KAWAN²

Friday, June 4, 2010

Feeling nak raya..

Kalau tahun lepas², time bulan puasa.. time tu la hegeh² cari kain.. hegeh² cari tailor.. Ada sorang kakak tu dekat ngan rumah aku.. Tiap tahun aku buat ngan dia.. Kira ok² la jahitan dia. Tahun lepas, aku pegi rumah dia nak antar kain tempah baju.

Tetiba, aku terlihat..

kain rentang..
"TEMPAHAN UNTUK HARI RAYA TELAH DITUTUP"

Arrghh! tak kesah. Paksa gak tailor tu jahit baju aku. Dia kata boleh, tapi hari raya ketiga.

Abis, hari raya pertama aku nak pakai tshirt ngan kain batik je ke?

Pastu sibuk cari baju ready made. Mula lah, lengan pendek, kain ketat, kain tergenggeng. Haihh.. semuanya tak kena.

Itu tahun lepas punya hal..

Tahun ni.. entah kenapa, bulan lepas, aku dah siap beli baju raya.

Asal hujung minggu je pegi Jakel. Asal hujung minggu je, pegi Jakel. Asal Jakel je hujung minggu. Eh.. sudah².. Bukan apa.. suka pegi sana. Anak² tokey Jakel semua lelaki. Hensem² uolss..!

Heh.. betul.. tak pecaya, cuba pegi sana.

Lagipun harga kat sana agak okey. Kain pun cantik².. Sampai nak pening pala aku melihat² kain² tu semua.. Ades.. Rasa nak pegi lagi nih..

Baju² aku yang aku dah siap beli ni dah antar kat tailor. Seb baik diterima (itupun setelah aku membuat sikit propaganda serta ugutan).

ehehee.. Tailor tu kakak ipar aku. Duk belakang rumah aku je. (ha, jangan ngada² nak antar tempahan gak ye..) Aku bagi pihak dia nak bagitau,

TEMPAHAN TELAH DITUTUP.


Eh, bukan main semangat nak raya aku ni kan?

Err.. puasa ganti pun tak buat lagi.


4 comments:

.ieLah. said...

aku pon! ngehehe
pose ganti oh pose ganti!

Anonymous said...

ganti loh jgn tak ganti..raya pun cpat taun ni. bleh g bazar kat pekan meru.. :0

GiGGLe GaL said...

nok, tanye akak ipar ko.. langsir bole? nguwahahahaha... pastu aku ade lagi 4 pasang kain ha.. nak buat baju.. nguwahahahaha.. plis nok..kalau tak, aku letak kain rentang berserta ugotan kat fewawi ko..dengan ugutan seperti berikot:-

"pakse gak akak ipor ko jayet..kalau tak, aku suh budak babel tu boikot ko sehingga 7 keturunan.. ngahahahha"

masrur said...

ganas nye kak..ehehe