KAWAN²

Monday, May 30, 2011

Kenduri Cukur Jambul Cucu Aku - Nur Aisya Safiyya

Peringatan : Gambar2 di bawah mungkin agak kurang berkualiti disebabkan ianya di snap dengan menggunakan henfon nokia cokia aku.



Tak lama lepas khemah ni dipasang kat laman rumah, mak aku dapat kol. Cik Sumah ooii, nak buat kenduri kawin senyap2 je ye.. Tak jemput pun. Sapa yang kawin? cikpinky ke?

Bukan.. (ni aku yang jawab)

Agak2nya la kan, kalau buat garden wedding nanti ok tak? Eh..

Khemah ni untuk kenduri cukur jambul cucu aku Nur Aisya Safiyya aka Sasha. See, dengan bangganya aku mengaku aku adalah seorang nenek. Nenek ok? Bukan Makcik. Ok, now u can call me Nanny Pinky.. Eksaited betul aku nak buat kenduri ni. Tiap hari dok cari2 dress baby kat internet. Tapi, semua saiz besar. Last2 mama sasha beli je kat Sacc Mall.


Ni situasi malam Sabtu. Eh, bukan. Malam jumaat. Sesi membungkus jajan. Mesti nak ada jajan. Kiranya macam door gift la. Tapi bukan kasik time dorang datang, kang dah dapat gift, terus balik. Sapa nak baca doa? Setiap tetamu yang datang, dapat satu.

Eh, mana aku? Aku tengah tengok cerita Mantera Anjasmoro.


Jajan2an..

Mak aku kan, Asal kenduri je, nak pegi pasar besar. Taknak dia beli ayam, sayur kat pasar dekat dgn rumah. Padahal, dia nak jalan2. Pastu, aku kena ikut dia. Senang katanya nanti nak beli apa2 nak tanya pendapat. Eh, sapa mak sebenarnya. Aku ke dia?


Ni dia jemaah rewang dah sampai. Aku belum balik dari pasar, dorang dah sampai. Good.. good.. lain kali, buat lagi. I like. Ha, nampak nangka bogel tu. Tu nanti nak dimasak kari dengan tulang ayam. Bukan tulang aku.


The Pelamin.
Simple tapi look sweet. Yelah, aku.. Kalau pink je kata sweet. Pink je kata sweet. Babi je aku tak kata sweet. Itu aku kata.. Twittuih!


Bersama mak pengantin kecik n anak sedara aku. Cuba teka, yang mana satu aku? Takyah teka. Takde hadiah pun.


Ni mama n papa pengantin. Pengantin tengah baring dalam buaian.


Nur Aisya Safiyya - Pengantin Kecik.


Barisan orang kuat yang menjayakan majlis ni. Terdiri dari tukang pegi pasar, tukang masak, tukang buat air dan segala macam tukang. Tukang karut, tukang kentut semua ada. Aku la tu.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Tetamu nampaknya gembira dan berselera dengan hidangan yang disediakan.

Menu :
Mee jawa, sup tulang kambing, nasi putih, sayur nangka masak kari, ayam masak merah, kuih muih, buah tembikai dan pisang dan air sarsi+teh panas+air grape.

Soalan: Cari perbezaan kedua-dua gambar cikpinky.

4 comments:

Anonymous said...

sgt meriah walaupun mlm tu ada yg menyakitkan mata

Anonymous said...

haha..gaya mcm penat je rewang,,, hhahhhahhaha.. nenek muda! huhu

VFN said...

pink!
ahhahaaa

AQisH said...

aloohh comeinyer pengantin kecit tuu..

err perbezaan cikpinky..now u see..now u dont..kikiki...