KAWAN²

Thursday, May 27, 2010

Dengar nasihat mak..


Padan muka aku.

Sebab tak dengar cakap mak aku.

"Jangan berangan nak cabut ubi tu.. nanti sakit perut tu".

Aku tak peduli. Bukan apa. Ubi sebesar peha aku (agak2 besar ke kecik?) dah tersembul keluar dari tanah. Heh..Geram aku nengok!

Berlagak seperti kuat segala tenaga. Ubi harus dicabut dan mesti akan kucabut.

Ye, berjaya dicabut.

Bangun pagi. Perut rasa tak selesa. Nak jumpa mr Tan la.Dah habis langsai semua isi perut. Tapi, rasa masih tak selesa lagi. Masih rasa sakit.

Makin lama, makin sakit. Perut, bontot, peha segala sakit.

SAH! Peranakan turun. Ni bahasa orang berjawatan Tukang Urut. Bahasa orang berjawatan Dokter pulak adalah Ligament Stretch. Ah.. malas jumpa dokter la. Paling kuat pun, dia kasik ubat tahan sakit, ubat angin. Takde modal lain dah. Nyampah!

Lebih baik aku jadi dokter. Tapi pesakit haruslah hensem dan comel. Takde kriteria di sebelah, sila cari klinik lain ye..

Kalu sakit camni, badan mmg tak boleh tegak. Dengan terbongkok2 aku pegi urut kat rumah mak long aku. Keta pulak adik aku guna.

Pinjam keta abang aku. Nasib baik kereta dia tinggi. Kalau kereta dia rendah mcam kereta lumba.. Melompat2 atas jalanraya, Alamatnya.. bukan peranakan turun dah. Terkeluar terus!

"Tu kenapa bongkok tu? Nak lawan aku ke?" Silanat tul la mak long aku ni. Baru 2 tapak aku melangkah naik ke rumah dia. Ada ke patut..

Eh, patut je. (Yelah, nak minta urut kan?). Ni kalau tak sakit, dah aku balas dah.. Tetiba je mulut rasa sopan time tu.

Sebelum proses mengurut.. mak long aku ni sempat bebel2.. antaranya "dah badan kurus kering.. takyah la berangan nak cabut ubi.."

Aku ingat la kan, mesej yang dia cuba nak sampaikan kat aku kalau diolah dalam bahasa omputihnya adalah..

"FRAGILE".

Tetiba terbayang kotak dengan gambar kaca pecah.

Sabar, urut dada yg tak berapa nak besar ni)

Gile sakit dia urut. Sakit.. geli.. pun ada.

Tapi, majoriti.. kalau 40 minit, 35 minit SAKIT OKEY?? SAKIT bukan SEDAP. (tetiba je ckp pasal sedap ni..)

Abaikan..


Tengok, serabai bukan rambutku? Tapi tetap cumil kan...??

Ni muka aku selepas proses menyengkak selesai. 3 kali uolss.. 3 kali tau tak?

Hukk! Sakit gile. Macam nak terputus nyawa pun ada aku rasa. Eh, jangan putus dulu. Aku belum berlaki.

Lepas urut, sempat suruh mak long aku masak megi. Bukan megi je.. cucur udang keropok lekor semua aku bantai. Ehehee.. macam tak sakit je kan?

Alhamdulillah, sakit tu dah sembuh. Postur dah kembali ke asal.

Err.. ubi yang sebesar peha aku tu.. ada lagi tepi rumah tu. Kat tepi tiang je sejak aku cabut aritu. Tak disentuh pun..

HAMPEH..




5 comments:

.ieLah. said...

sian ko kak...
len kai tak yah la cabut lagi yeh...
get well soon

DramaQueen said...

nok, hantar je ubi tu ke rumah jiran ko ni.. yg ni.. yg NI HA.. yg TENGAH KOMEN NI ha...ala.. yg NI NI NI... okeh! settle masalah ko...

FARYN said...

weis,aku pun terasa nak urut..ahahaha

pinkiss said...

ielah : lenkali aku suruh gg yg cabut.

gg : aku dah pindah la nok. bulan lepas lagi dah.

faryn : urut weh. sedap badan woo nanti.

pinkiss said...
This comment has been removed by the author.