KAWAN²

Friday, November 6, 2009

Nak MELETOP, tapi taknak MODAL..


Ya Allah, jauhkan la aku dari lelaki jenis ini.. Amin..

Nak dijadikan cerita.. Ni kisah seorang kenalan aku. Dia ni anak orang kaya. Bapak dia ada restoran. Kat semenanjung, kat luar semenanjung pun ada. Ada la beberapa branch. Dia ni pun ada bisnes sendiri. Butik pengantin etc..

Aku namakan dia sebagai MB (mat bergaya)

Laki dia ni budak datang dari hulu. Tapi bukan hulu tembeling. Tapi hulu temberang.Muka dia.. boleh blah la. Hensem.. putih bersih. Arrghh.. lupakan saja rupa dia itu.

Dia ni malas keje. Nak keje yang meletop saja. Taknak keje biasa². Lepas tu dia berenti. Sebab tak dapat target. Lupakan pasal target.

Kereta dia.. Nak yang ada AP saja. Taknak pakai kereta tanpa AP cam keta aku. Eh.. sapa kata keta aku takde AP? Aku pakai ferrari tau.. Tapi ferrari aku ada lambang P senget kat muncung dia. Ehehee.. Sendiri tau la kan.. aku pakai keta apa. Gunalah ikut kemampuan..

Ni kisah kereta. Ada sorang kawan aku tu.. dia tak mampu nak bayar BMW dia. SO, dia suruh la si MB ni pakai. Sambung je bayar.

Wah.. bergaya sungguh la si MB ni pakai BM. Ke hulu ke hilir.. Tapi tak sapa tau.. Ansuran, minyak.. duit poket.. semua bini tanggung. (Sekarang dah tau bukan?)

Lepas tu pulak, dia keje tolong kat restoran bapak mentua dia. Amboii.. Bukan main lagi dia. Berlagak macam bos. Pantang nampak staf takde kerja. Laju saja dia mengherdik. Baik² weh.. kang indon² tu santau ko.. Padan muka.!

Ha, pastu BM dia tu.. dia tak mampu bayar. Nama tak tukar lagi tu. Masih nama kawan aku tu. So, dia taknak la nama dia buruk kat bank. Dia pun suruh la MB ni lego je kat orang lain. Yelah kan.. Sementara ada orang nakkan keta tu.

Masih dengan berlagaknya.. Masih tak sedar diri. Dia nakkan pulak duit insurance kereta yang masih berbaki 6 bulan lagi tu. Adeh! Memang bongak bin bongok punya lelaki.

Ha, hambik ko sekarang. Takde keta.. tumpang je kereta bini ko tu.

Tu.. masih berlagak lagi tuh..

Eii.. nyampah betul la!



9 comments:

GiGGLe GaL said...

hish..benci betul aku laki cam tu.. cam bangang jer.. belagak.. tapi dlm poket..habuk pon tak de..

AQisH said...

uisshh..nk komen ke xnak ni..

sbb tu aku rasa haruslah mencarik lelaki yg berkemampuan jugekk jgn ler bini je dok tanggung semua naya wehh..

ehh tetiba lak i tertukar bahasa tin..

TiNiE said...

errm..
citer ko ada sikit pusing..
pening..tapi aku buat2 paham jerlaaa

F A R Y N said...

ko lempang je mamat tu..ahahha..
takpun langgar je ngan ferrari ko..

Fatt Chin Choy said...

memalukan diri sendiri jer

mRs.jUkoGYu said...

aku mencik lelaki xde duit tp blagak...lempang kang!!!!

(aku pon tadek duit..kak mintak namringgit ;)

pinkiss said...

GG:
Jom TTP. poket aku ada habuk sikit.

aqish:
aku setuju betul ngan kau.

(eh.. bahasa aku pun bertukar)

tinie:
ha, buat2 paham udah la ye.

Faryn:
takmo aku langgar guna ferrari aku. kena badi karang.. susah mak nok!

FTc:
muka sulah melah kan?

mrsJ:
ko takde duit ke? abis tu .. Jadore tu ko utang ke?

CIKPEDOT said...

soh la dia nek beskal BMX je... BM gak...

Ladybezz said...

aku x ske jenis jantan spedo nih.. suh dia buang testis la... mkn duit bini.. eiiii x alu...