KAWAN²

Wednesday, April 21, 2010

What the ....?


Arini aku lalu jalan utama. Sejak kebelakangan ni.. aku lalu jalan jauh. Bukan shortcut okey? Kalau shortcut.. Maka aku akan sampai lambat ke opis. Sebab ramai orang dah guna shortcut tu.

Ada satu kawasan tu .. memang selalu jem. Pagi petang mesti jem. Malam pukul 12 ke atas tu baru tak jem.

Bila jem, biasalah.. perlahankan kereta.

Bagi je laluan.

Sila la.. sila la.. saya memang baik hati lagi mulia.. heh..

Malas nak bagi darah mendidih pepagi ni sebenarnya.

Mood yang baik.. datangnya dari pagi yang bermood baik. Apa aku merepek ni?

Ada sorang minah ni.. nak lintas jalan. Keje kat kilang seberang jalan nun. Nampak berat barang yang dibawaknya. Ada dua plastik aku tgk. (ni dalam jarak lebih kurang 10 meter.)

Bila dia betul² lalu depan keta aku..

Huk! Tersedak air liur..

Dia bawak sebijik nangka..

Ala, nangka.. tau tak nangka?

Patutla nampak berat sangat time aku dok perati tadi..

Eh, takkan la dia nak kenduri sarapan makan nangka?

Atau, mungkinkah dia akan cucuk 3 ketul kat lidi lalu jual singgit sebatang?

Atau, dia akan masak pengat nangka?

Atau, buat cekodok nangka?


Musykil..

Ni dah bayangkan dah.. bau nangka tu akan merebak satu kilang..


Haih...



7 comments:

AQisH said...

ehhh...ada update laaa..betol ke nii..betol keeee :-p

.ieLah. said...

sedap la nangka noni..huuu
best best

F A R Y N said...

dia nak gulai nangka dlm opis..buat kenduri..ahahaa

i.am.belle said...

alah. cempedak lagi best.

ntah2 tu hantu nang nak. eh eh, silap. tu hantu thailand

kah kah kah. rindu ko pinklady. muaxx

alladiin said...

rumah lu ada nangka tak... klu ada, skrg gak wa start enjin keta..

pinkiss said...

aqish;
tetiba je tekejut eh.

ielah;
air babel lagik best ar.

faryn;
sure ada pembekal santan gak ek kat kilang tu?

belle;
hahaa.. ko ni hantu saje. hantu karok kot.

alladiin;
ada stok bro. meh la.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

hantu jack fruit.wakaka.

btw,Klang memang teruk jemnya skrg.oh bila la nak siap jambatan itu.