KAWAN²

Wednesday, April 13, 2011

Baru nak ngular sikit..


Kan despatch aku eksiden. So, dia dapat MC sebulan. Dia eksiden bawak kereta Camry abang dia. Sampai total lost. Sebab tu aku tak penah bagi kereta aku walau sekali pun kat dia. Aku mmg satu sen pun tak percaya dia bawak kereta aku. Biar dia kata aku kedekut. Aku tak kesah.

So, aku cuba la tolong pegi bayar bil ke hape2 la yang aku boleh tolong pegi bayar. (tu pun lepas bos aku suruh). Eh, memang pun aku nak gi bayar.

Sekali bos aku suruh gi bayar kredit kad dia kat citibank. Yess!

Citibank ni letaknya kat klang centro. Setahu aku, skrg ni tgh ada sale kat centro ni. Ye.. aku ada tgk bunting2 kat tepi jalan. Cuma belum sempat nak pegi. Bukan belum sempat, tapi takde duit nak pegi. Tulah, aircond kereta aku buat hal.

Kat sini, aku park keta kat tepi jalan je. Tak senang aku nak masuk parking. Kang dah parking, susah nak carik balik. Trus gi citibank, deposit cek. Eh, kaki ni takmo belok kanan (jalan keluar). Asik nak belok kiri. Masuk kedai FJ Benjamin.

Wahh.. best.. Belek2 baju.. handbag.. kasut..

Sedar2. Kunci kereta takde kat tangan. Keluar balik, pegi citibank. Takde.

Panik!

Masuk balik FJ. Suruh salesgirl tu tolong aku cari kunci kat sebalik baju2 yang aku belek tadi. Takde gak. Dia siap kata mungkin aku dah cicirkan kunci tu kat jalan. Suruh aku cepat2 lari tgk kat jalan yang aku lalu tadi. Pastu aku rasa, aku tak amik pun kunci tu dari kereta.

Lagi jahanam kan perasaan aku ni? Dushumm! Cepat2 aku keluar sambil2 tengok kat jalan kot2 kunci tu cicir. Tengok kereta, pintu lock. Adooiii! Dahlah kunci spare kat rumah. Sapa nak tolong amik antarkan pulak?

Pegi balik kat FJ. Ponggah kat tempat baju2.. bag2..

Belek.. belek.. dan belek..

Ye, jumpa kat bawah beg yang aku belek tadi. Fuh!

Trus blah. Takde belek2 dah. Balikkkkk!!

Pastu aku ingat, inilah padahnya. Time keje, aku curi2 window soping. Padan muka aku..

Tadi balik keje. Pegi situ balik. Bukan apa, kalau aku tak kembali ke kedai ni, nanti panik aku siang tadi tu taknak hilang dan mgkn akan jadi tripple panik.

Dahlah, nak tido. Esok nak pakai baju baru.


6 comments:

VFN said...

hahaaha...sian ko...
lenkali shopping bawak aku..

AQisH said...

haha padan mukaa..pucattt gigiiii :p

Anonymous said...

kuikuikuikuiamcamjlnmerukuikui...

Jaja Khaleyza said...

hadeh, sentap! aja pun selalu gak buat kirija tekutuk seperti tersebut!

Kenari Putih said...

mmg panic kalau kunci2 hilang ni,kalau sy yg jadi begitu, dadad ni berdegup dup dap2 lagi xjupa kunci tu.

Kenari Putih said...

mmg panic kalau kunci2 hilang ni,kalau sy yg jadi begitu, dadad ni berdegup dup dap2 lagi xjupa kunci tu.