KAWAN²

Monday, November 28, 2011

Wrong Number Yaa..

Sejak kebelakangan ni, kerap aku terima panggilan nak order gas.

"Pemanggil: Hello kak, mak nak gas 2 tong ye. Alamat kat .. bla..bla.. bla.."

"Aku : hah?"

Lima minit berlalu..

"Pemanggil: (kali ni mak dia) Dik, mana gasnya?"

"Aku : Sapa jual gas????"


Bila masa aku bisnes gas?

Atau haruskah aku start je bisnes ni?

"Pinky Gas,
Sila hubungi 019-xxxxxxx,
24 Jam Sehari,
7 hari Seminggu".


Kahkahkah! Tak kelakar.

Bila aku cerita kat abang aku, abang aku kata. Cakap je iye, nanti saya hantarkan gas. Biar padan muka orang tu. Abang aku ni pun satu. Ajar aku menipu.

Kejadian ni berlaku lepas aku aktifkan nombor Celcom aku yang mana aku guna hanya untuk Blackberry aku. Okey, aku guna Blackberry pun setelah orang lain guna lebih dari setahun, baru aku hegeh² nak guna. Sangatla ketinggalan. Itupun lepas aku "irritated" tahap infinity dengan manusia sekeliling yang agak rapat dengan aku.

"Tak urban la takde smartphone". Kata mereka.

"Budak darjah 5 pun pakai BB."

Itulah kata² azimat dari dorang ni.

Bukan aku taknak beli, tapi malas. (Dasar kedekut). Ye, aku memang kedekut. Malas nak kuar duit beli benda² camni. Yang aku pikir tak berapa nak perlu. Kan dah ada Lappy, dah ada HP. Batpe nak pakai BB lagi?

Rupanya, ada BB ni memang senang. Semua di hujung jari.

Ye, aku tau.. Kata² di atas, bunyinya agak jakun..

tapi..

Korang setuju kan?

Dulu, ada gak orang call salah nombor jugak kat nombor satu lagi. Nak cakap dengan Black katanya. Time tu aku layan je. Aku cakap..

"Black tengah tidur la".

Sekali dia tanya lagi..

"Ni sapa ni?"

Aku cakap, "saya isteri dia."

Terpinga² je rasa si pemanggil tu. Ntah² dia girlfren Black.

Kahkahkah..

Lantak la sana.






5 comments:

nashays said...

Ahahahahaaaa...matik laa black pas ni

Anonymous said...

cik pinky ni nakal aaa... :-)

pinkiss said...

nashays: biar padan muka black tu.

anony : kdg2 kena buat camtu.

hailey said...

Hi, I came across your site and wasn’t able to get an email address to contact you about a broken link on your site. Please email me back and I would be happy to point them out to you.

Hailey William
haileyxhailey@gmail.com

Jullia Jukogyu said...

kakak! bagi gas sekilo..LOL