KAWAN²

Sunday, November 7, 2010

weekend is over.. and this is my story.

Esok kene keje. Kalau tak keje, mana nak dapat duit kan?

Macam biasa, hari sabtu adalah hari yang biasa aku tunggu. Esok, baru hari Isnin. Ada lagi 5 hari nak tunggu ke Sabtu.

Pangg! sedas.. Nak sabtu saje..

Minggu ni, nasib baik ada cuti hari Jumaat. So, cuti 3 hari. Wiihuu.. !

Si buah2 hati sakit jantung pun ikut aku balik rumah. Nak cuti kat kampung. Maka, hujung minggu ni bakal meriah. Kami akan berkampung kat rumah pondok di kebun.

Makin best bila kebun belakang rumah bakal dijadikan ladang pisang berangan. Lebih kurang 800 batang pokok pisang bakal menghuni tanah kat ladang ni.

Hari Jumaat.


Berat weh setandan pisang ni. Aku bersama anak buah dan abang ipar.

Ni hasil pisang dari tanaman sebelum ni. Tapi tak berapa menjadi. Ini adalah dari spesis pisang awak. Bukan awak punya pisang okey? Heeee.heee..

Kalau korang perhatikan betul2, belakang tu pokok pisang dah mula ditanam. Tak lama lagi, tak nampak lagi tanah lapang mcm ni. Bakal dipenuhi pokok2 pisang.

Eh, kata indon yang keje menanam pokok pisang kat sini.. hantu pocong sangat suka kat pokok pisang. betul ke?

Jeng.. jeng.. jengg..


Malam sabtu. Sempat pegi jusco. Konon nak cari kasut. Sebab hari ahad nak gi kenduri kawin. Baju pun dah siap. Tunggu kasut je belum ada lagik. Tapi, kedai kasut dah tutup. Sebab, aku sampai agak lewat. Jadiknya, belila tshirt.

Hari Sabtu.


Ke ladang lagi. Tengok pekerja indon bersihkan kebun sambil menanam pokok. Macam biasa, bersama2 si buah2 hati sakit jantung.

Dan, secara otomatik.. suara aku jadi macam tarzan. Mereka suka sangat bersidai kat pagar dawai tu. Tajam2 ko.. Kalau calar, sapa nak jawab?

Dorang sibuk nak tengok ayam belanda jiran sebelah tu. Macam farmville katanya..

Errrmmm.. jap nak batuk. Tekak sakit. Sebab minggu ni asik jadik tarzan.

Eh, apasal aku bergaya camtu? Pengaruh tengok America's Next Top Model la ni.. Tetiba.. Bajet model lak..

Hari Ahad


Pegi kenduri kawin sorang kenalan kat FB. Hujan renyai2 sepanjang majlis. Tapi, makanan adalah sangat lazat. Sanggup aku tahan makan kat kenduri kawin sebelum ni. Sebab nak makan kat sini.


Sila rujuk kepada pinggan di bawah tangan aku. Licin kan? Lepas tu makan pencuci mulut. Sagu biji kaler pink+ ijau dimakan bersama susu cair. Hmm.. sedaaaaappp! Aku kalau manis, sedap saje.


Ini adalah gambar buah2 hati sakit jantung aku pagi tadi. Sangat best layan mereka ni. Walaupun kadang2 buat aku sakit jantung, sakit tekak.. tapi tak penah buat sakit hati. Itu yang penting. Sayang sangat2 kat korang.

Psstt.. gambar ni aku letak kat wallpaper hp aku. Sebab sangat cute.

Itulah cerita hujung minggu aku. Takyah pegi mana2..Kat rumah pun okey. Lebih relax.


5 comments:

TiNiE said...

aku pun ada 4 + 1 buah2 hati sakit jantung gak..huhuhu

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

apsal macam kenal gadis bertudung hitam belah kanan tue?Ayu ek nama dia?

pinkiss said...

tinie:
huhuu.. itu sudah pasti.

mfj:
mana ada kaler itam.

lavidalabelle said...

lainkali kau kena posing mcm si comel baju biru tu. hihihi 'hands up!'

FARYN said...

aku menyampah dgr nama jusco klang..
ahahahahaaha...