KAWAN²

Wednesday, May 4, 2011

Aku rasa korang pun penah alami apa aku alami..


Jualan GP Kasut Rorine. Harga serendah RM5.97.

Bunting tak boleh blah. Walaupun tak brapa nak minat.. kalau dah tengok bunting kat tiang lampu hari² pegi balik kerja.. Juling jugak mata.

Itu biasa. Itulah saya.

Malam tadi, nasib anak buah yang tengah cuti semester. Boleh la ajak dia. Dia pun okey saje.

Kasut dia, okey la jugak. Yang tak okey.. Salesgirl dia berbau KETIAK. Pahit Kedaung.. Tak jadi aku nak beli sepasang kasut flat bereben. Kensel. Nafas dah sesak. Tak mampu bertahan.

Terus keluar. Tak jadi nak beli. Tiba² kepala diserang migrain. Penangan ketiak pahit tadi.

Tiba².. Nonie.. Nonie.. Ada suara memanggil.

Oh.. dia. Seorang kawan. Dia ni memang minat meniaga makanan. Dia promo aiskrim. Aku pun layan je. Beli la 2 mangkuk. Dia bagi 1 mangkuk free. Walaupun kepala rasa sakit, yang dah tentu² boleh tumbang kalau diisi dengan aiskrim.. Aku beli gak. Demi kawan.

Cakap pasal kawan, aku tak ingat nama dia. Sampai la aku pegi rumah anak sedara aku.

Aku : Eh, sapa nama kawan si Lan tu yang putih² tu?
AS : Yang bawak keta silver tu kan..
Aku : Iyelah. tapi sapa nama dia.?
AS : Jap.. i ada jemput dia aritu masa i kawen.

(Aku dan AS membelek senarai nama kat hp masing²)

Masih tak jumpa. Eh, tak ingat lagi nama dia.

Trus aku mesej Lan

Mesej aku : Lan, sapa nama kawan kau yang ada cafe kat meru tu?

Lan jawab : Arip la.. sapa lagi.

Padahal nama arip tu antara nama teratas kat senarai nama HP aku. Bolehnya aku tak jumpa.

Bukan tak jumpa.. tapi dah lupa nama.

Tapi, kenapa aku boleh lupa?

Balik kang nak beli kismis minda lah.

6 comments:

VFN said...

beli kismis campur ngan aiskrim...
hahahaa

NaharTinie said...

nenet..biasalahhh muahahaha

Anonymous said...

pengsan...

julliajukogyu.com said...

ko lupe sbb terkena serangan bau ketiak.kalo x,aku pasti ko ingt sape budak yg bg eskrem tu..:)

pinkiss said...

jules:
itulah dia sebabnya. aku dah agak dah.

anony:
pengsan sampai pagi.

tinie:
ciss kau.

vfn:
kismis sebagai topping.

AQisH said...

fuhh i pon klu org yg berbau pahit mmg sesak napas..dtk selamba tau klu kat mall ada bau2 pahit terus dia ckp bau kuroo (kura2) hahahaha..