KAWAN²

Monday, July 15, 2013

Pengalaman


Okey, orang dah nak ada menantu, aku baru hegeh2 nak bertunang.
Astagfirullahalazim.. Bawak mengucap la kan aku ni. Macam tak bersyukur pulak.

Tapi inilah ketentuanNya. Dipertemukan jodoh di usia sekarang. Tapi Alhamdulillah, dah sampai waktu kata orang. Cuma, kita tak tau je cepat lambat. Turn aku, aku dapat lambat. Hahahaaa..

Aku rasa aku dah cerita sikit pasal Sayang. Takyah kot nak citer banyak.

Ni aku nak cerita pasal hari aku bertunang. Hahahaa.. Nervous kooooo! Tulah, selalu ejek2 Sayang. Sayang aku tu darah gemuruh orangnya. Selalu la aku aku ejek2 dia.

"Nanti nikah jangan ulang banyak2 kali tau Sayang.. jangan buat malu saya.."

Sekali kauuu.. Mak dia nak sarung cincin..

MENGGIGILLLLL aku..

Kejung kebas rasa tangan ni. Hambik aku sana.. suka sangat ejek2 orang kan.. Sekali, rupanya diri sendiri pun darah gemuruh. Double darah gemuruh ko..

Itu belum time nak keluar layan tetamu dari family Sayang. Rasanya sepuluh kali aku patah balik. Dah sampai pintu, masuk lagi. Sampai la dekat sepuluh kali. 

Ntah apa kejadah aku ni.. Gemuruh ya amat. Sampai diorang dah siap makan. Dah siap cuci tangan dah. Baru aku terhegeh2 nak keluar bersalam. Itu pun macam nak tergolek bontot je time nak duduk sama dengan family Sayang.

Ha, satu lagi kan.. Bila belek2 gambar tunang, baru aku perasan.. Time sarung cincin tu, aku duduk tu mcm orang jepun. Banyak la aku punya jepun kan. Lupa dah nak bersimpuh.

Adoiiiila.. spoil betul aku ni..

Tulah sebabnya, aku tak post gambar aku sarung cincin. 

Huahuahuaa! Malu kat korang. Malu kat diri sendiri.

Okey, gambar Sayang memang aku tak post kat sini or kat fb. Sila cari kat Instagram aku. Itu pun muka sipi2. Aku kan bajet artis. Korang tak tau ke?

Pangg!







5 comments:

Karbon Kopie said...

hehehe... patut la sikit je gambo.

Unknown said...

tahniah Nonie, sekurang2nya ko dah ketemu jodoh ko. bg mcm aku ni, yg lum tau entah jumpa entah tidak jodoh aku, lg lar. tu lar ketentuan Allah, bahagian masing2 berbeza2. sekurang2nya ko dapat merasa bergelar tunangan orang, isteri orang dan in shaa Allah IBU kepada anak2 ko. jagalah rezeki Allah itu sebaik mungkin k. Tahniah sekali lagi. Tumpang gembira sesangat. :)

FVN said...

kau dah cakap kat tunang kau blom kawen nanti pakai pink? hahaaa

pinkiss said...

Jules : mmg pun dik. majlis kecik2 je pun..

Zue : insha Allah, ada jodoh tu untuk ko nanti. and insha Allah aku akan jaga sebaiknya.

Faryn : pada firasat aku, dia akan setuju.

Unknown said...

baca post sis psl pengalaman ni teringat time sy baru2 ni..menggigilnye Allah je yg tau... :)
jom follow sy kembali.. ;)