aku bawak ferrari, tapi aku tak menunjuk².. sekian..

errmm.. takpe²..

dulu aku bawak keta tanpa lesen. beli keta pun pakai lesen buatan copy paste je. approved gak loan. tapi sekarang aku dah ada lesen. lesen kapal terbang je tak pas² tak smpi skrg. sebab tak pernah belajar pun. huk².. tapi aku tak pernah buli orang kat jlnraya. aku hanya akan buli kalau orang memandu dengan kelajuan 40.04km/j dkt lane kanan. mmg aku akan trus hambat dan merapatkan muncung ferrari aku kat buntut dorang. kalau nak slow bwk la keta kat laman rumah. bodo..

aku pernah kena langgar. sorang bdk pompuan tu reverse dan rempuh keta aku. habis pecah bumper ferrari aku. aku pun trus hangin satu badan. aku maki hamun dia habis²an. cakap dia buta, pekak dsb. dia cuma buat muka bodo aka toya. aku trus minta dia 4 rat. dia kata xde duit. aku ikut dia balik umah dia kat area setinggan kat puchong. abg dia mcm sial. lagi nak cari pasal ngan aku. aku pun kencing dia aku ni loyer. jgn smpi aku antar surat saman kat dia. dia pun kasik aku 4 rat. aku pun blah. (takut gak sebenarnya..)

sekali lagi aku kena langgar. kali ni bumper blkg. time tu aku kat t.light turun bukit kat area bukit raja. tiba² aku dgr bunyi berdentum kat blkg aku. sekali lagi aku naik hangin. aku pun trus keluar tgk keta aku. nasib baik takde pape. tup² sorang mamat hensem keluar. "i'm so sorry miss.. is there anything scratch or bla.. bla..bla..?" kata² gentle keluar dari mulut mamat ni. sambil terpegun dan terkedu aku pun menjawab. "errmm.. takpe².. just be careful next time okey.." kata² lembut aku yg lebih lembut dari donut big apple. hangin aku terus berhembus berlalu bersama angin sepoi² bahasa.

kesimpulannya.. kalau tak hensem, aku tetap tak marah.. alaa.. bukan calar pun ferrari aku tuh.. sekian..

Thursday, November 27, 2008

nak seribu daya.. tak nak.. ?

aku memang suka menyanyi. tapi aku tak pernah masuk mana² singing contest walaupun dicabar oleh kaduk musuh ketat aku time kat poly dulu. padan muka dia kena buang kolej sebab meniru dalam dewan periksa. yelah, nak masuk camne.. suara mmg langsung x merdu.apa pun lagu yg aku nyanyi, lagu melayu ke, lagu indon ke, lagu omputih ke. suara aku tetap tak sedap. serak pun tidak, basah pun tidak. sengau, memang jauh sekali.

pagi tadi aku terdengar la lagu ni dimainkan kat fly fm. memang dah lama aku cari lagu ni. dengan tak malu aku trus kol tanya apa tajuk lagu ni. fuh.. akhirnya aku berjaya dapat tajuk lagu dgn penyanyi dia skali. yeyyy!!

jom layann..


p/s: skrg ni aku tgh dok menyanyi sambil memblog.

kesimpulannya.. nak seribu daya, taknak memang tak berdaya.. sekian..

Wednesday, November 26, 2008

jujur bukan jelujur..

buat kedua kalinya dalam tahun ni aku jujur pada diri aku sendiri. ya, jujur dalam bab makan la, apa lagi. aku dan makan adalah sahabat karib yg tak dapat dipisahkan. tak pernah pun terniat ataupun terdetik dalam hati aku nak berpisah dgn makan.

ya, harini aku berjanji pada diri aku sendiri. aku dah berniat dan berjanji utk makan yee mee kungfu waktu lunch. idea ni dtg time aku membelok kiri kat depan kedai keta Senying Enterprise dan terpandang kereta pujaan hati aku Caldina bucuk² dengan tanda 'BEST BUY'. (bodo betul.. dorang ingat kain pelikat cap gajah?? ke suka² je letak tanda tu!!)


rm4.00 - yummy and value for money

akhirnya aku berjaya untuk tidak menipu diri aku. aku bersikap jujur pada diri sendiri. berjanji dan menepati janji adalah kejayaan terbesar aku hari ni. walaupun byk lagi kejayaan besar telah aku kecapi termasuk tipu cikgu sekolah vokasional dulu. kata sakit nak ke hospital. tapi aku gi shah alam. ikut kawan aku zaza gi umah ziana zain.

