KAWAN²

Wednesday, February 24, 2010

Dah nama pun budak kecik..



Setiap hari lepas balik keje.. sampai rumah.. akan berjumpa dengan farah. Setiap hari aku akan tanya dia makan apa kat sekolah tadika..

Aku : Fara, harini makan apa?

Fara : Umi teka la.. (sambil jari telunjuk gerak2 ke kanan ke kiri..)

Aku : Ala, umi malas nak teka..

Fara : Kalau umi teka betul, farah bagi hadiah.

Aku : Ala.. bagitau je lah.. (boring dah ni..)

Fara : Okey.. kalau umi teka nasi goreng.. nanti farah belikan hadiah..

Aku : Okey, umi teka ye? farah harini makan nasi goreng??

Fara : Yeay! Umi pandai!!. Umi jawab betul.. Nanti farah belikan hadiah untuk umi.

Aku : Garu kepala..



Macam ni pun ada ke??

* umi adalah nama panggilan anak2 buah aku untuk aku..*