KAWAN²

Sunday, May 22, 2011

Bapak di mana?

Alhamdulillah.. hujan dah turun 2 hari berturut2..

Aku ni cepat sebak bila nampak orang tua kat tepi jalan atau mana2 especially bila orang tua ni sendiri tanpa ditemani sesapa.

Mula la aku nak sPekulasi..
"ish, mana la anak2 pakcik ni.. tak kesian ke tengok bapak dia naik motor kat pekan sorang2.. kan ke bahaya.. apa la dorang ni.."
Tu kisah sPekulasi aku..

Ni kisah benar aku..

Tajuk : Bapak Di Mana?

Petang semalam, aku balik rumah. Tanya mak aku, mana bapak aku. Sebab tadi kat porch, motor ducati (sila baca honda 70) dia takde. Mak aku kata dia tak tau mana bapak aku pegi. Sebab bapak aku keluar time mak aku tidur. Pandai bapak aku ni menyelinap keluar.

Bukan aku tak bagi (mmg tak bagi pun) bapak aku keluar bawak motor. Sebab dia ni dah tak kuat sangat. Badan dia dah lemah. Nak jalan pun dah tak sekuat dulu.

Aku ingat lagi, bapak aku pernah cerita dulu. Dia pergi pekan nak bayar bill segala. (See, dia curi2 pegi tapi terkantoi cerita kat kitorang). Ada seorang ni tanya dia. Mana anak2? Pasti dia pikir anak2 pakcik ni takde tanggungjawab biarkan bapaknya naik motor sorang2 pegi bayar bill. Aku cakap camni sebab aku pun akan pikir benda yang sama kalau aku kat tempat orang tu.

Tapi, hakikatnya.. Curi2 keluar tanpa sapa2 pun sedar. Takkan nak ikat kaki dia pulak kan? Kang.. ada yang hangus kena panah petir karang.. (aku la tu..ish.. mintak dijauhkan)



Ha, lebat camni aku kuar cari bapak aku. Dari rumah maklong .. dorang kata bapak aku takde datang pun. Aku saspek dia gi kedai gunting rambut. Jadiknya, kat simpang depan ni.. aku kena belok kiri. Elok2 aku berhenti kat simpang, aku nampak motor bapak aku parking dalam hujan lebat.

Sekali aku nampak bapak aku tengah duduk borak2 dalam kedai. Rupanya dia beli makanan ayam. Tapi hujan turun, so dia tunggu.

Sekali aku ajak balik, dia kata..

"Tadi bapak bawak basikal"..

"Pak, motorsikal.. bukan basikal"..


Muka n baju dah basah.

Lepas pujuk punya pujuk, baru dia setuju balik naik kereta. Kalau tak, berkeras nak naik motor dalam hujan. Ha, tengok gambar bapak aku kat belakang tu. Risau sangat nak tinggalkan motor dia.

Lepas kunci handle motor segala.. Baru setuju nak masuk kereta. Kalau tak, asik risaukan basikal dia je. Eh, motor.

Yang aku perasan, baju dia ada banyak sisa rambut. Ye, macam baru lepas potong rambut.

Maksudnya, lepas pegi gunting rambut.. Bapak aku pegi beli makanan ayam. Fuh, satu perjalanan yang jauh. Mengelilingi kampung.

Haish.. bapak .. bapak..

4 comments:

julliajukogyu.com said...

sayang bapak saya...:)

aku pun jenis sebak kalo tgk org tua sendiri2..siap mata bergenang2..huuuuuuuuuu..

AQisH said...

uisshhh...kus semangattt..muka bapak u mcm x puas ati je kat blakang tu tin..kikiki...

VFN said...

pakcik takmau pakai baju pink?
hehehe.. comel

i.am.belle said...

tgk apak dah muncung majuk. cian dia.


bila pulak nak bawak balik boyafren? *bunyi cengkerik*