kesimpulannya.. bersikap jujur kat semua orang, bukan kat diri sendiri je.. sekian.

masalah aku yg paling kritikal..

aku ada organise satu parti ujung minggu ni. aahaa.. bukan parti tupperware, bukan parti buih sabun or parti minum jus anggur sampai mamai. no. no. no.. parti aku ni nama dia parti periuk berjaya atau nama omputihnya pot luck party.. yahoo! ni parti paling aku suka dari parti² yg lain. parti periuk berjaya ni adalah parti di mana semua org yg join kena bawak makanan. tak kira la beli ke, masak sendiri ke. janji bawak makanan. makanan lak, aku tetapkan. tak boleh bwk makanan ringan². kalau setakat kerepek ubi cap mak ngah, jangan join parti ni.

masalah aku skrg adalah.. baju apa yg harus aku sarungkan kat badan aku yg kurus tapi slim ni? ni lah masalah aku yg paling kritikal setiap kali nak attend apa² majlis. tak kira la majlis tu grand ke tak grand. mesti masalah yang sama, masalah baju..


ni antara baju² yg aku sempat try mlm tadi.

masih blm dapat buat pilihan lagi. sebab masih ada lagi yg belom aku try. mgkn sampai ari sabtu malam ahad pun belum tentu aku dpt menyuaipadankan baju² yang ada. aarrrhhh.. ni la yang dinamakan nature of woman.

ada sesapa nak kasik aku idea tak? sila²..

kesimpulannya.. pakai baju kurung lagi senang. takyah susah² nak suai padan.. sekian..

Monday, November 24, 2008

semua mee segera adalah maggi..

semalam aku beli maggi hot cup perasa sayuran. walaupun dari mula aku tau yang perasa sayuran tu rasanya memang hampeh tapi aku beli jugak. bukan apa, maggi hot cup harganya lebih 0.45 dari jenama super yang harganya cuma rm1.00 je untuk perasa tom yam. so aku boleh eksen sket kat kawan aku jay (bukan nama sebenar) yang aku punya maggi lebih mahal dari dia sebab dia beli jenama super. tapi sampai skrg ni aku masih tak bayar rm1.45 kat dia.

dulu time aku sekolah rendah, aku suka makan maggi kering. maggi kering ni adalah maggi yang dihancur luluhkan dan digaul dgn perencahnya. time ni aku dengan bespren aku rina (ni nama sebenar) mmg kemaruk mkn maggi kering walaupun bapak dia keje kat MAS tapi bukan pilot. tak kira la perisa kari, tomyam ataupun sayuran. tapi biasanya kami akan beli perisa kari. sebab harganya jauh lebih murah dari perisa tomyam. time tu kami cukup bangga sebab budak lain cuma makan mamee cap monster.

masuk sekolah menengah duduk kat asrama, still makan maggi jugak. sebungkus maggi makan 5 org bersama lin, elda, erin dan iela. ni la grup kami yang bernama bbgb. malah sampai sekarang tetap bersama. walaupun iela dah anak 2 junior, walaupun lin dan erin dah berkahwin, walaupun elda dah bercinta dgn abg dut dan aku dah bertukar 6 1/2 pakwe, kami tetap bersama dlm grup yg sama. tak macam grup kacang botol yang diketuai oleh liza burung hantu. dorang berpecah sebab sorang ahli yang namanya liza pelat tak berjaya menyebut kacang botol dengan jelas. itulah punca perpecahan grup dorang.

kesimpulannya.. rambut stail maggi tak secomel rambut keriting asli. sekian.

doa hilangkan rasa gemuruh

"mudahkan padaku, wahai Tuhan, setiap orang dengan kebenaran kalimat "Bismillah". wahai Tuhanku tundukkanlah padaku setiap yang melihat padaku daripada jin, manusia, burung, binatang² buas dan lain² binatang".

kata² perangsang

there may be days when u get up in the morning and things aren't the way you hoped they would be. that's when you have to tell yourself that things will get better.

