KAWAN²

Thursday, February 14, 2013

Nenek borek, cucu rintik..


Okey, semalam dah taip separuh entry. Tapi tiba² server ada problem. Tak sempat nak save pun. Nak recall balik apa aku taip semalam, memang fail. Dah tua ni, memori agak lemah.

Kisah pasal dating dengan si cucuku sayam. SASHA. (Ni tengah ketap bibir, sebab teringat kat dia. geram!)

Tengok je la gambar² ni ye.

Ha, dia ni mula² nak dukung je. Takmo turun. Tak kenapa tah. Tapi bila aku belek² baju dalam. Dia macam teruja. Sibuk nak pilih untuk nenek dia. Aku ambik, dia letak. Aku ambik, dia letak. Tapi, yang kat gambar ni, takde tau yang aku pilih. Vavavaaa!

Dia ni kan, memang suka sangat kasut. Ko sebut "kasut', dia tak paham. Kena sebut shuss. Baru dia tau, shuss tu adalah kasut. Ha, omputih kan cucu aku?

Lepas makan, balik rumah. Sebab bekalan susu adalah di tahap kritikal. Ko bayangkan, aku dukung dia sambil dia landing hisap susu kat bahu. Bertuah kan beliau? Tengok tu, dia dah mamai² dah. Dah dok senyap je belek² beg  nenek dia.

Ha, hambik ko. Dah selamat belayar. Tido sambil kepala kat seat, kaki kat lantai. Baik punya landing punya tido.

Yang aku perasan kan, dia ni memang happy sangat kalau dapat pegi shopping complex. Sakan happy dia.

Orang kata, mak borek.. anak rintik.. Nenek borek.. cucu rintik pun boleh jugak lah.

Hai.. cucu.. cucu..

Nenek sayang sangat!



3 comments:

FVN said...

Pasni sasha sila pow nenek byk2 ok..

TiNiE said...

tunggu dia besau sikit lagi, boleh soping shuss sama2. nenek kena sediakan duit double yer nenek ;p

CikPinky said...

Faryn: haaa.. ko jgn nak ajor faryn..
Tinie : yelah, dabel bajet la nanti.