KAWAN²

Friday, January 8, 2010

Jangan panik.. relaks..


Sila lihat paras tangki minyak anda.. itulah pesanan dari aku. Sekian..

Mengisi tangki minyak waktu balik dari kerja.. satu benda paling malas untuk aku buat.

"Ala, isi besok pagi la."
Ini je la ayat aku. Tiap kali tangki dah nak kering. Takde ayat lain dah.

Bukan apa, hati tu dah sampai rumah. Jasad je masih atas jalanraya.

Lagipun, ila dah dipesan begitu, perasaan gatal nak keluar waktu malam.. dengan secara otomatiknya akan hilang. Takpun, kalau rasa nak kena bebelan mak aku.. silalah setat kereta keluar.. pasti ada dapat 4 bungkus free dari mak aku.

Pagi tadi, hati dah terpahat niat murni. Nak keluar awal. Nak isi minyak. Murni bukan?

Separuh jalan.. tengok jalan jam sangat². Potong sana.. potong sini.. Potong .. potong potong potong.. potong sahaja..

Baik punya potong.. minyak dalam tangki pun hampir kosong.



Inilah paras minyak kereta aku pagi tadi.

Disebabkan kereta aku ni spesel, so fuel indicator tak menyala. Bukan tak menyala, tapi benda tu mmg tak wujud. So, pandai² aku nak agak ye.. Malas nak agak lebih².. bahye.. sikit² tu boleh la..

Nak sampai ke stesen minyak.. dekat je. tapi nak harung jammed tu.. mau aku sorong keta camni. Kalau sorong Lancer ke Evo ke takpe gak.. (kenariku.. sila jangan amik hati..)

Buka tingkap.. tutup aircond. Tah fahaman karut mana tah aku ikut ni. Ikut je. Orang kata boleh jimatkan penggunaan minyak.

Masuk akal jugak kan? Asik nak aircond manjang.. hirup la udara segar pagi²..

Mana nak segar? Sekali buka tingkap.. Hah.. hambik kau.. lori kentut keluar asap hitam. Segar ke? Cilake punya asap lori..

Tutup sikit tingkap. Tapi tak sampai rapat. Rapat² karang.. ada yang mampat dalam keta. Keras kejung sensorang nanti.

Perjalanan diteruskan.. sampai la ke stesen minyak. Fuh.. sempat.. aku pun isi 11.111111 liter. Cukup la guna sampai weekend ni.

Eh, cukup ke?

Banyak kilometer nak dituju ni..




3 comments:

GiGGLe GaL said...

ehchewah..banyak la ko..nasib baik tak de yg menolak kereta pagi tadi..ahahaha.. :P

pas ni jgn malas2 lg.. okeh!

TiNiE said...

yerr kaknonie..aku pun pemalasss lipas nak isi minyak..huhuhu

alladiin said...

average kereta, klu dah nyala lampu amaran minyak, masih boleh gi max 20 km.. itu tak masuk klu jem lah..