KAWAN²

Friday, March 15, 2013

Catatan Umrah 1

Assalamualaikum..

Betul kata orang, sekali kita pegi Mekah. Pasti kita akan merindui sana. Itulah yang terjadi kat aku. Aku sampai sini hari Isnin pagi. Hari selasa, aku dah rindu Mekah. Rindu Masjidil Haram. Rindu Kaabah. Rindu semuanya. Paling aku rindu, suara imam untuk solat Fajr iaitu subuh. Memang sangat mendayu2 suara beliau. Sebak rasa di dada.

Bermula dari pelawaan mak aku untuk temankan dia buat umrah.. Mulanya aku agak keberatan untuk setuju. Macam2 dalam kepala aku. Pikir banyak dosa, pikir pasal kerja. Macam2 la dalam fikiran untuk menidakkan pelawaan tu.

Dalam dekat2 minggu jugak la mak aku dok pujuk2. Itulah dia keje setan. Lama aku melayan bisikan si setan itu. Jahanam betul. Bila aku ingat2, aku pernah mimpi tengok Kaabah. Mungkin memang dah sampai waktu untuk aku pegi ke sana. Orang kata, hati dah sampai ke sana.

Dalam pada tu, pakcik aku selaku orang yang bawak jemaah umrah tanya aku kat kenduri kawin sepupu. "Ko jadi ke tak nak pergi?" Aku dengan secara otomatik jawab "jadi.." Dan deposit pun dibayar. Bila dapat resit pengesahan, hati makin meronta2 nak pergi. Sebak pun ada.

Emirates airline. Kl- dubai - jeddah. 27.2.2013.

Okey, sebelum pergi.. Ada kursus untuk jemaah umrah. Minggu pertama aku tak attend. Sebab ada majlis sikit kat. Aku attend minggu kedua. Segan rasa bila ada jemaah yang datang dari Melaka untuk attend kursus. Aku ni yang dari Klang pun liat nak attend. Dasarr..

Bila mutawwif buka mukadimah..

"Assalamualaikum kepada tetamu2 jemputan Allah.."

Aku terus mengalirkan air mata. Rasa sebak sangat. (Ni sebak gak ni). Tak tau kenapa. Mungkin sebab yelah, kita ni manusia biasa. Banyak buat salah, buat dosa. Dosa kat tuhan, dosa kat manusia. Alhamdulillah, masih sempat jadi jemputanNya.

Then dapat tau, jadual penerbangan dah berubah.
MAS - KL - Madinah.

Naik MAS. Syukur, rezeki jugak namanya tu. Chartered Flight.

Sejak dari tu, ngadap ipad pun agak susah. Mak aku dok bising suruh baca buku Amalan Umrah. "Ko tu, kalau ngadap komputer, berjam2 pun boleh. Kalau suruh belajar pasal umrah, kejap ke tutup buku". Sorok2 tau nak main game. Boleh?

Tup tap tup tap.. Hari yang ditunggu2 pun tiba. Rabu, 27hb Februari 2013. Berdebar rasa. Tak sabar pun ada. Gayat naik kapal terbang pun ada. Aku kan jakun.. 8 jam setengah tu ..

Aku terbang jam 12.30 tghr waktu sini. Nanti aku sambung citer lagi. Cerita tanpa gambar agak kurang best. Laptop takde, anak sedara guna. Terima la seadanya dulu ye.

Cerita seterusnya, inshaa Allah akan aku sertakan dengan gambar.

Masuk ni dah hari kelima balik sini. Tapi, luggage masih belum diclearkan lagi. Baju belum berlipat. Entah kenapa, Jetlag orang kata.

Haah, jetlag la sangat kann.. Dasar malas.


Sent from my iPad

Friday, March 8, 2013

Dua Hari Terakhir.

Hai frens,

Kejap je rasa dah sampai penghujung umrah. Dua hari lagi dah kena balik Malaysia.

Sebak je rasa nak tinggalkan kota Mekah. Tempat yang sentiasa sibuk tetapi sangat menenangkan fikiran. Memang sangat tenang kat sini. Tak payah nak pikir apa. Sampaikan tarikh dan hari pun kadang2 boleh lupa.

Harini Hari Jumaat. So, hari Ahad pagi dah kena buat tawaf selamat tinggal sebelum berangkat Jeddah utk naik flight ke KL.

Alhamdulillah, semua doa yang kalian kirimkan, telah saya sampaikan.

Masjidil Haram, 5.18 am.


Sent from my BlackBerry® smartphone from Zain