KAWAN²

Monday, August 1, 2011

Nampaaaakkk sangat NAK MENIPU aku..

Aku ni kan.. tak suka bising². Selagi aku boleh lebih kurang, aku cuba untuk lebih kurang.

Dengan ertikata lain.. Bertolak ansur.

Tapi, macamana kalau orang cuba untuk menipu kita? Tapi kan, aku tanak la anggap dia ni nak menipu. Mungkin adalah salah faham kat situ.

Kelmarin aku ada antar kereta aku untuk servis tukar minyak hitam. Servis tiap tiga bulan yang biasa aku buat. Biasanya aku memang antar kat jiran aku ni. Yelah, sambil nak bagi dia bisnes kan.

Aku dah siap² beli minyak hitam dari abang aku. Dia suruh pakai minyak Shell. Elok katanya. Aku pun okey je la since abang aku yang rekomen.

So, bila budak ni ambik kereta aku kat rumah.. aku bagi la dia minyak ni. Siap dia tanya berapa harga aku beli, beli kat mana.

Aku cakap,

"Tak tau, abang aku yang belikan. "

Mula2 aku tunggu la kereta tu diservis sambil borak2 dengan wife dia. Aku ni, tinggal je sebelah rumah. Tapi, jarang sangat bertemu muka borak2 dengan jiran.

Ye, aku bajet Busy manjang. (malas)

Lambat pulak kereta tu nak siap. Aku pun pakat keluar naik kereta kakak aku.

Sampai rumah, kereta dah siap hantar letak kat parking.

Hmm.. bagus la dah siap.

Bila aku buka bonet kereta, ada tong minyak hitam aku tadi. Dalam hati ingat mungkin balance minyak dia pulangkan kat aku.

Sekali aku angkat kau...

Masih berat. Aku buka penutup..

SEAL MASIH BELUM BUKA LAGI..

APEKAH?

Aku terus call. Tanya samada dia dah isi minyak hitam ke belum. Sebab tadi time aku datang tengok, dorang tengah nak tukar gasket.

Dia kata SUDAAAAHHH..

Kalau sudah, kepada tong minyak ni seal belum buka lagi? Minyak apa kau isi?

Dia kata, (sambil bertanya kepada budak dia)..

Dorang guna minyak hitam stok dorang. Dan.. sama katanya dengan minyak aku. Sama brand, sama kelikatannya.. Kalau tak percaya, boleh tengok tong.

Aku dah agak cuak. Rasa macam ditipu.

Aku cakap,

"Aku tak tau .. yang aku tau.. ko keluarkan balik minyak hitam dari kereta aku.. Isi dengan minyak yang aku bekalkan tu.."

Sekejap je dah ada orang tercongok depan pintu nak ambik kereta.

Lepas tu kereta pun dihantar balik kat parking rumah aku. Aku malas nak keluar amik kunci.

Hishhh.. Geram tau i.. Rasa macam ditipu hidup².

ps : aku harap memang mula2 dorang isi minyak sama dengan aku punya. Malas nak anggap negatif.

Tapi kan, aku buat tu sebagai pengajaran biar dia tak buat perkara yang sama kat orang lain.


3 comments:

AQisH said...

ntah² diorg kosongkan je myk dlm tong ko tu tin..boh kat tong dia jer..dia x kuarkan pon myk yg dh isi dlm keta u tu :p

pinkiss said...

aqish; kemungkinan tu ada.. tapi aku rasa dorang x brani buat. takot kantoi lagik. rumah aku kan sebelah saje..

i.am.belle said...

tak payah lagi hantar kalau mcm tu perangai. buat kerja tak amanah :<