KAWAN²

Monday, January 11, 2010

is black is red..

Best sangat jumpa kawan2 lama ni. Berbelas tahun dah tak jumpa dorang.

Walaupun tak semua yang hadir, at least.. Sebahagian dari dorang ada.

Ceh.. ayat tak boleh blah.

Memula aku malas nak join. Tapi.. tetiba rasa rindu kat dorang memuncak. Last minute, aku kompom join.. buat payment.

Lagipun, orang yang dari belah utara sana pun datang join.. aku yang kat central region ni takkan tak datang.

Amat tak patut bukan? Karang aku tak habis2 kutuk diri aku atas kemalasan diri sendiri..


Patut tak patut..

Pakai je baju yg ada. Tak sempat dah nak cari aka membeli. Janji ada kaler tema.

Tema : Merah & itam.

Yang merah tu.. anting2 aku.


Geng yang agak rapat time study dulu2.

Eh, macam abad lalu je bunyinya kan?.. Apapun.. tetap sama..


Hadirin2 sekalian.

Tak semua.. tapi cukup la gamatkan suasana. Nasib baik buat kat luar bangunan. Kalau tak, kena minta bilik kalis bunyi.

Letih woo aku gelak. Gelak.. makan.. minum.. TANDAS.. gelak .. makan.. minum.. TANDAS.. Haih.. kalau aku tau.. pakai pampes. Takyah susah2 aku ulang alik tandas.



Bersama pensyarah pujaan hati kami. Dulu kini dan selamanya.

En. Ashri.. jangan buat2 tak percaya okey?



Aku saja je letak gambar makanan ni last.

Kalau tak.. gambar aku korang tak tengok.

Betul tak cakap aku?

Makanan dia memang sedap. Sangat sedap. Ke.. aku yang lapar eh?

Thank you so much kat AJK yang organize dinner ni. Best.. memang best.. Door gift yang sangat² sweet tak lupa juga gift² yang sangat cumil.

Errmm.. Lipstik hadiah lucky draw tu aku suka.. Lucky jugak aku eh.

Laki je aku belum ada. (eh.. takde kaitan kan?)

Sebelum melangkah keluar.. TANDAS lagi.. Banyak lagi kilometer untuk sampai rumah..

Eh.. lepas dari tempat ni.. ada persinggahan lagi..

Nanti aku hapdet..