Friday, November 21, 2008

jiwang sket..

kalau ada sesapa yang rasa xde idea nak kasik sms kat bf ke, suami ke, scandal ke, sapa2 lagi la sukati korang. sila² amik dari sini. aku x kenakan bayaran pun sebab aku pun copy dari internet je.

edisi pagi:
Thoughts of u are such a welcome part of my day.

edisi tengahari:
a cold wind to comfort u.. a singing sun to shine u.. a cool whether to love u.. i send all these just for u.. eventhough am not there with u..

edisi malam:
U are the smile at the end of my day.

edisi agak membodek:
till this moment my heart never says im a sweet one.. it flashes in my mind when i met u first.

kesimpulannya.. copy je, takyah susah² pk. sekian..

tabiat tak kekal

tabiat atau dalam bahasa omputih habit. semua orang ada tabiat. ada yang tersurat. ada yang tersirat. sendiri mau ingat la apa tabiat memasing. ada tabiat kekal, ada tabiat tak kekal.

ni citer pasal tabiat tak kekal aku.
tabiat aku setiap malam sejak 2 menjak ni, layan game big kahuna reef. asal malam je, ngadap game ni. walaupun ada kawan sorang ni dok bakar aku suh tonton citer pasal si Kimora Lee Simmons yang aku mmg suka tonton, aku still buat derk je. still aku lekatkan mata aku kat kahuna ni. naik merah dah mata aku ni ngadap si kahuna ni. mata mengantuk pun aku tahan je. kalau boleh, nak je aku sengkangkan batang mancis cap cili merah kat mata ni.

aku ingat kalau laptop tu boleh berkata², mesti dia dah sumpah aku jadi obor². tak pun jadi terumbu karang, tak pun jadi siput angkasa.. fuhh.. nasib baik laptop tu bisu. macam kucing kat umah aku yang bernama bisu dan sememangnya dia bisu seribu bahasa.

ingat malam ni nak cuti dari tabiat ni. nak cuci baju yang dah penuh sebakul. nasib baik satu bakul je ada, kalau ada 4 bakul maka penuh la 4 bakul tu dgn baju² kotor aku.

kesimpulannya.. aku tengah pikir apa tabiat kekal aku sebenarnya.. sekian.

mimpi yang menipu..

mimpi lagi. mimpi orang yang sama lagi. mimpi yang tak berapa nak indah sgt. tapi masih ada indahnya lagi.

mimpi yang pendek, tapi agak manis. tak semanis teh tarik ummpph kedai mamak blakang opis ni. tak setawar barli suam yang lupa nak diletak gula. sampai aku bertanya kat tokey kedai tu, "lain kali saya kena datang bawak gula sendiri ke?".

baru start mimpi tu dlm 5.5 saat, aku terjaga pulak. cepat² aku tido balik dgn harapan dapat sambung mimpi tu. tapi tak berapa nak berjaya. "aarrrhh.. baik takyah mimpi." kataku dalam nada agak kecewa.

aku pun bangun, gosok baju kurung kaler biru. mandi dan bersiap² pegi keje.

kesimpulannya.. dream nothing but nice. sekian.

Thursday, November 20, 2008

Godie & Olack

bukan pemain bolasepak, atau golf, ataupun pemain tennis mahupun pelumba kereta F1.

godie dan olack hanyalah 2 ekor ikan kap yg aku beli petang smlm kat kedai apek jalan meru.

sbnrnya bukan niat aku nak membeli godie dan olack. niat di hati cuma nak beli makanan ikan yg dah 1 minggu abis. so, selama seminggu la ikan² kat umah aku berpuasa. huk².. ala, seminggu je. manusia puasa sebulan. tapi aku dah kompom² tak cukup sebulan.

time dok tengah amik 2 bgks makanan ikan, aku terpandang ikan kap kat satu akuarium tu. sungguh indah sekali pemandangannya. pandangan aku tertumpu kat 2 eko ikan ni. kaler dia sungguh menonjol dari yg lain. ye, sekor kaler keemasan sekor lagi kaler keorenan dan bermata kebiruan.

aku beli la pulak 2 ekor ikan ni. pulak tu pekerja kedai ni lupa nak taruk gas dlm bungkusan ikan ni. aku pun cepat² drive balik. takut ikan² ni mati dalam perjalanan. ish, aku tak mau disabitkan kesalahan membunuh. w'pun membunuh ikan.

ni dia visual ikan² tuh.


sebagai bukti pembelian, tgk ikan² masih dalam plastik.

godie - sebab kaler dia goldish. tengok, bersinar² je kaler dia.

olack - kombinasi orange dan black. tengok kaler mata dia. biru kan?

kesimpulannya.. ikan kap tak boleh diguna untuk masak laksa. sekian..